1. Pendahuluan Kursus Orientasi DSKP Bahasa Arab KSSR PPD K Krai.pptx
Laporan Kursus Dskp Tahun 5 Rbt
-
Upload
mohd-sofian-mustaffa -
Category
Documents
-
view
99 -
download
4
description
Transcript of Laporan Kursus Dskp Tahun 5 Rbt
LAPORAN KURSUS
DSKP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5
1.0 MAKLUMAT
1.1 TajukKursus : DSKP TAHUN 5
1.2 Mata Pelajaran : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.3 Tarikh : 11 November 2014
1.4 Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Batu 48, Dungun
1.5 Nama Fasilitator: Pn Asmaliza binti Mohd
1.6 ObjektifKursus : Memberi pendedahan tentang DSKP tahun 5 bagi mata pelajaran
RBT kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran KH di sekolah.
1.7 SenaraiPeserta : 1. En. Arissie b. Ismail
2. Pn. Faizah bt Hitam
3.Pn. Norazrina bt Mohamad
4. En.Mohd Noor b. Yusof
5. Pn. Siti Sara bt Ismail
6. Pn. Norhamiah bt Ab. Hamid
1.8 JadualKursus :Seperti Berikut
MASA TOPIK2.00 – 2.15 ASAS TEKNOLOGI2.15 – 2.45 PENGHASILAN PROJEK 2.45 – 3.15 TEKNOLOGI PERTANIAN3.15 – 3.45 SAINS RUMAH TANGGA3.45 – 4.15 MODUL P DAN P /CARA MENULIS RPH/SIMULASI
PROJEK YANG DIJALANKAN DI PERINGKAT DAERAH/ TUNJUK GAMBAR
4.15 TAMAT
2.0 POST -MORTEM
2.1 PENILAIAN SECARA KESELURUHAN
Secara keseluruhan kursus ini mencapai objektif yang di tetapkan iaitu ia dapat member pendedahan yang lebih terperinci kepada semua guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup terutama guru yang masih baru dalam bidang KH atau RBT. Kursus ini juga member peluang kepada semua guru dapat bertanya secara lebih dekat tentang silibus dalam DSKP yang perlu mereka habiskan dalam masa 18 minggu. Ia juga member pengetahuan baru , idea serta teknik p dan p yang boleh mereka lakukan dalam kelas pada masa akan datang.
2.1.1 KEKUATAN KURSUS
Kursus ini dapat member pendedahan awal tentang silibus dalam DSKP kepada semua guru yang akan mengajar RBT pada masa akan datang. Ia juga memudahkan guru yang mengajar RBT Tahun 5 pada tahun hadapan memandangkan semua silibus telah diterangkan bersama-sama modul P dan P mengikut topik. Kursus ini juga member pendedahan kepada guru cara member dan merekodkan Tahap penguasaan(TP) kepada murid berdasarkan topik yang telah diajar.
2.1.2 KELEMAHAN KURSUS/ISU
Antara isu yang hangat semasa kursus ini dijalankan iaitu tempoh masa menghabiskan silibus iaitu selama 18 minggu yang di anggap terlalu pendek dan terhad dan juga cara perlaksanaan mata pelajaran ini dan TMK. Walaubagaimanapun, ia dapat di atasi dengan penerangan dan cara perlaksanaan tahun semasa yang boleh dianggap berjaya.
Selain daripada itu, bahan kursus juga tidak dapat disediakan memandangkan bahan projek belum lagi di perolehi oleh pihak yang biasa membekalkan bahan p dan p di sekolah seperti projek litar eletrik. Namun begitu, fasilitator telah menyakinkan semua guru yang hadir dalam kursus ini bahawa semua guru boleh menjalankan p dan p dengan baik memandangkan ia merupakan kesinambungan daripada litar yang dibuat dalam mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi serta guru yang di pilih menghadiri kursus LADAP di sekolah merupakan semua guru Sains.
2.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menyediakan kursus secara berterusan diperingkat daerah bagi memantapkan semua guru yang mengajar matapelajaran ini. Selain daripada itu pihak pejabat pendidikan juga hendaklah
mengadakan kursus p dan p kepada guru dengan bimbingan JU yang telah dilantik bagi memberi idea dan pengetahuan baru kepada guru matapelajaran ini khususnya.
3.0 LAMPIRAN
Disediakan Oleh, Di sahkan oleh,
(ASMALIZA BINTI MOHD) (MOHD SAPIEN B. AWANG)Ketua Panitia RBT, Penolong Kanan Pentadbiran,Sekolah Kebangsaan Batu 48, Sekolah Kebangsaan Batu 48,Dungun, Terengganu. Dungun, Terengganu.