laporan B.I.G. sem 3
Transcript of laporan B.I.G. sem 3
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
1/12
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR
PORTFOLIOKURSUS BINA INSAN GURU (B.I.G.)
FASA 3
09 APRIL 2013
NAMA PELAJAR : CLARA BEATRICE ANAK LOGIE
NO. K/P : 900812-13-6688
PROGRAM/UNIT : PISMP TESL 1(SK)
SEMESTER : SEMESTER III
NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN HASHIM
TARIKH HANTAR : APRIL 2013
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
2/12
REFLEKSI SELEPAS MENJALANI KURSUS BINA INSAN GURU FASA III
Nama : Clara Beatrice anak Logie
No. K/P : 900812-13-6688
Program/Unit : PISMP TESL 1 (SK)
Kursus Bina Insan Guru Fasa 3 ini banyak memberi pengalaman serta pendedahan
kepada saya terhadap situasi di luar institut. Seperti mana yang telah dilaksanakan, kursus
Bina Insan Guru (B.I.G.) ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong, Raub Pahang.
Memandangkan kursus B.I.G. ini diadakan di sekolah, secara tidak langsung, saya mampu
mempelajari cara menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Saya, pada masa yang
sama, mampu melihat organisasi serta pentadbiran yang diuruskan oleh pihak sekolah
tersebut.
Bagi malam sebelum kursus B.I.G berlangsung, saya sedikit sebanyak dapat
mempelajari cara-cara mengendalikan majlis-majlis rasmi seperti majlis penutupan seperti
yang telah disimulasikan oleh beberapa orang guru pelatih yang terpilih. Tuan Haji Saharom
bin Idris serta Encik Ramit telah mengarahkan beberapa orang guru pelatih untuk memikul
tanggunjawab untuk menunjukkan cara-cara sebenar majlis rasmi penutupan diadakan.
Terdapat dua simulasi yang ditunjukkan. Simulasi yang kedua menunjukkan kemahiran
mereka dalam mengendalikan majlis penutupan, di mana mereka menunjukkan protokol
yang sebenar serta betul yang dapat digunapakai semasa majlis sebenar itu nanti. Secara
reflektifnya, hal ini sedikit sebanyak menyedarkan saya betapa pentingnya sesuatu protokol
itu untuk sesuatu majlis yang besar serta berprestij. Sekiranya kami mampu mengendalikan
majlis penutupan dengan jayanya, hal ini akan menaikkan nama IPG Tengku Ampuan Afzan
serta secara tidak langsungnya, kami sebagai bakal guru, dapat membiasakan diri dengan
tanggungjawab menguruskan serta mengetuai program besar-besaran di sekolah kelak.
Selain itu, Tuan Haji Saharom juga telah memberi taklimat kursus. Beliau menjelaskan
kepentingan, peraturan serta tujuan
Pada pagi 9 April 2013, satu senam robik telah dijalankan oleh semua warga sekolah
serta guru-guru pelatih. Saya berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama pelajar-
pelajar sekolah tersebut untuk melakukan senam robik pada pagi tersebut. Saya gembira
melihat reaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar semasa senam robik tersebut. Saya dapat
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
3/12
melihat kesungguhan mereka terpapar pada muka ceria mereka. Dengan itu, dapat saya
nyatakan bahawa mereka begitu menyukai senam robik yang telah dilangsungkan.
Seperti yang telah dinyatakan dalam laporan kursus, kami telah dibahagikan tugas
masing-masing. Guru-guru pelatih yang beragama Islam ditugaskan untuk melakukan aktivitikemasyarakatan di masjid, surau serta tanah perkuburan. Manakala guru pelatih yang
bukan Islam ditugaskan untuk melakukan kerja amal di kawasan sekolah seperti pusat
sumber, tandas, pejabat, pra-sekolah dan kawasan kantin. Bagi saya pula, tugas kumpulan
saya ialah di kantin sekolah. Banyak yang telah kami lakukan. Antara tugas yang kami
jalankan ialah menghasilkan alat bantu belajar yang digantungkan di atas dinding kantin,
menggantung langsir, menyapu, mengemas sert membantu guru untuk menghasilkan sifir 2
hingga 12 pada mounting board. Melalui tugas-tugas ini, tiada maknanya sekiranya
semangat kerjasama tidak wujud antara kami. Seperti saya dapat lihat, kesemua ahli
kumpulan mampu memberi kerjasama yang padu bagi menyelesaikan tugas yang diberi.
Dengan membantu guru menghasilkan alat bantu belajar, saya dapat menyelami sendiri
bagaimana usaha gigih seorang guru untuk memenuhi kehendak serta keperluan anak
muridnya dalam akademik dengan menyediakan pelbagai alat serta bahan-bahan ilmiah.
Pada majlis penutupan pula, kami telah Berjaya mengendalikannya dengan jaya. Tiada
permasalahan serta kesulitan yang timbul sepanjang majlis penutupan itu berlangsung.
Secara konklusinya, kursus Bina Insan Guru seperti ini amat berguna bagi bakalguru bagi memberi pendedahan awal tentang situasi sebenar sesebuah sekolah dan tahu
bagaimana cara menyseuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
4/12
LAPORAN KURSUS BINA INSAN GURU FASA III SEMESTER 3 2013
Pada 8 April 2013, satu bengkel serta taklimat tentang Kursus Bina Insan Guru Fasa
3, Bengkel Etika Sosial dan Protokol telah diadakan. Kursus Bina Insan Guru (BIG)
dijadualkan dijalankan pada keesokan harinya. Pada malam 8 April tersebut, taklimat
diberikan oleh Tuan Haji Saharom bin Idris selaku Penyelaras BIG Semester 3 serta Encik
Abdul Ramit, selaku ketua unit Kokurikulum IPG Tengku Ampuan Afzan. Progranm telah
berlangsung bermula pada pukul 8 malam berakhir pada pukul 11 malam. Majlis dimulakan
dengan satu taklimat ringkas oleh Tuan Haji Saharom tentang kursus; konsep, tujuan,
objektif, perkaitannya dengan pro forma kursus serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh
semua guru pelatih semasa berlangsungnya kursus BIG itu nanti.
Setelah memberi taklimat, Tuan Haji Saharom telah mengajukan satu persoalan
yang berbunyi, Anda dikehendaki mengendalikan satu majlis penutupan BIG Fasa 3.
Perasmi adalah Dato Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan. Tetamu kehormat: Dato
Pengarah, Guru Besar SK Ulu Dong, PPD Raub, para-para tutor, Ketua Unit Kokurikulum,
Penyelaras BIG Fasa 3, Guru-guru dan Ketua Kampung. Daripada soalan tersebut , dua
simulasi perlu dipersembahkan, iaitu simulasi pertama akan ditunjukkan oleh kumpulan
pertama BIG yang akan bertolak keesokan harinya, Manakala simulasi kedua akan
ditunjukkan oleh kumpulan kedua BIG yang akan bertolak dua hari berikutnya, iaitu 10 April
2013. Dalam simulasi tersebut, mereka-mereka yang terpilih perlu melakonkan aksi-aksi
serta protokol yang perlu ada semasa majlis penutupan rasmi semasa BIG nanti. Kumpulan
pertama telah menunjukkan satu simulasi yang kurang memuaskan hati Tuan Haji Saharom
dan telah dibincangkan kelebihan serta kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara kelemahan-
kelemahannya ialah kurang serius, salah dari segi susunan tempat duduk dan urutan
tetamu-tetamu kehormat yang menerima cenderahati. Manakala kumpulan kedua telah
menunjukkan satu simulasi yang agak memuaskan hati serta lebih baik daripada simulasi
pertama. Mereka menunjukkan contoh satu protokol majlis rasmi yang bersesuaian dengan
situasi serta keadaan majlis penutupan rasmi kursus Bina Insan Guru yang akan
dilangsungkan setelah selesainya aktiviti kemasyarakatan itu nanti. Setelah selesai simulasi,
Tuan Haji Saharom memberi sedikit taklimat serta garis panduan kursus bagi memudahkan
kursus BIG itu untuk keesokan hari serta hari berikutnya. Bengkel pada malam tersebut
berakhir pada pukul 11 malam.
Pada 9 April 2013, hari Selasa, para peserta berkumpul di Astaka IPG Tengku
Ampuan Afzan kira-kira pada pukul 7.30 pagi. Semua peserta kursus dikehendaki memakai
pakaian sukan, iaitu pakaian kasual. Setelah dipastikan semua peserta kursus BIG telah
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
5/12
menghadirkan diri dan berkumpul di astaka, satu taklimat ringkas terakhir diberikan oleh
Tuan Haji Saharom dan Encik Ramit berkenaan susuncara aktiviti kemasyarakatan kursus
BIG yang akan dijalankan sebentar lagi. Setelah memastikan peralatan serta keperluan lain
seperti cangkul, plastik sampah, parang, penyapu lidi, penadah sampah, mop, pencakar
sampah, kotak pertolongan cemas, kain rentang, kertas majong, pen marker, minuman serta
makanan telah dibawa bersama dan disimpan di dalam bas, para peserta bersama tutor-
tutor pun bertolak menuju ke destinasi iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Dong pada pukul 7.45
pagi.
Bas yang dinaiki oleh para peserta dan diikuit oleh para tutor dengan kereta masing-
masing tiba di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong, Raub pada pukul 8.45 pagi. Sesampainya di
sana, kehadiran semua pihak IPGKTAA disambut mesra dengan tangan terbuka oleh warga
sekolah tersebut terutamanya iaitu Guru Besar sekolah itu. Para pelajar sekolah tersebut
turut menanti kedatangan peserta kursus. Satu senam seni pun diadakan bagi memanaskan
badan sebelum memulakan aktiviti kemasyarakatan. Senam seni tersebut dikendalikan oleh
Ahmad Farhan Bin Zainudin, dari unit BM1/PJ/RBT. Para pelajar sekolah turut serta
melakukan senam seni. Senam seni berlangsung kira-kira 15 minit sebelum para peserta
kursus menikmati minum pagi pada pukul 9.15 pagi. Setelah selesai minum pagi, para
peserta diagihkan kepada kumpulan masing-masing bagi checkpoint tertentu. Para peserta
beragama Islam ditugaskan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di surau, masjid dan
tanah perkuburan, manakala peserta bukan Islam ditugaskan untuk menjalankan tugas di
dalam kawasan sekolah seperti pejabat sekolah, tandas, pusat sumber, prasekolah dan
kantin sekolah.
Pada pukul 9.30 pagi, semua peserta mula menjalankan aktiviti khidmat
kemasyarakatan dengan bergerak menuju ke checkpoint masing-masing. Para peserta
beragama Islam bergerak menuju ke surau, masjid dan tanah perkuburan. Di surau, antara
aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan ialah menyapu, membersih, menghias, melukis
mural dan mengemas kawasan dalam dan luar surau. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yangdilakukan di masjid juga lebih kurang sama dengan apa yang telah dijalankan oleh peserta
di checkpoint surau. Bagi kawasan tanah perkuburan pula, peserta menebas, memotong
rumput, serta mengemas kawasan tanah perkuburan. Ada juga yang melakukan kerja
menggali dan menanam bunga di sekitar kawasan perkuburan.
Bagi peserta bukan Islam yang menjalankan tugas di kawasan sekolah pula,
pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan, memandangkan jumlah peserta bukan Islam bagi
kumpulan pertama ini adalah ramai. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengecat,
melukis mural, mengemas, mencuci dan membersih kawasan persekitaran sekolah, dan
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
6/12
malahan membantu guru di situ menghasilkan alat bantu belajar. Bagi kawasan pusat
sumber, mereka yang ditugaskan telah membantu para guru dan staf untuk menyusun buku-
buku, bahan-bahan mengajar, menyapu dan mengemas meja serta barang yang terdapat di
dalam pejabat. Bagi peserta yang bertugas di kawasan kantin sekolah, mereka membantu
guru menggunting, melekat, menggantungkan langsir, menghasilkan alat bantu belajar
seperti hasil sifir 2 hingga 12, peribahasa Bahasa Melayu dan kosa kota Bahasa Inggeris di
sekitar kawasan kantin. Selain itu, mereka juga membantu pekerja kantin untuk mengemas
serta menyusun meja dan kerusi di kantin bagi memudahkan para pelajar mendapatkan
makanan mereka pada waktu rehat. Lukisan mural dihasilkan oleh para pelajar yang
bertugas di pusat sumber, prasekolah, tandas dan kelas-kelas. Antara mural yang dihasilkan
ialah Rukun Negara, lagu Negaraku dan bendera Malaysia. Para peserta telah
menghasilkan kerja yang memuaskan pihak sekolah setelah mendapat pujian yang tidak
terhingga terutamanya dari Guru Besar sekolah itu sendiri. Aktiviti-aktiviti dijalankan
sehingga pukul 12.30 tengah hari sebelum semua peserta berehat untuk menjamu selera
makanan tengah hari. Masa rehat bermula pada pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul
2.30 petang, bagi memberi ruang kepada semua peserta Muslim untuk menunaikan solat
Zohor.
Pada pukul 2.30 petang, para peserta mula bergerak ke checkpoint masing-masing
bagi menyambung semula tugas gotong-royong tergendala sebelum waktu rehat tadi. Bagi
para peserta yang yang telah awal selesai menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kawasan
masing-masing, mereka pergi membantu rakan-rakan peserta lain untuk menyelesaikan
tugasan-tugasan lain. Semua aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan oleh peserta kursus
mendapat pemantauan dari semasa ke semasa oleh Guru Besar SK Ulu Dong dengan
diiringi oleh Tuan Haji Saharom bin Idris selaku Penyelaras BIG Semester 3 dan Encik
Abdul Ramit selaku Ketua Unit Kokurikulum IPG Tengku Ampuan Afzan.
Pada pukul 4.30 petang, para peserta selesai menjalankan aktiviti kemasyarakatan
dan seterusnya, peserta Muslim menunaikan solat Asar. Kira-kira pada pukul 5 petang,majlis penutupan berlangsung. Majlis penutupan secara rasminya telah dilancarkan oleh
Encik Ramit. Menurut ucapan Guru Besar SK Ulu Dong, beliau amat berpuas hati dengan
khidmat kemasyarakatan yang dilakukan oleh semua peserta pada hari tersebut. Menurut
beliau lagi, semua peserta telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam kursus BIG pada
kali ini. Penyampaian cenderamata telah diberikan kepada Guru Besar SK Ulu Dong dan
para tutor yang turut menghadirkan diri dalam majlis penutupan. Selesai majlis penutupan,
semua peserta berkumpul di dataran sekolah bagi menunggu kedatangan bas sebelum
bertolak pulang ke institut. Pada pukul 6 petang, bas yang dinaiki pun bertolak pulang ke
institut.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
7/12
Para peserta diberi taklimat terakhir olehEncik Ramit sebelum bertolak ke destinasi.
Senam Seni yang dilakukan bersama para pelajar
SK Ulu Dong sebelum memulakan aktiviti gotong-
royong.
Seorang peserta mencuci tingkap di dewansekolah.
Peserta mengecat tingkap serta bingkaipintu di dewan sekolah.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
8/12
Para peserta membantu guru menghasilkanalat bantu belajar di kantin sekolah.
Peserta lelaki ditugaskan untukmenggantungkan langsir di kantinsekolah.
Peserta Muslim mencabut dan memotongrumput dengan menggunakan sabit dikawasan perkuburan.
Peserta wanita yang beragama Islam
turut memotong rumput di kawasn
perkuburan.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
9/12
Peserta membersihkan longkang di sekitarkawasan sekolah.
Seorang peserta menggantungkan kata-kata hikmah di sepanjang kawasan jalanberbumbung sekolah.
Peserta wanita Muslim bertungkus lumus
menceriakan surau sekolah.
Peserta lelaki Muslim berbincang
bagaimana untuk menceriakan surau
sekolah.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
10/12
Peserta di checkpoint pejabat sekolahmengemas barang serta buku-buku.
Dua orang peserta melukis mural padadinding bangunan prasekolah.
Peserta menghasilkan mural di kawasantangga bangunan sekolah.
Para peserta berehat di pondok-pondok
berbumbung sebelum memulakan semula
aktiviti.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
11/12
Pada masa rehat, para peserta mengambil makanan untuk tengahhari.
Keadaan di mana peserta melukis mural di tepi kantin sekolah.
-
7/23/2019 laporan B.I.G. sem 3
12/12
SENARAI KANDUNGAN
1.0 KERTAS KERJA KURSUS BINA INSAN GURU
FASA III SEMESTER 3 2013 1
2.0 LAPORAN SEBELUM KURSUS (08 APRIL 2013)
DAN SELEPAS KURSUS (09 APRIL 2013)
3.0 REFLEKSI SELEPAS MENJALANI KURSUS
BINA INSAN GURU
4.0 GAMBAR-GAMBAR SEMASA KURSUS