Laporan KPLI Pendidikan pencegahan dadah
-
Upload
boulevard-it-superstore -
Category
Education
-
view
4.589 -
download
7
description
Transcript of Laporan KPLI Pendidikan pencegahan dadah
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Batu Lintang
LAPORAN
KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SESI 1/2010
NAMA GURU PELATIH
: LIEW SHAN WEE
NO MATRIK : 200906044
NO KAD PENGENALAN
: 840824-13-5867
NAMA OPSYEN : KPLI, AMBILAN JUN 2009
KUMPULAN : PC1 (SR)
Kursus Pendidikan Pencegahan dadah sesi 1 tahun 2010 bermula pada pukul 7
pagi iaitu bertarikh 30 April 2010 melawat ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
(PUSPEN) Kuching di Batu 6 sambil belajar dengan bas. Seramai 60 orang KPLI JUN
2009 guru pelatih dengan pensyarah pengiring Pn Rojiah Abdullah dan En Abdul Gapar
bin Abu Bakar menyertai kursus ini. Sebelum bertolak, kita berkumpul di Dewan Taza
dan juga pensyarah pengiring menyatakan perlu menyediakan kamera dan alat tulis
untuk mencatat.
Pada pukul 7.40am, kita bertiba dengan pintu masuk PUSPEN Kuching Sarawak
ataupun dikenali sebagai Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri
berada di Batu 6 dekat Kota Sentosa, Kuching. Berikutnya ialah pintu masuk PUSPEN
Kuching Sarawak.
Semasa bas memasuki kawasan tersebut, saya mendapati kebanyakkan
kawasan yang terbiar dan bangunan terbiar sebelum masuk pintu laluan PUSPEN
Kuching.
Pada Pukul 7.45am, kita sampai destinasinya PUSPEN Kuching Sarawak..
Sewaktu kita menuggu kumpulan bas dating, kita mengambil gambar di sekeliling
PUSPEN Kuching. Berikut adalah gambar di luar PUSPEN Kuching Sarawak. Saya
juga mendapati ada sebuah tema taman yang bertajuk Taman Refleksi yang menarik.
Pada pukul 8 pagi, kumpulan lain sudah sampai dan kita berkumpul di luar
PUSPEN Kuching serta mendengar arahan dan juga peraturan untuk mematuhi
daripada pihak pengurus PUSPEN Kuching Encik Zahiman sewaktu melawat PUSPEN
Kuching.
Selepas kita mendengar arahan daripada Encik Zahiman, kita dan dua
pensyarah pengiring melawati penghuni PUSPEN kuching aktiviti membuat kawat kaki
pada pukul 8 pagi. Sewaktu memasuki kawasan ini, saya mendapati 7 unit yang
mentadbir kawasan PUSPEN iaitu Unit pentadbiran, pejabat rekod, bilik syarahan, unit
latihan vokasional, unit pemulihan, unit Hal-Ehwal penghuni dan juga Unit Publisiti.
Pada pukul 8.30am, selepas melihat penghuni PUSPEN membuat Kawad kaki,
kita pergi bilik syarahan untuk mendengar sesi ceramah bagi pendidikan pencegahan
dadah. Tuan Komanden Encik Mohamad Nor juga mengalu-alukan ketibaan guru
pelatih KPLI dari IPBL serta pensyarah pengiring. Encik Zahiman juga menerangkan
serba sedikit tentang PUSPEN Kuching serta menjemput Encik Sapini anak Bin Jalan
daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Kuching memberi ceramah bertajuk “Peranan
pemimpin Masyarakat Memerangi Musuh No 1”
Sewaktu memberi ceramah, Encik Sapini juga melucukan ceramah agar tidak
bosan dengan memberitau tentang pengenalan Agensi antidadah kebangsaan telah
ditubuh pada 1996 dan digabung dengan pasukan Petugas Antidadah (PPAD) dan
bahagian rawatan dan pemulihan serta memahami objetik agensi tersebut.
Encik Sapini juga menekankan Dasar Dadah Negara secara terperinci mengenai
kewujudan dasar ini dengan matlamatnya mewujudkan Negara Malaysia yang bebas
dari ancaman Gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara. Encik Sapini juga
menerangkan objektif Dasar Dadah Negara diikuti dengan akta serta hukuman seperti
Akta Penagih dadah(1983), Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil 3 tahun 1989, 39B ADB
1952, 39A(2)ADB 1952, 6B ADB 1952, 15 ADB 1952 dan AKta Penagih dadah 1983.
Encik Sapini juga menujukkan gambar hukuman sebat yang agar menakutkan.
Seterusnya, Encik Sapini juga menerangkan pengenalan dadah serta
menunjukkan jenis-jenis gambar dadah seperti Opiat, candu, Opum, Morfin, Heroin dan
Kotein. Encik Sapini juga menerangkan betapa risikonya mengambil dadah seperti
Ganja, Opiat, Syabu serta memaparkan gambar yang dahsyat tentang akibat
penagihan dadah. Encik Sapini juga menerangkan maksud bahan Psikotropik
merupakan bahan daripada deprosen stimulasi dan halusinogen dan kesannya seperti
kebimbangan, cenderung , bunuh diri, tekanan, gla, binggung, muntah dan sebagainya.
Encik Sapini juga merumuskan dan menekankan bahawa dadah membawa akibat
kepada penagih terutamanya kepada pelajar yang mungkin mengedarkan dadah,
ponteng sekolah, curi, cedera, hilang sumbur produktiviti dan masalah disiplin di
sekolah. Dia juga merumuskan program antidadah di IPTA harus dilaksanakan
walaupun tiada masalah dadah untuk tujuan pencegahan dadah. Bagi pelajar, dia juga
merumuskan peranan pelajar dalam kegiatan ini seperti mencegah diri, pengetahua
agama,dan libatkan diri dalam aktiviti kecergasan.
Selepas Encik Sapini memberi ceramah , Encik Zahiman memberi 2 penghuni
PUSPEN menceritakan serta berkongsi pengalaman penagihan dadah serta
bagaimana masuk PUSPEN kuching dan kehidupan seharian di PUSPEN. Sesi soal
jawab juga dibuka kepada guru pelatih untuk menyoal tentang mereka. Encik Zahiman
juga menekankan PUSPEN Kuching ini adalah model kekeluargaan di antara penagih
dan pengurus PUSPEN.
Pada 11 pagi, Encik Zahiman juga menanyangkan dan merumuskan video klip
yang pendek dan pengenalan PUSPEN Kuching mengenai PUSPEN Kuching Sarawak
serta peringkat-peringkat dan prosedur penagih memasuki PUSPEN dan aktiviti
PUSPEN yang telah dijalankan. Pn Rojiah juga pensyarah pengiring juga menekankan
dan menerangkan kepentingan kursus ini.
Selepas itu, Pn Rojiah dan Encik Hamdam memberi cenderamata kepada pihak
Pengurus iaitu Encik Zahiman, jemputan luar penceramah Encik Sapini dan 2 penghuni
PUSPEN sebagai penghargaan IPBL mengunjungi PUSPEN Kuching.
Pada pukul 11.30am, kita diberi bekas makanan dan minuman lalu pergi bengkel
jahitan dan kraftangan untuk melawat yang diperbuat daripada penghuni PUSPEN
Kuching. Berikut adalah pintu masuk bengkel dan pelbagai jenis kraftangan yang
ditunjukkan.
Berikut adalah hasil daripada penghuni PUSPEN yang menunjukkan bakat
kraftangan dan jahitan yang menarik orang ramai melihatnya.
Selepas melawati bengkel, kita mengambil gambar di hadapan bengkel jahitan
dan kraftangan dengan pensyarah pengiring iaitu Pn Pn Rojiah Abdullah dan En Abdul
Gapar bin Abu Bakar sebagai kenangan lawatan kursus ini.
Sebelum kita pulang ke IPBL, kita mengucapkan terima kasih kepada pihak
pengurus Encik Haziman.
Melalui kursus ini, saya amat bersyukur kerana dapat melawat kawasan
larangan PUSPEN Kuching serta menimba banyak ilmu pengetahuan tentang PUSPEN
Kuching dan juga kepentingan pendidikan pencegahan dadah agar dapat membantu
saya dalam membimbing anak murid saya dan amat berguna pada masa hadapan
supaya tidak terjebak dengan dadah.