Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama
Transcript of Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama
1
PEMBUKA BICARA Salam untuk semua,
Tahun ini adalah tahun ketiga www.keklapis.com di alam siber
Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk membuat
peningkatan pada laman web, penemuan teknik terbaru dalam penyediaan kek
lapis biasa, kek lapis sarawak & membuat bengkel-bengkel kek lapis sarawak.
Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, saya telah banyak mencuba
resipi kek lapis yang terdapat di dalam buku kek lapis yang terdapat di pasaran.
Antara buku yang menjadi sumber saya ialah buku yang ditulis oleh Puan Rabiah
Amit dan Cik Deja Moss. Ada juga resipi-resipi lain yang peroleh dari alam siber
dan bila cuba membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan.
Proses menulis ebook kali ini agak mencabar disebabkan oleh kecuaian
saya sendiri. Gambar-gambar yang telah diambil telah “gone with the wind”,
bila notebook saya diserang virus. Hampir putus asa saya dibuatnya.
Bagaimanapun, minat saya terhadap seni pembuatan kek lapis sarawak ini
begitu mendalam. Dengan kekuatan minat saya itu, saya teruskan usaha saya.
Sehubungan itu, saya mohon maaf atas kelewatan mengeluarkan ebook ini.
Saya berharap ebook membuat pelbagai jenis kek lapis ini mampu
memberikan anda semua idea berkenaan seni pembuatan kek lapis sarawak
yang begitu unik ini. Saya boleh dihubungi ditalian 016-2951473 &
[email protected], sekiranya anda memerlukan kefahaman lebih lanjut lagi.
Segala maklum balas amatlah saya hargai dan ucapkan ribuan terima kasih.
Akhir kata dari saya,
KESABARAN ANDA MEMANG BERBALOI!
Salam dari saya
Nomie Aziz
www.keklapis.com
1
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
2
KANDUNGAN EBOOK
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI JENIS KEK LAPIS
Resipi
Tajuk Mukasurat
Resipi 1
Kek Lapis Rempah
4 – 22
Resipi 2
Kek Lapis Tikar Piqa
23 - 28
Resipi 3
Kek Lapis Prune
27-39
Resipi 4
Kek Lapis Keju
39 -44
Resipi 5
Kek Lapis Keju Bercoklat
44 - 65
2 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
3
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI KEK LAPIS
Kek Lapis Rempah Kulit Kayu Manis Hanya menggunakan 9 biji telur!
Kek Lapis Tikar Piqa
Kek Lapis Buah Prune
Kek Lapis Keju
Kek Lapis Keju Bercoklat
3
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
4
Resipi Kek Lapis Rempah Kayu Manis
Berat terhasil: 1 kg dengan saiz 8” x 8”
Suhu membakar: 150º c
Di sini saya akan jelaskan secara asasnya bahan-bahan yang akan diperlukan
dalam membuat kek lapis. Saya suka memanggilnya asas kerana bahan-bahan
yang saya gunakan ini adalah yang paling ringkas,mudah didapati dengan kos
yang murah.
Bahan A
Bahan B
4 biji telur kuning
5 biji telur
175g gula castor
25g gula icing
1 sudu besar ovellette
½ sudu teh serbuk penaik
200g tepung cake atau hong kong flour
300 gram pure butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu vanilla
1 ½ sudu besar sirap perang
4 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
5
Proses mengadun Mengadun Bahan A
Bahan a
Bahan a
(timbangan)
4 biji telur kuning
5 biji telur
175g gula castor
25g gula icing
1 sudu besar ovellette
½ sudu teh serbuk penaik
200g tepung cake atau hong kong flour
80g telur kuning
300g telur
175g gula castor
25g gula icing
15g ovellette
2g serbuk penaik
200g tepung kek atau hong kong flour
Berat adunan
797gram (anggaran)
5 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
6
4 biji kuning telur
Pastikan telur disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Ini adalah untuk
memudahkan anda mengasingkan putih dan kuning telur
5 biji telur (jangan keliru ya!) Ia bermaksud putih dan kuning telur.
Gula aising + gula halus + ovalette
6 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
7
Campurkan telur + gula aising + gula halus + ovalette + vanilla essence
Tepung hong kong + baking powder diayak supaya tidak berketul
Campurkan tepung hong kong + telur + gula aising + gula halus + ovalette +
vanilla essence. Pukul dengan kelajuan rendah terlebih dahulu (nanti tepung
berterbangan pulak kalau laju sangat)
7 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
8
Bila nampak sudah sebati, tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adunan akan
bertukar warna seperti gambar di bawah
Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan. Teruskan memukul.
Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan dan semakin pekat. Teruskan
memukul. 8
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
9
Apabila adunan a, kelihatan keputihan seperti di bawah dan pekat. Ataupun
bila dikaut adunan tepung tidak jatuh, statik aje. So, bolehlah perlahankan dan
hentikan mesin pengadun anda. Mulakan adunan B pula
9 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
10
Proses mengadun Mengadun Bahan B
Adunan B
Adunan B
(secara timbang)
300 gram pure butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu vanilla
1 ½ sudu besar sirap perang
300 gram pure butter
30 gram susu pekat manis
6 gram sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 gram sudu vanilla
6 gram sudu besar sirap perang
Berat adunan
344 gram (anggaran)
10 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
11
Mengadun Bahan B
Mentega haruslah lembut dan tidak terlalu keras semasa hendak memukul
Mentega + serbuk kayu manis + susu manis (tak payah letak serbuk kayu manis,
kalau tak suka rasa rempah-tapi kek yang terhasil memang kurang rasa rempah)
11 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
12
Mentega + serbuk kayu manis + susu manis dipukul sehingga kembang
(warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah disebabkan oleh
serbuk kayu hitam)
(warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah)
Adunan B ini boleh dipukul terlebih dahulu dan boleh disimpan di dalam peti
sejuk. Bila mahu memukul adunan A, adunan b ini hendaklah dikeluarkan lebih
awal dan dibiarkan lembut menteganya.
12 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
13
Adunan A + Adunan B
Berat adunan a 797 gram
Berat adunan b 344 gram
Jumlah 1,141gram @ 1kg 141 gram
Adunan A Adunan B
Adunan a dan adunan b dicampur
Adunan digaul hingga sebati. Adunan akan jadi begini setelah digaul sebati
Proses mengadun adunan kek lapis ini bergantung kepada kekuatan mesin
adunan anda. Untuk adunan ini ianya adalah dari 15 – 20 minit. Sekiranya anda
menggunakan mixer tangan masa yang diambil ialah antara 25 – 40 minit.
13
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
14
Proses membakar
Panaskan oven anda pada suhu 180°c. Gunakan api atas bawah. Panaskan
sekurang-kurangnya 10 minit sebelum memulakan proses membakar.
Adunan kek lapis yang sudah sedia untuk dibakar.
14
Saya suka menggunakan spray yang diperbuat dari canola oil. Ada berbagai jenis
di pasaran. Senang digunakan. Anda boleh menggunakan shortening untuk
dialas pada acuan anda. Acuan yang saya gunakan adalah 8” x 8” x 3”.
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
15
Selepas disapu shortening atau canola oil spray tadi, letak kertas minyak di
dalam acuan. Tujuannya untuk memudahkan kita mengeluarkan kek lapis yang
sudah dimasak. Lebihkan kertas minyak, dilipat ke bawah, supaya ia mudah
ditarik dari kek anda nanti.
15 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
16
Cara Melapis Kek Lapis
Ada dua cara yang anda boleh buat.
Cara pertama
Letakkan 4 sudu besar adunan kek lapis tadi. Seeloknya dibuat seperti di dalam
gambar. Tujuannya agar senang untuk kita ratakan adunan kek lapis ini.
1 sudu besar= 20 gram adunan
4 sudu besar = 80 gram adunan untuk setiap lapis.
Cara kedua
Berat adunan ialah 1kg 91 gram. Timbangkan setiap adunan sebanyak 100 gram
(maksima) ataupun 60 gram (minima). Jadi anda akan mendapat lebih kurang
10 lapisan kek @ 19 lapisan kek
Saya cadangkan anda menggunakan kaedah kedua kerana kek lapis yang terhasil
akan lebih cantik. Ini kerana lapisan kek tersebut akan lebih tersusun dan jelas
lapisannya.
16 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
17
Ratakan ia. Anda akan suka sangat menggunakan alat perata ataupun “comb
scraper” ini. Alat ini sungguh menyenangkan kerja anda. Kalau tak percaya
cubalah anda meratakan adunan tersebut dengan sudu anda memang leceh – ini
berdasarkan pengalaman sayalah. Tapi setelah anda sudah biasa, anda boleh
menggunakan sudu untuk meratakan adunan kek lapis.
Ok, lapisan pertama kek anda telah siap. Kemudian masukkan ke dalam oven
anda. Tukarkan suis ke api atas (top).bakarkan ia dengan api atas dengan suhu
150c dan bakar sehingga perang.
17 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
18
Ok, lapisan pertama kek anda telah siap dibakar. Kek lapis anda perlu
mempunyai warna seperti ini. Ini penting kerana warna inilah yang membentuk
lapis – lapis pada kek lapis anda. Selalunya masa yang diambil ialah dari 8 minit
hingga ke 10 minit.
Ok, keluarkan, lapiskan lagi seperti masa mula-mula tadi.
18 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
19
Ratakan dan bakar gunakan api atas sehingga habis adunan kek lapis anda. Suhu
bakar hanyalah 150°c - 160°c. Ini untuk memastikan bahawa kek lapis ini
lembut dan lembab.
Kek lapis yang dibakar pada suhu yang rendah iaitu dari 140°c-160°c biasanya
mengandungi kandungan mentega yang tidak banyak dan telur tidak banyak.
Sekira anda membakar lebih dari suhu yang ditetapkan kek lapis akan menjadi
kering
Pada adunan yang terakhir, tukarkan suhu oven kepada 180°c, gunakan api atas
dan bawah, bakar 10 minit dan sekiranya anda melihat kek lapis anda tidak
begitu perang, tukarkan kepada api atas sahaja dan bakar sehingga kek lapis
berwarna coklat keperangan. (jangan terhangus ya)
Keluarkan kek lapis anda dari oven. Tutupkan acuan kek tersebut dengan
19 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
20
aluminium foil. Ini untuk memastikan kek lapis anda lembut dan lembab. Kek
lapis yang sudah siap dan sejuk ,
Kek lapis yang telah dikeluarkan dari acuan tidak akan menampak lapisan-
lapisan kek yang kita buat tadi.. Jangan risau. Lapisnya memang tidak akan
nampak, melainkan anda memotongnya. Setelah memotong anda akan dapat
melihat lapisan kek. Untuk itu kita memanggilnya Kek Lapis ☺.
Kek Lapis siap untuk dimakan �
Tahniah untuk kek lapis anda yang pertama �
20
Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
21
Mempelbagaikan kek lapis anda
Dengan menggunakan resepi yang sama anda boleh meletakkan buah prune,
asam manis, coklat cip, badam cincang dan lain-lain. Antara kek lapis yang
mendapat sambutan ialah kek lapis buah prune dan kek lapis asam manis.
Anda boleh tidak meletakkan rempah serbuk kulit kayu manis sekiranya anda
tidak suka akan rasanya. Anda boleh menambah rasa seperti meletakkan rasa
‘chocolate paste”, “cappuccino paste” dan banyak lagi. Anda hanya perlu
menambah perasa dengan mengikut berat yang sama untuk serbuk kayu manis
tersebut iaitu 6 gram @ 2 sudu kecil.
Sekiranya anda ingin meletakkan prune, asam manis ataupun coklat cip ke atas
kek lapis anda, beratnya adalah seperti berikut. Boleh ditambah, tetapi jangan
terlalu banyak, nanti “over pulak” dan sudah tentu kos membuatnya meningkat.
Kek lapis prune
Buah prune: 120 gram prune (dicincang halus)
30 gram (di potong bulat untuk hiasan)
Kek lapis asam manis
Asam manis haw kar: 2 bungkus (berat 100 gram setiap satu)
Kek lapis coklat cip
Coklat cip : 200 gram
21 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery
22
Cara meletakkan prune, asam manis @ coklat chip ke dalam kek lapis
Setelah adunan kek lapis diratakan, letakkan asam manis, buah prune ataupun
coklat cip ke atas adunan tersebut.
22 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery