Lampiran 2 Extra
-
Upload
danilamaron -
Category
Documents
-
view
283 -
download
2
Transcript of Lampiran 2 Extra
1
Lembaran Kerja 3
2
3
4
5
Eksperimen Sains: Meja dari penyedut minuman
Aktiviti Meja Dari Penyedut Minuman merupakan aktiviti yang memberi kefahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek. Konsep kestabilan ini boleh dipelajari melalui aktiviti membina sebuah meja menggunakan penyedut minuman.
Aktiviti ini juga merupakan satu cabaran di mana bahan-bahan yang disediakan adalah terhad.
Bahan-bahan:
10 klip kertas10 penyedut minumanGunting30cm pita pelekatBeban
6
Cara-cara:
1. Perhatikan rajah di atas dan jawab soalan berikut:-
1.1 Pada pandangan anda, meja manakah yang lebih stabil? 1.2 Pada pandangan anda, kenapa meja A lebih stabil daripada meja B? 1.3 Pada pandangan anda, kenapa meja B kurang stabil daripada meja A? 1.4 Apakah perbezaan antara kedua meja tersebut?
2. Perhatikan rajah di atas pula dan jawab soalan berikut:- 2.1 Pada pandangan anda, meja manakah yang lebih stabil?
7
2.2 Pada pandangan anda, kenapa meja A lebih stabil daripada meja B? 2.3 Pada pandangan anda, kenapa meja B kurang stabil daripada meja A? 2.4 Apakah perbezaan antara kedua meja tersebut?
3. Kemudian, bina sebuah meja kecil dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Meja itu mestilah stabil untuk menampung beban.
4. Akhir sekali, uji meja anda dengan meletakkan beban di atasnya.
5. Perhatikan sama ada ia mampu untuk menampung beban atau tidak.
Apa Yang Berlaku?
Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh ketinggian dan keluasan tapak.
8
Semakin besar keluasan tapak sesuatu objek, semakin stabil objek itu.Objek yang rendah adalah lebih stabil berbanding objek yang tinggi walaupun objek tersebut mempunyai keluasan tapak yang sama.
Pengajaran Makro
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5
Kelas : 5 YakinMasa : 8.10 – 8.40 pagi (30 minit)Bilangan murid : 43 orangMatapelajaran : Sains Tahun 5Tema : Menyiasat Alam BahanHasil pembelajaran : Mengetahui faktor yang mempangaruhi kestabilan strukturObjektif pembelajaran :
a. Mata pelajaran - Di akhir pembelajaran murid dapat menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan.
b. Kemahiran Saintifik - Murid dapat membuat pemerhatian dan menyatakan 3 pembolehubah dengan tepat berdasarkan ujikaji yang dijalankan.
c. Kemahiran Manipulatif Sains - Murid dapat menjalankan ujikaji mudah menunjukkan ketinggian mempengaruhi kestabilan sesuatu bahan.
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
a. Murid pernah berjalan dengan menggunakan sebelah kaki dan dapat merasakan bahawa kestabilan badan menjadi kurang.
b. Murid pernah menaiki kereta dan bas.
Bahan Bantu Mengajar :
9
Carta, kad imbasan, kad bergambar, kad tugasan, alatan ( botol air, bekas makanan, pensel, marker pen, gelang getah, silinder penyukat dan papan nipis) dan lembaran kerja.
Langkah / masaIsi pelajaran Aktiviti / Kaedah penyampaian Catatan
Permulaan
( 1 minit )
Memahami keadaan murid dan memastikan murid bersedia.
Guru masuk ke kelas, memberi ucapan salam dan murid menjawab salam.
Guru bertanyakan tentang keadaan murid-murid pada hari ini dan meminta semua murid bersedia untuk memulakan pelajaran.
Nilai:
Kasih sayang
prihatin
Set Induksi
( 4 minit )
Pengetahuan sedia ada murid.
Kestabilan- berdasarkan keluasan tapak.
Menyatakan maksud kestabilan – tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya
Guru memanggil dua orang murid untuk melakukan sedikit aktiviti di hadapan kelas.
Seorang murid dikehendaki berdiri dengan sebelah kaki dan seorang lagi berdiri dengan dua belah kaki.
Guru akan menolak murid untuk menguji kestabilan murid tersebut.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti rakan
Kaedah:
Simulasi
Teknik:
Soal jawab dan perbincangan
BBM:
2 orang murid
KPS: memerhati
10
mereka tadi.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini dan menyatakan maksud kestabilan.
Nilai: berani, sedia membantu, kerjasama
Pencetusan Idea
( 5 minit )
Memperihalkan faktor yang mempengaruhi kestabilan:
Luas tapak
ketinggian
Guru menunjukkan 2 gambar yang berbeza dan meminta murid menyatakan perbezaan di antara gambar tersebut.
Murid dikehendaki meramal gambar mana yang mempunyai lebih kestabilan dan menyatakan inferens bagi jawapan yang diberikan.
Murid menampal gambar di jadual yang disediakan oleh guru dipapan putih.
Guru meminta murid menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan berdasarkan 2 situasi yang diberikan .
Guru memberikan bimbingan kepada murid dan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan faktor yang mempengaruhi kestabilan.
Kaedah: perbincangan
Teknik:
Soal jawab
BBM:
Kad bergambar
Carta
KPS:
Meramal
Membuat inferens
Nilai:
Berani mencuba
Penstrukturan Murid dibahagikan kepada 4
11
Semula Idea
( 10 minit )
Ujikaji:
Kestabilan dipengaruhi oleh keluasan tapak
kumpulan untuk menjalankan ujikaji.
Setiap kumpulan diberikan kad tugasan dan ketua setiap kumpulan diminta untuk mengambil bahan/objek yang telah disediakan oleh guru.
Murid menjalankan ujikaji dengan bimbingan guru untuk menguji kestabilan berdasarkan faktor keluasan tapak dan ketinggian.
Murid dikehendaki mencatatkan pemerhatian mereka dalam borang yang disediakan.
Setiap wakil kumpulan akan membuat pembentangan tentang hasil pemerhatian mereka dihadapan kelas.
Kaedah:
Ujikaji
Teknik:
Soal jawab
Pembentangan
BBM:
Kad tugasan
Sekeping papan nipis
Pensil
Marker pen
Botol air
Bekas makanan
KPS: Mengeksperimen
pemerhatian
KMS: Mengendalikan peralatan dengan betul
Nilai: Jujur
Aplikasi idea Mengenalpasti pembolehubah:
Guru memberikan lembaran kerja yang berkaitan tentang
Kaedah:
12
( 8 minit )
- pembolehubah dimanipulasi
- pembolehubah bergerak balas
- Pembolehubah dimalarkan
Permainan:
Menaiki basikal beroda 1
faktor kestabilan.
Mencari jawapan dan membuat perbincangan bersama. Guru memberikan bimbingan untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan yang diberikan.
Murid diminta menyenaraikan beberapa benda dan situasi yang menggunakan aplikasi kestabilan.
Contohnya:
a. Basikal roda 1 dan roda 3.
b. Bayi yang masih merangkak
Guru menunjukkan sebuah basikal roda 1 dan meminta murid mencuba menaiki basikal tersebut tanpa jatuh. Murid yang berjaya akan diberikan ganjaran.
Guru memberikan peneguhan berdasarkan kebolehan murid menunggang basikal roda 1 tersebut.
Soal jawab
Permaianan
Tenik:
Perbincangan
BBM:
Lembaran kerja
Basikal roda 1
KPS:
Mengawal pembolehubah
Nilai:
Berani mencuba
Kerjasama
Refleksi Membuat rumusan Murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.
Kaedah:
13
( 2 minit )
Murid menyatakan 2 faktor kestabilan.
Guru memberikan bimbingan untuk memantapkan pemahaman murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasan di rumah.
Soal jawab
Nilai: Teliti ,Tekun
ABM:
Lembaran kerja
Kekuatan & Kestabilan Struktur
Matapelajaran: Sains Tahun 5
Tema: Menyiasat Dunia Teknologi
Topik: Kekuatan dan Kestabilan Struktur
Objektif pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid akan dapat
i. Mengetahui bentuk-bentuk objek dalam struktur
ii. Memahami kekuatan dan kestabilan dalam struktur
Bentuk objek dalam Struktur
Apakah bentuk objek yang terdapat disekeliling kita?
Binaan dibina berdasarkan beberapa bentuk asas. Antara bentuk asas ialah
14
Berikut merupakan contoh binaan dengan bentuk-bentuk yang berbeza.
*
Bangunan KLCC (kon)
*
Bangunan Komtar Pulau Pinang
(silinder)
*
Bangunan Parlimen KL
(kuboid)
15
*
Menara Pisa
*
Piramid Mesir (Piramid)
*
Iglu ( hemisfera )
KEKUATAN DAN KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :
Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
Kekuatan bergantung kepada
i. Jenis bahan yang digunakan
16
Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.
Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )
ii. Saiz struktur
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya
iii. Bentuk struktur
Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata
17
Jambatan Terowong
Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih kuat
KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KESTABILAN STRUKTUR :
Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya
Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
i. Luas tapak
ii. Ketinggian
Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar
18
Basikal beroda tiga
Basikal beroda dua
Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua
Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah
19
Bas dua tingkat Bas setingkat