Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr ...
Transcript of Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr ...
Isi Kandungan
Kandungan muka surat
Pengenalan 1
Tarikh Lawatan 1
Tempat Lawatan 1
Tujuan Lawatan 1
Fokus Lawatan 1
Hasil Dapatan Lawatan 1
- Penilaian umum
- Penilaian khusus
- Penilaian sampingan
Perbincangan 5
Rumusan Perbincangan 6
Kesimpulan 7
Maklumat gambar (Lampiran)
i
1. Pengenalan
Dua orang pegawai dari Sabah, iaitu Dr. Chacho Haji Bulah ( Timbalan Setiausaha Hasil
Bumi, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri) dan Encik Masri Pudin ( Heads of Sawit
Plantations, Sawit Kinabalu) telah ditaja oleh Japan International Cooperation Agency
(JICA) untuk melakukan lawatan ini.
1.1. Tarikh Lawatan
Lawatan ini diadakan pada 20 hingga 26 Oktober 2013
1.2. Tempat Lawatan
Kawasan utama yang dilawati adalah merupakan kilang / syarikat/ institut / pejabat yang
terlibat atau mempunyai kaitan secara langsung dalam industri pemprosesan arang
bambu dan biomass carbonization di Bandar-bandar di Bahagian Fukuoka, Selatan Jepun
iaitu di Bandaraya Yame, Bandaraya Kitakyushu dan Bandar (kawasan Pedalaman) Shimane.
(Peta lakaran tempat dilawati dikepilkan dalam Lampiran Maklumat Gambar)
2. Tujuan Lawatan
Lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau dan mendapatkan pendedahan serta
pengalaman mengenai industri pembinaan dan operasi “ Yamasen Pool-type Oven dan
“carbonization technology “ di Fukuoka, Jepun
3. Fokus Lawatan
3.1. Pemprosesan dan penghasilan pelbagai bahan produk dari batang bamboo
3.2. Pemprosesan bahan karbon biomass melalui kaedah Yamasen Pool-type Oven
4. Hasil Dapatan Lawatan
4.1. Penilaian umum:
Lawatan ini memberi pendedahan, pengalaman dan juga perkongsian ilmu mengenai
senario nilai-nilai budaya yang diwarisi dan terus diamalkan oleh orang-orang Jepun,
semangat bekerja,cara hidup mereka dan pendekatan teknologi yang diterapkan oleh
1
kilang-kilang bertaraf sederhana dalam pengurusan industri bambu dan biomass yang
digunapakai untuk menjana hasil pendapatan dan seterusnya membangun sumber alam
khasnya di Bandaraya Yame dan amnya di negeri Jepun.
4.2. Penilaian khusus
(Lawatan ke kilang pemprosesan bambu)
i) Terdapat dua buah kilang yang dilawati di Yame yang memproses pokok-pokok
bambu, iaitu kilang berskala besar (hanya menggunakan 10 orang pekerja) dan
kilang berskala sederhana (hanya menggunakan 4 orang pekerja). Hasil penilaian
pemerhatian didapati kilang-kilang ini membudayakan penggunaan teknologi
sebagai sumber tenaga . Penggunaan tenaga sumber manusia agak terhad dan
terbatas, iaitu sebagai contohnya, seorang Pengurus Kilang (Factory Manager)
yang berskala sederhana yang mempunyai 4 orang tenaga pekerja tersebut akan
melakukan berbagai jenis pekerjaan, termasuk memandu kenderaan untuk
mengangkut dan meletakkan pokok-pokok bambu untuk dibakar dalam oven
yang dicipta khas oleh kilang tersebut untuk membakar , memproses dan
menghasilkan arang bambu (bamboo charcoal)
ii) Kilang Bamboo Techno Co. Ltd telah dipilih oleh JICA sebagai kajian pemprosesan
arang bambu berskala sederhana dalam lawatan ini. Kilang ini terletak di
kawasan bangunan yang disewa oleh Bamboo Techno berkenaan yang pernah
diduduki oleh murid-murid sekolah menengah di Yame yang mana operasi kilang
hanya dijalankan oleh 4 orang pekerja (seperti yang diterangkan tersebut di
atas). Walaupun kilang ini berskala sederhana dalam melaksanakan operasi
kilang yang menghasilkan arang bambu, ia telah menjalin kerjasama dengan
Kyushu Institute of Technology di Jepun untuk menghasilkan kajian dan
menjadikan produk arang bambu sebagai penyumbang kepada pengekalan
penghasilan alam sekitar yang bersih berkonsepkan “carbonization technology
melalui kaedah biomass Yamasen Pool-Type Oven ”. Adalah difahamkan (melalui
maklumat Pengurus Operasi Kilang Bamboo Techno Co. Ltd yang mengiringi
lawatan kami iaitu Dr. Nobuhiko Yasuda) (maklumat beliau perolehi dari JICA) ;
seramai 2 orang pegawai kanan daripada Sawit Kinabalu Sabah akan
ditempatkan di kilang ini selama 2 minggu pada akhir bulan November 2013
untuk mempelajari Yamasen Pool-Type Oven secara lebih terperinci mengenai
“carbonization technology” yang difahamkan cuba di laksanakan di Sabah
berkonsepkan “ technology-transfer”.
( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )
2
iii) Semasa lawatan ke kilang pemprosesan arang bambu di kilang Bamboo Techno,
batang bambu yang telah dibakar dalam oven khas diproses dalam 2
peringkat untuk dipasarkan, iaitu dalam bentuk ketulan dan dalam bentuk serbuk
. Arang bambu dalam bentuk ketulan digunakan untuk menyerap kotoran air
untuk menghasilkan air yang bersih berkonsepkan carbonization technology,
sementara arang bambu dalam bentuk serbuk akan diproses selanjutnya untuk
dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan berbagai jenis
produk seperti baja, sabun, makanan, plastik mesra alam , piring ( pinggan
mangkuk) dan sebagainya.
( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )
iv) Sisa buangan batang bambu yang tidak diproses untuk dijadikan arang turut
digunakan sebagai bahan pembakar untuk membakar batang bambu dalam
oven di kilang. Ini bermakna, penggunaan produk batang bambu dioptimumkan
secara maksima tanpa ada yang dibuang untuk dijadikan sebagai sampah,
khususnya di kilang yang memngeluarkan dan memproses baja “biomass” yang
dilawati di Shimane yang menggunakan sistem Yamasen.
( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )
v) Tanaman pokok bambu (selain teh hijau) adalah tanaman utama di Yame . Selain
diproses di kilang untuk menghasilkan arang dan serbuk arang bambu, pucuk
bambu juga begitu popular dijadikan sebagai bahan makanan di Yame.
Pentadbiran Yame didapati mengambil pendekatan secara bersungguh-sungguh
untuk mempromosi produk yang dihasilkan oleh pokok bambu ini.
vi) Selain melawat kilang pemprosesan arang bambu, lawatan turut diadakan di
Kyushu Institute of Technology yang mengadakan jalinan rangkaian kerjasama
dengan kilang Bamboo Techno Co. Ltd . Salah seorang ahli akademik Kyushu
Institue of Technology, iaitu Profesor Yoshihito Shirai merupakan tenaga
pengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) . Pelajar-pelajar beliau dari UPM
(yang mengambil ijazah PhD dan Serjana) kami temui di Kyushu Institute ini.
Sebahagian mereka turut membuat kajian dan penyelidikan mengenai arang
bambu, termasuk “biomass carbonization”.
( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )
3
4.3. Penilaian sampingan:
i) Keadaan rupa bumi Yame adalah berbukit. Hanya sekitar kurang 10% adalah
tanah rata. Namun, rupa bumi yang berbukit tidak menjadi penghalang kepada
pentadbiran Yame untuk dijadikan sebagai kawasan pelancungan dan kawasan
rekreasi dengan tanaman ladang bunga. Selain tanaman bunga, kawasan rekreasi
tersebut turut ditampilkan dengan berbagai penampilan ukiran kayu yang
berupa ukiran haiwan dan sebagainya. Ini memperlihatkan penampilan daya
imaginasi dan kreativiti yang tinggi yang menarik perhatian pelawat yang datang
ke taman bunga.
( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )
ii) Penggunaan kawasan tanah di Yame dilakukan secara optimum oleh pentadbiran
Yame. Kawasan yang berbukit ditanami oleh pokok bambu, sementara kawasan
tanah rata yang sedikit jumlahnya ditanami dengan tanaman teh hijau, pokok
buah-buahan seperti limau serta diusahakan secara produktif dengan tanaman
padi. Pentadbiran Yame dilihat mengekalkan konsep “penggunaan tanah secara
optimum” di samping mengekalkan kehijauan alam sekitar. Kawasan sungainya
yang nampak cetek (kecuali pada musim hujan banjir akan berlaku) juga
kelihatan bersih dan tidak bersampah.
iii) Secara umumnya, penduduk Jepun amat berdisiplin. Mereka mematuhi undang-
undang dan peraturan yang cuba dijadikan oleh mereka sebagai satu cara hidup
yang dijadikan amalan dan budaya pemikiran (mind-set). Sebagai kajian contoh,
saya bersama saudaraMasri Pudin ditempatkan di hotel Bandaraya Yame selama
2 hari dan 3 malam. Keadaan Bandaraya Yame begitu sepi. Banyak kedai yang
telah ditutup dan tidak menjalankan perniagaan (Difahamkan ramai penduduk
Bandaraya ini, khususnya golongan remajanya telah berhijrah ke bandar-bandar
utama seperti di Fukuoka, Kitakyushu dan Tokyo) Pada waktu malam, keadaan
jalanraya di Bandaraya Yame hanya digunakan oleh beberapa buah kereta.
Namun, pemandu kereta masih tetap mematuhi peraturan jalanraya untuk
berhenti di hadapan lampu isyarat merah, walaupun pada masa berhenti
tersebut tidak ada pun sebuah kereta yang lalu di hadapannya.
iv) Minuman teh hijau dijadikan sebagai minuman tradisi dan utama di Yame.
Minuman ini juga turut dijadikan sebagai minuman rasmi dalam sebarang
upacara rasmi yang diadakan di pejabat. Sebagai contohnya, semasa meraih
4
v) sambutan lawatan hari pertama kami ke Bandaraya Yame bersama dengan
Mayor Bandaraya ini, kami hanya disajikan dengan “ secawan teh hijau “ tanpa
kuih. Begitu juga, “teh hijau” sahaja disajikan kepada kami ketika kami
mengadakan perbincangan serta upacara penutupan rasmi lawatan kami pada
hari terakhir di pejabat Mayor Bandaraya Yame berkenaan. Begitu juga, semasa
kami dibawa melawat ke rumah Presiden kilang Bamboo-Tech, kami selaku
tetamunya hanya disajikan secawan “teh hijau”. Ini bermakna,sajian ‘teh hijau”
kepada mana-mana tetamu dalam majlis rasmi merupakan satu penghormatan
dalam menampilkan identiti produk Jepun di sesebuah kawasan yang
berkonsepkan “ Satu kawasan, Satu Produk ”
5. Perbincangan
Satu sesi perbincangan yang merumuskan mengenai lawatan 5 hari ini telah diadakan di bilik
mesyuarat , di pejabat Bandaraya Yame pada 25 Oktober 2013. Sesi perbincangan ini
dihadiri oleh penjawat-penjawat utama yang berkaitan dalam lawatan “Program for
Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven” ini, iaitu :
Pengerusi sesi perbincangan :
Mr. Tanaka Hiroyuki,
Director of Partnership Program Division
Japan International Cooperation Agency (JICA ) Kyushu
Ahli-ahli (Malaysia ) :
i) Dr. Chacho Haji Bulah
Pejabat Hasil Bumi,
Jabatan Ketua Menteri
Negeri Sabah
ii) Encik Masri Pudin
Sawit Kinabalu,
Negeri Sabah
Ahli-ahli (Jepun) :
i) Puan Kusako Eiko,
Senior Coordination for International Cooperation
Partnership Program Division
Japan International Cooperation Agency (JICA ) Kyushu
5
iii) Encik Hiroaki Kondou
(President / Representative Director)
Bamboo-Techno Co.Ltd, Yame-shi Fukuoka
iv) Dr. Nobuhiko Yasuda,
Assistant Research Engineer ,
Bamboo-Techno Co.Ltd, Yame-shi Fukuoka
v) Encik Kamata Hisayoshi,
Representative of Yame City
vi) Encik Kenichi Ezaki,
The Asahi Shimbun (Japan’s Leading Newspaper)
Fukuoka
(Prof. Dr. Yoshihito Shirai, Director of Malaysia Super Satellite Campus. Kyushu Institute of
Technology in University Putra Malaysia (UPM) juga turut hadir pada awal sesi hari
pertama perbincangan dan lawatan (sesi perkenalan) dengan Mayor, Bandaraya Yame yang
diselaraskan oleh JICA . Beliau berkongsi pandangan secara ringkas mengenai pelaksanaan
Biomass Carbonization di UPM yang diseliakan oleh beliau serta cadangan beliau untuk
melawat daerah Kinabatangan di Sabah untuk meninjau ladang kelapa sawit dan keadaan
sungai di Kinabatangan )
6. Rumusan perbincangan
Beberapa pandangan dan cadangan yang telah dikongsikan dalam perbincangan ini telah
dirumuskan seperti berikut :
i) Pihak JICA bersetuju untuk mengkaji cadangan dan pandangan yang diajukan
oleh wakil Sawit Kinabalu, Encik Masri Pudin (turut disokong oleh Dr. Chacho Haji
Bulah) supaya lawatan selama 2 minggu yang berorientasikan latihan yang
diuruskan oleh JICA terhadap 2 orang pegawai Sawit Kinabalu untuk mempelajari
teknologi Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven di Yame pada bulan
November 2013 turut diberikan latihan di Kyushu Institute of Technology yang
melakukan penyelidikan mengenai biomass dan arang .
ii) Profesor Yoshihito Shirai yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di
Kyushu Institue of Technology dan di Universiti Putra Malaysia (UPM) didapati
mempunyai banyak pengalaman di Malaysia, khususnya mengenai produk kelapa
sawit yang merupakan penyumbang utama hasil pertanian di negeri Sabah
khasnya dan di Malaysia amnya. Senario produk tanaman kelapa sawit yang
merupakan tanaman pertanian utama di negeri Sabah dan produk utama
6
tanaman bambu yang terdapat di Yame merupakan dua jenis tanaman yang
amat berbeza. Oleh itu, JICA disarankan supaya dapat menggunakan pengalaman
dan pendedahan Profesor Yoshihito Shirai di Malaysia untuk turut terlibat
dalam proses mengkaji kesesuaian tanaman kelapa sawit untuk tujuan
penghasilan biomass carbonization. Konsep ini dapat diterjemahkan melalui
gabungan kajian dan penyelidikan antara dua institusi pengajian tinggi ini, iaitu
Kyushu Institute of Technology dan UPM.
iii) Lawatan singkat yang hanya memakan masa dua jam ke pejabat eco- town di
Kitakyushu amat berfaedah. Walaupun lawatan ke tempat ini bukan lawatan
utama dalam program yang diadakan ini, namun nilai pembelajaran yang telah
diperolehi adalah berimpak tinggi. Tayang video yang disaksikan mengenai
kejayaan eco-town yang diberikan anugerah “ The Environmental Future City
(2011) dan Bandaraya yang meraih “Environmental Leadership” oleh United
Nation (UN) pada tahun 1992 adalah amat baik digunakan sebagai “benchmark”
kepada Bandaraya lain di dunia, khususnya dari sudut pengurusan alam
persekitarannya yang bersih dan berbudaya “Green Growth City”. Perkara ini
di”highlight” dalam perbincangan.
iv) Ucapan terima kasih disampaikan oleh kedua-dua wakil dari negeri Sabah kepada
pihak JICA dan semua mereka yang terlibat dalam menjayakan program lawatan
ini.
( Mayor Bandaraya Yame turut hadir untuk menyampaikan ucapan ringkas beliau
dan merasmikan penutupan sesi perbincangan)
7. Kesimpulan
Berdasarkan kepada penilaian hasil dapatan lawatan dan juga rumusan sesi perbincangan
tersebut di atas, maka program lawatan ini secara keseluruhannya dapat dianggap memberi
manfaat dari sudut pendedahan, pembelajaran dan pengalaman. Pendedahan,
pembelajaran dan pengalaman yang dapat dijana dan diperolehi adalah dalam bentuk
perbandingan dan berlakunya perbezaan mengenai budaya dan teknologi yang diamalkan
oleh orang Jepun dalam amalan bekerja, khususnya di Yame. Mereka tidak banyak
menggunakan sumber tenaga manusia (mungkin disebabkan kekurangan belia) dan
kekangan ini cuba diatasi dengan menggunakan teknologi (mesin). Seorang pekerja
berstatus “Pengurus” dalam kilang turut melakukan kerja-kerja buruh dengan menyusun
7
batang-batang bambu dalam “oven” di samping melakukan kerja-kerja dalam pejabat. Oleh
kerana berlakunya perbezaan jenis produk yang dihasilkan di negeri Sabah yang
bersumberkan kelapa sawit berbanding arang bambu yang dihasilkan di Yame, maka
Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven memerlukan penyelidikan lebih lanjut,
sebelum projek seperti ini dilaksanakan di negeri Sabah. Salah satu pendekatan ialah
melakukan usaha secara berkolaborasi dan bersepadu dalam melakukan penyelidikan yang
melibatkan tiga organisasi teknikal , iaitu:
i) Sawit Sabah
ii) Kyushu Institute of Technology
iii) Universiti Putra Malaysia (UPM)
Laporan disediakan oleh :
Dr. CHACHO HAJI BULAH
Timbalan Setiausaha Hasil Bumi
8
Maklumat
Bergambar
9
10
Perbincang mengenai program lawatan dengan wakil
Mayor Bandaraya Yame, Prof. Dr. Yoshihito Shirai dari
Kyushu Institute of Technology dan UPM, wakil dari
Bamboo-Techno Co.Ltd dan wakil dari JICA di bilik
mesyuarat Bandaraya Yame pada 22 Oktober 2013
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Encik
Tanakan Hiroyuki (Director of Partnership Program
Division) (JICA Kyushu-Yame) mengenai rumusan
dapatan lawatan dan perkongsian pandangan
/ cadangan- cadangan dengan wakil Mayor
Bandaraya Yame, wakil dari Bamboo-Techno
Co.Ltd dan wakil lain JICA di bilik mesyuarat
Bandaraya Yame pada 25 Oktober 2013
11
Bergambar kenangan pada hari terakhir
lawatan bersama dengan Mayor Bandaraya
Yame (dari kiri Encik Tanakan Hiroyuki, Encik
Hiroaki Kaondou (Presiden Bamboo-Techno
Co.Ltd., Encik Masri Pudin (Sawit Kinabalu) ;
Dr. Chacho Hj.Bulah (Pejabat Hasil Bumi, JKM)
Dr. Nobuhiko Yasuda (Bamboo-Techno Co.Ltd)
dan Mayor Bandaraya Yame
12
Liputan lawatan di akhbar utama Jepun, Asahi Shinbun
Terjemahan : ASAHI SHINBUN bertarikh 22 Oktober 2013
Pemindahan teknologi arang bambu di Malaysia
oleh Kenichi Esaki.
Dua tetamu dari Malaysia membuat lawatan ke Bandaraya
Yame untuk mempelajari tentang teknologi arang bambu
pada 21 Oktober 2013. Mereka ialah Dr. Chacho Haji Bulah
dari Pejabat Hasil Bumi dan rakan beliau, Encik Masri Pudin
dari Sawit Sabah. Jadual lawatan mereka selama seminggu
tertumpu di Bandaraya Yame dan Bandaraya Kitakyusyu.
Menurut Encik Masri, industri utama di Malaysia ialah
kelapa sawit . Beliau menjelaskan bahawa kelapa sawit
adalah merupakan antara penyumbang utama pendapatan
yang produktif .
13
Taklimat perkongsian pengalaman oleh
wakil Bamboo Techno Co.Ltd
Dr.Nobuhiko Yasuda, (Assistant Research Engineer) yang
mewakili Bamboo Techno Co.Ltd sedang menyampaikan
taklimat dan penerangan mengenai perusahaan arang
bambu yang dihasilkan oleh kilang Bamboo Techno
Co.Ltd. Beliau merupakan orang yang banyak diberikan
tanggungjawab menjalankan operasi kilang ini, iaitu
mereka cipta dan mereka bentuk kilang pembakaran
“oven” bambu bagi Bamboo Techno Co.Ltd. Menurut
Dr.Nobuhiko Yasuda , latihan Biomass Carbonization
yang diperolehi oleh beliau dari Yamasen Pool-Type
Oven di Shimane telah banyak membantu beliau
mengembangkan industri arang bambu berskala
sederhana (medium-scale industry) Bamboo Techno
Co. Ltd ini mengenai sistem biomass carbonization.
14
Pokok-pkok bambu di bawah ini adalah
merupakan tanaman utama di Yame, Jepun
15
Batang-batang bambu tua yang sudah dikeringkan
dilonggok untuk diproses (dibakar) dalam oven untuk
dijadikan arang bambu atau serbuk bambu
16
Encik Yoshihiro Umeno, Pengurus Jualan Kilang
Bamboo- Techno Co. Ltd, sedang menyusun batang-batang
bambu yang diangkutnya dari kenderaan pengangkutan
di perkarangan kilang tersebut. Beliau bertugas melakukan
kerja-kerja rutin ini seorang diri tanpa pembantu.
Jentera pengangkut digunakan untuk mengangkat
dan memindahkan batang-batang bambu yang telah
disusun oleh Encik Yoshihiro Umeno untuk diletakkan
dalam oven pembakaran bambu oleh Pengurus Kilang
Bamboo- Techno Co. Ltd, Encik Nobuyoshi Ushizima
17
Batang-batang bambu diletakkan ke dalam
oven pembakaran bambu
Oven ini dapat memuatkan sebanyak 6 ton batang
bambu. Kemudian , ia ditutup dengan penutup khas
samasa pembakaran dilakukan yang mengambil
masa 3-4 hari penuh untuk menghasilkan
sebanyak 2 ton arang bambu.
18
2 ton arang bambu berupaya menghasilkan 5 buah
karung guni arang bambu . Sebuah karung guni
arang bambu beratnya 400 kilo dengan harga dipasaran
20,000 yen atau RM 600.00. Oleh itu, pendapatn bagi 5 buah
guni arang bambu ialah 100,000 yen (RM 3,000.00)
Sisa-sisa bahan buangan bambu disimpan dan digunakan untuk
membakar batang-batang bambu dalam oven pembakaran bamboo
19
Ketiga-tiga mesin di bawah ini digunakan sebagai
mesin pemprosesan arang bambu oleh Kilang Bamboo-
Techno Co. Ltd untuk memproses serbuk bambu
20
Selain Kilang Bamboo- Techno Co. Ltd yang baru beroperasi selama beberapa tahun yang
dikategorikan sebagai kilang berskala sederhana (medium - scale industry) di Yame ,
terdapat lagi sebuah kilang besar di Yame yang mengusahakan perusahaan pemprosesan
bambu, iaitu Techiban Bamboo Factory . Kilang ini telah beroperasi selama lebih 20 tahun
di Yame. Kilang ini memproses batang bambu berjumlah 2,500 tan setahun yang dibeli
daripada penanam-penaman pokok bambu di sekitar Yame. Kilang ini mampu
mengeluarkan 200 bungkusan arang bambu (serbuk kasar) sehari. Setiap bungkusan arang
bambu beratnya ialah 6 kilogram. Arang-arang bambu yang diproses ini, khususnya
dalam bentuk serbuk kasar digunakan untuk baja pertanian yang berfungsi untuk
menyuburkan tanah dan juga digunakan untuk bahan campuran makanan binatang seperti
lembu, babi dan sebagainya. Selain itu, arang bambu (yang bukan bentuk serbuk kasar)
turut digunakan untuk menyerap bau busuk, membersihkan air dan air sungai yang
dihasilkan dengan gabungan bahan simen. Serbuk arang bambu ini juga digunakan sebagai
bahan campuran untuk menghasilkan produk cuka bambu untuk membunuh serangga,
menghasilkan kosmetik (sabun) yang baik untuk kulit dan digunakan sebagai bahan
campuran mee dan lain-lain.
Techiban Bamboo Factory yang dilawati
21
Techiban Bamboo Factory yang dilawati
22
Berbagai produk batang bambu yang dihasilkan
oleh kilang-kilang pemprosesan bambu di Yame
Arang bambu dalam bentuk serbuk kasar
Arang bambu yang digunakan sebagai
perhiasan yang dijual di pasar raya
Arang bambu yang dijual dengan
harga 650 yen (RM 22.00)
23
Air yang keluar dari paip ini merupakan air sungai yang
dimasukkan dalam tangki air yang mempunyai beberapa
batang arang bambu yang diletakkan di dalam tangki air tersebut .
Air paip ini boleh diminum terus kerana berkeadaan
bersih dan selamat diminum setelah diproses oleh arang bambu
24
Arang bambu yang dicampurkan dengan bahan simen
yang berfungsi untuk membersihkan air sungai
Serbuk atau tepung arang bambu ini mendapat permintaan
pasaran yang tinggi oleh kilang-kilang yang memproses
dan membuat plastic (bio-plastik) yang mesra pengguna.
Harga sekilo bagi serbuk (tepung) arang bambu ini ialah
500 yen (RM 15.00) . Ia mempunyai pelbagai kegunaan
untuk menghasilkan berbagai jenis produk yang digunakan
sebagai bahan campuran untuk menghasilkan berbagai jenis
produk seperti produk cuka bambu untuk membunuh serangga,
menghasilkan kosmetik (sabun) yang baik untuk kulit dan
digunakan sebagai bahan campuran makanan
seperti mee dan bahan campuran untuk menghasilkan
produk plastik yang mesra pengguna dan sebagainya lagi
25
Pemilik kilang Techiban Bamboo Factory sedang menjelaskan
kepelbagaian jenis produk yang dihasilkan oleh arang bambu
semasa kunjungan lawatan diadakan di kilang beliau.
Produk sabun daripada bahan campuran serbuk arang bambu yang
dikatakan begitu popular digunakan dalam kalangan gadis Jepun
26
Gambar kepelbagaian mengenai jenis produk yang
dihasilkan oleh arang (serbuk) bambu
Lawatan ke Kyushu Institute of Technology yang menjalankan
kajian penyelidikan mengenai arang bambu di Bandaraya
Kitakyusyu (di bahagian utara Bandaraya Yame)
27
Profesor Madya Dr. Yoshito Ando yang banyak melakukan
kajian dan penyelidikan di Kyushu Institute of Technology
mengenai Alam sekitar dan Kitar semula sedang memperagakan
mangkuk plastik yang mesra alam dan mesra pengguna yang
mana 50% kandungan plastik ini diperbuat dengan
campuran serbuk arang bambu
28
Dr. Hidayah Ariffin yang berasal dari Malaysia dan Pensyarah Kanan
di UPM dalam bidang Bioprocess Engineering and Environmental
Biotechnology ditempatkan bertugas selama 9 bulan di Kyusyu
Institute of Technology untuk membuat kajian kitaran dan penghasilan
semula bioplastic dan penggunaan sepenuhnya biomas sebagai
“value added-product”. Di samping pengkajian biomass bambu,
beliau turut membuat perbandingan kajian yang melibatkan produk
biomass kelapa sawit (yang dihasilkan di hadapan beliau)
Senarai para pelajar Malaysia dari UPM yang telah menamatkan pengajian
ijazah dan ijazah kedoktoran di Kyusyu Institute of Technology
29
Melawat kilang “Lab” Kyusyu Institute of Technology
Orang ini sedang menghasilkan arang bambu
di kilang “Lab” Institute of Technology
30
Lawatan ke Pool-Oven Type
Biomass Carbonization di Shimane
(Pemprosesan biomass charcoal atau arang biomas
melalui kaedah Yamasen Pool-Oven Type)
Longgokan bahan buangan batang bamboo yang diambil
dari kilang dan pengusaha/penanam pokok bambu
untuk dgunakan sebagai bahan bakar bagi menghasilkan
biomass charcoal atau arang biomas
Tempat pembakaran atau oven
Tempat pembakaran atau oven bahan buangan
pertanian yang mempunyai keluasan 7.5 X 4.5 meter
(Hanya sebuah kilang Biomass jenis pembakaran terbuka
bahan sisa pertanian yang diberi lesen beroperasi di
Negara Jepun seperti ini, iaitu hanya Pool-Oven Type
Biomass Carbonization yang terdapat di Shimane ini)
yang telah beroperasi selama 20 tahun lebih
31
Semua semua bahan buangan pertanian yang tidak digunakan lagi
akan dikumpul dan dibakar secara terbuka (tidak bertutup) di “oven”
ini untuk menghasilkan “biomass carbonization” yang dijual di kilang
-kilang untuk kegunaan sebagai baja tanah pertanian, khususnya tanah
jenis berasidik ( difahamkan arang atau serbuk biomass ini mampu menyerap
dan mengurangkan kandungan tanah berasidik) . “Oven” ini berupaya
memuatkan sisa buangan bahan pertanian seberat 50 ton untuk dibakar
selama 5 hari dan hasil selepas pembakaran ialah 10 ton arang
biomass (Harga sekilo arang biomasa ialah 80 yen (lebih kurang RM 2.65 )
32
Arang biomass yang dihasilkan melalui pembakaran
sisa buangan bahan pertanian dalam oven dalam
bentuk ketulan kasar dan halus
33
Encik Akio Yamamoto atau lebih dikenali sebagai “Yamasen”
merupakan pengusaha utama “biomass charcoal” atau arang
biomas yang satu-satunya diberikan lesen untuk mengusahakan
industri “ biomass carbonization ”di Negara Jepun. Industri yang
diusahakan oleh beliau ini telah pernah di berikan
liputan berita di media televisyen Jepun
Pinggan/mangkuk plastik, kayu penyepit dan mee (berwarna hitam)
di bawah ini dihasilkan dengan campuran daripada bahan arang bambu
34
Encik Akio Yamamoto dan isteri sedang mencuba minuman
teh Sabah sebagai hadiah buah tangan untuk mereka
Menonton tayangan video mengenai sejarah Eko- Town
Bandaraya Kitakyusyu yang pernah meraih anugerah
“ The Environmental Future City (2011) dan Bandaraya
yang meraih “Environmental Leadership” oleh
United Nation (UN) pada tahun 1992
35
Lawatan sampingan ke Taman Rekreasi
Taman Bunga di Bandaraya Yame
36
Ukiran kayu dua ekor kuda dan cendawan di dalam Taman Bunga
Ukiran kayu pelbagai jenis binatang
37
Ukiran kayu rantai gergasi dalam Taman Bunga
38