langkah2 permainan
-
Upload
nur-syahmi-za-nazri -
Category
Documents
-
view
53 -
download
2
description
Transcript of langkah2 permainan
Langkah-langkah untuk permainan peratus:
Langkah 1 :
Buka laman sesawang http://www.mathplayground.com/Decention/Decention.html
untuk ke paparan permainan peratus “a game of fraction, decimal, and percents”.
Kemudian klik pada mana-mana bahagian pada paparan grafik yang berbentuk bulat
tersebut.
Langkah 2:
Paparan arahan berkaitan dengan peraturan permainan akan terpapar seperti di
rajah di bawah. Pelajar diminta membaca arahan peraturan yang diberikan sebagai
panduan mereka sebelum memulakan permainan. Seterusnya, klik pada ikon “start”
untuk memulakan permainan.
Bahagian yang boleh di klik untuk ke arahan seterusnya.
Arahan peraturan permainan.
Ikon “start”
Langkah 3:
Paparan seperti rajah 3 dibawah akan terpapar dan pelajar dapat memulakan
permainan pada tahap 1 (level 1).
Langkah 4 :
Pelajar perlu memilih mana-mana nombor yang terkumpul (berwarna biru) dan
meletakkan pada mana-mana lima bulatan yang disediakan.
Nombor-nombor yang perlu dipilih.
Langkah 5 :
Pilih dua lagi ikon nombor yang mempunyai nilai yang sama dengan nilai yang
terdapat dalam bulatan yang telah di buat dalam langkah 5. Contohnya, nombor
yang dipilih ialah 70%, maka nilai yang sama dengannya ialah 0.7 dan 710
.
Langkah 6 :
Seterusnya, ambil ikon nombor lain, dan ulang langkah yang sama seperti langkah 5
di atas.
Langkah 7 :
Penuhkan kesemua bulatan nombor yang disediakan dengan nilai-nilai lain seperti
mana langkah 5. Kemudian, tekan ikon “check” pada paparan untuk memeriksa
jawapan yang dibuat sama ada betul atau salah.
Langkah 8 :
Sekiranya, jawapan anda betul, anda akan diberi arahan untuk meneruskan
permainan ke aras (level) yang seterusnya yang lebih mencabar. Walau
bagaimanapun, jika jawapan anda adalah salah, paparan grafik seperti rajah di
bawah akan muncul dan anda diberi peluang untuk membuat pembetulan dengan
meletakkan nombor pada bulatan yang betul.
Langkah 9:
Ikon “check” untuk ke paparan
Pernyataan yang menyatakan jawapan yang diberikan adalah salah.
Jika anda telah membuat percubaan sebanyak 3 kali tetapi jawapan yang diberikan
masih salah, jawapan sebenar dan penyelesaiannya akan diberikan. Anda akan
dapat mengetahui kesalahan yang dibuat. Kemudian, tekan ikon “reset”.
Langkah 10 :
Anda akan memulakan permainan yang seterusnya selepas menekan ikon “reset”
tadi. Permainan akan diteruskan ke aras (level) yang sama dengan aras permainan
yang salah tadi.
Pernyataan yang menunjukkan percubaan sudah mencapai kali ke-3. Dan telah penyelesaian diberikan
Penyelesaian yang betul.
Ikon “reset”
Permainan baru