Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013
Transcript of Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013
LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM)
TAHUN 2011
Pada tahun 2011 seramai 843 calon dari semua Maktab Mahmud mengambil SMRAMM.
Keputusan peperiksaan SMRAMM 2011 menunjukkan sedikit peningkatan dalam peratus lulus
daripada 92.7% pada tahun 2010 kepada 92.8%. pada tahun 2011. Sebanyak 688 calon dari 843
calon memperolehi lulus minimum pangkat Maqbul.
Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri), Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Bandar
Baharu telah mencatat kelulusan 100%. Sebanyak 5 buah pusat iaitu Maktab Mahmud Alor Setar
(Putera), Langkawi, Pendang, Merbok dan Baling mencatatkan peningkatan peratus kelulusan di
mana peratus kelulusan antara 90.3% hingga 98.1%. Manakala 5 pusat lagi iaitu Maktab
Mahmud Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Pokok Sena mencatatkan penurunan
peratus kelulusan di mana peratus kelulusan antara 73.5% hingga 96.7%.
Peratus pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan penurunan
daripada 13.2% (98 calon) pada tahun 2010 kepada 9.5% (80 calon). Jumlah tertinggi pelajar
yang mencapai pangkat Mumtaz ialah di Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri) iaitu sebanyak 47
calon. Peratusan calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) seperti tahun 2010
iaiti 27.2 %. Manakala peratus yang mendapat pangkat Jayyid ( Baik ) meningkat daripada
31.4% kepada 35.1 % pada tahun 2011. Manakala calon yang mendapat Maqbul meningkat dari
20.9 % kepada 21.0%.
Peperiksaan SMRAMM pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan dari segi bilangan
pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari segi kualitinya agak menurun
sedikit. Adalah diharapkan peperiksaan SMRAMM di Maktab Mahmud akan terus
menunjukkan kecemerlangan pada tahun yang akan datang.
Disediakan oleh :
Unit Kurikulum,
Bahagian Akademik LMM.
LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM)
TAHUN 2012
Pada tahun 2012 seramai 791 calon dari seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah telah
menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM). Secara
umumnya pencapaian calon dari segi peratusan keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan
dalam peratus lulus iaitu daripada 92.76 % (2011) kepada 89.76%. (2012).
Terdapat beberapa buah Maktab Mahmud yang menunjukkan peningkatan peratusan
keseluruhan seperti Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Sik, Maktab Mahmud
Kulim dan Maktab Mahmud Pokok Sena. Manakala Maktab Mahmud Yan telah mengekalkan
kedudukan lulus 100% untuk 3 tahun berturut-turut. Sungguhpun demikian, masih terdapat
beberapa Maktab Mahmud yang mencatat penurunan iaitu Maktab Mahmud Alor Setar Putera &
Puteri, Maktab Mahmud Langkawi, Maktab Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Merbok,
Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala Muda dan Maktab Mahmud Bandar Baharu.
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) pula, didapati 3 buah Maktab Mahmud yang
menunjukkan peningkatan yang ideal iaitu Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Sik,
Maktab Mahmud Padang Terap. Manakala 9 buah Maktab Mahmud lagi menunjukkan
penurunan dengan kadar yang kecil iaitu Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Alor Setar
(Putera), Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri,) Maktab Mahmud Langkawi, Maktab Mahmud
Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala Muda dan
Maktab Mahmud Bandar Baharu.
Seterusnya, peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan
penurunan daripada 9.49 % (80 calon) tahun 2011 kepada 8.22 % (65 calon) tahun 2012. Jumlah
tertinggi calon yang mencapai pangkat Mumtaz ialah di Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri)
iaitu seramai 42 calon. Peratusan calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
tahun 2012 ialah sebanyak 23.64 %. Manakala peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid
(Baik) pula ialah 32.49 % . Namun demikian, peratus calon yang mendapat pangkat Maqbul
(Lulus) meningkat daripada 21.0 % pada tahun 2011 kepada 25.41 % pada tahun 2012.
Secara keseluruhannya, peperiksaan SMRAMM pada tahun 2012 menunjukkan
peningkatan dari segi bilangan pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari
segi kualitinya agak menurun sedikit. Adalah diharapkan peperiksaan SMRAMM di Maktab
Mahmud Negeri Kedah akan terus menunjukkan kecemerlangan pada tahun yang akan datang.
LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM) 2013
Pada tahun 2013 seramai 851 calon dari seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah telah
hadir menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM).
Secara umumnya, pencapaian calon dari segi peratus calon lulus dalam semua mata pelajaran
menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada 89.76 % (2012) kepada 91.08 % (2013).
Terdapat 7 buah Maktab Mahmud yang menunjukkan peningkatan peratus calon dalam
semua mata pelajaran seperti Maktab Mahmud Alor Setar (Putera & Puteri), Maktab Mahmud
Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Kuala Muda, Maktab Mahmud Baling,
Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Pokok Sena. Manakala Maktab Mahmud Yan telah
mengekalkan kedudukan lulus 100% untuk 4 tahun berturut-turut. Sungguhpun demikian,
masih terdapat 4 Maktab Mahmud yang mencatat penurunan iaitu Maktab Mahmud Langkawi,
Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Maktab Mahmud Sik.
(rujuk lampiran).
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) pula, didapati 11 buah Maktab Mahmud yang
menunjukkan peningkatan yang ideal iaitu Maktab Mahmud Alor Setar (Putera & Puteri),
Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Langkawi, Maktab
Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala
Muda, Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Maktab Mahmud Bandar
Baharu. Manakala sebuah Maktab Mahmud sahaja menunjukkan penurunan dengan kadar
yang kecil iaitu 0.14 % Maktab Mahmud Sik,(rujuk lampiran).
Seterusnya, peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan
peningkatan daripada 8.22% (65 calon) tahun 2012 kepada 14.57% (124 calon) tahun 2013.
Peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) tahun 2013 ialah sebanyak
29.14% (248 calon). Manakala peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) pula ialah
28.20% (240 calon) . Namun demikian, peratus calon yang mendapat pangkat Maqbul (Lulus)
menurun daripada 25.41% (201 calon) pada tahun 2012 kepada 20.56% (175 calon) pada tahun
2013.
Secara keseluruhannya, peperiksaan SMRAMM pada tahun 2013 menunjukkan
penurunan dari segi bilangan pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari
segi kualitinya menunjukkan sedikit peningkatan yang ideal. Adalah diharapkan peperiksaan
SMRAMM di Maktab Mahmud Negeri Kedah akan datang terus menunjukkan kecemerlangan
dari semasa ke semasa. Insyaallah.