Lampiran Pendidikan Seni Visua1
-
Upload
keisuke-eymran -
Category
Documents
-
view
39 -
download
0
description
Transcript of Lampiran Pendidikan Seni Visua1
LAMPIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
LAMPIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Sebagai contoh aktiviti bercerita menggunakan buku cerita The Very Hungry Caterpillar dijadikan inspirasi bagi menghasilkan karya seni menggunakan teknik capan. Sumber : http://www.gettingpersonal.co.uk/the-very-hungry-caterpillar-gift-book.htm
Sumber : http://www.pearltrees.com
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu corak terancang dan tidak terancang.
Tahukah anda, apa itu corak ?Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.
Motif corak
Alam semulajadi- bunga, siput Bahan buatan manusia Geometri Abjad Rupa barangan kraf Malaysia
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Membentuk dan Membuat Binaan mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Murid juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini murid dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Alat dan Bahan
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.
Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat BinaanTerdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.
Tahukan anda apakah teknik-teknik Membentuk dan Membuat Binaan? Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan sertamengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Contoh hasil kerja murid dalam bidang mengenal kraf tradisional.
Membentuk tembikar menggunakan teknik lilitan ( Bahan: Plastisin)
Gasing dari kadbod dan pensil Kraf kuda kepang
PROJEK-PROJEK SENI VISUAL
Fun Canvas Art for Kids
There are four simple tools you will need:1. Canvas2. Paint3. Paint Brushes4. 3m Tape
Simply press the tape down firmy, creating any pattern you desire.Then get creative and paint different colours in each section.Wait for it to dry, peel your tape off and its ready to hang!
]
SUMBER : http://www.blog.brightstarkids.com.au/fun-canvas-art-for-kids
LATIHAN MELUKIS
SUMBER : www.awesome artist.com
LATIHAN MEWARNA MENGGUNAKAN MEDIA BASAH
SUMBER : http://www.plaidonline.com/daisy/54/slideshow.htm?crlt.pid=camp.LvgybotISdaX
TOILET PAPER ROLL GIFT BOX
MINI RIBBON TIPS AND TRICKS
SUMBER : http://hobilendik.net/moda/hediye-kutusu-susleme/
PENANDA BUKU
SUMBER :www.duitang.com