Laporan Kajian Meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat
description
Transcript of Laporan Kajian Meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
KANDUNGAN
Penghargaan . 2
Abstrak ....... ..3
1. Refleksi P & P yang lalu / Latar Belakang Kajian 4
2. Fokus Kajian . 4
3. Isu Keprihatinan 5
4. Objektif Kajian ......... 5
5. Kumpulan Sasaran 6
6. Methodologi Kajian.. 6
7. Pelaksanaan Kajian ..22
8. Dapatan Kajian .....24
9. Refleksi Kajian .....25
10.Cadangan Tindakan Seterusnya ...25
Penutup ...25
Bibliografi 26
Lampiran 27
___________________________________________________________________________Muka surat 1 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
Kepada:
Pihak Pensyarah En. /Pn._____________________
(Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, UPSI)
En. Abdul Razak Bin Muda
(Guru Besar SK Pekan Tuaran, Sabah)
Ustazah Norafsah Awang Kati
(Guru Pendidikan Islam SK Pekan Tuaran, Sabah)
Murid-murid Tahun 4 Melur
(SK Pekan Tuaran, Sabah)
___________________________________________________________________________Muka surat 2 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAL AYAT-AYAT HAFAZAN YANG TERKANDUNG DALAM ASUHAN TILAWAH AL-QURAN DI KALANGAN MURID
TAHUN 4 MELUR MELALUI KAEDAH SERTA TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT HAFAZAN YANG PELBAGAI, SESUAI DAN DILAKUKAN
OLEH GURU SECARA SISTEMATIK
Oleh
Shimila Kaur @ Noraini
Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah
Abstrak
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran murid
Tahun 4 Melur SK Pekan Tuaran, menghafal ayat-ayat hafazan yang terkandung dalam
Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Empat khususnya murid yang beragama Islam. Objektif
pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan ini ialah supaya murid dapat menghafaz surah-
surah tertentu dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.
Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur
telah dijalankan, ujian bacaan/hafalan murid turut dilaksanakan kepada setiap murid dan
borang soal selidik yang diisi oleh murid telah digunakan untuk mengenalpasti masalah
utama yang menyebabkan murid Tahun 4 Melur tidak berjaya menguasai kemahiran
menghafal ayat-ayat hafazan. Setelah analisis terhadap data kajian dibuat, ternyata
masalah utama tersebut adalah guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang sesuai dan teknik hafalan yang dilakukan secara
tidak sistematik. Sebanyak 58.8% daripada murid 4 Melur mengakui bahawa mereka rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu. Pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang berkesan merupakan isu yang begitu mencabar
kepada semua Guru Pendidikan Islam. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007), guru perlu
menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat
menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Kebijaksanaan guru
memilih prinsip dalam menyampaikan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam
akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid.
___________________________________________________________________________Muka surat 3 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Yang Lalu/Latar Belakang KajianMata Pelajaran Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh
semua murid yang beragama Islam di semua sekolah. Asuhan Tilawah al-Quran (Ayat
Hafazan) pula merupakan salah satu bidang dalam Pendidikan Islam. Berdasarkan
pengjaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah al-Adiyat ayat 1-3) pada minggu
P&P ke-23 yang lalu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur yang beragama Islam tidak
berjaya menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Adiyat ayat 1-3)
dengan bertajwid dan lancar. Sebelum P&P Surah al-Adiyat bermula, Tahun 4 Melur telah
mengikuti P&P Surah al-Qoriah selama 4 minggu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur turut
gagal menghafal Surah al-Qoriah. Hanya 4 orang murid sahaja dapat menghafal Surah Al-
Qoriah dan Surah al-Adiyat ayat 1-3 tersebut. Murid-murid memberi ulasan bahawa mereka
berasa cepat letih apabila menghafal ayat-ayat hafazan / surah-surah terpilih tersebut
seterusnya berasa sukar untuk menghafalnya. Saya dapati hasil daripada soal-selidik dan
pemerhatian yang dijalankan, murid-murid 4 Melur berasa bosan dan cepat penat setiap kali
sesi pengajaran Ayat-ayat Hafazan ini kerana guru yang mengajar hanya menggunakan
kaedah yang sama sahaja dalam setip langkah proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-
ayat Hafazan ini (Kaedah Talaqqi Musyafahah & Tikrar). Apabila murid dikehendaki untuk
mengulangi bacaan ayat-ayat tersebut, mereka sering kali membaca dengan tersangkut-
sangkut atau tidak lancar serta banyak kesalahan tajwid telah dikesan. Justeru, kajian
tindakan ini perlu saya jalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini supaya
murid Tahun 4 Melur tidak berlaku keciciran dalam menguasai kemahiran menghafal ayat-
ayat hafazan tersebut.
2. Fokus Kajian Fokus utama kajian tindakan ini ialah :(i) Penyelesaian/mengurangkan masalah seramai 30 orang murid 4 Melur masih tidak
dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoriah & Surah
al-Adiyat ayat 1-3.
(ii) Penyelesaian masalah kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang
tidak pelbagai sebaliknya guru hanya menggunakan kaedah sama sahaja dalam
setiap langkah proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas 4
melur iaitu kaedah talaqqi musyafahah dan kaedah tikrar.
___________________________________________________________________________Muka surat 4 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
(ii) Penyelesaian masalah teknik menghafal ayat-ayat Hafazan secara tidak sistematik
yang dilakukan oleh guru yang mengajar.
Proses menghafal ayat-ayat hafazan ini sebenarnya mudah untuk dikuasai sekiranya
murid dibimbing dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang
bersesuaian dipelbagaikan oleh guru ditambah lagi dengan pelaksanaan teknik
menghafalnya secara sistematik diajarkan kepada murid.
3. Isu KeperihatinanKajian ini adalah berfokuskan aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan di
kalangan murid Tahun 4 Melur. Secara tidak langsung kajian ini membantu murid Tahun 4
Melur untuk membaca surah al-Qoriah, Surah al-Adiat dan Surah al-Zalzalah sebagai
bacaan dalam solat dengan lancar. Rasional kajian ini dijalankan adalah oleh kerana murid-
murid Tahun 4 Melur lemah dalam aspek menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan
masalah ini memerlukan usaha guru yang maksima untuk membantu mengatasinya, oleh itu
kajian tindakan ini perlu dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Ia
perlu diatasi agar mereka tidak tercicir dalam kecemerlangan bidang Asuhan Tilawah al-
Quran. Penyebab besar kepada masalah ini adalah guru menggunakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang tidak pelbagai serta teknik menghafal secara tidak sistematik
sehinnga membuatkan murid berasa bosan dan cepat letih untuk menghafal ayat-ayat
berkenaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru memainkan peranan
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta menganjurkankan teknik hafalan yang dilakukan secara sistematik.
4. Objektif Kajian
4.1 Objektif Umum :Kajian tindakan ini secara umumnya bertujuan supaya guru dapat memperbaiki
kelemahan atau masalah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Ayat-
ayat Hafazan (Surah al-Qoriah, Surah al-Adiat dan Surah al-Zalzalah) sama ada
dari segi kaedah mahupun teknik yang diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
___________________________________________________________________________Muka surat 5 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
4.2 Objektif Khusus :
Murid dapat meningkatkan penguasaan menghafal ayat-ayat Hafazan (Surah al-Qoriah, Surah al-Adiat dan Surah al-Zalzalah) dengan betul, fasih dan bertajwid
untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.
Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan supaya murid tidak merasa bosan
dan cepat penat sebaliknya bersemangat dan seronok untuk meneruskan hafalan
mereka.
5. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seorang Guru Pendidikan Islam yang mengajar Ayat-Ayat
Hafazan, 34 orang murid Tahun 4 Melur yang terdiri daripada 19 lelaki dan 15 perempuan.
Majoriti daripada murid Tahun 4 Melur ini sering kali gagal untuk menghafal ayat-ayat
hafazan bermula daripada Surah al-Qoriah sehinggalah Surah al-Adiyat.
6. Pelaksanaan Kajian Pelaksanaan kajian ini adalah terdiri daripada lima langkah penting yang telah saya
laksanakan iaitu Tinjauan Awal, Analisis Tinjauan Masalah, Tindakan Kajian, Perlakasanaan
Tindakan seterusnya Penilaian & Refleksi.
6.1 Tinjauan Awal / Metodologi KajianMetodologi yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk
meninjau masalah murid, antaranya ialah :
i. Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat hafazan (Surah al-Adiyat ayat 1 -3) bagi murid Tahun 4
Melur. Sebelum Surah al-Adiyat, saya juga telah membuat pemerhatian ke atas
P&P Surah al-Qoriah di kelas yang sama. Ini bertujuan untuk mengenalpasti
masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan sehingga
menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran menghafal.
___________________________________________________________________________Muka surat 6 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Pemerhatian turut dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran (Ayat-ayat hafazan) untuk meninjau kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang diaplikasi oleh guru.
Pemerhatian ini juga dijalankan untuk meninjau teknik menghafal ayat-ayat hafazan yang dianjurkan oleh guru untuk murid menghafalnya.
Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat
hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik
oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan.
ii. Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid Guru mendengar bacaan/hafalan murid sambil membuat penilaian bacaan
tersebut seterusnya merekod pencapaian mereka secara individu. Guru
menggunakan borang rekod tahap bacaan/hafalan murid.
iii. Soal Selidik Borang soal selidik diberi kepada murid untuk mendapatkan jawapan yang
tepat secara jujur tentang respons dan komen mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran Ayat-ayat Hafazan tersebut. Saya menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada murid secara jujur.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
i. Analisis Pemerhatian
Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi
item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat
hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik oleh
guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah al-
Qoriah dan Surah al-Adiyat ayat 1-3) yang lalu, di akhir pembelajaran saya dapati
___________________________________________________________________________Muka surat 7 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Hanya 4 orang sahaja daripada murid Tahun 4 Melur dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoriah dan Surah al-Adiyat ayat 1-3) yang
dipelajari.
Guru yang mengajar hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dijalankan iaitu kaedah talaqqi
musyafahah dan kaedah tikrar sahaja sehingga murid berasa letih dan capat bosan
menyebabkan hilang kosentrasi untuk menghafal bersungguah-sungguh.
Guru yang mengajar menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara tidak sistematik yang mana guru terus meminta murid menghafal ayat secara tikrar
tanpa melancarka sebutan setiap potongan-potongan ayat terlebih dahulu sebelum
aktiviti menghafal dimulakan. Guru terus beralih kepada ayat kedua dan meminta
murid menghafalnya walaupun ayat pertama masih ramai yang tersangkut-sangkut
membacanya.
ii. Analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid (Surah al-Qoriah dan Surah al-Adiyat ayat 1-3)Ujian Pengesanan Bacaan/hafalan Murid ini adalah bertujuan untuk menguji tahap
sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan.
Berikut adalah dapatan daripada Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4 Melur :
Perkara / AspekBilangan Murid Mengikut Tahap
Penguasaan Kemahiran Menghafal Ayat-ayat Hafazan
Bacaan/Hafalan
Baik
Bacaan/Hafalan
Lemah1.Menghafaz ayat dengan sebutan huruf
yang betul. 3 orang 292.Menghafaz ayat dengan bacaan
panjang pendek yang betul. 3 orang 293.Menghafaz ayat dengan tajwid yang
betul. 1 orang 294.Menghafaz ayat dengan bertajwid dan
lancar. 1 orang 295.Menghafaz ayat dengan turutan yang
betul, bertajwid dan lancar. 1 orang 29
iii. Analisis Soal Selidik
___________________________________________________________________________Muka surat 8 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diisi oleh murid Tahun 4
Melur, terdapat lima masalah murid Tahun 4 Melur tidak menguasai kemahiran
menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4 Melur. Rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan yang sama sahaja kepada murid iaitu mengkehendaki murid mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu merupakan penyebab utama mengapa murid Tahun 4 Melur sukar menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoriah dan Surah al-Adiat ayat
1-3). Guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut seringkali menggunakan
kaedah yang sama sahaja walaupun murid tidak berjaya menghafal ayat-ayat
hafazan. Ternyata di sini guru hendaklah mempelbagaikan kaedah yang sesuai dan
menganjurkan teknik menghafal yang sistematik.
Berikut adalah maklumat tentang sebab-sebab murid tidak dapat menguasai
kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan :
Bil. MASALAH-MASALAH MURID TIDAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGHAFAL
JUMLAHMURID (%)
1 Murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru.
4 Orang (11%)2 Murid tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat hafazan
kerana beranggapan ayat-ayat tersebut susah untuk dihafal
kerana ayatnya panjang.
3 Orang (8.8 %)
3 Murid tidak berasa seronok dan kurang keyakinan setiap kali aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan dijalankan. 3 Orang (8.8 %)
4 Rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya
memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan
guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir
waktu.Apabila letih, susah untuk meneruskan hafalan.
20 Orang
(58.8 %)
5 Murid berasa seronok dan yakin untuk menghafal ayat-ayat hafazan.
4 Orang (5.8 %)
6.3 Tindakan Yang Dijalankan
___________________________________________________________________________Muka surat 9 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah murid Tahun
4 Melur yang tidak menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan atas sebab guru
tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sebaliknya
menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Manakala teknik menghafal pula tidak dilakukan guru secara
sistematik. Fokus kajian ini adalah berkaitan dengan amalan pengajaran guru.
Berdasarkan tinjauan awal sebelum ini, saya telah menyediakan panduan dan
penerangan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta
teknik menghafal secara sistematik untuk diaplikasi oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dalam kelas. Selain itu saya telah merancang
untuk mengadakan sesi pengajaran yang khusus dengan memberi tumpuan kepada
amalan pengajaran guru dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat
hafazan serta teknik menghafal secara sistematik. Saya turut menyediakan rancangan
pengajaran harian untuk dua sesi pengajaran.
Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan kepada guru Asuhan
Tilawah al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan
bagi kelas 4 Melur :
i. Guru dicadangkan supaya menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran di kalangan murid-murid.
ii.Guru dicadangkan supaya mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat hafazan antaranya kaedah Talaqqi, kaedah Musyafahah,
kaedah Tikrar, Kaedah Cuba Jaya. kaedah sambung bacaan dan kaedah Tasmik.
iii. Guru dicadangkan supaya menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Quran secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan
iv. Guru dicadangkan supaya menerapkan secara maksimum metodologi dan psikologi Pendidikan Asuhan Tilawah al-Quran supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat,
tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan, tidak berlumba-lumba untuk
menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan menanamkan dalam diri mereka semangat
ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.___________________________________________________________________________
Muka surat 10 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. v. Guru dicadangkan supaya mempertingkatkan kemahiran membaca al-Quran dengan baik, fasih dan bertajwid aeterusnya menjadi contoh kepada anak-anak didiknya serta
hendaklah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur.
vi. Guru dicadangkan untuk melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta
teknik menghafal secara sistematik.
6.4 Pelaksanaan Tindakan
Pelaksanaan tindakan yang terlibat dalam kajian ini memberi penekanan kepada pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat
hafazan yang sesuai serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik.
Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat
hafazan.
6.4.1 Pelaksanaan Panduan/Tatacara Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Serta Teknik Menghafal Secara Sistematik
i.Guru menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran kepada murid
Tahun 4 Melur melalui penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Asuhan Tilawah al-Quran (Ayat-ayat Hafazan) iaitu :
Ikhlas dalam niat dan amalan.
Menggunakan satu mushaf dan tidak bertukar-tukar mushaf. Buku teks Asuhan Tilawah al-Quran Jilid 2 juga boleh digunakan sepenuhnya.
Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.
Menghafal ayat-ayat hafazan secara berperingkat-peringkat.
Biasakan diri selalu mendengar bacaan al-Quran contohnya mendengar pita rakaman bacaan ayat-ayat hafazan yang dipelajari.
Selalu tasmi bacaan/hafalan ayat-ayat hafazan tersebut di hadapan orang lain yang mahir membaca al-Quran seperti guru Asuhan Tilawah al-Quran.
ii.Guru mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-
ayat hafazan untuk murid Tahun 4 Melur. Berikut adalah kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran tersebut :
___________________________________________________________________________Muka surat 11 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Kaedah Talaqqi.di mana murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara beramai-
ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru
sehingga guru berpuas hati.
Kaedah Musyafahah.di mana guru membaca ayat terlebih dahulu dan didengar oleh murid, kemudian murid diminta membaca ayat tadi dengan didengar oleh
guru atau mengikut bacaan guru.
Kaedah Tikrar di mana guru memperdengarkan bacaan kepada murid berulang kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik.
Murid pula berulang kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan
guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan
murid.
Kaedah Cuba Jaya di mana murid-murid diberi masa yang terhad 10 hingga 15 minit untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta
membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru
meminta murid itu cuba hafal ayat itu sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk kumpulan atau individu.
Kaedah Sambung Bacaan di mana guru membaca satu ayat dan meminta murid-murid menyambung secara hafaz, atau pun kumpulan pertama membaca
ayat 1 secara hafaz, kumpulan kedua menyambung ayat 2 secara hafaz,
kumpulan ketiga menyambung ayat 3 secara hafaz juga dan begitulah
seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa
kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat 1 secara
hafaz kemudian meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat 2 secara
hafaz. Demikianlah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam
kalangan murid.
Kaedah Tasmik di mana murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid diminta membaca
ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Murid yang sudah ___________________________________________________________________________
Muka surat 12 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta
menghafaz lagi.
iii.Guru menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Quran secara sistematik dalam
pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan iaitu :
Murid diminta membaca ayat dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil) mengikut bacaan guru. Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja.
Murid diminta membaca ayat tadi dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar mengikut bacaan guru.
Setelah lancar bacaan tadi, bolehlah meminta murid membacanya dengan lebih cepat (tadwir) mengikut bacaan guru.
Meminta murid ulang beberapa kali bacaan cepat tadi hingga lancar.
Meminta murid cuba mengingati ayat tadi tanpa melihat buku teks. Jika salah barulah kembali merujuk buku teks.
Apabila berjaya menghafal ayat tadi, barulah beralih kepada ayat berikutnya mengikut langkah-langkah menghafal ayat pertama tadi.
Apabila berjaya menghafal ayat tersebut, guru meminta murid mengulangi ayat pertama tadi sehingga ayat kedua secara hafaz kecuali kalau tersangkut barulah
merujuk buku teks.
Murid diminta mengulangi ayat 1 hingga 2 beberapa kali secara cepat (tadwir) sehingga lancar tanpa merujuk buku teks Asuhan Tilawah al-Quran.
Murid diminta menghafal sehinggalah ayat terakhir menggunakan langkah2 seperti di atas tadi.
Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat kerana ia boleh membantu menguatkan hafalan.
iv. Satu set Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan serta teknik menghafal secara
sistematik untuk guru jalankan di kelas Tahun 4 Melur turut disediakan dan
bolehlah dijadikan contoh oleh guru untuk set RPH seterusnya :
___________________________________________________________________________Muka surat 13 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun :
Tarikh :
Masa :
Bilangan Pelajar :
Bidang : Asuhan Tilawah al-Quran (Surah al-Adiyat).
Tajuk : Membaca dan menghafaz Surah al-Adiyat ayat 1-3.
Pengetahuan Sedia Ada : Membaca dan menghafaz Surah al-Qoriah ayat 1 -11.
Hasil Pembelajaran : Murid dapat
Aras 1 = Menyebut dengan betul potongan ayat daripada Surah al-Adiyat.
Membaca dan menghafaz potongan ayat 1 - 3 dengan bacaan yang betul.
Aras 2 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 dengan bertajwid.
Sentiasa membaca al-Quran dengan betul dan fasih.
Aras 3 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 secara bertajwid dan fasih.
Mengamalkan pembacaan al-Quran dengan fasih dan bertajwid.
Kemahiran berfikir : Menilai,.Penerapan nilai : Ikhlas dalam niat dan amalan & menjauhkan diri daripada
melakukan maksiat.
Bahan Bantu Mengajar : Carta Surah al-Adiyat, bacaan ayat paparan LCD, kad
imbasan potongan-potongan ayat & Mushaf AL-Quran Rasm
Uthmani /Buku Teks Pendidikan Islam Jilid 2.
___________________________________________________________________________Muka surat 14 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Doa belajar Murid dan guru
membaca doa beramai-
ramai.
Set Induksi
(3 minit)
Paparan LCD tentang
seorang budak lelaki
sedang solat rakaat
pertama dan sedang
membaca surah al-
Adiyat selepas
membaca al-Fatihah.
1.Murid diminta
mendengar dengan teliti
surah yang dibaca
secara hafaz oleh
budak lelaki yang
sedang solat itu.
2.Murid diminta
menjawab soalan guru
adakah budak lelaki itu
membaca atau
menghafal surah lazim
dengan lancar selepas
bacaan al-Fatihah
dalam solatnya?
3.Kemudian murid
Kemahiran
Berfikir :Menilai
Teknik : Soal
Jawab
Nilai :
Ikhlas dalam
niat dan
amalan
BBM : LCD
___________________________________________________________________________Muka surat 15 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. diminta menjawab
soalan guru yang
kedua, adakah murid-
murid pernah
mendengar surah
tersebut sebelum ini?
4.Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
tajuk hari ini.
Langkah 1
(10 minit)
Surah al-Adiyat ayat
1-3.
Membaca potongan
ayat-ayat dengan
sebutan yang betul.
Latih tubi membaca
potongan ayat.
Apabila lancar,
membaca ayat demi ayat
mengikut teknik yang
betul, bermula dengan
bacaan perlahan setelah
lancar bolehlah
membaca secara tadwir.
1.Murid diminta
mendengar pembacaan
guru dengan teliti serta
melihat pergerakan
mulut guru. Kemudian
secara beramai-ramai
murid-murid membaca
mengikut bacaan guru
dan diteliti oleh guru
sehingga guru berpuas
hati.
2. Guru membaca ayat
terlebih dahulu dan
didengar oleh murid,
kemudian murid diminta
membaca ayat tadi
dengan didengar oleh
Kemahiran
Berfikir :Mengecam
urutan ayat
Kaedah :
Talaqqi
Musyafahah
Teknik : Latih
tubi menghafal
secara
sistematik
Nilai :
Ikhlas dalam
niat dan
amalan.
___________________________________________________________________________Muka surat 16 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Surah al-Adiyat
Ayat 1 3.
guru atau mengikut
bacaan guru.
3.Setelah lancar
bacaan tadi, bolehlah
meminta murid
membacanya dengan
lebih cepat (tadwir)
mengikut bacaan guru.
4. Meminta murid ulang
beberapa kali bacaan
cepat tadi hingga lancar.
BBM :
Kad
imbasan
potongan-
potongan ayat
&
Carta Surah al-
Zalzalah.
Langkah 2
(15 minit)
Menghafaz Surah al-
Adiyat ayat 1 3
mengikut kaedah yang
dicadangkan dan teknik
menghafal secara
sistematik.
1 1.Meminta murid ulang
beberapa kali bacaan
cepat tadi hingga
lancar.
2. Meminta murid cuba
mengingati ayat tadi
tanpa melihat buku
teks. Jika salah barulah
kembali merujuk buku
teks.
3.Apabila berjaya
menghafal ayat tadi,
barulah beralih kepada
ayat berikutnya
mengikut langkah-
langkah menghafal ayat
pertama tadi.
Kemahiran
Berfikir :Membuat
gambaran
mental.
Kaedah :
Tikrar.
Teknik : Latih
tubi menghafal
secara
sistematik.
BBM :
Carta Surah al-
Zalzalah.
___________________________________________________________________________Muka surat 17 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. 4.Apabila berjaya
menghafal ayat
tersebut, guru meminta
murid mengulangi ayat
pertama tadi sehingga
ayat kedua secara hafaz
kecuali kalau tersangkut
barulah merujuk buku
teks.
5.Murid diminta
mengulangi ayat 1
hingga 2 beberapa kali
secara cepat (tadwir)
sehingga lancar tanpa
merujuk buku teks
Asuhan Tilawah al-
Quran.
6.Murid diminta
menghafal sehinggalah
ayat ketiga
menggunakan langkah2
seperti di atas tadi.
7.Baca ayat-ayat yang
dihafaz itu dalam solat
kerana ia boleh
membantu menguatkan
hafalan.
Langkah 3
(15 minit)
Menghafal ayat 1 - 3 .
melalui kaedah cuba jaya
dalam masa yang terhad
sebanyak 15 minit.
1. Murid-murid diberi
masa yang terhad
selama 15 minit untuk
menghafaz ayat-ayat
tertentu sama ada
secara perseorangan
Kemahiran
Berfikir :
Membuat
gambaran
mental &
membuat ___________________________________________________________________________
Muka surat 18 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. atau berkumpulan. Ia
terpulang kapada murid
sama ada secara
individu mahupun
berpasangan.
Sekiranya berpasangan
murid boleh meminta
rakannya itu
mendengar dan
menyemak
bacaan/hafalannya.
2. Selepas 15 minit atau
ada murid yang lebih
awal dapat
menghafalnya, murid
diminta membaca ayat
secara hafaz di
hadapan guru. Jika
murid belum hafaz,
guru meminta murid itu
cuba hafal ayat itu
sekali lagi. Kaedah ini
boleh dilaksanakan
dalam bentuk kumpulan
atau individu.
urutan ayat
Kaedah : Cuba Jaya & Kaedah
Tasmik.
Teknik : Latih
tubi menghafal
secara
sistematik.
BBM : Mushaf
AL-Qura Rasm
Uthmani /Buku
Teks
Pendidikan
Islam Jilid 2.
Penilaian
Tahap
Bacaan/Hafalan
Murid
(10 minit)
Penilaian tahap
bacaan/hafalan murid
berdasarkan kemampuan
murid menyambung
bacaan guru atau bacaan
di kalangan murid.
Surah al-Adiyat
1. Murid diminta berada
dalam kumpulan
masing-masing.
2.Guru membaca satu ayat dan meminta
murid-murid
menyambung secara
Kemahiran
Berfikir :
Membuat
gambaran
mental dan
membuat
urutan.
___________________________________________________________________________Muka surat 19 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Ayat 1-3. hafaz, atau pun
kumpulan pertama
membaca ayat 1
secara hafaz, kumpulan
kedua menyambung
ayat 2 secara hafaz,
kumpulan ketiga
menyambung ayat 3
secara hafaz juga dan
begitulah seterusnya
sambung-menyambung
bacaan secara hafaz
antara beberapa
kumpulan murid.
3.Kemudian guru
meminta seorang murid
membaca ayat 1 secara
hafaz kemudian
meminta seorang murid
lain menyambung
bacaan ayat 2 secara
hafaz. Demikianlah
seterusnya sambung-
menyambung bacaan
hafazan dalam
kalangan murid.
Kaedah:
Sambung
bacaan.
Teknik : main
peranan.
Penutup
(5 minit)
Rumusan dan refleksi : Surah al-Adiyat
sekiranya sudah
menghafal ayat 1-3, ia
dijadikan bacaan iaitu
boleh dibaca dalam
solat harian untuk
menguatkan hafalan.
1. 1. Guru memberi kata-
kata penghargaan
kepada murid yang
berjaya menghafal
ayat 1-3.
2. Guru memberi kata-
kata perangsang
kepada murid yang
belum menghafal
ayat 1- 3.
Kaedah :
Tasmik
Nilai :
Menjauhkan
diri daripada
melakukan
maksiat.
___________________________________________________________________________Muka surat 20 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. 3. Guru membuat
kesimpulan bahawa
hanya dengan
kesungguhan dan
usaha yang tekun
boleh membantu
murid untuk
menghafal surah az-
Zalzalah dengan
betul dan lancar.
4. Guru meminta murid
membaca dan
menghafal Surah az-
Zalzalah ayat 1-3
semasa berada di
rumah dan akan
dinilai semula oleh
guru.
Refleksi :__________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
v. Ujian Penilaian Tahap Bacaan/Hafalan Murid kali kedua secara individu turut dijalankan selepas menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat
Hafazan yang memberi penekanan kepada penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan. Ujian ini
untuk mengesan perkembangan kemampuan murid menghafal ayat-ayat hafazan
setelah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang mana
___________________________________________________________________________Muka surat 21 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. pengisiannya telah dirancang rapi dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pelbagai dan teknik menghafal secara sistematik tersebut.
7.0 Dapatan KajianBagi mengetahui keberkesanan perlaksanaan tindakan dalam kajian ini, saya telah
membuat penilaian dan refleksi ke atas beberapa tindakan lalu seperti berikut :
i. Pemerhatian Proses Pengajaran & Pembelajaran Ayat-ayat Hafazan untuk Kelas 4 Melur Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Serta
Teknik Menghafal Ayat-ayat Hafazan Secara Sistematik.
Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran
Ayat-ayat Hafazan untuk kelas 4 Melur tetapi tidak dengan penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terhad dan asyik kaedah yang sama sahaja digunakan
dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya, sebaliknya saya mengisinya
dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta teknik
menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Saya telah menggunakan borang
pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik
menghafal secara sistematik oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama 4 minggu berturut-turut, saya
dapati guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan di kelas 4 Melur berjaya mempelbagaikan
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan dan berjaya
menganjurkan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Guru tersebut juga
berjaya meningkatkan tahap bacaan/hafalan murid-murid Tahun 4 Melur. Guru tersebut
turut berjaya menyelesaikan masalah murid yang cepat merasa bosan dan cepat penat
sehingga mengganggu konsentrasi mereka untuk menghafal ayat-ayat hafazan tersebut.
Selain itu, saya dapati beberapa objektif P&P tersebut tercapai iaitu :
a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat
menghafaz potongan ayat 1 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang
sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan
murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-Adiyat lagi.
b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat
menghafaz potongan ayat 3 6 Surah AL-Adiyat dengan bertajwid.
c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat
menghafaz ayat 6-9 Surah al-adiyat dengan bertajwid.
___________________________________________________________________________Muka surat 22 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat
menghafaz ayat 9-12 Surah al-adiyat dengan bertajwid.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian ke atas proses
pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur, penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara
sistematik dalam proses P&P dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran
menghafal ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar. Berbanding dengan tahap bacaan
murid pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu sebelum ini, hanya 4 orang murid yang
sama sahaja dapat menghafal Surah al-Qoriah dan Surah al-Adiat. Murid lain masih
tersangkut-sangkut hafalan mereka. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk
mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan ini dengan
penggunaan pelbagai kaedah P&P serta teknik menfghafal secara sistematik diajar kepada
murid-murid. Tidak hanya terbatas kepada satu atau dua kaedah sahaja sehingga
menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti menghafal ayat-ayat
hafazan tersebut seterusnya membuatkan mereka tidak menghafal dengan kosentrasi yang
baik. Namun, murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran
menghafal ayat-ayat hafazan tersebut yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru.
ii. Penilaian dan refleksi berdasarkan maklumbalas daripada Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/ Hafalan Murid di awal kajian (ujian pertama) dan di akhir kajian (ujian kedua)
Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta teknik menghafal secara sistematik di dalam proses P&P Asuhan
Tilawah al-Quran (Ayat-ayat Hafazan) yang telah dijalankan di kelas Tahun 4 Melur, saya
telah menjalankan Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid untuk kali kedua pada
akhir kajian ini. Ujian ini meliputi ayat 1 hingga 11 Surah al-Adiyat dihafal oleh murid
secara individu di hadapan guru. Berdasarkan hasilan ujian pengesanan tahap
bacaan/hafalan ini sebelum kajian ini berakhir, saya dapati bilangan murid yang dapat
menghafal surah az-Zalzalah ayat 1 8 dalam ujian akhir (kali kedua) meningkat kepada 21
orang berbanding hanya 4 orang murid sahaja yang dapat menghafalnya dalam ujian
pengesanan bacaan/hafalan (ujian pertama) sebelum ini. Ini bererti setelah sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan selama 4 minggu berturut-turut oleh guru Asuhan Tilawah al-
Quran menggunakan Rancangan Pengajaran Harian yang saya lengkapi dengan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara ___________________________________________________________________________
Muka surat 23 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. sistematik, penguasaan murid terhadap kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan serta
teknik menghafalnya secara sistematik semakin bertambah baik.
Berikut adalah keputusan Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid 4 Melur (ujian
kedua) selepas pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan
kepada Guru Asuhan Tilawah al-Quran dilaksanakan selama 4 minggu berturut-turut.
Perkara / Aspek
Bilangan Murid Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Menghafal
Ayat-ayat Hafazan
Bacaan/hafazan baik
Bcaan/hafazan Lemah
Menghafaz ayat dengan sebutan huruf
yang betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan bacaan
panjang pendek yang betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan tajwid yang
betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan bertajwid dan
lancar. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan turutan yang
betul, bertajwid dan lancar. 21 orang 13 orang
8.0 Refleksi KajianHasil dapatan analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan kali kedua ini, saya dapati
seramai 21 orang murid sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran menghafal
ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar ekoran daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik daripada sebelum ini. Guru mampu melahirkan murid yang
berkemahiran menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Seramai 13 orang murid yang lain
masih belum berjaya menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Ini disebabkan banyak faktor
mengapa murid-murid ini masih belummenghafal ayat-ayat hafazan tersebut antaranya ialah
keupayaan murid tidak sama, belum menguasai bunyi sebutan huruf Hijaiyyah, murid yang
lemah rasa rendah diri, murid terlalu ramai menyebabkan guru tidak boleh memberikan
perhatian yang sewajarnya untuk seorang murid, ada dikalangan murid yang tidak
menghadirkan diri, murid cepat merasa bosan dan kebanyakkan ibubapa kurang
mementingkan pendidikan Al-Quran di rumah dan hanya mengharapkan tunjuk ajar guru di
sekolah semata-mata.
___________________________________________________________________________Muka surat 24 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
9.0 Cadangan Kajian SeterusnyaSaya mendapati kajian tindakan tentang meningkatkan kemahiran menghafal ayat-
ayat hafazan di kalangan Tahun 4 Melur ini perlu diteruskan untuk semua kelas supaya guru
dapat meningkatkan lagi penguasaan di kalangan murid terhadap kemahiran menghafal
ayat-ayat hafazan ini melalui penambahbaikan dari segi amalan pengajaran guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan tersebut. Saya bercadang untuk
meneruskan kajian ini dengan memberi penekanan kepada kefahaman terjemahan ayat-
ayat hafazan bagi membantu murid cekap menghafal ayat-ayat hafazan seterusnya
mengamalkannya dalam bacaan solat harian. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa
bijak mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Rumusan/PenutupBerdasarkan pengalaman menjalankan kajian tindakan ini, dapatlah dirumuskan bahawa
Pencapaian murid banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran ayat-ayat hafazan.Penggunaan kaedah pengajaran yang terhad atau
tidak dipelbagaikan menjadi faktor utama membuatkan murid menjadi bosan dan tidak
memberikan tumpuan kepada pelajaran sehingga ini menjejaskan proses pembelajaran
atau hafalan ayat-ayat hafazan. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid
boleh dipertingkatkan apabila masalah sebenar sedemikian dapat diatasi. Bagi memahami
masalah murid seperti guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan murid-
murid sepanjang proses P&P dijalankan seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru
mengajar, tidak aktif dan murid menjadi bosan sehingga tidak memberi tumpuan kepada
pelajaran.. Semua ini adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru.
Walaubagaimanapun, kewujudan masalah ini sebenarnya turut dipengaruhi oleh beberapa
faktor iaitu guru terikat dengan beban sukatan pelajaran tahunan. Guru bertukus lumus
menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira prestasi murid. Ini menjadi
kengkangan untuk mencapai pengajaran yang berkualiti. Dengan itu, kajian tindakan
meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4
Melur ini memberi banyak panduan dan kesedaran kepada guru bahawa guru itu harus bijak
menggunakan kaedah pengajaran sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan yang
mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan
kepada jiwa serta menyentuh perasaan murid supaya mereka akan memberi tumpuan yang
padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat serta bertahan lebih lama
khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran (Ayat-ayat Hafazan).___________________________________________________________________________
Muka surat 25 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Rujukan / Bibliografi
Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Shah
Alam Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (2010). Styrategi Pengajaran
Guru Cemerlang, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hassan Langgulung (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam Kuala, Kuala
Lumpur : Pustaka Antara.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran, Universiti Teknologi, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4.
Mook Soon Sang (1992). Pedagogi 2.: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro, Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman.
Mook Soon Sang (1996). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan, Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan, Shah Alam Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Othman Lebar, Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Omar Hisham Mohd Baharin,
Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, Perak :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam Kaedah & Teknik Pengajaran, Petaling Jaya :
International Book Service.
___________________________________________________________________________Muka surat 26 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Lampiran1.Borang Soal Selidik untuk diisi oleh murid Tahun 4 Melur
SKAL
A
1 2 3 4 5Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
setuju
Bil. Skala 1 2 3 4 51 Saya tidak memberi tumpuan kepada
pengajaran guru.2 Saya tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat
hafazan kerana beranggapan ayat-ayat
tersebut susah untuk dihafal kerana ayatnya
panjang.3 Saya tidak berasa seronok dan kurang
keyakinan setiap kali aktiviti menghafal ayat-
ayat hafazan dijalankan.4 Saya rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru
menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat
hafazan kerana guru hanya memberi arahan
kepada murid supaya mengikuti bacaan guru
berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah
akhir waktu. Apabila letih, susah untuk
meneruskan hafalan.5 Saya berasa seronok dan yakin untuk
menghafal ayat-ayat hafazan.
___________________________________________________________________________Muka surat 27 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
2. Dapatan Pemerhatian keatas proses P&P selama 4 minggu berturut-
turut :
a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 1 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang
sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan
murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-Adiyat lagi.
b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 3 6 Surah AL-Adiyat dengan bertajwid.
c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 6-9 Surah al-adiyat dengan bertajwid.
d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 9-12 Surah al-adiyat dengan bertajwid.
3. Dapatan terakhir Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4
Melur :
Perkara / Aspek
Bilangan Murid Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Menghafal
Ayat-ayat Hafazan
Bacaan/hafazan baik
Bcaan/hafazan Lemah
Menghafaz ayat dengan sebutan huruf
yang betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan bacaan
panjang pendek yang betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan tajwid yang
betul. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan bertajwid dan
lancar. 21 orang 13 orangMenghafaz ayat dengan turutan yang
betul, bertajwid dan lancar. 21 orang 13 orang
___________________________________________________________________________Muka surat 28 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
___________________________________________________________________________Muka surat 29 daripada 10
-
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Dapatan Soal Selidik Pelajar
___________________________________________________________________________Muka surat 30 daripada 10