LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)...
Transcript of LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)...
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
1
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)
NEGERI SELANGOR
1. Nama Jabatan : 2. Nama Inovasi :
3. Tujuan Inovasi : 4. Proses Sebelum & Selepas :
Sebelum :
MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
MULTI EXPRESS BIN
1. Memudahkan Pekerja Awam untuk membawa peralatan-
peralatan pembersihan atau sapuan ketika melakukan
kerja-kerja sapuan awam.
2. Untuk memudahkan sampah yang dikumpul dibawa dari
1 tempat ke tempat yang lain seterusnya untuk dibuang.
3. Untuk menjimatkan masa yang diambil untuk kerja-kerja
sapuan awam terutamanya yang melibatkan hari-hari
cuti umum yang seterusnya dapat menjimatkan
pembayaran elaun lebih masa Pekerja Awam.
4. Untuk memudahkan pengasingan barangan yang boleh
di kitar semula.
Berkuat kuasa 1 Ogos 2011, kerja-kerja pembersihan awam telah diambil alih
oleh Pihak Berkuasa Tempatan daripada pihak Alam Flora Sdn.Bhd meliputi
kerja-kerja pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sapuan jalan.
Namun masalah timbul apabila Pekerja Awam yang menjalankan kerja-kerja
sapuan awam mengadu sukar untuk membawa semua peralatan-peralatan
sapuan dan sampah yang dikumpul dari 1 tempat ke tempat yang lain. Hal ini
kerana mereka hanya berjalan kaki ketika menjalankan kerja-kerja sapuan.
2 orang pekerja di perlukan dalam sesuatu masa ketika menjalankan kerja-kerja
sapuan dalam 1 kawasan. Salah seorang akan membawa peralatan dan
seorang lagi akan membawa beg plastik sampah.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
2
Peralatan yang perlu dibawa adalah seperti sebatang penyapu, sebatang
pengaut sampah, sebatang pengais, sebatang gobak dan beg plastik sampah.
Pada masa yang sama sampah-sampah yang boleh dikitar semula tidak dapat
diasingkan serta-merta kerana tiada ruang khas untuk sampah sebegini.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
3
Selepas :
Selepas inovasi ini dihasilkan, hanya seorang sahaja pekerja diperlukan untuk
membawa semua peralatan ke kawasan sapuan. Tong 2 wheel bin yang
digunakan dapat memudahkan pergerakan sampah dari satu tempat ke tempat
yang lain serta dapat menjimatkan masa kerana kerja-kerja sapuan dapat
dilakukan dengan lebih cepat. Di samping itu, apabila bilangan pekeja dan
bilangan masa dapat dijimatkan secara tidak langsung pembayaran elaun lebih
masa dapat dikurangkan juga.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
4
5. Ciri-Ciri & Impak Inovasi
5.1 Kreativiti
Multi Express Bin merupakan 100 % cetusan idea ahli kumpulan bagi
memudahkan Pekerja Awam di Majlis Daerah Kuala Selangor membuat
pembersihan. Ianya melibatkan tong 2 wheel bin dan beberapa kombinasi
peralatan lain seperti pemegang peralatansebagai medium meletakkan
peralatan pembersihan seperti penyapu, pengaut sampah, pengais dan
gobak serta jaring kitar semula bertujuan mengumpul barangan yang
boleh dikitar semula.
Sisi Kiri Recycle Net
Sisi Kanan
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
5
5.2 Keberkesanan
5.3 Signifikan
5.4 Relevan
# Keberkesanan menggunakan produk ini meliputi aspek bilangan tenaga kerja, waktu bekerja & bayaran elaun tuntutan masa
Kaedah Bilangan pekerja Waktu Bekerja Bayaran elaun lebih
masa
Lama / Manual 2
08.00 - 11.00 pagi 02.00 - 05.00 Petang ( 6 Jam )
RM 3.88 x 2 x 6 jam = RM 46.56
Multi Express Bin 1
08.00 - 10.00 Pagi 02.00 - 04.00 Petang ( 4 Jam )
RM 3.88 x 1 x 4 jam = RM 15.52
Perbezaan 1 2 Jam RM 31.04
Kaedah Bilangan pekerja Waktu Bekerja Bayaran elaun lebih
masa
Lama / Manual 2
08.00 - 11.00 pagi 02.00 - 05.00 Petang ( 6 Jam )
RM 3.88 x 2 x 6 jam = RM 46.56
Multi Express Bin 1
08.00 - 10.00 Pagi 02.00 - 04.00 Petang ( 4 Jam )
RM 3.88 x 1 x 4 jam = RM 15.52
Perbezaan 1 2 Jam RM 31.04
Penciptaan produk ini memberikan 1 impak besar kepada Jabatan kerana
melalui kaedah atau produk ini keberkesanannya meliputi semua aspek
seperti dari segi penjimatan masa, penjimatan tenaga kerja dan
seterusnya penjimatan pembayaran tuntutan elaun lebih masa yang
sekaligus dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan dan
mengurangkan kos perkhidmatan dan penyelenggaraan .
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
6
6. Gambar / Jadual / Statistik
MESIN
KAEDAHMANUSIA
Masalah membawa peralatanketika kerja-kerja sapuan
BAHAN
PERSEKITARAN
SUKAR DI BAWA
TIDAK FLEKSIBEL
KAWASAN PERNIAGAAN
KAWASAN PERLANCONGAN
BANYAK PERALATAN
YANG PERLU DI BAWA
KAWASAN LONGKANG
LOKASI YANG JAUH
TIADA JENTERA KHUSUS
PENYELENGARAAN YANG RUMIT
PENGANGKUTAN TERHAD
TENAGA KERJA YANG BERLEBIHAN
KURANG MAHIR
SIKAP
BEBANAN KERJA
MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK
PEMBERSIHAN
KESUKARAN MEMBAWA PERALATAN
KURANG EFEKTIF
BIL MASALAH PENCADANG
1. Masalah Sampah Haram Azman
2.Masalah membawa peralatan ketikakerja-kerja sapuan awam Mizarul
3. Masalah LiLaTi Di Kawasan PasarBasah Khalid
4. Masalah kehilangan peralatanpinjaman gotong-royong Shafiq
5. Masalah Pencemaran Alam SekitarDaripada Kilang Azman
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
7
Revolusi Penciptaan Multi Express Bin
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
8
7. Lain-Lain Yang Berkaitan ( Sila gunakan helaian lain jika tidak mencukupi )
Laporan disediakan oleh : Tarikh : 21 Mei 2013 Kumpulan iPEK Majlis Daerah Kuala Selangor
Pencapaian :
- Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor 2011
- Tempat Ketiga Best Practice Semasa Majlis Perlancaran Zon Bersih MBPJ 2011
- Anuerah Khas Best Practice Pengaudi tan Zon Bersih.2012