WANlearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Rampaian Laila... · RAMPAIAN LAILA SYAIR MUDA...
Transcript of WANlearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Rampaian Laila... · RAMPAIAN LAILA SYAIR MUDA...
WAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELlA DAN SUKAN
RAMPAIAN LAILA SYAIR
MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN
Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan 2064 Negara Brunei Darussalam
O Muda Omar 'Ali Saifuddien, 1994
Cetakan Pertama 1994
Hiasan Kulit Pg Haji Muhammad bin Pg Duraman
Rupataip teks, Palatino 11 /13 poin
Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Darussalam
Prakata
SYAIR PERNAH memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dalam istana di kalangan raja Melayu. Ia merupakan genre sastera yang popular dan dominan pengaruhnya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dan di bumi Darussalam ini ia juga tidak terkecuali. Walaupun nisbah penduduk dan saiz Negara Brunei Darussalam ini cuma sejamput tetapi ia tetap kaya dengan khazanah sastera berupa syair seperti Syair Awang Sernaun, Syair Si Mercu Gunung dan Syair Rajang.
Era peralihan atau pemula kehidupan Brunei Moden sebetulnya terakam dalam Syair Rakis; panorama ini diperlengkapkan lagi oleh syair-syair dedaktik, nasihat dan pengajaran melalui karya Muda Omar 'Ali Saifuddien (Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) yang memaparkan kehidupan masa kini dan wawasan kehidupan masa depan. Almarhum bukan sahaja seorang negarawan yang terulung, bahkan juga seorang nasionalis dan sasterawan diraja yang terunggul. Empat faktor penting yang menyebabkan Almarhum dapat digolongkan sebagai penulis produktif dan kreatif ialah bakat, minat, persepsi dan komitmen.
Untuk mengenang jasa bakti Almarhum sekaligus memperingati tarikh terpenting di bulan September yang pernah diberi penghormatan oleh negara iaitu 23 September dan 29 September, Dewan Bahasa dan Pustaka kini mengambil punggur ke hadapan menerbitkan semula sebahagian daripada karya Almarhurn seperti Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan Rampaian Laila Syair dalam bentuk dan format yang baru serta menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru.
Menerbitkan semula syair-syair Almarhum bukanlah sepantas lirikan mata atau semudah tanggapan analisis terutamanya syair- syair yang asalnya dalam edisi Jawi. Petugas jabatan ini dengan beririt - berundan, membuat padanan dan semakan yang sekira-kira
dapat dianggap hampir lengkap dan sempurna. Sekiranya terdapat sebarang kelebihan atau keistimewaan pada buku ini adalah semata-mata daripada taufik dan hidayah Allah jua; dan seandainya ada cacat-cinangga luar dalam buku ini adalah disebabkan para petugas jabatan ini yang masih daif dan kekurangan serba-serbinya.
Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani Pemangku Pengarah
Mendahulukan puji kepada Allah dengan mengata alhamdulillah memohonkan kebajikan dikurniakan Allah ke dalam hati duduk berjumlah
Mudahan Allah memberikan rahmat kepada hamba-Nya yang berusaha penat segala kebaikan laila dihormat mudahan Tuhan memberikan selamat
Ya Allah Tuhanku Yang Esa Engkau Yang Adil Maha Berkuasa sihatkan badanku sentiasa mudahan dapat menabur jasa
Mudahan dapat menabur budi mengenangkan jasa dengannya sudi mudahan kebajikanku kekal abadi membuat kebaikan di peribadil
Mudahan tetap menghubungkan keb mudahan kekal membuat kebajikan mudahan hatiku Allah bersihkan tetap melaksanakan yang keelokan
Mudahan hatiku cintakan aman mudahan akalku laila siuman2 mudahan Allah mengukuhkan iman mudahan perasaanku laila nyaman3
aikan
1 Peribadi = pembawaan seorang diri, pembawaan badan sendiri. 2 Siurnan = waras. 3 Nyaman = sedap; sihat.
Mudahan badanku sihat berpulih4 dapat membuat usaha yang boleh kekal menghubungkan laila kasih kepada kebajikan yang aku pilih
Dipanting gambus kecapi6 berbunyi gambus kencana mudahan sihat perasaan hati mudahan fikiranku laila sempurna
Dipacut7 tali cemati8 berlari kuda biraksa bukan senang bersusah hati9 lambat-laun badan binasa1•‹
Mudahan Allah mentenangkan perasaan mudahan Tuhan membetulkan kiraan mudahan dikabulkan kebajikan rekaan meninggalkan taburan jasa ristaanll
Mudahan masih laila hasrat untuk kebaikan hasrat dan niat laila berbahagia tujuan dan syarat laila kebaikan mudahan tak larat12
Sihat berpulih = sihat afiat. Panting = membunyikan bunyi-bunyian yang menggunakan tali
sebagai alatnya dengan menggunakan sejenis benda yang nipis untuk pemanting itu.
Kecapi = sejenis alat bunyi-bunyian. Dipacut = memukul sesuatu binatang tunggangan untuk
mengerahkan lajunya atau memulakan pe jalanan. Cemati = pemacut kuda. Bersusah hati = berdukacita. Binasa = rosak. Ristaan = sebutan yang baik; kenangan yang baik. Larat = lari dari maksud; terkeluar dari tujuan.
Ditenangkan Allah perasaan ha ti mudahan berbaik-baik masih bertiti hasrat yang bersih mudahan terbukti kekal meninggalkan kebajikan bakti13
Dipanting gambus pedati di sama tengah merak mengigal bukannya senang sudah di hati nama yang baik diharapkan kekal
Indah mandi laila basah laila masak kalau bermasak tiada dapat berhati susah lambat-laun badan nin rosak
Berhati sudah tiada kuasa lambat-laun badan binasa untuk menimbulkan laila jasa mula dipilih edar termasa14
Edar termasa mula dipilih ketetapan tujuan seberapa boleh ketetapan hasra t edar beralih15 keputusan tetap laila dipilih
Mudahan Allah menetapkan hati membuat keba jikan lailaku pasti menghubungkan kebaikan lailaku mesti cintakan keamanan dengan seperti
- -
13 Bakti = taat; setia. 14 Edar termasa = perpindahan tempat melakukan sesuatu peristiwa. 15 Beralih = bertukar; berpindah.
Patuh kepada undang-undang negara untuk kebajikan peraturan sugara hubungan berbaik-baik masih ditara16 berusaha berikhtiar laila kira
Nama yang baik jasa perbuatan hendaknya dikekalkan laila sebutan *
mudahan meninggalkan kenangan ingatan mutunya tinggi daripada sultan
Wahai anakanda pengastugara anakanda juita tampuk17 negara carilah ilmu laila kira untuk ketenteraman laila sugara
Adil, murah dan bijaksana utamakan keamanan laila berguna laila kemajuan tugas laksana laila peta yang sederhana18
Laila membuat peta rancangan laila bermuzakarah di perundingan cukupkan kira laila bilangan19 kebahagiaan dan berfaedah buatkan cadangan
Berfaedah untuk kemakmuran negeri jadikan rancangan wahai jauhari jadikan peta wahai bestari itulah seeloknya pegangan diri
16 Ditara = disanjung; diamalkan; dilalsanakan. 17 Tampuk = kepala; ketua. 18 Sederhana = tidak tergopoh-gapah dan tidak terlampau lambat. 19 Bilangan = kiraan; sipiran.
Mengharapkan kemakmuran laila subur laksanakan ia seberapa jujur aman sentosa keadaan makmur isi negara semua terhibur
Hendaklah hati laila tabah untuk keamanan mandi bersimbahzO membuat kemajuan laila munasabahzl sihatkan fikiran jangan gelabahU
Wajibz3 disihatkan laila fikiran sesuaikan dengan laila sipiranZ4 tatkalaz5 membuat peta ukiran jangan dibuat bersendirian
Wahai anakanda intan terpilih peta yang elok jangan dialih26 laila kebajikan hendaknya digalihz7 supaya badan tiada letih (ngalih)
Membuat kebajikan dengan sungguhnya membuat rancangan dengan baiknya membuat peta dengan eloknya tercipta perkembangan dengan moleknya
20 Mandi bersimbah = mandi biar basah; mandi benar-benar. 21 Munasabah = berpatutan; sesuai; persesuaian. 22 Gelabah = dukacita; takut-takut. 23 Wajib = perlu. 24 Sipiran = kiraan. 25 Tatkala = apabila; manakala. 26 Alih = ubah; pindah; tukar. 27 Galih = ambil tahu; peduli; ambil berat; dititikberatkan.
a molek peta dirancang leila muzakarah kata berbincang kebajikan seluruhnya tiada p i n ~ a n g ~ ~ kulit tiada lupakan kacang
Manakala membuat laila cadangan apabila membentangkan peta rancangan di dalam majlis mesyuarat perbincangan hendaknya ~ a s p a d a ~ ~ anakanda timbangan
Hendaknya waspada anakanda ayah jangan diambil senang tak payah30 menghadapkan cadangan adalah payah peta dirancang memberi wayah3*
Adalah susah merancang memeta huraian maksudnya hendaklah nyata berkehendakkan petah laila berkata adil dan cekaP jadikan pelita
Wahai anakanda laila kencana hendaklah adil dan bijaksana tumpukan kejujuran dengannya bainaU ambil yang berfaedah laila berguna
Wahai anakanda muda belia membuat kebajikan dengan setia untuk faedah ia dan dia itulah rancangan laila kaya
28 Pincang = tempang. 29 Waspada = be rjaga-jaga. 30 Senang tak payah = senang-senang saja. 31 Wayah = penat; lelah; lusuh. 32 Cekal = tetap; kukuh; tabah hati. 33 Dengamya baina = dengan bersungguh-sungguh; dengan seboleh-
bolehnya; dengan seberapa yang boleh.
Buatlah rancangan bersungguh hati hubungkan kebaikan dengan seperti menjalankan tanggungan laila bertiti kebersihan hati tunjukkan bukti
Buktikan kebersihan laila hati nama yang baik janganlah letP buatlah amaF dengan seperti menjalankan tugas adil dan teliti
Hendaknya bijak paduka anakanda pada mengeluarkan kata dan ~ a b d a ~ ~ jangan dibanyakkan kata b e r ~ i d a ~ ~ itulah p e ~ a n ~ ~ paduka ayahanda
Apabila membentangkan rancangan peta huraian penerangan hendaklah nyata di dalam majlis perbincangan kata hendaknya teliti wahai juita
Demikianlah pesan dalang yang hina kepada anakanda seri mengerna carilah ilmu dengannya baina penambah fikiran yang bijaksana
!
I I 34 Leti = l a p .
i 35 Amal = kebajikan pada ramai. 36 Sabda = kata; madah.
I
37 Sida = main-main; bohong. 38 Pesan = amanat.
Inilah pesan dalang n e ~ t a p a ~ ~ ilmu di badan tiada berapa badan dah40 tua keadaan pelupa41 mengharapkan tegur dengannya ~ a p a ~ ~
Dalang nestapa sangat tendarman laila merenung tiada pedoman* rasa tak sedap perasaan tak n ~ a m a n ~ ~ mudahan cita-cita sentiasa aman
Wahai anakanda laila b i ~ a i ~ ~ mana yang kusut46 baik d i ~ s a i ~ ~ laila rancangan biar ~ e l e s a i ~ ~ apa yang dikata itulah p e r i ~ a i ~ ~
Indah peta laila digubah50 laila kata jangan berubah yang kurang elok baik ditambah itulah pesan dalang persembah51
39 Nestapa = terbuang. 40 Dah = sudah. 41 Pelupa = selalu lupa. 42 Sapa = tegur; petunjuk. 43 Pedoman = kompas (cornpas). 44 Nyaman = sedap. 45 Bisai = elok; molek; baik; cantik. 46 Kusut = benang kusut. 47 Diusai = dielokkan; dibetulkan. 48 Selesai = siap; kemas; kemaskan. 49 Perisai = shield, utap. 50 Digubah = dikarang. 51 Persembah = pemberian; pesanan; sembahkan.
Itulah persembahan kepada anak kecil, besar, kecil dan minak52 segala maksud dan juga kehendak semuanya itu hendaknya disemakU
Besar kecil peta negara kasar9 haluss peta sugara lailakan fikir berkira-kira yang kebajikan elok ditara56
Tugas pentadbir dan juga sultan boleh jadi senang pada sebutan apabila diteliti ban yak ke~u l i t an~~ pada menjalankan tugas perbuatan
Pada menjalankan tugas pentadbir hendaknya banyak menggunakan fikir membuat kiraan dan juga sipir daripada mula sehingga akhir
Pada menjalankan tugasnya sultan boleh jadi senang pada sebutan mempunyai kurang tugas keberatan sedikit kurang tugas perbuatan
52 Minak = kecil tetapi padan. 53 Disemak = dikaji; diteliti; diperiksa; didalami. 54 Kasar = besar; tidak rata; berbiji-biji;
kasar halus = besar kecil; apa saja yang terkandung. 55 Halus = sangat kecil;
halus kasar = kecil besar; apa jua cara. 56 Ditara = disanjung; didukung; dipikul; dinyatakan. 57 Kesulitan = payah; susah.
Berjalan meniti akar myam ketupat laila betanya enam belas tahun lalang kubakar
dikit tiada nampak asapnya
Hairanku sangat bukan kepalang8 di perjamuan makan berkalang9 sudah nasib untungku malang padi kutanam bertumbuh lalang
Padi kutanam lalang tumbuhnya sungguh nasib badan kiranya kepada aku tak kenapanya kalau sudah nasib apa salahnya
Nasib sangat badan terlalu ibarat burung tercabut bulu hendak berkata lidahku kelu mata pening kepalaku ngalu60
Wahai anakanda laila bangsawan tuntutlah ilmu pengetahuan ilmu pelajaran mata panduan mata pelajaran punca haluan
Mata pelajaran pelita hati indah budi laila terbukti meninggalkan jasa pelita mati laila setia amalan bakti
58 Bukan kepalang = terlalu hairan. 59 Makan berkalang = makan beristiadat. 60 Ngalu = sakit.
Pelita mati jasa kenangan pelita hati pelajaran kebilangan61 laila terbukti budi julangan(j2 setia bakti laila kesayangad3
Laila gasing pening-peningan tarah kayu bakal-bakal mati berjasa jadi kenangan mata pelajaran menambahkan aka1
Ilmu pengetahuan dan pelajaran berserta dengan berkemahiran menyenangkan usaha laila fikiran boleh merancang peta ukiran
Wahai anakanda laila garangan tuntutlah ilmu jangan walangarP carilah pelajaran yang kebilangan walaupun jauh berseorangad5
Jauh pemergian luas pandangan banyak diperhati banyak pengalaman tuntutlah ilmu malam siangan jadi panduan buatkan pedoman
i 1 61 Kebilangan = masyhur. I 62 Julangan = sanjungan; sanjung. I 63 Kesayangan = cintakan; kasihkan; sayangkan. I i
64 Walangan = segan. i 65 Berseorangan = perseorangan. I
Banyak dibaca luas pendengaran banyak diperbuat menambahkan fikiran banyak dirancang menambahkan sipiran di situka# elok peta ukiran
Sebagai katak dalam tempurung kerana tak suka bercampur berurunf segan melawat ke sana sini hams tak bertambah aka1 yang murni
Pelita bakti ia dan dia laila kebajikan pelita ia hubungan berbaik-baik pelita bahagia pelita keamanan cinta setia
Pelita ia berkebajikan cinta setia keamanan buktikan ia dan dia kebaktian tunjukkan hubungan berbaik-baik bahagia hasilkan
Ke arah yang molek pandangan mata ke arah kebajikan t u t u dan kata ke jalan bahagia laila peta buktikan ketenteraman laila nyata
Wahai anakanda mahkota ayah jangan dicuaikan perkara yang p a ~ a h ~ ~ untuk kebajikan supaya t e n a ~ ~ g ~ ~ jangan dicuaikan perkara yang senang
66 Di situkan = hasilnya akan. 67 Berurung = bercampur; bergaul dalam masyarakat; berkumpul. 68 Payah = susah. 69 Tenang = aman, tenteram.
Kalau dicuaikan perkara yang senang apabila payah susah berenang ke arah kebajikan kalau kan menang nasihatku ini elok dikenang
Kadar70 nasihat dalang tendarman kalau-kalau benar jadikan pedoman bukan menunjukkan7' dalang budiman wahai anakanda muda budiman
Perkara senang bila diteliti. hendaknya dikaji seberapa pisti pada merundingkan wahai gusti elok muafaka t dengan seperti
Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafaka t hasil kebahagiaan laila beruntung hasil kebaikan laila sepakaP2
Laila muafakat ke arah kebajikan laila sepakat ke arah kebaikan laila dasar ke arah keelokan wahai anakanda laila anakan
Indah fikir dengan muafakat indah jujur kerana sepakat indah kebaikan disimpul diikat muafakat itu adalah berkat
70 Kadar = hanya. -71 Bukan menunjukkan = bukan maknanya. 72 Sepakat = sependapat; muafakat.
Wahai anakanda muda tempawan yang bijaksana dan laila dermawan muda yang bijak laila setiawan laila muhibah simpulan kawan
Laila muhibah simpulan tali layankan sahabat serta baiki hubungkan kebaikan berkali-kali ke arah bahagia jalankan kaki
Indah jujur bekerjasama indah kebajikan kerja saksama ikat kebaikan selama-lama laila bahagia akan menjelma
Inilah pesan dalang yang hina kepada anakanda seri mengerna kalau-kalau baik dan juga berguna buatkan tauladan dengannya baina
Dengan sahabat bekerjasama laila jujur selama-lama berbaik-baik hubungan pertama hubungan mesra itulah utama
Jangan diikut ayahanda dalang padi ditanam bertumbuh lalang ilmu di badan alang-kepalangn sudahlah nasib untungku malang
73 Alang-kepalang = sedikit; tiada ada; tidak mempunyai; tidak banyak.
15
Sungguh nasib dalang terlalu mata pening kepala n g a l ~ ~ ~ suka dan duka banyak ~ e l a l u ~ ~ berdukacita bertalu-talu7(j
Laila cadangan hendaknya nyata laila rancangan hendaknya dipeta berterus terang penerangan kata itulah pembawaan laila pendeta
Itulah pembawaan yang bijaksana segala cadangan laila berguna laila penerangan huraian mengena rancangan berjalan dengan sempurna
Laila peta yang munasabah laila rancangan setelah digubah laila muzakarah ubah-mengubah ke arah yang baik tujuan sembah
Laila peta budi pekerti laila cadangan indah mengerti laila jujur indah seperti laila berbaik bersungguh hati
Berbaik-baik dengan sungguhnya dengan seperti laila jujurnya laila cadangan pengertiannya bukan pekerti laila petanya
74 Ngalu = sakit. 75 Selalu = sentiasa. 76 Bertalu-talu = sangat banyak; berganti-ganti; tidak putus-putus.
Dengan seperti budinya jujur berterus terang laila bujur indah rancangan laila mujur itulah pembawaan laila penganjurX
Tujuan menuju ke arah kebajikan tujuan hasrat ke arah kebaikan tujuan muzakarah ke arah keelokan tujuan jujur berbaik-baikan
Menghubungkan tali persahabatan hendaknya diika t erat tambatan laila jujur sependapatan terpelihara dari berkeberatan
Undang-undang, peraturan, susunan kuasa hendaknya dibaca supaya biasa bacalah ia setiap masa yang memahaminya adil perkasa
Patuh kepada laila peraturan laila tenang aka1 fikiran laila pembawaan berkemahiran indahkan peta lailakan ukiran
Sebelum pandai merangkak jangan cuba hendak berlari sebelum pandai berlagak jangan cuba hendak menari
Kalau belum pandai duduk jangan cuba langkah berjalan anak kambing bertanduk anak ular penelan
77 Penganjur = kepala negara; ketua pentadbir; pemimpin.
17
Anak Cina mencabung telur telur dicabung berdiri-diri lidah ulur-menj~lur~~ tandukan kambing berlari
Berlari kambing tanduk berjanggut halus l i ~ i n ~ ~ ular bersagutgO indah kata pepatah puguP1 lintah, birang kata mengaguP2
Janggut kambing bundan tanduk berjanggut berundanM entahkan pugut entahkan bandan@ entahkan patut entahkan padan
Entahkan padan tiada patut anak kerbau dipacuP5 anak ular menuntuP6 anak kambing berkentut
Hujan lebat si kantul mandi dipukul canang pembeli padi tak sama pendapat dengan aka1 budi segala kerja tiada menjadi
78 Menjulur = keluar, terkeluar dari tempatnya. 79 Halus licin = susah hendak dipakai. 80 Bersagut = berbulu disebabkan kerosakan; bentuk yang tidak licin. 81 Pugut = kacau; tak senonoh. 82 Mengagut = minta; memohonkan; mengulang berkali-kali hingga
tercapai maksud. 83 Berundan = bertarik; berpimpin; bertunda. 84 Bandan = merosak. 85 Dipacut = ditunggang; dinaiki. 86 Menuntut = mencari; mengesan.
Wahai anakanda tajuk mahkota keraskan semangat laila juita jangan diikut madah dan kata kata-katakan merosak buktinya nyata
Wahai anakanda laila berbangsa mengikut kata jangan terpaksa jangan diikut madah bahasa kalau keamanan akan binasa
Wahai anakanda wajah gemilang entahkan kebajikan dapat menghalang laila pepatah pantang mengulang demikianlah pegangan ayahanda dalang
Wahai anakanda intan terpilih jalan tak baik jangan dipilih perkara yang baik itu digalihg7 supaya badan tiada ngalihg8
Elokkan peta muda tempawan elokkan hati bersetiawan elokkan mata senda gurauan untuk keamanan laila tujuan
Mengelokkan hati adalah mesti mengelokkan hasrat adalah pisti taat setia bersungguh hati itulah pegangan orang yang bakti
87 Digalih = dititikberatkan. 88 Ngalih = penat; susah.
Taat kepada laila negara patuh kepada peraturan sugara mengikut kepada kebajikan cara itulah anutans9 pengastugara
Taat kepada undang-undang negeri lailakan pembawaan duduk berdiri elokkan hati di sanubari itulah pembawaan laila bestari
Bijak bestari muda handalan mengelokkan segala langkah berjalan menghubungkan persahabatan dan berkenalan dalam negara sahabat dan taulan
Mentaati ikrar tumpuan hati ikrar yang dizahirkan peganglah mesti mengelokkan perasaan adalah pasti itulah pegangan laila seperti
Berpegang kepada kata-kata yang zahir yang disertai hati setelah berfikir kata-kata hati laila dizahir peganglah kata-kata sagir90 dan kabir91
Laila sagir kata dihurai laila kabir kata diburai indah lebat hujan m e ~ ~ g g a r a i ~ ~ patuhilah kata-kata seberapa dipakai
89 Anuian = amalan. 90 Sagir = jumlah kecil (Arab). 91 Kabir = jumlah besar (Arab). 92 Menggarai = bunyi saja kedengaran, tetapi tidak lebat atau tidak kuat
( h a s bagi hujan).
Wahai anakanda laila tempawan anakandaku juita laila setiawan anakandaku kencana laila hartawan ratna juita anakandaku dermawan
Mendahulukan sunah daripada perlu laksana burung tiada berbulu ibaratkan sungai tiada hulu menerbitkan susah perasaan p i l ~ ~ ~
Perkara sunah biar sunahkan perkara wajib biar wajibkan perkara perlu biar perlukan perkara mustahak dimustahakkan
Kalau jambul atas kepala selagi tundak atas bumbunan wahai anakanda laila gemala elokkan pembawaan laila pengetahuan
Inilah pesan ayahanda dalang dalang yang hina nasibnya malang bintang di langit dapat dibilang padi ditanam bertumbuh lalang
Inilah pesan dalang piatu fikiran kusut tiada bertentu hendakkan ini hendakkan itu harapkan Allah Tuhan Yang Satu
Memohon kepada Tuhan Yang Esa Yang Maha Adil dan Maha Berkuasa mudahan fikiranku sihat sentosa dapat melaksanakan t u g s perkasa
93 Pilu = dukacita; susah; tiada senang.
Dapat melaksanakan tugas tanggungan untuk negara dan segala golongan dapat meninggalkan jasa kenangan untuk ramai jumlah bilangan
Untuk ramai bilangan jumlah dapat melaksanakan kerja yang indah dapat menunaikan laila sembah dapat membuat kerja dipadah
Mudahan dapat menawan hati melaksanakan kebajikan laila bertiti melaksanakan tanggungan dengan seperti laila dan bahagia yang dihajati
Mudahan badanku sihat afiat melaksanakan kerja dengannya menjalankan kebajikan dengan hati liatY5 melaksanakan kewajipan tiada mer~geliat~~
Tiada mengeliat menjalankan tugas untuk bahagia kerjaku tegas rajin dan jujur kerjaku ~ e r g a s ~ ~ jasa dan budiku mudah b e r b e k a ~ ~ ~
Wahai anakanda tajuk mahkota anakanda bakal tampuk di takhta pesanan ayah laila kata yang baik ambillah jadikan peta
94 Giat = rajin. 95 Liat = kukuh; teguh; susah dicabut. 96 Mengeliat = malas. 97 Cergas = cekap. 98 Berbekas = berbakat.
Boleh diambil contoh yang baik jadikan peta tauladan yang molek biasakan pembawaan berbaik-baik perkataan jangan berdolak-dalik99
Contoh yang baik jadikan tauladan disesuaikan yang mana padanloo harumkan nama baik laila di badanlO1 harum sebagai kemenyanio2 ladanlo3
Wahai anakanda laila mengerna inilah pesan dalang yang hina kepada anakanda laila kencana anakanda tampuk di singgahsana
Anakanda tampuk laila petaratna tajuk surau indera buana tajuk pemanjangan laila kencana teras negara laila teruna
Laila teruna bakal betara tampuk singgahsana laila negara indera buana surau sugara anakanda tempawan laila putera
99 Berdolak-dalik = tiada tentu; tidak tetap. 100 Padan = patut. 101 Di badan = di tubuh; di batang tubuh. 102 Kemenyan = sejenis benda yang harum daripada kayu kemenyan;
nama tumbuh-tumbuhan. 103 Ladan = jenis bau-bauan yang dibakar di bara untuk mengharumkan;
jenis bau-bauan yang dibuat daripada beberapa ramuan khas.
Anakanda tampuk di singgahsana anakanda pakulun tampuk petaratna dan tajuk surau indera buana tajuk pemanjangan laila kencana
Carilah fikir, berunding, bermuzakarah ke arah kebajikan tujuan dikerah untuk kebaikan madah dicurah tinggalkan nama baik dalam sejarah
Tinggalkan nama baik dalam kenangan kebajikan berbahagia buatkan julangan jasa yang baik ditinggal jangan bertata tugas laila sanjungan
Tamatlah syair tamat karangan untuk anakanda laila timangan kalau tak baik dicela jangan hanya semata untuk kenangan
Adai-adaina berdatang sembah anaindung mula persembah anding kudida lagi menambah ikatan muhibah simpulan jumlah
Anding kudida adai-adaina lagu permainan puteri kencana indah merdu gaya mengena sajak susunan laila teruna
Adai-adaina kudida anding dalam perayaan duduk berganding1 di dalam majlis duduk bertanding2 laila muzakarah duduk bersaing3
Amboi yadi berlipat pandan4 pandan berlipat mayang mengurai5 terhurai dari ludang6 tandannya harum sebagai ambar kesturi7
Amboi yadi berlipat pandan menghambur madah laila padan terburai dari ludangnya tandan sihat afiat laila badan
Terhambur madah hasrat kalbu laila hati tiada berdebu bukan manis ibarat tebu kukuh kata-kata iaitu kubu
1 Berganding = ramai. 2 Bertanding = muzakarah. 3 Bersaing = sama-sama. 4 Pandan = jenis daun wangi. 5 Mengurai = terbuka; terorak. 6 Ludang = bungkus. 7 Ambar kesturi = jenis kayu yang harum.
e Kttkuh kata-kata cinta di hati laila terlaksana madah bertiti mekar subur bunga tak leti8 berakar bersuli cempaka melati
Kembang melatap kuntum angsana berkembangan sibunga melur cinta hasrat laila berguna kebajikan hati cinta menabur
Laila kukuh hasrat cinta laila hati cinta berkata bukan soalnya miskin meminta berbaik-baik hubungan peta
Hubungan cinta berkebaikan tanda cinta berkebajikan hasrat cinta memperelokkan pandangan cinta dipermolekkan
Cinta hati dan cinta badan hati dan madah laila dipadan9 laila cinta hasrat berdandan1•‹ harum semerbakl1 mayang di tandan12
Cinta hati dengan jari cinta hati kaki berjari melaksanakan tugas sehari-hari adil dan murah bijak bestari
8 Leti = layu. 9 Dipadan = disesuaikan.
10 Berdandan = berpelihara; berhias; disediakan. 11 Semerbak = tercium; harum merata. 12 Tandan = tangkai; tulangnya; pokoknya; lidi.
Cinta hasrat hati bersama melaksanakan tanggungan laila saksama melaksanakan kewajipan yang diterima ke arah bahagia laila utama
Hati cintakan segala kebajikan hubungan segala laila kebaikan kumpulkan segala yang keelokan bekerjasama kita majukan
Sambut-bersambut laila kemajuan ke arah berfaedah laila kemahuan ke arah keamanan laila panduan untuk kemakmuran laila tujuan
Ke arah berfaedah laila negara ke arah manfaat sugara ke arah keelokan permai suara keamanan menghilangkan derita sengsara
Cinta kasih cinta sayang laila cinta berkasih sayang ke arah kebajikan bukti terbayang cintakan keamanan ikatan sayang
Cintakan ketenteraman ikatan kasih berbaik-baik tak berselisihI3 indah dan sedap jintan s ~ l a s i h ' ~ cintakan bahagia sentiasa masih
13 Berselisih = berbantah; tidak bersefahaman. 14 Jintan sulasih = jenis biji dibuat serbat waktu berbuka puasa.
Cintakan kasih cintakan sayang dnta sayang laila kasih hubungan berbaik-baik jangan dipayang15 eintakan kebajikan laila masih
dahan Tuhan menetapkan sudi tetap mengingatkan jasa dan budi &at kebajikan kekal abadi16 ,baa pembawaan di peribadi
>,
- - Cintakan tangan laila badan cintakan kakilaila padan17 menjalankan tugas mengelokkan tauladan yang kurang baik jadikan sempadan
Cintakan mata pandang-pandangkan memandang ke arah yang keelokan cintakan telinga dengar-dengarkan mendengarkan perkara yang kebajikan
Cintakan mulut lailakan madah betulkan kata-kata elokkan padah wajib berlurus kata-kata lidah ke arah kebaikan yang berfaedah
Untuk memanjangkan laila aka1 kalau hanya panjang sejengkal fikir dan memikirkan laila cekal laila bemsaha lailalah bekal
15 Dipayang = dirosakkan. 16 Abadi = kekal; tetap selama-lamanya. 17 Padan = patut.
Cintakan akal fikir memikirkan ke arah kebajikan dan keelokan cintakan hidung cium-ciumkan yang mana harum kita tanguskan18
Memikirkan untuk kebajikan negara mencium untuk keharuman sugara laila akal bijak berkira laila mengharumkan keamanan ditara19
Laila ditara keamanan negeri elokkan pembawaan lailakan ugari20 buktikan kebajikan perbuatan diri hubungkan berbaik-baik sehari-hari
Cintakan tangan pegang-pegangkan cintakan kaki jalan-jalankan ke arah bahagia kita capaikan ke arah yang berfaedah kita tujukan
Berhubung baik ia dan dia ke arah kebajikan laila dituju menuju ke arah laila bahagia bekerjasama laila setuju
Kirai melantik patah mengunang tangkai cermin menangkai bunga laila jasa pasti dikenang buat yang baik laila berguna
18 Tanguskan = cium; mencium bertubi-tubi kerana mencari sesuatu; mencium benar-benar kerana kemesraan.
19 Ditara = dinyata. 20 Ugari = 'kelakuan; tatapekerti.
Jasa yang baik jadi ingatan budi yang baik jadi sebutan meninggalkan sejarah laila kaitan meninggalkan sebutan laila babitan
Laila jasa jadi pujaan laila budi jadi kajian jujur dan lurus laila sudian laila ber-pna di hari kemudian
Cintakan jari dipadu jari mengukirkan dakwat kalam berlari laila bijak indah bestari melaksanakan tugas untuk negeri
Melaksanakan tugas untuk negara menjalankan tanggungan untuk sugara melaksanakan kewajipan laila mesra ikhlas dan jujur laila cara
Cintakan negara buat kebajikan cintakan sugara hubungkan kebaikan jujur laila cara buat keelokan laila ikhlas tunjuk ajarkan
Cintakan kerajaan tugas jalankan yang mana kurang kita tambahkan yang kurang elok kita molekkan untuk keamanan kita teruskan
Untuk ketenteraman laila aman laksanakan ia bagi pedoman mengharumkan negara laila budiman tercapainya keamanan negara siuman
Kewajipan seluruh rakyat negara untuk keamanan mula dikira menghubungkan berbaik-baik laila mesra membuktikan kerjasama dan kebajikan ketarazl
Bekerjasama ke arah kebajikan ke arah keamanan cinta tujukan berbaik-baik yang dihubungkan dengan seberapa jujur dilaksanakan
Amalkan ia dengannya ikhlas di bangku sekolah atau di kelas terangkan ia dengannya jelas supaya difahami laila ikhlas
Laila ikhlas kalau diertikan harganya tak dapat dinilaikan kalau bersungguh kita kajikan Allah hanya dapat membalaskan
Ikhlas itu tinggi mutunya hams tak siapa dapat membalasnya melainkan sudi penerimanya iaitu sudi yang sebenarnya
Terimalah ikhlas dengan sudi serta mengingatkan jasa dan budi mudahan berlanjutan kekal abadi menambahkan nama baik di peribadi
21 Ketara = nyata; nampak; terbukti.
32
Minum air di dalam gelas lepas minum laila berjalan menerima ikhlas balasnyaz ikhlas diharapkan mudahan berkekalan
Wahai anakanda ratna tempawan anakandaku bijak lagi dermawan menyudikan jasa dan setiawan supaya menimbulkan nama hartawan
Bagaimana cara menyinta dari kasau ke sinapati dari mana mula bercinta dari mata berserta hati
Anakanda juita laila mengerna menuntut ilmu biarlah baina ilmu pengetahuan sangat berguna tiada tinggal di sini sana
Ilmu sentiasa mengikut diri ilmu di badan tiada lari hendaklah bersungguh dipelajari ilmu pengalaman membawa ~ e r i ~ ~
Cintakan ilmu pergi belajar selepas tamat kemudian mengajar daripada menyingsing fajar laila ilmu elok dikejar
22 Balasnya = memberibalasan baik. 23 Seri = cahaya; terang.
Cintakan ilmu adalah elok supaya memahami selok dan belok benda yang mustahak jarang berkaluk pembawaan tiada mengetam kaluk
Wahai anakanda laila dermawan anakanda pakulun muda hartawan kepada kebajikan bersetiawan yang benar jahat mesti dilawan
Itulah pegangan orang berilmu tiada boleh terkena semu membuat kebajikan tiada jemu yang mana baik laila dijamu
Tak jemu menuntut ilmu pelajaran di dalam badan bertambah fikiran kerananya dapat membentuk ukiran daripada ilmu terdapat t a k ~ i r a n ~ ~
Selagi ada ilmu di badan dapat membetulkan kawasan sempadan laila usaha dapat didandads fahamkan yang ada an^^ atau tak padan
Jarang kain keadaan tipis cempaka melati berkecambah harta banyak sajakan habis ilmu di badan fikiran bertambah
24 Taksiran = kira. 25 Didandan = diusahakan lagi. 26 Padan = patut.
Wahai anakanda laila perkasa tuntutlah ilmu seberapa kuasa sama ada di bandar atau di desa ilmu di badan keadaan sentosa
Wahai anakanda laila setiawan anakanda ayah laila bangsawan berbaik dengan sahabat kawan beradun jujur laila dermawan
Laila dermawan beradun jujur kejujuran jangan diberikan ke saturz7 kepada sahabat kejujuran hubungkan saudara yang jahat mesti dijauhkan
Kebajikan tiada bersaudara siapa yang baik dengan berkira perbuatan kebajikan itulah saudara persahabatan hendaknya dipelihara
Peliharalah persahabatan yang telah lama hubungkan kebaikan dengannya sama jasa dan budinya kita terima jasa British laila utama
Dengan yang jahat jangan bersahabat sekali pun ia bersaudara kerabat jangan hendaknya dibawa berjabat saudara yang jahat adalah musibatz8
27 Satur = seteru. 28 Musibat = jahat membawa bahaya; buruk pekerti; jahat hati; jahat
pembawaan; tak berfaedah; tidak berguna.
Saudara yang jahat tiada berbudi kerabat yang jahat lupakan budi tak boleh diterima dengan sudi kepadanya jangan menabur budi
Wahai anakanda wajah timangan tuntutlah ilmu malam siangan segan menuntut sekali jangan ilmu pelajaran si buah tangan
Banyak ilmu luas pendapatan berilmu berpelajaran tinggi lompatan ilmu kebajikan yang dalang maksudkan ilmu pengalaman yang kebajikan
Pengalaman yang tak senonoh apa gunanya ilmu yang jahat tiada harganya ilmu komunis sangat jahatnya pengalaman komunis sangat buruknya
Komunis adalah sejahat-jahat jelama3 perbuatannya tiada mempunyai agama dengan komunis jangan bersama komunis jangan sekali diterima
Wahai anakanda cahaya mata laila pakulun tajuk mahkota anakanda ternpawan laila juita rajin belajar semata-mata
Tuntutlah ilmu yang kebajikan carilah pelajaran yang berkebajikan mempela jari ilmu untuk keelokan mencari pelajaran untuk kebaikan
29 Jelama = orang.
Hendaklah belajar muda perwira kalau sungguh cintakan negara amalkan berbaik-baik seberapa mesra untuk menenteramkan laila sugara
Pelajaran yang baik mendatangkan aman elok dituntut buatkan pedoman supaya aka1 laila siuman tahan mengalami pahit dan nyaman30
Seorang murid puas belajar kemudian hari dapat mengajar bukan sekolah saja diunjaP pengalaman bekerja itu dikejar
Sehari-hari biasa bekerja jangan hanya duduk bersaja-sajaj2 menambah dan memperbaiki itu d i p ~ j a ~ ~ untuk sendiri jangan dimanja
Biar utamakan kepada ramai supaya luas padi disemai di dalam negeri yang laila permai ke arah kebajikan ikatan damai
Bukan damai untuk sendiri untuk ramai laila berseri untuk keamanan sama berdiri laila adil itu tagarP
30 Nyaman = sedap. 31 Diunjar = dicari. 32 Bersaja-saja = berdiam-diam. 33 Dipuja = disanjung; dipikul. 34 Tagari = pegang.
Ke arah keadilan tumpukan hati membuat kebajikan adalah mesti aman dan tenteram laila dipasti harus tercapai yang dihajati
Kalau berhajat mencapai kebajikan hendaklah dilaksanakan usaha kebaikan adil dan tenteram yang dimestikan laila aman yang dipastikan
Aman dan tenteram laila negara adil dan makmur laila sugara berkekalan subur itu dikira berbaik dengan sahabat yang mesra
Sahabat yang mesra pegawai England dengan Brunei sama berjalan muhibah subur laila berkenalan mudahan selamanya jadi amalan
England, Brunei bersahabat lama sama menjalankan tugas saksama lain-lain negeri tak dapat menyama Brunei dan England rakan yang lama
Simpul benang tiada kendur dari Bakut ke Kuala Lama England ikhlas Brunei jujur melaksanakan kewajipan laila bersama
Tel-ah bersama menjalankan tanggungan tiada pernah bersinggung-singgungan sentiasa muafakat berkasih sayangan tiap-tiap masa jadi dukungan
Bersama-sama mendukung kebajikan bersama-sama berbaik-baikan bersama melaksanakan yang keelokan tambahan bersama mempermolekkan
Brunei dan England sama seikat ke arah kebajikan sama bersyarikat bersama-sama laila muafakat mudahan berkekalan berserta berkat
Wahai anakanda laila saksama jasa British hendaklah diterima adalah elok bekerjasama dengan British sahabat yang lama
W ahai anakanda laila tambat an ke madah lain pula sebutan dalang menulis untuk ingatan kerana anakanda permata intan
Wahai anakanda cahaya mata anakandaku tempawan laila juita anakanda teruna tajuk mahkota bakal menjadi tampuk di takhta
Hati mencintai undang-undang negara patuh kepada peraturan sugara untuk kebajikan laila berkira menghubungkan kebaikan dengan segera
Mesra menghubungkan hubungan kebaikan serta membuat perbuatan kebajikan laila membuat usaha keelokan begitulah tujuan yang dimaksudkan
Menurut undang-undang laila tujuan mengikut peraturan laila kemahuan cintakan negara lailakan panduan ke arah bahagia lailakan tumpuan
Wahai anakanda laila teruna anakanda ayah muda kencana cahaya mata laila teruna membuat kebajikan laila berguna
Anakanda pakulun ratna juita lailakan madah berkata-kata terang-menerangkan biarlah nyata seberapa boleh kebahagiaan dipeta
Laila bahagia kita kerjakan laila ber faedah kita teruskan yang manfaat dilaksanakan baharu terdapat nama kebaikan
Kalau kata berselok-belok kata pepatah mengetam kaluk perkataan begitu bukannya elok umpama berjalan kakinya piluk
Kalau madah bermasuk-masukkan kalau kata bersaluk-salukan kalau cakap berlengkok-lengkokkan sekali tak benar yang dikatakan
Kalau berkata biarlah benar melaksanakan kerja biar b e r ~ i n a r ~ ~ cara dan langkah jangan beronalj6 nama yang baik elok disinar
Orang kaya laila perkasa singgah di Butir mengambil karang laila baik bertiinbang rasa nama yang baik disebut orang
Berjalan pantai kialus minum air di dalam gelas siapa mempunyai perangai h a l ~ s ~ ~ budi yang baik tentu dibalas
Kata-kata mustahil si limau abung kata-kata kosong jangan melambung belum berakal hanyalah a m b ~ n g ~ ~ bukan tempatnya membuat sombong
Kalau sombong kata dan peri untuk faedah diri sendiri segala perbuatan tiada berseri akhirnya meletup di ari-ari
Kata yang benar lagi berlurus baharu dapat mengenakan pepuyus badan gemuk haruskan kurus kalau banyak ancitan paus
-- --
35 Bersinar = pandang. 36 Beronar = tidak baik; perbuatan mengada-ngada; membuat-buat. 37 Halus = bertatabaik. 38 Ambung = sombong.
Banyak cambul di dalam cambul di dalamnya berisi delima mentah ampalas diambul-ambul banyak dimakan akhirnya muntah
Kepala kerbau bulunya lasa sulangka rusuk dikapai-kapai melupakan budi lupakan jasa itulah pekerti yang ~ a p i - c a p i ~ ~
Indah kata madah sebutan perkataan antah berkurimutan maksud kehendak mengisi katan eloknya tidak banyak kejahatan
Wahai anakanda laila mengerna melaksanakan kerja biar sederhana utamakan usaha yang laila berguna sebelum memikirkan langkah yang mana
Berkibaran tabir liwangga tabuk rancangan40 berjala warti sudah dihantar sehingga tangga tunduk tengadah tiada mengerti
Tabuk rancangan arat gegati lawangan tabir berjala warti tunduk tengadah tiada mengerti hanya mengutamakan faedah diri
39 Capi-capi = tak senonoh. 40 Tabuk rancangan = jendela.
Buah buton si buah bangkal bersampan lagi berajung kusut benang dari pangkal hendak diusai dari ujung
Usaian ujung tiada boleh dari pangkal kusut memilih dari mula perasaan palih41 sampai di hujung hendak memilih
Kalau kusut dari pangkal usaian ujung adalah nakal diberi modal diberi bekal budak yang kecil kuat b e r ~ a k a l ~ ~
Kalau pentadbiran bukannya sukan jangan dipalu gendang bermain masa remaja tak kuat makan masa budak kuat bermain
Salah di pangkal ~ i l a p ' ~ di hujung di pohon sakal di hujung sabal laila loteng naik ke anjung entahkan koya entahkan kubal
Cintakan tangan kapai-kapaikan cintakan kaki jalan-jalankan cintakan mata pandang-pandangkan laila adil hati betulkan
41 Palih = kebodoh-bodohan; seakan bodoh. 42 Bercakal = bergaduh. 43 Silap = lupa; salah perhitungan.
Cintakan negara mengikut peraturan menurut undang-undang laila ukiran sebelum melangkah mendahulukan fikiran sebelum membuat mendahulukan ukuran
Sayangkan sugara tenteramkan hati bertatabaik dengan seperti bertataadab laila pekerti bertatasopan laila pasti
Ribu-ribu ikatnya jarang kemiri tumbuh di pagar kalau hanya pandai mengata orang kesalahan diri tidak disedar
Wahai anakanda laila dermawan orang yang baik jangan dilawan terima nasihat sahabat kawan tabahkan hati dan setiawan
Wahai anakanda melur suntingan anakanda ayah sepuluh timangan sadang bergurau malam siangan carilah ilmu laila rundingan
Wahai anakanda laila juita ratna pakulan tajuk mahkota intan tempawan laila mustika baikkan sangkaan lailakan teka
Anak ayam turun dua mari menangkai pokok angsana di atas panggau duduk kecewa sampai di bawah hendak ke mana
Hendak ke mana kaki berjalan loghat apa kata bualan benda besar jangan ditelan haruskan leher berkebangkalanM
Jangan dibiar leher menyakuP duduk di kerusi diam b e r t a k ~ l ~ ~ kalau berjalan membawa bakul sakit menanai berat dipikul
Kerusi kerajaan bukannya mudah susahnya tiada dapat dipadah bukannya tambul bukan juadah diambil saja mesti b e r ~ a d a h ~ ~
Kerusi kerajaan tempat berusaha untuk sendiri tak boleh tamaha48 hubungan berbaik-baik tak boleh laha49 ke arah yang manfaat laila usaha
Maka disebut kerusi kerajaan di situ tempat membuat pekerjaan untuk mengelokkan segala perusahaan bagi memolekkan segala rekaan
Perkataan bekerja perkataan bercuti perkataan bersara perkataan berhenti perkataan berjalan perkataan meniti bukannya sama laila seperti
44 Berkebangkalan = menyangkut; tersangkut. 45 Menyakul = sakit kerana menelan. 46 Bertakul = peluk tangan. 47 Berpadah = beritahu; nyatakan. 48 Tamaha = tamak. 49 Laha = rosakkan; renggang daripada keadaan asalnya.
Tiada sama butir maknanya tiada sama loghat ertinya tiada jenis rupanya sangat berlainan rupa bentuknya
Ada bersara setelah lama setelah tamat pekerjaan utama bersara sekejap kalau tak lama lama dan sekejap bukannya sama
Ada berkhidmat setelah h a ada berkhidmat setahun dua ingat pepatah laila petua pekerjaan tak lama iaitu lawaM
Memangku kerja di opis kerajaan sibuk dengan perusahaan banyak sedikit membuat rekaan kemajuan seluruhnya jadi kiraan
Meja kerusi di opis perintah menjalankan tugas tak dapat berbantah ibarat bermasak janganlah mentah kalau tak kenyang tak lekas muntah
Kecuali masakan kebangkarasanS1 sekiranya lekaskan bosan indah pepatah laila pesan sedikit tiada meninggalkan kesan
50 Lawa = membesarkan diri. 51 Kebangkarasan = tidak masak lagi; belum masak betul.
Kalau berpesan kepada yang tamak perkataan tiada lagi disemak daripada hatinya terlampau tamak menyusun kebajikan tiada banyak
Perkara tamak mengecewakan untuk sendiri diutamakan untuk yang lain dikurang akan pekerti begitu baiknya bukan
Wahai anakanda laila tempawan jalankan tugas dengan setiawan kayakan fikir laila hartawan untuk kebahagiaan jangan berlawan
Wahai anakanda laila mengerna menjalankan tanggungan hendaknya baina jalankan kewajipan dengan sempurna jadi pujian di sini sana
Dapat pujian kayalah badan pada mengusahakan kewajipan dipadan berunding bermuzakarah menurut ~ e l u d a n ~ ~ untuk kebahagiaan laila berdandan53
Wahai anakanda laila hartawan seeloknya usaha laila dermawan berbaik-baik dan setiawan mutunya tinggi susah dilawan
52 Seludan = saluran yang sihat. 53 Berdandan = berusaha; berpelihara.
Kata pepatah elok sepakat untuk kebajikan laila muafakat laila sahabat dengan berikat muafakat kebajikan adalah berkat
Jangan sepakat dengan yang bodoh kalau-kalau perbuatannya u d ~ h ~ ~ mengusahakan kebaikan jangan mengaduh jangan dibiarkan pekerti menuduh
Pekerti menuduh sangatlah hina sekira tuduhan tiada kerana sama ada kepada mulia dan hina tuduhan palsu tiada berguna
Nasihat menasihatkan dan muzakarah itulah tabiat elok dikerah55 supaya menyegarkan" usaha yang ~ a r a h ~ ~ dapat mengubat kudis dan barah
Di majlis muzakarah berper~ndingan~~ setiap masa malam siangan untuk kebajikan setiap rancangan untuk mengelokkan laila59 cadangan
- -
54 Uduh = buruk; tiada baik. 55 Dikerah = disuruhkan. 56 Menyegarkan = menguatkan; menyuburkan. 57 Carah = leti; layu; badan letih; fikiran bingung. 58 Berperundingan = mengadakan perundingan. 59 Laila = amat baik; amat boleh; amat cantik; amat elok; amat segak; amat
kemas; amat bergaya; amat sempurna; amat gagah; amat berani.
Indah60 kata madah bertutur6' indah cara madah teratur indah bersih tiada kotor indah bersahabat dari bersatufj2
Wahai anakanda laila bestari muda rupawan laila jauhari tampuk permata intan baiduri elokkan pembawaan laila perF3
Jangan dicucuk si ubur-ubur miangnyaM tiada dapat ditutur memberi bergaru duduk berunjur daging yang keras menjadi kendur
Elok dikukuhkan hubungan kebaikan elok dibanyakkan perkara kebajikan buktikan segala perbuatan keelokan aman dan tenteram elok dibuktikan
Aman makmur berkeadilan itulah p u n ~ a ~ ~ mula berjalan laila ingatan laila kenalan laila bersahabat laila bualan
60 Indah = baik; molek; cantik; elok. 61 Bertutur = berkata. 62 Bersatur = berbantah. 63 Peri = perkataan. 64 Miangnya = gatal. 65 Punca = pangkal.
Laila kata madah bertutur indah peta rancangan teratur ibaratkan ~ a r n a ~ ~ tiada luntur laila bersih di manakad7 kotor
Laila manfaat rancangan peta laila bersih niatnya nyata laila bermutu madah dan kata laila lurus maksud dan cinta
Asalnya terang menjadi pudaF tiada tetap ~ i l i h ~ ~ beredar70 misalkan benda rasanya padar 71
semakin lama bulu berdadar72
Ibaratkan ayam berbulu bersayap tiada sekali hendak merayapY3 laksana burung tiada bersayap tiada berkaki hendak merayap
Elok bersayap mempunyai kaki kalau berkaki mempunyai tangan sebut-sebutan berteka-teki jarax~g~~ terdapat laila kemenangan
66 Warna = corak. 67 Di manakan = tidak; tak boleh. 68 Pudar = tiada terang; tak bercahaya. 69 Silih = pergi; ganti. 70 Beredar = bertukar. 71 Padar = rasa tidak baik; pedar. 72 Berdadar = kembang; terbuka; berdiri. 73 Merayap = keadaan berjalan dengan serendah-rendahnya; rnelata;
tumbuh-tumbuhan yang menjalar. 74 Jarang = tidak selalu.
J'angan berjalan sebelum tiarap jangan berlari sebelum duduk misalnya burung tiada bersayap tiada berkaki hendakkan r ~ n d u k ~ ~
Wahai anakanda emas juita melur bergubah tajuk mahkota elokkan pekerti laila kata usai rancangan elokkan peta
Membangun balai beringkat anak tangga impas berlarik indah jujur indah muafakat buktikan dahulu pekerjaan baik
Laila terbukti usaha sekarang laila berkebajikan di tengah terang kebajikan untuk seluruh orang faedah bukan untuk seorang
Pekerjaan yang ada belum ~ e l e s a i ~ ~ pekerjaan yang mana hendak d i ~ s a i ~ ~ dikata baik belum lagi b i ~ a i ~ ~ belum siap jalan Telisai
Wahai pakulun emas sekati yang mana berat tahil dengan kati? yang mana budi yang mana pekerti yang mana jasa berilah erti
75 Runduk = turun ke bumi. 76 Selesai = habis. 77 Diusai = dibaiki. 78 Bisai = cantik; molek.
Apa dikatakan jasa berkesan? apa dikatakan berbudi bosan? yang mana dikatakan laila alasan? yang mana dia laila ulasan?
Laila alasan dari siapa? laila ulasan daripada apa? laila berkesan kerana apa? entah bosan iaitu mengapa?
Apa dikatakan nasihat berguna? yang mana dikatakan teguran membina? apa maksudnya indah tak baina? dua hari bulan apa laksana?
Tekukur terbang seratus hinggap menangkai pokok angsana indah madah kata m e r a k ~ s ~ ~ belum tahu siapa punya
Elok dieja sebelum membaca elok berfikir sebelum memujasO elok dikaji sebelum bersima tunduki kaki sebelum berlangkah
Laila bacaan huruf dieja setelah berfikir baharu dipuja ketiadaan dikaji semakan manja yang demikian tak dapat belanja
79 Merakus = merampas; tidak mahu memberi pada orang lain. 80 Memuja = menjadikan.
52
Cintakan negara sayangkan negeri cintakan negeri sayangkan negara lailakan hati di sanubari lailakan madah kata suara
Luruskan kata lailakan hati laksanakan kebajikan laila seperti menghubungkan kebaikan adalah pasti mekar bersuli cempaka melati
Luruskan kata lailakan madah betulkan cakap lailakan padah hubungan berbaik-baik jangan dipindah laila kebahagiaan mudahan terdedahS1
Laila cinta lagi disebut laila penerimaan pula menyarnbut hati nin jangan berkelam-kabut laila kebajikan pula membubuP2
Kalau hati cinta dermawan laila hati cinta setiawan hasrat tetap cinta pahlawan hasrat kukuh setia bangsawan
Laila setiawan pembawaan diri setiap pahlawan laila jauhari adil bangsawan laila bestari laila dermawan cinta gemari
81 Terdedah = nyata. 82 Membubut = kejar.
Wahai anakanda laila bangsawan laila perkasa anakanda pahlawan adil budiman laila setiawan laila jasa bijak dermawan
Wahai anakanda laila perkasa kerajaan adil rakyat sentosa laila dermawan bertimbang rasa bijak tiada memutus asaS3
Jangan diputus asanya orang dari dahulu hingga sekarang buat kebajikan di tengah terang seberapa lama jangan berkurang
Kembayau buah maitus dari Bakut Kuala Lama asa yang baik jangan diputus simpan di hati selama-lama
Selama-lama simpan di hati asa yang baik dengan seperti usaha asa biar bertiti peliharalah budi dan juga pekerti
Penjuluk berkait-kait tambul juadah bersaji dulang kalau ada budi yang baik seumur hidup jangan dihilang
Budi yang baik pasti dikenang mengelokkan pekerti bukannya senang laila sederhana hati berlinang dengan perbuatan laila berenang
83'"'~sa = harapan.
Wahai anakanda laila kencana syair dikarang untuk mengerna sajaknya janggal tiada kena diharapkan tenteram laila suasana
laila suasana berketenteraman negara aman rakyat budiman keadaan Brunei sentiasa aman laila rajin mengikut iman
Iman di sini kata-kata laila cakap itulah kota mengukuhkan madah tiada leta terlanjur kata jangan dipinta
Menarik madah kuranglah elok laila kata bukan berkalukB4 tajam kata kalah penjuluk tetapkan madah jangan dikulukB5
Kalau berkuluk madah keluar tiada siapa terang mendengar semakin banyak semakin ingar yang baiknya kekalkan madah keluar
Madah berkaluk jarang berbunyi itulah madah keadaannya sunyi berkata besar begitu begini berterus terang tiada berani
84 Berkaluk = bengkok. 85 Dikuluk = dikumpul-kumpul; gulung dengan tiada aturan;
menggumal.
Wahai anakanda ratna juita lazimkan benar bila berkata berterus terang dan benar semata-mata itulah amalan laila pendeta
Padahnya untung bercakap benar akhirnya terang lagi bersinar berlagak tiada membuat onar laila jampuP6 laila binar8?
Tamatlah syair laila cinta buat bacaan anakanda juita kalau terpakai anakanda mahkota ambil yang baik buang yang leta
86 Jamput = ambil. 87 Binar = tengok; perhatikan; amati.
Adun ku bima wahai disayang adun baku bima sayangl disayang elok diadun berkasih sayang hubungan baik jangan melayang
Wahai disayang wahai dikasih berbaik-baik jangan berselisih bunga rampai bunga sulasih laila berkebaikan kekalkan masih
Wahai di kasih di kebaikan wahai di sayang berkebajikan wahai jujur berbaik-baikan laila hati wahai kukuhkan
Wahai tabah lailakan hati laila berlurus dengan seperti wahai benar lailakan mesti wahai usaha laila dipasti2
Wahai semangat hati kuatkan wahai hati semangat keraskan wahai ikhlas hati betulkan wahai murni laila katakan
Wahai kata dipercakapkan wahai madah diperucapkan3 wahai kebajikan dipertegapan4 wahai berani dipersikapan5
1 Sayang = kasih. 2 Dipasti = dibuat; dilaksanakan. 3 Diperucapkan = dipercakapan. 4 Dipertegapan = dikuatkan; dikukuhkan. 5 Dipersikapan = ditegapkan; dipersediakan.
Wahai kaki jalan-jalankan wahai tangan tulis-tuliskan wahai akal fikir-fikirkan wahai fikir akal tajamkan6
Wahai pandangan bijak budiman wahai hidung laila ciuman wahai telinga dengarkan firman7 wahai mulut laila aman
Wahai suasana laila tenteram wahai keadaan laila aman di kebajikan duduk mengeram8 wahai bahagia laila siuman
Wahai siuman laila fikir wahai tenteram laila taksir9 wahai kebaikan janganlah mangkir wahai keamanan jangan berlusir1•‹
Wahai budi di perberian wahai jasa laila kajian wahai ingatan dengan pujian laila bercahaya intan surdian
Wahai pujian laila kenangan wahai sudi laila pandangan wahai kajian kasih sayangan laila pemberian bukti bayanganll
6 Tajamkan = lekas mendapat; baik pendapat; lekas pendapat. 7 Firman = kata-kata Tuhan. 8 Mengeram = tetap; tetapi; duduki. 9 Taksir = ramalan; anggapan.
10 Berlusir = berlari; bertolak. 11 Bayangan = adanya; bayang yang ada; tandanya.
Wahai makmur laila subur aman dan makmur jangan dilebur12 hubungan berbaik-baik laila hibur13 tiap-tiap hidup menempuh14 kubur
Wahai maksud laila pasti wahai hasrat lailakan hati wahai tujuan kebajikan mesti wahai usaha keadilan seperti
Usaha cara berkeadilan aman tenteram cara amalan wahai kebaikan jadi ramalan wahai bijak laila handalan
Wahai berlari laila kalam wahai menitik laila dakwat wahai rancangan laila bersulam wahai setia laila taat
Wahai taat laila setia berbaik-baik miskin dan kaya menghubungkan kebaikan ia dan dia wahai kebajikan usaha sebaya15
Ia dan dia berbaik-baik jasa dan budi diperingatkan wahai ingatan diperkuatkan wahai ke arah laila kebajikan
12 Dilebur = dirosakkan; dirosak; dibinasakan. 13 Hibur = senang hati; sukacita. 14 Menempuh = datang; menghadapi; sampai. 15 Sebaya = sama-sama.
Saudagar kaya berharta kaya jasa laila kata kaya budi laila peta laila aman keadilan semata
Wahai keadilan laila gunakan laila jasa wahai petakan laila budi kita pujikan aman dan makmur kita gunakan
Gunakan aman dan kemakmuran jasa dan budi laila fikiran ingatkan jasa dalam ukiran betulkan kebaikan sebagai urusan
Menerangkan mata pandang-pandangkan menerangkan telinga dengar-dengarkan pembersih mulut kata kebajikan menerangkan cita-cita hati betulkan
Wahai anakanda laila setiawan paduka anakanda laila bangsawan ratna juita laila dermawan anakanda ayah laila tempawan
Wahai andika anakandaku juita segala kebajikan elok dipeta segala kebajikan penghias kata terang dan bercahaya intan permata
Kepala penuhi dengan fikiran untuk memikirkan segala ukiran berilmu pengetahuan laila kemahiran baharulah maju peta ukiran
Wahai peta ukiran maju ke arah kebajikan laila dituju aka1 dan fikir laila setuju ke arah kebaikan laila laju
Wahai hati hendaknyamu sudi apabila menerima laila budi jasa dahulu jasa yang tadi ke dalam ingatan kekal abadi
Kekalkan ke dalam ingatan kenangan jasa bertabur memberi kesenangan budi yang terhambur memberi kemenangan jasa yang demikian jadikan kenangan
Wahai ingatan kenangkan jasa ingatan budi setiap masa wahai sudi hendaknya sentiasa perbuatan yang baik wahai sentosa
Wahai kenangan kekalkan ingatan laila budi jadikan ikatan hendaknya sudi jadikan tambatan wahai sentosa aman perbuatan
Aman tenteram laila sentosa perbuatan kebajikan setiap masa menghubungkan kebaikan sentiasa ingatkan budi mengenang jasa
Berkembangan bunga angsana kembang melatap kuntum16 rajasa laila adil dan bijaksana mengingatkan budi mengenang jasa
16 Kuntum = puput.
Wahai rambut patah mengunang wahai kirai17 melantik mayang wahai misai menanduk kijang wahai kumis mengawat loyang
Wahai rambut patah mengunang fikiran waras laila mengenang wahai bijak laila bernang perbuatan kebajikan laila senang
Menginang mayang kirai melantik apabila dipandang wajahnya cantik laila dan bijak jangan dikritik laila kebajikan elok dipetik
Menanduk kijang sepanjang misai yang mana baik elok diusai18 yang cantik molek laila bisai19 man dan kebajikan laila selesaiz0
oyangzl kumis laila mengawatz2 a1 fikiran laila pesawatz3 sahakan maju laila berawatz4
biru kalau berdakwat
rai = bulu di atas mata. 18 Usai = dibaiki; diperbaiki lagi.
63
-
Wahai andika seri handalan berbaik-baik dengan kenalan laila muhibah jadi simpulan perbuatan kebajikan buatkan amalan
Hubungkan muhibah dengan sahabat berbaik-baik simpulan hebat hulurkan tangan laila berjabat bekerjasama dalam pejabat
Pada melaksanakan tugas pentadbiran gunakan aka1 laila fikiran pada menghadapkan peta sipiran berterus terang laila ukiran
Dalam ukiran berterus terang pada menghadapkan peta dikarang kebajikan dilebihkan jangan berkurang itulah pesan dalangz5 pengarangz6
Wahai meja tempat menulis sama ada di jabatan atau di majlis menulis surat atau wireless tetaplah engkau jangan memalisz7
Tempat duduk wahai kerusi meja dan engkau hendaknya serasi segala masalah yang hendak dipisiz8 di atas meja kalam beraksiz9
25 Dalang = nama atau gelaran pembuat syair. 26 Pengarang = pembuat; yang membuat. 27 Memalis = segan; malas; tidak mahu. 28 Dipisi = disiasat; diteliti. 29 Beraksi = bertaruh; diletakkan; ditempatkan.
Indah disayang wahai kertas dakwat berjalan padamu di atas hendaknyamu kukuh janganlah ratas30 kalam berjalan di atasmu melintas31
Engkau jangan rataskan diri kalam berjalan duduk berdiri dakwat menitik sehari-hari tabahkan hatimu laila berseri
Wahai kalam elokkan jalan dakwat menitik tiada ~ a b a l a n ~ ~ ~ e b i l a n g ~ ~ huruf jangan ket i~~ggalan~~ laila sajakmu itu bekalan35
Wahai dakwat kalam berlari membawa titikmu setiap hari engkau menitik membawa diri elokkan a ~ a t ~ ~ mu laila berseri
Wahai tangan me mad^^^ jari menjalankan kalam pagi petang hari melukiskan madah laila diberi meng~ki rkan~~ pesan laila jauhari
30 Ratas = koyak. 31 Melintas = lalu. 32 Sabalan = segan; rap-ragu. 33 Sebilang = setiap. 34 Ketinggalan = tertinggal. 35 Bekalan = bawaan; bata; buah tangan. 36 Ayat = susunan beberapa perkataan yang boleh difahamkan
maksudnya. 37 Memadu = menyusun. 38 Mengukirkan = menuliskan.
Kalam berlari membawa ~ a j a k ~ ~ dakwat menitik tiada berjejak40 membawa tujuan. laila kehendak ke arah kebajikan bermain tandak41
Wahai bahu hendakmu memikul jangan berpeluk tangan m e n a k ~ l ~ ~ benda d i ~ a h a n ~ ~ berpikul-pikul tabahkan hatimu jangan m e n y a k ~ l ~ ~
Pinggang, paha, kaki bertapak kalau berjalan jangan b e r ~ e p a k ~ ~ susun kakimu setapak-~etapak~~ pelihara dirimu jangan t e r ~ m p a k ~ ~
Wahai perut sederhanakan makan ambillah exercise kaki jalankan badan sihat membawa kebajikan tubuh afiat membawa kebaikan
Hendaknya selangkah demi selangkah kaki berjalan laila b e r t i ~ ~ g k a h ~ ~ indah kata laila pepatah untuk kebajikan kaki m e l a ~ ~ g k a h ~ ~
39 Sajak = rangkap susunan ayat; tulisan; lukisan. 40 Berjejak = berpijak. 41 Tandak = menari. 42 Menakul = berpeluk tangan. 43 Disahan = dipikul; membawa barang di atas bahu. 44 Menyakul = lembik; tiada kuat. 45 Bersepak = bersentuh. 46 Setapak = setapak; selangkah. 47 Terumpak = terkena satu-satu benda yang keras; .terkena satu-satu
benda yang tidak diingini; terkena satu-satu benda yang tidak disukai.
48 Bertingkah = bersusun; beratur; lepas satu-satu. 49 Melangkah = berjalan; mengangkat kaki.
Wahai anakanda laila teruna anakanda ayah muda mengerna laila mentah buah angsana ilmu pelajaran laila berguna
Indah catu laila cupak indah titir laila tingkah laila setapak demi setapak50 laila selangkah demi selangkah
Buah arut si buah matang lapan cupak satu gantang bernang sirik balais kitang enam belas catu satu gantang
Janggut panjang pengikut lembing lembing patah tempuling sumbing51 jangan diikut r a ~ m i n y a ~ ~ kambing karam di sungai bernang di tambing
Buat baju ~ k u r a n ~ ~ badan indah bau kemenyan ladan indah sesuai laila ada an^^ buatkan contoh jadikan tauladan
Wahai aka1 tajam-tajamkan wahai fikiran waras-waraskan wahai makmur subur-suburkan wahai aman kekal-kekalkan
50 Setapak = selangkah kaki. 51 Sumbing = pecah; rosak. 52 Rasminya = tabiat. 53 Ukuran = sukatan. 54 Padan = munasabah; berpatutan.
Kalau kebajikan dijadikan tauladan kalau yang baik laila padan harum semerbak kemenyan ladan baharu terpelihara kawasan sempadan
Wahai pembawaan elok-elokan berunding bermuzakarah ditempat-tempatkan kebajikan kebaikan disesuaikan jangan menyinggung sahabat rakan
Laila pekerti lailakan hati ke arah kebajikan laila pasti berbaik-baik tujuan mesti cara demikian amalkan gustiS5
Derma hati hebah-hebahkan derma budi curah-curahkan derma jasa tabur-taburkan derma ingatan kenang-kenangkan
Derma dari orang laila berpeta jangan dijadikan bagi derma kita derma diterima budi yang nyata jangan diambil ke nama kita
Panjang-panjangkan laila jasa yang diterima setiap masa pada mengingatkan laila sentosa kenanglah ia sentiasa
55 Gusti = anakanda; pakulun; yang bijaksana; yang budiman.
68
Wahai kenangan ingat-ingatkan wahai ingatan kenang-kenangkan kepada jasa yang diberikan kepada kebajikan yang d i t a ~ a r k a n ~ ~
Laila kebajikan seri menjelma57 laila jasa yang diterima sudikan hati selama-lama itulah cara yang paling utama
Wahai bebas berkebebasan wahai merdeka hendak d i p e ~ a n ~ ~ buktikan keamanan laila berkesan adil dan makmur laila insanS9
Laila berperi kemanusiaan buktikan keamanan laila kiraan adil dan makmur laila pembawaan di situ tempat bukti dugaan
Wahai tugas jalankan kakimu membawa nasihat janganlah jemu kepada sesiapa engkau bertemua itulah cara menambahkan ilmu
Kepada sesiapa engkau berjumpa berilah nasihat sentiasa supaya kebajikan tiada hampa menambahkan kesedaran laila sentosa
Ditawarkan = dihadapkan; dipelawa; dihulurkan. Menjelma = datang; bertukar rupa daripada asal. Dipesan = diminta; dipohodcan. Laila insan = baik pembawaan; yang berperikemanusiaan. Bertemu = be jumpa.
Sedarkan mereka seberapa boleh penat dan lelah jangan digalih61 nasihatkan mereka seoleh-oleh(j2 itulah cara mula dipilih
Itulah cara dikehendakkan nasihat yang baik kita berikan ke arah kebajikan yang digalakkan cintakan keamanan kita suruhkan
Cintakan keamanan laila cara mengekalkan ketenteraman laila negara nama Darul Salam laila ditara63 makmur laila subur terpelihara
Itulah cara memberi nasihat supaya mereka sentiasa sihat terpelihara daripada membuat jahat dengan sahabat tiada berpahaP4
Wahai nasihat, nasihat-nasihatkan wahai suruh, suruh-suruhkan wahai cinta, cinta-cintakan ke arah kebajikan yang digalakkan
Dengan sahabat laila mesra hubungkan kebaikan laila segera hubungan berbaik-baik pelihara-pelihara itulah sebaik-baik laila cara
61 Digalih = diambil peduli; diambil tahu. 62 Seoleh-oleh = sedaya upaya; sedapat-dapat kita. 63 Ditara = dijadikan lambang; dibuktikan; dipelihara. 64 Berpahat = bergaduh; beriri hati; bertelingkah.
Nasihat-menasihat laila nyata ke arah kebajikan laila peta berterus terang laila kata itulah cara laila pendita
Laila pendita ampunya cara memberikan nasihat laila ketara6s penat dan lelah tiada dikira66 untuk kebajikan menghalanfmara
Nasihat untuk laila kebajikan menyatakan tujuan untuk kebajikan hubungan berbaik-baik untuk keelokan itulah cara patut digalakkan
Itulah cara amat berguna menasihatkan kebajikan di sini sana menggalakkan kebajikan di mana-mana mengamalkan kebajikan dengannya baina68
Mengamalkan kebajikan dengan sungguhnya kemudian memberikan laila contohnya menasihatkan kebajikan dengan sebenarnya tiada mengutamakan faedah dirinya
Nasihat kebajikan laila diberi bukan untuk diri sendiri untuk ramai nasihat berlari untuk kebajikan nasihat berdiri
65 Ketara = terus terang; nyata. 66 Tiada dikira = tidak menghiraukan. 67 Menghalang = menghadapi; menempuh; berhadapan; bersemuka. 68 Baina = bersungguh-sungguh.
Wahai seluar kantam69 di kaki supaya tak banyak mengandung70 daki laila tabah anak lelaki7' berani mati tiada dengki
Hanya dengkikan yang kebajikan hendak mengikut membuat kebajikan serta membuat perkara kebaikan dan membuat perkara keelokan
Dengki kepada perkara kebajikan laila membuat perkara kebajikan laila membuat perkara kebaikan laila membuat perkara keelokan
Kalau dengkikan kebajikan kawan dapat kebajikan sahabat ditawan, cara demikian ialah haiwan diharamkan Allah segala tujuan
Wahai dengki jangan pendengki kalau pendengki banyaklah daki setinggi langit hendak didaki tiada sampai berjalan kaki
Tinggi langit hendak dicapain tanah rendah tak dapat dipijak tangan dan kaki tiada sampai bukan tempatnya maksud kehendak
69 Kantam = kecil; sempit; rapat; tidak renggang. 70 Mengandung = memuat. 71 Lelaki = laki-laki. 72 Dicapai = dijangkau; dipegang.
Kalau langit tak dapat dicapai kalau bumi tak dapat dipijak hasrat hati hendaknya bisai" itulah pembawaan orang yang bijak
Wahai anakanda laila kencana wahai anakanda laila mengerna wahai anakanda laila teruna wahai anakanda laila bijaksana
Wahai k e n ~ a n a ~ ~ laila anakanda wahai mer~gerna~~ laila anakanda wahai teruna laila anakanda wahai bijaksana laila anakanda
?? -. , - % -,-- Anakanda kencana wahai laila K.
anakanda mengerna wahai laila76 -2 r
anakanda terunan wahai laila .ii
i. - anakanda bijak wahai laila A
; Indah kencana laila wahai18 i indah mengerna laila wahai
indah teruna laila wahai - indah bijak laila wahai
Indah hati laila kata indah khabar laila warta
: indah kebajikan laila nyata hubungkan kerjasama itulah peta
73 Bisai = elok; baik. 74 Kencana = emas; emas kencana. 75 Mengerna = nama gelaran yang tinggi yang menjalankan kuasa
pentadbiran. 76 Wahai laila = yang elok. 77 Teruna = rupawan; muda remaja; belia-belia. 78 Laila wahai = yang sebenarnya.
Indah peta laila hubungan indah kebajikan jadikan renungan indah cara kata singgungan tiada sekali jadi s a n j ~ n g a n ~ ~
Ditegah menyinggung sahabat rakan disumh membuat segala kebajikan disuruh menghubungkan hubungan kebaikan itulah pesan wahai anakang0
Wahai anakanda rnuda dan puta laila berbahagia jadikan peta aman dan tenteram laila kota makmur dan subur laila pelita
Kalaukan aman tenteram-tenteramkan kalaukan tenteram negeri diamankan rancangan berfaedah kita buatkan untuk kebajikan sentiasa amalkan
Itulah pesan dalang yang hina kepada anakanda laila kencana yang berfaedah laila berguna buatkan rancangan jalan sempurna
Itulah pesan dalang sendiri kepada anakanda laila jauhari sebagai pendapat ayahanda beri dalang nin bukan bijak bestari
79 Sanjungan = mulia. 80 Anakan = anakanda.
Inilah pesan paduka ayahanda kepada majlis paduka anakanda pesanan ayah bukan bersidaB1 segala kebajikan ambilkan peta
Wahai anakanda muda setiawan berbaiklah dengan sahabat kawan segala kebajikan jadikan teman adil, bijaksana serta berimanB2
Iman itu kukuh kata-kata untuk kebajikan rancangan peta menghubungkan kebaikan semata-mata itulah pegangan laila pendeta
Wahai anakanda laila handalan menghadapkan kebajikan jangan sabalanB3 elokkan pembawaan laila bualanB4 berbaik dengan sahabat kenalan
Sahabat kenalan yang dijemput ke sini membuat rancangan di sana sini layankan mereka seberapa murni bekerjasama maksud di sini
Kepada maksud dalang nyatakan segala pegawai yang ditugaskan iaitu sahabat yang .kits minta layankan mereka seberapa nyata
81 Bersida = main-main; tidak benar. 82 Beriman = kukuh kata-kata. 83 Sabalan = segan. 84 Bualan = bertemu ramah; berbual-bual.
Seberapa nyata kita layankan kepada mereka yang kita kehendakkan jangan dicerca tak berpatutan mereka yang datang dapat jemputan
Kalau jujur laila ingatan laila kenangan menyatakan sudi penerimaan laila perbuatan wahai ingatan kenang-kenangkan
Kenang-kenangan laila kenangan ingat-ingatkan bukti bayangan baik-baik laila sayangan laila kebajikan jadi sumbangans5
Berbuat baik buatkan amalan berbaik dengan sahabat kenalan berbuat jujur buatkan apalan itulah pegangan laila handalan
Wahai kasih sayang-sayangan wahai sayang kasih sayangan kalau kasih walang-walangans6 tinggal Brunei keseorangan
Laila sudi amat berguna sudikan hati seberapa bainaw berbuat baik janganlah lenass itulah pegangan yang bijaksana
85 Sumbangan = pemberian yang ikhlas; pemberian yang terupaya. 86 Walang-walangan = segan. 87 Baina = boleh; elok; baik. 88 Lena = lambat; tidak segera; tidak cepat.
i Kalau ingatan dilupakan hati : kalau kenangan lucutsg di hati i kesudian jujur tiada seperti I ke mana kenangan ingatan gusti
- - Wahai pembawaan berlemah lembut
- ke arah kebajikan jangan tercabut - menjalankan tugas tak kelam-kabut harum aman makmur tersebut
i Kemuning lebat bunganya r bunga suntingan laila kencana , harta menimbungO tiada gunanya
aman berbahagia laila berguna
Aman berbahagia lambang negara harta banyak lambang sugara indah kebajikan laila dikira laila bijak pengastugara
Berkembangan bunga sulasih buah surapit delima mentah mengingatkan jasa di hati masih bersahabat berkawan jangan berbantahgl
Mengutamakan tenteram laila aman indah bijak muda budiman laila adil tujuan pedoman laila aka1 fikir siuman
89 Lucut = tanggal. 90 Menimbun = banyak. 91 Berbantah = bergaduh.
Kalau hati menuju kebajikan buktikan hubungan berbaik-baikan terimalah jasa serta ingatan kesudian hati diutamakan
Berbuat baik sentiasa berbuat jahat tiada kawasag2 (kuasa) membuat kebajikan setiap masa aman dan tenteram itu dipaksag3
Aman dan tenteram dikehendakkan membuat kebajikan yang digalakkan berbuat baik yang dimahukan membuat jahat tak dibenarkan
Wahai juita yang bijaksana wahai anakanda laila kencana wahai pakulun laila sahama untuk kebajikan laila bersama
Laila bersama ke arah kebajikan laila bersama membuat kebaikan laila bersama membuat keelokan nama Darul Salam kita kekalkan
Tampui luring, buah tampui silau pandan wangi si daun pandan laila berunding - berkacau-bilau menggeramkan hati melelahkan badan
92 Kawasa = boleh. 93 Dipaksa = kehendak; sukakan; mahu.
Berkacau-bilau dalam rundingan berjenis kata bermasing-masinganY4 kata pepatah tak berseimbanganY5 tak dapat sama laila pegangan
Wahai anakanda seri handalan berbaik-baik kata bidalan dalam majlis perundingan bualan bertata santun buatkan amalan
Bertata tertib berbudi pekerti hubungan kebaikan dengan seperti laila kebajikan langkah bertiti itulah dia penawar hati
Bersopan santun budi bahasa di dalam majlis sentiasa ingatkan budi mengenang jasa baharulah kukuh iman sentosa
Dari masa ke satu masa berkembangan kuntum rajasa ingatkan jasa sentiasa baru dapat menabur jasa
Wahai juita anakanda tempawan syair dikarang untukmu bangsawan sekiranya berguna pada dermawan boleh dibaca ambilkan kawan
94 Bermasing-masingan = berlain-lainan. 95 Berseimbangan = kena; patut; berkenaan; berpatutan.
Sekira berguna pada juita syair dikarang bukannya peta penghibur rasa laila cinta diberanikan hati dalang berkata
Syair dikarang bukan a ~ a n y a ~ ~ kalau-kalau ada gunanya kepada anakanda wahai kiranya bentuk syair sangat buruknya
, !
Syair dibentuk kalam berkata I sajak susunan tiada nyata j bukan r i ~ a y a t ~ ~ bukan cerita
I bukannya t ~ t u r ~ ~ bukan berita99
Tangan dipadu kal.am bertiti sajak disusun tiada seperti daripada cinta rawan di hati untuk anakanda laila gusti
Syair dikarang untuk kenangan kepada anakanda wajah timangan sajaknya buruk susunan tangan kalau membaca dicercalOO jangan
I Sajak disusun madah simpulan jangan dikeji kalam berjalan dalang nin bukan orang handalan syair dibentuk bukan bualan
96 Bukan apanya = tak ada apa-apa. 97 Riwayat = sejarah.
% 98 Tutur = kata; cakap. 99 Berita = khabar.
100 Dicerca = dikeji; dihinakan.
Kadar menurutkan kalam berlari dakwat menitik mengikutkan jari mengikutkan kalam duduk berdiri dalang nin bukan laila jauhari
Sajak disusun malam siangan untuk anakanda laila garangan mengikutkan langkah selari tangan siapa membaca mencerca jangan
Syair dikarang menghadapkan madah sajak disusun menyatakan padahlo' kalam berjalan tunduk tengadah ambil yang baik yang berfaedah
Tangan dipadulo2 menyusun jari dakwat menitik kalam berlari susunan sajak tiada berseri dalang nin bukan bijak bestari
Burung bayan si burung nuri punai, teripas, burung merpati dakwat menitik kalam berlari untuk penghibur cinta di hati
Dakwat menitik menyusun sembah kalam berlari membawa padah yang mana baik elok ditambah yang kurang baik biar dipindah
101 Padah = bilang; cakapkan; beritahu; kenyataan. 102 Dipadu = dirapatkan.
Sajak disusun syair karangan untuk menjadi kenang-kenangan daripada hati rawanlo3 bimbanganlo4 untuk anakanda wajah timangan
Wajah timangan paduka anakanda cahaya mata paduka ayahanda syair dikarang menyusun sabdalo5 untuk penghibur cinta di dada
Penghibur cinta hasrat hati kalam berjalan dakwat bertiti membawa madah berganti-ganti untuk bacaan anakandaku gusti
Untuk anakanda muda yang garang sajak disusun syair dikarang sajaknya janggal berapat berjarang bentuk tulisan tiada terang
Bentuk tulisan tiada nyata syair dikarang bukannya peta sajak disusun membawa kata untuk bacaan anakanda juita
Wahai anakanda laila kencana laila juita tempawan ratna laila remaja wahai teruna syair dikarang untukmu mengerna
103 Rawan = rindu. 104 Bimbangan = dukacita; susah hati. 105 Sabda = kata.
Syair dikarang sajak bertalu106 buat penghibur hati yang pilu107 sajak disusun bukan selalu dikhuatirkan susunan sajak berpalulo8
Kalam berpalu susunan sajak hanya mengikutkan dakwat melajaklo9 dalang nin bukan pandai dan bijak syair dikarang untukkan anak
Untukkan anak syair karangan hanya semata untuk kenangan untukmu gusti anakanda garangan buat penghibur kalbu bimbangan
Dikarangkan syair madah ditampa untuk kenangan bukankan apa ambil yang baik tidak mengapal10 untuk anakanda laila sapa1l1
Ambil yang baik tak kenapanya kalau tak baik tiada gunanya syair dikarang bukan apanya untuk bacaan anakandaku hanya112
106 Bertalu = rapat kali; banyak kali; berkali-kali. 107 Pilu = sedih; pilu; rawan. 108 Berpalu = bersentuh. 109 Melajak = menitik; tumpah; menitik banyak. 110 Tidak mengapa = tidak jadi hal; tidak jadi apa-apa. 11 1 Sapa = tegur. 112 Hanya = saja.
Bukan apanya113 syair dikarang disusun sajak berlebih kurang kalau terbaca di tengah terang tiada kenapa bukan dilarang
Di tengah terang syair dibaca terlanjur dibentuk syair dipuja114 jangan dikeji jangan dicerca kalau membaca dahulukan eja
Elok membaca mendahulukan ejaan jangan mendahulukan keji cercaan syair nin bukan teka-tekaan115 untuk anakanda laila kiraan
Syair dibentuk sajak direka116 untuk anakanda seri paduka sajak disusun madah117 dibuka118 buat penghibur119 hati yang duka
Syair dikarang penglipur lara120 untuk anakanda pengastugara kalam menyusun sajak ditara121 yang mana baik elok dikira122
113 Bukan apanya = tak apa. 114 Dipuja = disanjung; disusun; dibuat; direka. 115 Teka-tekaan = teka-teki. 116 Direka = dibuat. 117 Madah = kata; cakap. 118 Dibuka = dinyatakan; dihurai. 119 Penghibur = penyukakan; menyukakan. 120 Penglipur lara = penyenangkan hati; menghilangkan dukacita. 121 Ditara = disusun. 122 Dikira = difikir; dikehendaki.
Wahai anakanda melur suntingan anakanda juita wajah timangan syair dibentuk madah karangan laila menjadi kenang-kenangan
Wahai anakanda mahkota ayah membentuk syair amatlah payah tunduk tengadah dakwat melayah menyusun sajak bukan tak payah p ayah)'^^
Syair dikarang amatlah susah untuk menghiburkan hati gelisah'" tambahanlzS kalam dakwatnya b a ~ a h ' ~ ~ menyusun sajak bukannya tak susah
Syair dikarang bukannya mudahlZ7 menyusun sajak membawa madah untuk anakanda muda yang sadah makanya kalam menyusun padah
Wahai anakanda wajah timangan syair dikarang berseorangan untuk anakanda laila gerangan buat menjadi kenang-kenangan
Syair dikarang untuk bangsawan sajak disusun untuk dermawan kalam berlari untuk setiawan dakwat menitik untuk pahlawan
123 Wayah = lesu; penat; lelah. 124 Hati gelisah = hati susah; rindu hati. 125 Tambahan = kerana; disebabkan. 126 Basah = lembab. 127 Mudah = senang.
Wahai anakanda laila kencana emas tempawan laila b ~ a n a l ~ ~ utama jiwa laila mengerna tajuk mahkota ratna laksana
Ratna laksana tajuk mahkota indera buana emas juita dewa mengerna laila pendeta laila kebajikan ambilkan peta
Tajuk mahkota laksana matu emas juita laila bermutu dewa mengerna laila tentu arif bijaksana pegangan ratu
I Bijaksana laila 01ahan'~~ laila dermawan berkeme~ahanl~~ adil setiawan laila serahan laila tumbuh suli berdahan131
I !
Laila pembawaan adil bijaksana laila sudi dermawan ratna laila setiawan mahkota kencana kepada negara laila berguna
Laila kerusi indera buana laila takhta di singgahsana tara mahkota anakanda kencana laila pembawaan adil bijaksana
128 Buana = tempat bersuka ria. 129 Olahan = gaya; cara; pembawaan. 130 Berkemewahan = makmur; kaya. 131 Berdahan = bercabang.
Wahai anakanda cahaya mata adil dan murah elok dipeta kukuhkan iman laila kata bijaksana laila pelita
Bijaksana pelita hati elokkan pembawaan laila gusti adil dan murah iaitu mesti jadikan tanggungan iaitu pasti
Wahai anakanda laila berbangsa adil dan murah bertimbang rasa laila fikiran seberapa sentosa jangan bergurau menghabiskan masa
Wahai anakanda laila utama adil dan murah laila saksama bertimbang rasa laila pertama aman berkeadilan bentuknya sama
Wahai anakanda seri handalan berbaik dengan sahabat kenalan bekerjasama laila perbualan hubungkan muhibah eratkan simpulan
Wahai anakanda juita ayah menjalankan pentadbiran bukan tak payah1= biasakan badan laila wayah menjalankan tanggungan adalah payah
132 Payah = susah.
Wahai anakanda laila mahkota anakanda ayah laila juita elokkan cadangan rancangan peta kebolehan yang murni itu pelita
Elok diamalkan kemurnian hati elok d i a ~ a l k a n ' ~ ~ kebajikan sejatP4 untuk panduan laila gusti aman bahagia yang dihajati'35
Wahai anakanda laila tempawan adil dan murah bersetiawan kepada negara sahabat dan kawan bertimbang rasa laila dermawan
Laila dermawan wahai anakanda bertata budi kata dan sabda bertata pekerti laila memada lailakan hati di dalam dada
Ikhlas dan jujur laila sebutkan lailakan hati laila perbuatan di tempat yang benar bersebut-~ebutan'~~ mengenangkan jasa laila ingatan
Pada menjalankan tugas negara pada melaksanakan tanggungan sugara adil berbahagia elok ditara laila ketenteraman elok dikira
133 Diapalkan = diulangkaji. 134 Kebajikan sejati = kebajikan sudah-sudah. 135.Dihajati = dimaksudkan; dikehendakkan. 136 Bersebut-sebutan = berteka-teki.
Yang dimaksudkan laila aman yang dikehendaki laila budiman yang mula dipilih laila siuman fikiran yang waras berketenteraman
Aman laila adil diutamakan makmur laila tenteram dikehendakkan subur berbahagia dilaksanakan laila bijak p ~ t e r a l ~ ~ anakan
Laila tanggungan anakanda berjalan adil bijaksana anakanda handalan bertata benar diperbualkan muhibahkan kekal dan berkekalan
Laila adil wahai juita anakanda t e r a ~ ' ~ ~ tajuk mahkota elokkan pembawaan laila kata berbaik dengan sahabat kita
Adil dan makmur laila dermawan ikhlas dan jujur bersetiawan laila bijak murah hartawan di jalan benar seri pahlawan
Di jalan benar laila perkasa adil bijaksana bertimbang rasa ingatkan budi mengenang jasa dapat menabur budi sentosa
137 Putera = anak lelaki. 138 Teras = ketua; kepala.
Itulah pesan dalang ayahanda kepada anak paduka anakanda laila hasrat hati di dada jangan dibiarkan kata b e r ~ i d a ' ~ ~
Kalau ada sulasih dulang buah kemiri cempaka melati setelah menerima budinya orang sepanjang (umur) hidup ingatkan di hati
Berkembang kuntum rajasa kacang goreng kacang berkulit melupakan budi melupakan jasa laksana isi lupakan kulit
Paya kelakas ditanam padi buris perahu bertakal-taka1 melupakan jasa melupakan budi ibaratkan tebu manis di pangkal
Delima padi emas suasa berkulimambang sigup berbujung melupakan budi melupakan jasa misalkan tebu tawar di hujung
Mengingatkan jasa menabur jasa mengingatkan budi menabur budi laila bijak adil sentiasa laila sudi menerima sudi
139 Bersida = kata bohong.
Mengingatkan kasih menabur sayang mengingatkan sayang menabur kasih berbaik-baik jangan dipayangl" berbaik-baik jangan berselisih141
Nasib sangat dalang tendarman di negeri sendiri keseorangan seperti orang tiada danganlu tiada siapa menaruh rawan
Keyampang ada143 sahabat membantu maka sedikit fikiran tentu dapat memikirkan satu persatu makanya sihat badan yang satu
Sedikit sihat badan yang lelah sedikit betul urat yang salah dengan kuasa Tuhanku Allah berangsur baik dapat berkelah
Kalau badan sihat dan pulih dapat menyambung laila kasih kalau badan tiada boleh ~al lahuaklaml~~ laila kasih
140 Dipayang = dikoyak; dirosakkan supaya tak boleh digunakan. 141 Berselisih = gaduh; bertelingkah. 142 Dangan = orang; teman. 143 Keyampang ada = nasib baik. 144 Wallahuaklam = siapa tahu; siapa pun tak tahu.
Kalau badan lakatl" gumayangl6 tentu tak boleh memanjangkan sayang sungguh putus kikikl" melayang niat dan hati berkasih sayang
Laila seorang dalang berdiri indah sayang laila berseri laila kasih dalang memberi demikianlah niat hati sendiri
Kasih diberi setiap masa tiada mengira bangsa, bahasa tiada mengira bahasa dan bangsa mengeratkan hubungan sentiasa
Berbaik dengan laila sahabat hubungan kasih laila dibabat hubungan sayang tiada dikabat148 begitulah niat hati ditambat149
Laila niat erat hubungan indah dikata hari hitunganlM laila zahir kata sumbanganlS1 sentiasa jadi julang-j~langanl~~
145 Lakat = masih. 146 Gumayang = pening; rasa tak sihat. 147 Kikik = layang-layang. 148 Dikabat = ditutup. 149 Ditambat = diikat; dibalut. 150 Hitungan = dikira; dipakai. 151 Sumbangan = diulangkaji. 152 Julang-julangan = junjungan; dukung; sanjung; h a t .
Wahai anakanda teras negara laila anakanda pengastugara laila anakanda tajuk sugara utamakan keamanan laila dikira
Adil dan murah buat tambahan laila pembawaan cara olahan laila berharta rahim kasihan berkembangan kuntum di dahanlS3
Wahai anakanda seri tempawan arif bijaksana muda pahlawan ke arah kebajikan bersetiawan perkara yang jahat mesti dilawan
Wahai anakanda seri handalan berta tatertib laila bualan berbaik dengan sahabat taulan1% ke arah kebajikan buatkan amalanlss
Wahai tempawan anakanda juita inilah pesan ayahanda kata bertimbang rasa laila nyata pegangan arif, bijak, pendeta
Paduka anakanda seri handalan ke arah kebajikan anakandaku berjalan ikat muhibah tali simpulan berbaik-baik jangan sabalanlS6
153 Di dahan = cabang pokok. 154 Taulan = teman. 155 Amalan = buat sentiasa; sentiasa dibuat. 156 Sabalan = segan; sedikit-sedikit; jadi penahanan.
Wahai keamanan datanglah segera wahai ketenteraman hubungkan mesra harumkan nama laila negara kekalkan nama baik pengastugara
Wahai anakanda seri mengerna laila pakulun tempawan ratna wahai anakanda yang bijaksana keluarkan fikiran laila berguna
Laila berguna aka1 fikiran jadikan ia kiraan sipiran lailakan rancangan peta ukiran tajuk mahkota muda pengiran
Tajuk cadangan laila gusti tajuk rancangan laila pasti laila peta tujuan mesti itulah ukiran yang dihajati
Tajuk mahkota melur bersunting tara mahkota berayun sunting berkembangan bunga kemunting dung-dung uma-uma ayun tinting1"
Berjalan tinting l ~ s i r l ~ ~ berlari berayun tinting tangan menari indah bijak laila bestari yang bijaksana laila jauhari
157 Ayun tinting = jalan berlangkah. 158 Lusir = lari.
Kalau ada gulindi pahit minum serbat di dalam gelas kalau ada budi yang baik sepanjang hidup dapat dibalas
Budi dan jasa laila jujur ambil jadikan sukatan bujur laila cita-cita hasrat mujur duduk berdiri kebajikan berunjuF9
Kedundung bunga cempaka bunga gambir melur bersusun laila kebaikan tiada leka160 emas juita laila ingsun
Berkayuh berliun161 Tanjongl" membeli buah barangan laila kebajikan elok disanjung adil dermawan jadi pegangan
Adil dermawan pegangan hati ketenteraman subur laila dipasti aman bahagia laila mesti demikianlah pesan wahai gusti
Wahai anakanda paduka juita anakanda ayah tajuk mahkota paduka anakanda laila pendeta anakanda ayah laila puta
159 Berunjur = betul; lurus. 160 Leka = lekang; tehuka; lucut. 161 Berliun = keliling. 162 Tanjong = Kampong Ujung Tanjong; nama kampung.
Laila jalan untuk kebajikan supaya kekal laila kebaikan kekal mudahan laila keelokan pembersihan tugas yang dijalankan
Rendah gunung tinggi perapat nampak dari limpaku pinang besar untung rendah mertabat baharu mendapat hati yang senang
Laila mendapat hati yang suka kalau-kalau hilang hati yang duka laila mendapat hati yang senang kalau-kalau boleh perasaan tenang
Laila jalan sebaik-baiknya kalau-kalau senang rindu kiranya laila keputusan iaitu hanya untuk kebaikan laila berguna
Kemunting tampuknya manggis boleh membeli di kedai cina serah s ~ n t i n g ' ~ ~ jangan menangis ibu mencari untung nasibnya
Demikian pantun laila tanggungan untuk kebajikan laila pegangan untuk nama baik laila ~umbangan'~~ bagi keelokan laila ~anjungan'~~
163 Serah sunting = laila anakanda. 164 Sumbangan = derma bakti; hadiah dengan keikhlasan hati. 165 Laila sanjungan = dibuat dengan baik; dibuat dengan elok.
Terbang seekor burung merpati berkembangan bunga kemiri anakanda jangan bersusah hati ibu mencari nasib sendiri
Buah jambu buah pedada pandan wangi si bunga pandan jangan susah paduka anakanda ibu mencari nasibnya badan
Indah pukaP6 rantaulb7 seliring berpilampung pulai pandan karam di sungai dampar ke siring1@ asalkan kebajikan laila di badan
Indah kalung laila loket buah ngirih daunnya pandan jatuh dari gunung mendaki bukit asalkan kebaikan masih di badan
Wahai anakanda laila teruna laila tempaw an yang bijaksana anakanda mahkota seri mengerna laila pakulun emas kencana
Anakanda ayah muda yang sadah tamatlah syair dalang berpadah ambil yang baik yang berfaedah syair kenangan mohon berpindah
166 Pukat = jenis perkakas menangkap ikan. 167 Rantau = jenis perkakas menangkag &an. 168 Ke siring = ke tebing sungai.
97
Syair kenangan mohon berhenti kalam berlari badannya letP9 dakwat menitik ganti-berganti170 laila kebajikan madahan di hati
Dakwat menitik kalam berlari laila bermohon membawa diri kepada pakulun bermohon diri laila kebaikan kekal berdiri
Di dalam tenteram laila aman mudahan makmur laila siuman berbaik dengan sahabat dan teman mudahan dikukuhkan laila iman
Tamatlah syair tamat gurindam menamatkan sajak ketika malam mudahan kebajikan laila bersulam itulah sembah permohonan kalam
Mengata syukur penamat karangan gurindam bayu nama timangan kisah rencana dalang buangan nestapa lara di gunung layangan
Nestapa lara asmara guna sudah menjadi papa kelana syair dikarang untuk temna mudahan aman adil suasana171
169 Leti = penat. 170 Ganti-berganti = berganti-ganti. 171 Suasana = keadaan.
Mudahan suasana adil dan aman laila berjalan menurutlR pedoman mengikut undang-undang dan laila diwaraskan fikiran laila budiman
172 Menurut = mengikut.
firman