Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan
Kuliah 2 - Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan.
-
Upload
noorhasliza-mat-jusoh -
Category
Documents
-
view
93 -
download
7
description
Transcript of Kuliah 2 - Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan.
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Penghasilan Tumbuh-
tumbuhan:1. Iklim
2. Tanah
3. Biosis
4. Genetik
5. Pengawalatur pertumbuhan
1. Faktor Iklim Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan:
Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
Iklim yang tidak sesuai untuk sesuatu tumbuhan akan menghadkan pertumbuhannya.
Kebanyakan masalah tumbuhan adalah disebabkan oleh tekanan persekitaran.
Samb….
Tekanan persekitaran boleh menyebabkan tumbuhan lebih mudah diserang oleh perosak atau penyakit.
Pengeluaran pertanian sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca.
Malaysia: Iklim tropika, panas dan lembap sepanjang
tahun Suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi. Membolehkan tanaman ditanam sepanjang
tahun.
Empat Unsur Iklim Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan:
1. Cahaya2. Suhu3. Hujan4. Angin.
CAHAYA Memberi kesan terhadap pertumbuhan
dan hasil tumbuhan. Proses yang terlibat ialah:
i. Fotosintesis
ii. Kefotokalaan
DEFINISI FOTOSINTESIS
Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya ----> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O
Samb…. fotosintesis
Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.
Pergerakan Bahan Mineral
Air diserap dari tanah dan dibawa ke daun
Tumbuhan memproses air, cahaya dan gas karbon dioksida di bahagian daun untuk menghasilkan oksigen dan glukos
PROSES MEMBUAT MAKANAN Fotosintesis adalah proses di mana
klorofil tumbuhan memerangkap tenaga cahaya dan menghasilkan gula.
Di dalam tumbuhan, fotosintesis berlaku hanya pada sel yang mengandungi kloroplas. Misalnya tumbuhan karot, fotosintesis hanya berlaku pada bahagian daun yang mempunyai kloroplas manakala bahagian akar yang berwarna oren yang biasanya dimakan oleh manusia dan haiwan hanya mengandungi gula yang dihasilkan oleh tumbuhan.
Selain daripada cahaya, tumbuhan juga memerlukan karbon dioksida dan air untuk melakukan proses fotosintesis.
Keseluruhan proses fotosintesis yang berlaku ditunjukkan di dalam persamaan kimia seperti berikut:
6CO2 + 6H202(Air) + Tenaga Cahaya + menggunakan klorofil C6H12O6 + 6O2
JENIS-JENIS FOTOSINTESIS
1. Tindakbalas Cahaya Memerlukan cahaya matahari dan berlaku
dalam kloroplas. Tenaga cahaya diserap berfungsi utk
memecahkan molekul air yang dibawa oleh akar bertukar menjadi molekul Oksigen dan Hidrogen.
Oksigen akan meninggalkan tumbuhan melalui stomata.
Hidrogen yang dihasilkan akan digunakan oleh tumbuhan di dalam Proses Fotosintesis Tanpa Menggunakan Cahaya.
Samb….
2. Tindakbalas Gelap Berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas Fotosintesis yang tidak memerlukan
cahaya selalunya berlaku semasa proses menghasilkan gula iaitu glukos yang digunakan untuk tumbuhan membesar.
Terdiri daripada beberapa tindakbalas yang dinamakan kitar Calvin.
Dalam kitar Calvin, CO2 bergabung dengan ion hidrogen (H+) daripada NADPH menjadi karbohidrat.
Penggabungan ion ini menggunakan tenaga daripada ATP.
Samb…..tindakbalas tanpa cahaya Ada juga glukos yang dihasilkan digunakan
sebagai tenaga bagi menjalankan proses fotosintesis.
Karbon dioksida, bahan mentah lain daripada udara digunakan di dalam proses ini.
Tenaga cahaya yang terperangkap semasa proses fotosintesis menggunakan cahaya digunakan untuk menyatukan karbon dioksida dan hidrogen bagi menghasilkan gula.
Ikatan kimia memegang glukos dan gula-gula yang lain disimpan sebagai tenaga.
Samb…..
Glukos juga merupakan struktur asas bagi tumbuhan. Pokok tidak akan membesar hanya dengan bernafas dan menggunakan karbon dioksida yang kebanyakannya ditukar kepada glukos.
Selulosa merupakan bahagian terpenting tumbuhan yang membentuk dinding tumbuhan dihasilkan daripada glukos.
Daun, akar, batang semuanya dibentuk daripada selulosa dan bahan-bahan lain yang dihasilkan menggunakan glukos.
Faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis:
1. Keamatan cahaya Penambahan intensiti cahaya akan membekalkan
lebih banyak tenaga untuk proses ini. Penerimaan cahaya yang optimum boleh
dilakukan dengan cara menanam mengikut jarak yang sesuai, memangkas atau memberi naungan.
2. Gelombang cahaya Taburan gelombang cahaya ini dinamakan
spektrum cahaya Warna merah dan biru diperlukan dalam proses
fotosintesis Cahaya tiruan seperti lampu pendaflour dan
lampu pijar adalah penganti cahaya semulajadi.
KEPENTINGAN FOTOSINTESIS
Fotosintesis menghasilkan gula iaitu glukos yang digunakan untuk tumbuhan membesar. Sebahagian besar tumbuhan adalah terdiri daripada glukos yang membentuk daun, akar dan batang.
a. Fotosintesis menghasilkan makanan seperti
karot, ubi kentang atau bawang dan lain-lain.
b. Organisma yang menjalani proses fotosintesis
menggunakan karbon dioksida dan
menghasilkan 90% oksigen untuk dunia.
PROSES RESPIRASI PADA TUMBUHAN Tumbuhan menjalankan proses respirasi
dan fotosintesis pada waktu siang dan respirasi sahaja pada waktu malam.
Tumbuhan menjalankan proses respirasi secara aerob atau secara anaerob.
Proses fotosintesis dan respirasi merupakan dua proses yang berlawanan dan saling berhubung kait.
PROSES RESPIRASI PADA TUMBUHAN Tumbuhan melakukan respirasi aerob
sepanjang hari.
Tindak balas: Glukosa + Oksigen ---> Karbon dioksida + Air + Tenaga
Pengambilan oksigen dalam tumbuhan berlaku melalui daun, dahan, dan akar yang mempunyai stoma dan lantisel
PROSES RESPIRASI PADA TUMBUHAN- Pada waktu siang, sel pengawal
menjalani fotosintesis. Gula yang terhasil menambahkan kepekatan osmosis sel pengawal
- Pada waktu malam, gula di dalam sel pengawal ditukarkan kepada kanji
dan kepekatan osmosis menurun
Proses respirasi pada waktu malam1. Pada waktu malam, fotosintesis tidak
berlaku dan stoma tertutup. Oleh demikian, oksigen tidak dapat memasuki daun melalui stoma
2. Respirasi aerob masih boleh berlaku dengan menggunakan oksigen yang terkumpul di ruang udara substoma pada waktu siang.
3. Selain itu, tumbuhan juga memperoleh oksigen menerusi lentisel.
PERBANDINGAN ANTARA PROSES FOTOSINTESIS DENGAN PROSES RESPIRASIi. Persamaan fotosintesis: 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya ----> C6H12O6
+ 6O2 +
6H2O
ii. Persamaan respirasi: C6H12O6 + 6O2 ----> 6CO2 + 6H2O + Tenaga
***Jika kadar fotosintesis melebihi kadar respirasi, oksigen akan meresap keluar dari daun melalui stoma.
HUBUNG KAIT FOTOSINTESIS DAN RESPIRASI
Makanan Karbon dioksida + air
Fotosintesis
Respirasi
tenaga
Tenaga
PERBEZAAN ANTARA FOTOSINTESIS DAN RESPIRASI:
Fotosintesis RespirasiBerlaku dlm sel-sel tumbuhan berklorofil
Berlaku dlm semua sel hidup (tumb. dan haiwan)
Berlaku dlm keadaan bercahaya
Satu proses pengoksidanan di mana makanan dioksidakan oleh oksigen.
Co2 dan air digunakan O2 digunakan.
Makanan (glukosa) dihasilkan.
Molekul air tidak diuraikan tetapi penguraian makanan berlaku.
Pigmen klorofil diperlukan untuk menyerap cahaya
Pigmen klorofil tidak diperlukan.
Memerlukan tenaga chy yg diubah kpd tenaga kimia. Tenaga ini disimpan dlm btk gula & kanji.
Tenaga chy tidak diperlukan ttp tenaga kimia dibebaskan apb mknan dioksidakan. Tenaga ini digunakan utk akt sel hidup.
KEFOTOKALAAN
Ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.
Tumbuhan tempoh siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang kurang 12 jam sehari.
Jika tumbuhan tersebut menerima cahaya melebih 12 jam, tumbuhan akan tetap tampang.
TUMBUHAN TEMPOH SIANG
PENDEK
TUMBUHAN NEUTRAL
TERHADAP TEMPOH SIANG
TUMBUHAN TEMPOH SIANG
PANJANG
Orkid Phaleonopsis,Ubi keledek,
Nenas, padi, kacang soya dan
chrysanthemum.
Jagung dan kebanyakan tanaman
tropika
Pokok jarak, ubi kentang dan gandum.
Tiga jenis tumbuhan yang sensitif terhadap kefotokalaan.
ORKID
Monopodial orchid Dendrobium orchid
Orkid Phaleonopsis
Kacang Soya
Chrysanthemum spp.
Ubi Kentang
Pokok Gandum
Pokok Jarak
Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Cahaya Oleh Tumbuhan:1. Keluasan permukaan daun
2. Susunan daun
3. Topografi
4. Naungan
Keluasan Daun
Susunan daun
Topografi
KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN PENGGUNAAN CAHAYA YANG OPTIMUM:i. Memilih tapak yang sesuaiii. Menanam pada jarak yang sesuai
a. sistem segi empatb. Sistem segi tigac. Sistem siku keluang
iii. Menyediakan sokongana. Sokongan kayu tunggal (lada hitam)b. Sokongan kayu junjung (kacang
panjang)c. Sokongan jenis berpara (peria)d. Sokongan jenis berpagar (tomato)
Menanam pada jarak yang sesuai
A. Sistem segi empat
Digunakan untuk menanam pokok yang besar.
B. Sistem segi tiga
Lebih ekonomik kerana boleh menampung 15% lebih daripada segiempat.
C. Sistem siku keluang
Ditanam dengan pokok utama dan pokok sementara. Apabila pokok utama besar, pokok sementara akan ditebang.
KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN PENGGUNAAN CAHAYA YANG OPTIMUM:
iv. Mengawal rumpai
v. Membekalkan cahaya tiruan
vi. Menanam tanaman selingan
vii. Mencantas
Menanam Tanaman Selingan
Tanaman Terung dalam kawasan ladang getah yang belum mengeluarkan hasil.
Mencantas
1. 2.
3. 4.
Cara mencantas yang betul.
Langkah-langkah mencantas dahan yang besar:
SEKIAN,TERIMA KASIH
“Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.”