Kurikulum Tersembunyi

15
KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN 1 1.0 Pendahuluan Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kurikulum tersembunyi adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Dalam dunia pendidikan, seseorang tenaga mengajar perlu mempunyai satu panduan atau pedoman yang akan memandu hala tuju mereka di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum merupakan satu program di mana isi kandungannya ditawarkan kepada anak-anak kita. Sebagai contoh di Malaysia, kurikulum KBSR dan KBSM. Ia adalah salah satu daripada kurikulum yang tersembunyi. Ini kerana orang ramai mengetahui anak- anak mereka memang didedahkan dengan kurikulum tu, bagi membolehkan pembelajaran berjalan dengan lancer di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Dengan kata lain ini adalah manifest function. Manakala kurikulum tersembunyi pula dapat disamakan dengan latent function seperti yang dinyatakan oleh Merton. Menurut Nicholls, S.H. dan Nicholls, A. dalam Penerokaan Teori Kurikulum, mentakrifkan kurikulum sebagai satu pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid sekolah. Manakala, Hirst pula mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang disusun oleh guru bagi membolehkan murid mencapai objektif yang dirancangkan. Selain itu Tyler juga dalam Penerokaan Teori Kurikulum , berpendapat bahawa kurikulum adalah segala pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Tuntasnya, setelah meneliti pelbagai jenis definisi, kurikulum bolehlah difahamkan sebagai rancangan merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran, kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti- aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik yang boleh membantu para murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan itu hendaklah sesuai dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan murid. Kurikulum tersembunyi merupakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara khusus untuk

description

Merupakan tugasan berkumpulan Kursus Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Transcript of Kurikulum Tersembunyi

Page 1: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

1

1.0 Pendahuluan

Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kurikulum tersembunyi adalah

lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kurikulum.

Dalam dunia pendidikan, seseorang tenaga mengajar perlu mempunyai satu panduan atau

pedoman yang akan memandu hala tuju mereka di dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Kurikulum merupakan satu program di mana isi kandungannya ditawarkan

kepada anak-anak kita. Sebagai contoh di Malaysia, kurikulum KBSR dan KBSM. Ia adalah

salah satu daripada kurikulum yang tersembunyi. Ini kerana orang ramai mengetahui anak-

anak mereka memang didedahkan dengan kurikulum tu, bagi membolehkan pembelajaran

berjalan dengan lancer di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Dengan kata lain ini adalah

manifest function. Manakala kurikulum tersembunyi pula dapat disamakan dengan latent

function seperti yang dinyatakan oleh Merton. Menurut Nicholls, S.H. dan Nicholls, A. dalam

Penerokaan Teori Kurikulum, mentakrifkan kurikulum sebagai satu pembelajaran yang

dirancang oleh guru-guru untuk murid sekolah. Manakala, Hirst pula mendefinisikan

kurikulum sebagai satu program yang disusun oleh guru bagi membolehkan murid mencapai

objektif yang dirancangkan. Selain itu Tyler juga dalam Penerokaan Teori Kurikulum ,

berpendapat bahawa kurikulum adalah segala pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh

sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Tuntasnya, setelah meneliti pelbagai jenis

definisi, kurikulum bolehlah difahamkan sebagai rancangan merangkumi aktiviti akademik

seperti mata pelajaran, kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit

beruniform serta sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-

aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik yang boleh membantu para murid mencapai

perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang

dirancangkan itu hendaklah sesuai dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan murid.

Kurikulum tersembunyi merupakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara khusus untuk

Page 2: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

2

dicapai dalam tempoh proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu. Antara

beberapa contoh kurikulum tersembunyi yang boleh diselitkan oleh guru dalam proses

pengajaran mereka ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam kandungan kurikulum yang

sedia ada, jati diri sebagai warganegara, mencapai cita-cita negara dan bangsa seperti

mengambil langkah bagi mencapai wawasan 2020, integrasi nasional dan sebagainya.

Walaupun dalam sesuatu keadaan, kurikulum tersembunyi ini tidak perlu ditonjolkan dan

sukar untuk diukur pencapaiannya, namun dalam proses pengajarannya, guru boleh selitkan

kurikulum tersembunyi ini, misalnya dalam bahan yang digunakan dalam bacaan dan

kesusasteraan atau tajuk yang dipilih dalam penulisan dan persembahan lisan.

Page 3: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

3

2.0 Pengetahuan Mengenai Kurikulum Tersembunyi

Soal selidik telah dijalankan kepada beberapa orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI) untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka terhadap kurikulum

tersembunyi, tambahan lagi mereka adalah bakal-bakal pendidik. Soal selidik ini telah

dijalankan melalui borang soal selidik dan juga melalui Google Drive iaitu soal selidik

melalui internet. Pelajar yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah daripada pelajar

Semester 1 sehingga Semester 8. Kami juga turut mengumpul data mengenai pandangan

mereka terhadap pelaksanaan kurikulum tersembunyi ini dalam menyokong Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jumlah pelajar yang terlibat dengan soal selidik ini adalah

seramai 48 orang.

Hasil kajian kami adalah seperti berikut, 30 daripada 48 orang mewakili sebanyak 64

peratus tidak tahu mengenai kurikulum tersembunyi dan selebihnya iaitu 18 orang atau 38

peratus tahu mengenai kurikulum tersembunyi seperti di dalam Rajah 1. Bagi persoalan

mengenai kepentingan pengetahuan kurikulum tersembunyi terhadap bakal pendidik 94

peratus atau 45 pelajar bersetuju ia adalah penting namun 6 peratus atau 3 pelajar mengatakan

bahawa pengetahuan mengenai kurikulum tersembunyi itu tidak penting.

Rajah 1 : Menunjukkan peratusan pengetahuan pelajar UPSI mengenai kurikulum

tersembunyi

Tahu 62%

Tidak Tahu 38%

Pengetahuan Mengenai Kurikulum Tersembunyi

Page 4: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

4

Rajah 2 : Menunjukkan peratusan kepentingan pengetahuan kurikulum tersembunyi

terhadap bakal pendidik

Berkaitan dengan pendapat mereka mengenai sejauh mana kepentingan kurikulum

tersembunyi dalam menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan, rata-rata daripada mereka

berpendapat bahawa kurikulum tersembunyi ini penting untuk memenuhi jasmani, emosi,

rohani dan intelek seseorang pelajar. Ada di kalangan mereka juga yang mengatakan

kurikulum tersembunyi penting untuk membina kerohanian dan akhlak yang baik di kalangan

pelajar.

Penting 23%

Tidak penting 77%

Kepentingan Pengetahuan Kurikulum Tersembunyi Kepada

Bakal Pendidik

Page 5: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

5

3.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara

khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan

merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk

mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan

menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada

masa depan.

Sebenarnya, FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) ini bertujuan menentukan arah

haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

pendidikan. Jadi, definisi bagi FPK ialah Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan salah

satu usaha ke arah memperkasakan pendidikan di Malaysia. Seperti yang sedia maklum

menurut falsafah pendidikan kebangsaan pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha

yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan ihsan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran terhadap masyarakat dan negara.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas.

Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Antara matlamat falsafah pendidikan

kebangsaan adalah seperti berikut.

Page 6: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

6

3.1 Pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan

Melalui falsafah ini menyatakan bahawa manusia perlu menyesuaikan diri mereka

dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka. Oleh sebab itu,

pendidikan yang terancang dan sebaliknya adalah satu peringkat kitaran hidup seperti

peringkat awal, adalah peringkat perkembangan kanak-kanak iaitu mendapat

pendidikan asas di rumah dan tadika. Manakala, peringkat sekolah pula, pelajar

mendapat pendidikan di sekolah rendah dan menengah. peringkat ketiga di mana

peringkat selepas sekolah pelajar dapat pendidikan di institusi pengajian tinggi, di

tempat kerja, dalam komuniti dan sebagainya. Untuk menyesuaikan diri dengan

perubahan ini, seseorang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

yang terkini dari semasa ke semasa. Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu diberi

penekanan yang semakin besar.

3.2 Memperkembangkan potensi individu

Seseorang individu sememangnya sejak dari lahir lagi memiliki pelbagai keupayaan,

bakat dan potensi iaitu potensi dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran

dan pendidikan yang berkualiti. Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat

tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih

terpendam. Oleh itu, pelbagai usaha perli dilakukan bagi mencungkil, memupuk,

memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan tersebut.

3.3 Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

Seperti yang diketahui, manusia sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan tersebut,

untuk mmebolehkan manusia memenuhi keperluan ini, semua potensi perlu

dikembangkan seperti, perkembangan bersepadu, semangat bekerjasama, semangat

Page 7: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

7

kekitaan berbakti kepada negara, pembentukan sahsiah, penekanan kepada prinsip

ketuhanan.

3.4 Melahirkan ihsan yang seimbang dan harmonis

Melahirkan ihsan yang seimbang dan harmonis bermaksud ihsan yang memiliki dan

menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan

keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram,

tubuh badan yang sihat dan cergas serta bekerjasama dengan orang lain. Ia mestilah

merangkumi unsur intelek iaitu mempunyai kemahiran asas 3M, mendapat

peningkatan dan penyebaran ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif, memanfaatkan

ilmu untuk diri dan orang lain. Selain itu, melalui unsur rohani iaitu menyedari dan

menginsafi adanya pencipta, mensyukuri dan menghargai pemberian pencipta,

menyedari tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk

akhlak mulia. Dari segi emosi pula, perasaan tenang dan tingkah laku terkawal,

memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan

perpaduan dan menghargai serta menilai keindahan dan kesenian. Akhir sekali dari

segi unsur jasmani iaitu menjaga kesihatan badan, melakukan riadah,

mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif, memanfaatkan

tenaga fizikal untuk berdikari serta berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

3.5 Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Melalui falsafah pendidikan kebangsaan telah menerapkan nilai-nilai keagamaan d

imana ingin melahirkan seorang pelajar yang mempunyai kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Di mana mereka mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh

pencipta, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam ditetapkan oleh pencipta,

Page 8: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

8

menyedari bahawa manusia dilahirkan untuk memakmurkan alam, meningkat dan

mengukuhkan kepercayaan beragama.

3.6 Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan bermaksud rakyat Malaysia

yang gemar membaca, sentiasa menambah ilmu pengetahuan, meningkat dan

menyebarkan ilmu pengetahuan, berfikiran luas dan terbuka, manfaatkan ilmu untuk

kebajikan diri orang lain, serta cintakan ilmu. Melalui pelajar yang berilmu dapat

membangunkan sesebuah negara dan memajukan negara tersebut.

3.7 Melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Seseorang individu itu mestilah bertanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga dan

masyarakat. Bagi melahirkan pelajar yang bertanggungjawab didikan dari awal mesti

diberikan agar mereka dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab ialah seseorang yang menyedari tugas dan

tanggungjawab adalah amanah, menyedari tugas dan tanggungjawab mesti

dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah,

sentiasa meningkatkan daya pengeluaran, mematuhi peraturan undang-undang negara,

dan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

3.8 Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Bagi menjadikan sebuah negara yang aman dan maju, rakyatnya mestilah berakhlak

mulia agar tidak timbul perpecahan yang akan meruntuhkan sesebuah negara. Selari

dengan hasrat kerajaan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang aman damai.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu, yang menyedari kesan daripada

Page 9: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

9

perbuatan baik dan buruk, yakin kepada nilai murni, mengamalkan perlakuan baik dan

menghindari perlakuan buruk, menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan

kewarganegaraan serta yang penting sekali mengetahui nilai baik dan buruk.

Page 10: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

10

4.0 Pelaksanaan dan Implikasi Kurikulum Tersembunyi Terhadap Matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kurikulum tersembunyi atau tersirat adalah berfokuskan faktor persekitaran yang wujud

dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran di dalam

kawasan persekitaran tersebut, pelajar akan menyerap pembelajaran yang abstrak selain

daripada pembelajaran mereka di dalam kelas.

Berdasarkan pendapat Kliebard dan Bellack di dalam Inilah Kurikulum Sekolah

(2003), mereka telah mengemukakan tiga dimensi kurikulum tersembunyi. Pertama ialah

kurikulum tersembunyi menunjukkan perlakuan hubungan sekolah yang meliputi interaksi

sosial guru,murid,struktur kelas dan sebagai sistem nilai sosial. Kedua, pembelajaran ini juga

mampu menjelaskan proses pelaksanaan di dalam ataupun di luar sekolah iaitu meliputi hal

yang berkaitan nilai tambah, sosialisasi dan pengekalan organisasi kelas. Terakhir adalah

kurikulum tersembunyi ini turut melibatkan perkara yang membezakan tingkat penglibatan

masyarakat yang secara tidak langsung berperanan dalam menentukan perubahan fungsi nilai

sosial pendidikan.

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kala mempunyai konotasi

negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan yang mungkin akan menjurus kepada hal-hal

seperti perbezaan pembahagian kelas pelajar, di mana murid dibahagikan kelas mengikut

tahap kepandaian, kaum dan jantina. Secara tidak langsung, ini akan menjurus kepada

pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata serta akan memberi impak kepada objektif

atau matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Page 11: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

11

Antara implikasi yang mempengaruhi pelaksanaan kurikulum tersembunyi terhadap

matlamat falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) ialah:

I. Penerapan nilai budaya masyarakat yang lemah

Pengajaran yang diperolehi oleh pelajar secara tidak langsung kadang kala

mempunyai impaknya yang tersendiri. Persekitaran sangat mempengaruhi

pembelajaran secara tidak langsung pelajar di sekolah. Kesan ini jelas dilihat

dari segi penerapan nilai-nilai budaya. Menurut Ang Jit Eng (2007), nilai

kendiri seseorang sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh layanan yang

diterima mereka daripada orang lain.

Dalam konteks ini, implikasi kurangnya penerapan nilai budaya

masyarakat kepada pelajar adalah dipengaruhi layanan oleh guru kepada

pelajar tersebut. pelajar amat mudah untuk menyerap pembelajaran di

sekeliling mereka terutama sesuatu yang dilihat melalui perlakuan guru atau

orang yang rapat dengan mereka. Misalnya, guru menggunakan kata-kata

kasar kepada guru lain ataupun kepada murid sehingga lama kelamaan nilai

berbudaya luhur semakin luntur dalam kalangan mereka. Perlakuan guru

menurut Ang Jit Eng, memberi impak kepada pelaksanaan kurikulum

tersembunyi itu sendiri sehinggan mempengaruhi FPK.

II. Pergaulan tidak mengikut jurang sosial

Melalui segi pergaulan pula, kurikulum tersembunyi yang diterima oleh

pelajar akan berbeza-beza mengikut sekolah yang mereka belajar. Bagi pelajar

yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan, segi pergaulan yang mereka

pelajari berbeza dengan pelajar yang bersekolah di sekolah aliran perdana.

Page 12: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

12

Sikap berpuak-puak akan lebih jelas dilihat pada pelajar yang

bersekolah di sekolah jenis kebangsaan. Walaupun, sekolah ini membenarkan

bangsa lain untuk mendapat pendidikan di situ, namun masih akan wujud

pengaruh perkauman dalam kalangan pelajar kerana majoriti mereka adalah

dari bangsa yang sama. Ini akan meluaskan lagi jurang pergaulan mereka

dengan pelajar-pelajar lain.

Kurikulum tersembunyi yang diperolehi pelajar ini akan lebih

menjurus kepada sikap memilih kawan yang sama kaum atau bangsa.

Disebabkan hal yang demikian, pergaulan yang lebih rapat dan universal susah

untuk diterapkan di dalam diri pelajar. Secara tidak langsung, matlamat FPK

iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai segi juga bertambah

sukar.

Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum

tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan

kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat

Page 13: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

13

5.0 Kesimpulan

Kurikulum tersembunyi amat penting di sekolah yang boleh diselitkan oleh guru dalam

proses pengajaran mereka ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam kandungan kurikulum

ini. Disamping itu, matlamat falsafah pendidikan kebangsaan seperti pendidikan sebagai

suatu usaha yang berterusan, memperkembangkan potensi individu, memperkembangkan

potensi secara menyeluruh dan bersepadu, melahirkan ihsan yang seimbang dan harmonis,

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,dan melahirkan rakyat

Malaysia yang berakhlak mulia dapat dilaksanakan melalui pendidikan tersembunyi. Selain

itu, pelaksanaan dan implikasi kurikulum tersembunyi terhadap matlamat falsafah pendidikan

kebangsaan perlu ditingkatkan pelaksanaan dan mengurangkan implikasi yang berlaku dalam

pelaksanaan kurikulum tersembunyi.

Page 14: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

14

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003, 2008; Kamaruddin Hj. Hussin, 1994

Ang Jit Eng (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.

Berliner, 2001; Datnow, 2000

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003

Suparmi, S. (2013). Pembelajaran Kooperatif dalam Pendidikan Multikultural.Journal Pembangunan Pendidikan Fondasi dan Aplikasi, 1(1).

Page 15: Kurikulum Tersembunyi

KPF 3012 TUGASAN BERKUMPULAN

15

Lampiran