Laporan Amali 2

12
Laporan Amali 2 Taksonomi Dan menjejaki Kepelbagaian Biologi TUJUAN I. Untuk mengkategorikan kumpulan spesies mengikut ciri-ciri mereka. II. Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri- ciri sepunya. PENGENALAN Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik,

Transcript of Laporan Amali 2

Page 1: Laporan Amali 2

Laporan Amali 2

Taksonomi Dan menjejaki Kepelbagaian Biologi

TUJUAN I. Untuk mengkategorikan kumpulan spesies mengikut ciri-ciri mereka.

II. Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

PENGENALAN

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di

atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta,

merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud.

Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada

beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang

dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup

yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta

tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau

spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu

spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks

dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu

kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem.

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan

dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau

serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma

tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik,

satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan

diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya

ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah

Page 2: Laporan Amali 2

yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya

membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang

kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara

fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering

digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara

pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar

dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting

bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau

kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan

yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah

nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan

pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara

menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan

dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai

pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang

sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa

terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu

yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam

spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciri – ciri

yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia

dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam

ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia. 

KEPUTUSAN

Page 3: Laporan Amali 2

KUMPULAN SPESIES

CIRI-CIRI UMUM “MOON MORPHS”

A(Spesies bermata)

Spesies yang mempunyai

mata.

Berbadan bertompok

hitam dan berbintik.

Berkaki, mempunyai jari

dan berkuku.

1,2,3,4,5,6,9,10,11,12,16,1718,

21,22,23,24,27

B(Spesies tidak

bermata)

Spesies tidak bermata.

Mempunyai cirri fizikal

badan pendek dan

panjang.

Mempunyai sesungut.

Mempunyai sayap.

7,8,13,14,15,19,20,25,26,28,29

PERBINCANGAN

Page 4: Laporan Amali 2

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk

pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.

Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama.

Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk

nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya

ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Spesies

Spesies terbahagi kepada lima jenis iaitu Morfological spesies, Genetic spesies, Biological

Species, Micro Species, dan Ecological Species. Morfological spercies merupakan sesuatu

populasi berbeza daripada ciri-ciri fizikal namun tetap dikategorikan sebagai satu spesies.

Contohnya ayam dan itik. Manakala , bagi Genetic species pula ialah merupakan satu set

haiwan yang berpotensi membiak secara semulajadi melalui genetik yang sesuai. Contohnya

seperti ikan yang boleh mengalami polyploidy dan membentuk spesies baru.

Boilogical species pula merupakan satu set haiwan yang berpotensi untuk membiak sesama

mereka. Contohnya anjing Chihuahua dan poodle. Manakala bagi Micro species pula ialah

spesies yang membiak tanpa proses meiosis dan persenyawaan dan setiap generasi adalah

serupa dari segi genetik dengan generasi sebelumnya. Contohnya yeast dan hydra.

Manakala Ecological species pula ialah set haiwan yang mempunyai peranan (niche) ekologi

yang sama di dalam sesebuah persekitaran. Contohnya katak pisang dan katak puru.

(http://www.blackwellpublishing.com/ridley/tutorials/The_idea_of_a_species11.asp ), (http://en.wikipedia.org/wiki/Species) dan Biology Matriculation Mc Graw Hill.

Dalam eksperimen ini, Moon Morph dikategorikan sebagai morphospesies kerana spesies ini

adalah mengikut ciri-ciri fizikal yang sama yang terdapat pada moon morph tersebut. Ciri –ciri

fizikal yang sama menyebabkan moon morph itu dikategorikan sebagai satu spesies namun

Page 5: Laporan Amali 2

terdapat variasi dalam spesies tertentu.

Bagi menyelesaikan amali 2 ini, kami perlu menggunting setiap Moon Morph dan

membahagikan spesies-spesies tersebut kepada beberapa bahagaian. Faktor pertama yang

kami ketengahkan adalah spesies yang bermata dan tidak bermata. Daripada spesies

berkenaan kami bahagikan pula kepada bentuk fizikal badan seperti badan bertompok dan

berbintik, kemudian bahagian kaki dan kaki ( Rujuk keputusan).

SOALAN DAN JAWAPAN

1. Apakah ciri-ciri yang digunakan apabila meletakkan haiwan bersama-sama? Mengapa

ciri-ciri tersebut dipilih? Mengapa tidak ciri-ciri yang lain?

Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk

mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak

diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, bentuk kepala,,

jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Di awal pengelasan, kami

membahagikan spesies ini kepada dua kategori iaitu spesies “moon morphs” bermata

dan “moon morph” tak bermata. Kemudian, kami membahagikan spesies-spesies

trersebut kepada ciri-ciri fizikal dominan yang lain seperti corak badan yang berbintik

dan betompok serta badan yang panjang mahupun badan yang pendek sehinggalah

kami mendapatkan satu spesies bagi satu ciri.

2. Adakah semua individu dalam satu spesies serupa? Berapa banyak perbezaan yang

perlu kita terima antara individu-individu “dalam” spesies?

Page 6: Laporan Amali 2

Tidak perlu, sesuatu spesies itu perlu nampak seperti sama tapi tidak perlu serupa. Hal

ini kerana di dalam sesuatu spesies itu terdapat variasi. Beberapa variasi boleh

diterima di dalam suatu spesies namun apabila haiwan daripada spesies yang sama

kelihatan berbeza, ahli taxonomi akan mengkelaskan mereka sebagai ‘subspesies’

yang berbeza atau kaum yang berbeza tetapi mereka tetap boleh membiak sesama

mereka. Contohnya seperti kucing adalah satu spesies tetapi subspesies anjing adalah

seperti kucing Parsi, kucing Siam, Maine Coon, Burmese , dan Savannah . Begitu juga

seperti spesies gajah dan subspesies gajah pula adalah gajah Afrika dan juga gajah

India. Walaupun begitu spesies anjing dan spesies gajah tersebut tetap boleh

membiak sesama mereka.

3. Apa yang akan berlaku kepada “spesies” jika tahap perbezaan individu tinggi? Apa

yang akan terjadi jika tahap perbezaan sangat rendah?

Jika variasi individu spesies Moon Morph ini tinggi, maka spesies ini boleh dibahagikan

lagi kepada sub-spesies manakala jika variasi individu spesies Moon Morph ini rendah,

maka spesies ini hanya boleh dipecahkan kepada beberapa sub-spesies sahaja.

4. Terangkan bagaimana ahli taksonomi memecahkan satu spesies kepada spesies yang

baru?

Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul

Page 7: Laporan Amali 2

spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan

antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang

baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh

haiwan tersebut.

5. Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan perbezaan individu spesies?

Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam

spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri

dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang

wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di

habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik

dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi

yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang

lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh

dikawal.

Age-group (ontogenetic) :

Perbezaan kumpulan umur adalah perbezaan yang dihasilkan oleh kehadiran individu

yang mempunyai umur yang berbeza di dalam sesuatu populasi contohnya seperti

kanak-kanak dan orang dewasa di Terengganu berbeza daripada segi ketinggian

namun kanak- kanak yang berumur 6 tahun di Terengganu dan kanak-kanak berumur

6 tahun di Perak tidak banyak beza secara keseluruhannya. Begitu juga jika

Page 8: Laporan Amali 2

diaplikasikan kepada spesies haiwan.

Genetik :

Individu yang berbeza biasanya memiliki set gen yang berbeza. Perbezaan yang nyata

seperti warna kulit, warna mata atau bilangan jari adalah ciri-ciri genetik manusia yang

berbeza-beza. Begitu juga pada haiwan, contohnya rama-rama mempunyai set gen

yang berbeza menyebabkan wujudnya variasi seperti corak, warna sayap, bentuk

abdomen dan juga bentuk sayap yang berbeza-beza.

Persekitaran :

Persekitaran yang berbeza juga mewujudkan variasi di dalam sesuatu spesies

contohnya seperti persekitaran di Jepun yang sejuk menyebabkan manusia yang

tinggal di tempat tersebut berkulit cerah namun lain pula dengan persekitaran di Afrika

di mana cuacanya panas dan kering dan manusia yang tinggal di tempat tersebut pula

mempunyai warna kulit yang gelap.

Mutasi :

Perubahan di dalam struktur genetik pada DNA menyebabkan variasi didalam spesies

tersebut.

6. Mengapakah spesies moonmorph dipanggil morphospecies?

Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada

bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan

fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman   bahagian-

Page 9: Laporan Amali 2

bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis ‘Moonmorf’ dikenali sebagai

morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan

yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi

yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas

kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu

kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi

selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Mengapakah spesies ini bukan terdiri daripada spesies pembiakan/biologi?

Spesies Moon Morph adalah Morphospesies kerana ianya dikategorikan kepada

spesies mengikut ciri-ciri fizikal yang sama. Rupa yang hampir sama diletakkan

dibawah satu spesies. Moon Morph bukan spesies reproduktif/ biologikal kerana tiada

maklumat tentang pembiakan Moon Morph tersebut, jika tiada maklumat tentang

pembiakan mereka maka kita tidak boleh mengkategorikan mereka kepada spesies. Ini

adalah kerana biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies apabila sesuatu

hidupan itu berjaya membiak secara semulajadi sesama mereka, apabila mereka

berjaya membiak dan menghasilkan individu yang subur maka hidupan itu dikira

sebagai satu spesies.

BIBLIOGRAFI

Pollock. S. (1997). Ekologi. Sasbadi Sdn Bhd : Selangor

Page 10: Laporan Amali 2

G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd : Selangor

Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill Companies

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan : Biologi STPM Jilid II. Selangor : Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

No author. (2008). Concept of spesies. Diakses pada 26 Julai 2011 daripada

http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf)

Wikipedia. (2011). Species. Diakses pada 26 Julai 2011 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Species

No author. (2004). Variation Within a Species. Diakses pada 26 Julai 2011 daripada

http://www.sycd.co.uk/who_am_i/pdf/race/racepupils.pdf)