Kuasa dan Keabsahan
-
Upload
zainal-b-sanusi -
Category
Documents
-
view
1.123 -
download
4
description
Transcript of Kuasa dan Keabsahan
PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ)PUSAT UKM BANGI, SELANGOR
TAJUK TUGASAN:
PEMERINTAH YANG MEMPUNYAI DARJAH KEABSAHAN YANG TINGGI TIDAK PERLU MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK TERUS BERKUASA DAN
MENDAPATKAN KEPATUHAN. BAHASKAN.
ZAINAL BIN SANUSINO. MATRIK: GB 00762
SEMESTER 2 SESI 2008/2009E-MAIL : [email protected] [email protected]
KURSUS SKSJ 1013 PENGHANTAR SAINS POLITIKFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIABANGI
NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA. DR GHAZALI MAYUDIN
TARIKH HANTAR : 30 MEI 2009
1.O LATARBELAKANG
Untuk mencapai kerukunan hidup bermasyarakat di dalam sesebuah negara, maka
tingkahlaku dan perhubungan antara anggota atau rakyatnya perlu diatur dengan baik dan
sistematik. Menurut Ismail bin Yusoff ( 2001 ), dalam masyarakat manusia sama ada primitif
atau moden memerlukan individu tertentu yang bertanggungjawab memikul peranan untuk
mengarah, mengatur dan mengawasi tingkahlaku dan perhubungan di kalangan warga
masyarakatnya. Ini penting untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko
berlaku sebarang pencerobohan dan kezaliman. Menurut Ismail bin Yusoff lagi, peraturan dan
gaya pemerintahan inilah yang dimaksudkan sebagai sistem politik.
Seperti peraturan-peraturan masyarakat yang lain, maka peraturan politik ini juga jelas
berbeza daripada satu masyarakat ke satu masyarakat dan satu zaman ke satu zaman tertentu.
Sehubungan dengan itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia ini terdapat dua sistem politik
yang benar-benar sama dalam segenap aspek. Justeru, walaupun terdapat dua masyarakat
mengamalkan sistem politik yang sama, namun antara keduanya masih tetap wujud titik
perbezaan. Misalnya di Negara China dan Russia yang mengamalkan sisitem politik yang sama
iaitu Komunisme, namun dari segi pelaksanaan agak berbeza antara kedua-dua Negara tersebut.
Begitu juga amalan demokrasi di Amerika Syarikat adalah berbeza dengan pelaksanan sistem
yang sama di Britain. Negara Amerika Syarikat mengamalkan pengasingan kuasa yang
dipanggil Demokrasi Berpresiden. Sementara itu di Britain pula mengamalkan percantuman
kuasa yang digelar Demokrasi Berparlimen.
2
2.0 KONSEP PEMERINTAH ( KERAJAAN )
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa setiap masyarakat manusia memerlukan
golongan yang bertugas memerintah, menghukum dan menjadi kuasa penggerak ke atas
rakyatnya. Menurut Heywood ( 1994 ), kewujudan kelompok tersebut adalah penting untuk
memelihara kehidupan dan kebahagiaan. Pendapat ini disokong oleh Raskin ( 1994 ) yang
menambah bahawa ketiadaan golongan ini akan mengakibatkan manusia sentiasa dibelenggu
masalah peperangan yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan seterusnya menjadi mangsa
penjajahan kuasa asing serta diserap ke dalam Negara lain.
Menurut Shively ( 1995 ), sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa muktamad untuk
bertindak bagi pihak masyarakat atau negaranya inilah yang dipanggil sebagai kerajaan atau
pemerintah. Dalam mendefinisikan istilah kerajaan ini, Syed Ahmad Hussein ( 1996 )
berpendapat ia juga boleh diertikan sebagai satu rangkaian institusi yang mentadbir masyarakat
atau sebuah Negara. Institusi ini harus terdiri daripada dua aspek iaitu pertama, kumpulan orang
yang bertanggungjawab memerintah negara dan keduanya meliputi aktiviti, cara dan prinsip
yang digunapakai dalam pemerintahan sebuah negara atau unit politik yang lain. Justeru itu,
dalam memberi definisi kerajaan atau pemerintah Ranney ( 1996 ) telah merangkumkan semua
pendapat tersebut menjadi “ satu badan yang terdiri daripada manusia dan institusi yang
menguatkuasakan undang-undang untuk sesebuah masyarakat”.
Bagi John Locke, kerajaan adalah merupakan satu perjanjian antara pemerintah dengan
yang diperintah dan menyokong mereka untuk berkuasa selagi ia melayan kepentingan mereka.
Inilah yang dipanggil sebagai kontrak sosial yang dimeterai antara kedua belah pihak. Jelasnya,
kenyataan ini menunjukkan bahawa fungsi kerajaan yang paling utama adalah untuk memastikan
kepentingan rakyat dipenuhi. Selain daripada itu kekuatan teori ini terletak pada andaian bahawa
wujud persefahaman antara individu dalam masyarakat untuk hidup bersama secara aman dan
menghormati hak masing-masing. Menurut Ismail Yussof ( 2001 ), ramai di kalangan penulis
berpendapat bahawa fungsi kerajaan dan fungsi sebuah negara adalah sama atau sekurang-
kurangnya hampir-hampir sama. Walau bagaimanapun, secara umumnya fungsi sesebuah
kerajaan dapat dibahagi kepada enam jenis utama iaitu pelindung, pemberi, pengawal,
pengusaha, pengadil dan penghukum. Kesemua fungsi tersebut saling berkaitan antara satu sama
lain.
3
2.1 Fungsi Pemerintah Sebagai Pelindung.
Fungsi sebagai pelindung merupakan asas kepada sesebuah kerajaan.
Pihak pemerintah wajib memberi perlindungan kepada rakyatnya daripada
sebarang ancaman musuh sama ada dalam mahupun luar negara. Justeru untuk
melaksanakan fungsi asas ini, sesebuah kerajaan itu harus secara relative kuat dan
mendapat sokongan ramai. Ini adalah kerana hanya dengan kekuatan ini
sahajalah dapat memberi perlindungan yang sempurna kepada rakyat. Sementara
kekuatan ini akan member kekuasaan. Kedua-dua faktor ini adalah untuk
keadilan dan harus dicapai melalui persetujuan ramai. Ini penting kerana
pengiktirafan rakyat inilah sesebuah pemerintah dapat mencapai kewibawaan
disebabkan kuasanya itu diperolehi secara sah melalui proses undang-undang.
Perlindungan ini akan menjadi lebih mudah lagi kerana kerajaan mempunyai
kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan kuasa ketenteraan untuk
melindungi atau mempertahankan negara.
2.2 Fungsi Pemerintah Sebagai Pemberi.
Dalam melaksanakan fungsinya sebagai pemberi, pihak pemerintah akan
menyediakan perkhidmatan sosial kepada rakyat. Ini meliputi bantuan kepada
para petani seperti subsidi baja, mengawal harga barang, memberi perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, infrastruktur, keselamatan sosial dan sebagainya.
Perkhidmatan ini hendaklah bersifat menyeluruh iaitu meliputi semua lapisan
masyarakat tanpa mengira anutan agama dan fahaman politik. Trend menyekat
pemberian geran pembangunan kepada negeri yang berbeza fahaman politik
hendaklah dihapuskan. Ini adalah kerana ia mencerminkan sikap zalim pihak
pemerintah dan menafikan hak rakyat untuk mendapat kemudahan yang
sepatutnya mereka nikmati.
4
2.3 Fungsi Pemerintah Sebagai Pengawal.
Pemerintah sebagai pengawal dapat dilihat dari aspek penglibatannya
mengawal kelakuan dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Dalam konteks
masyarakat alaf baru, banyak kelompok dan institusi yang terlibat memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang
hanya mementingkan komersial semata-mata dengan mengeksploitasi dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan kebajikan masyarakat.
Sebagai contoh, terdapat para pengusaha pusat permainan video dan kafe siber
membenarkan pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah masuk dan
menghabiskan masa di situ sehingga berjam-jam lamanya. Justeru, di sinilah
letaknya peranan pihak pemerintah dalam mengawal aktiviti-aktiviti negatif ini
melalui panggubalan undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Tugas ini
dilaksanakan oleh penguatkuasa undang-undang seperti pihak berkuasa tempatan,
pihak polis dan agensi-agensi berkaitan yang lain.
2.4 Fungsi Pemerintah Sebagai Pengusaha.
Fungsi pihak pemerintah sebagai pengusaha adalah kerana penglibatan di
dalam aktiviti pengeluaran, perniagaan dan perdagangan. Penglibatan ini jelas di
kalangan negara-negara komunis yang mengamalkan konsep pemiliknegaraan.
2.5 Fungsi Pemerintah Sebagai Pengadil.
Pihak pemerintah adalah bertanggungjawab dalam mewujudkan kestabilan
masyarakat kerana tanpanya kebebasan dalam erti kata sebenar tidak akan wujud.
Kestabilan ini dapat dicapai melalui undang-undang dan sistem kehakiman
( mahkamah ). Sehubungan dengan itu, fungsi pihak pemerintah sebagai pengadil
5
adalah untuk mengadili perselisihan di antara ahli masyarakat yang mempunyai
kepentingan berbeza.
2.6 Fungsi Pemerintah Sebagai Penghukum.
Susulan daripada fungsinya sebagai pengadil, maka wujud mahkamah
untuk melaksanakan proses timbang tara menangani sesuatu kes. Seterusnya,
daripada pengadilan ini terbuktilah akan peranan pemerintah sebagai penghukum
apabila mengenakan hukuman terhadap individu atau kelompok yang melanggar
undang-undang.
3.0 KONSEP KUASA
Semua jawatan yang berada di puncak hierarki mempunyai keistimewaan-
keistimewaan tertentu dan tidak dimiliki oleh lapisan lain dalam sesebuah organisasi atau
pemerintahan. Salah satu daripada keistimewaan yang diperolehi adalah kuasa. Kuasa
amat penting bagi seseorang pemimpin untuk membolehkannya mengemudi organisasi
atau negara secara keseluruhan. Istilah secara keseluruhan ini bermaksud mengendalikan
dan menguasai segala aset yang terdapat di dalam negara meliputi aspek mental dan
fizikal. Menurut R.H. Tawney, kuasa boleh didefinisikan sebagai kebolehan individu
atau sekumpulan individu mengubah perlakuan individu atau kumpulan lain supaya
mengikut kehendaknya ( yang mempunyai kuasa). Kuasa meliputi pelbagai jenis dan
peringkat seperti kuasa untuk membuat keputusan, kuasa untuk mengeluarkan arahan,
kuasa untuk mengurniakan ganjaran dan hukuman, kuasa untuk melaksanakan apa jua
perkara malahan kuasa untuk menentukan hala tuju sesebuah negara. Secara umumnya,
kuasa terbahagi kepada dua :
3.1 Kuasa Autoriti ( authorisation power ).
Kuasa ini dinikmati apabila seseorang itu menduduki jawatan
pemimpin utama. Individu yang memiliki kuasa ini mampu melakukan
6
apa yang dia mahukan. Beliau akan mengendalikan kuasa berdasarkan
apa yang dirasakannya sesuai. Impak baik atau buruk yang bakal diterima
organisasi atau negara yang dipimpinnya bergantung kepada
kemampuannya menggunakan kuasa untuk tujuan yang bermanfaat atau
sebaliknya. Dalam memimpin sebuah negara, kewujudan perkara-perkara
yang meliputi kerjasama, kesetian, `` obligation of the subordinate to
present the best `` dari subordinat dan perkara-perkara yang berkaitan
bergantung kepada baik atau buruknya pemimpin mengendalikan
kuasanya. Sekiranya negara dipimpin dengan baik dan kuasa digunakan
pada tempat yang sewajarnya, soal di atas tidak akan timbul. Sebaliknya
jika kuasa dan kepimpinan negara tidak diurus dengan baik, maka
pemimpin masih tetap boleh memimpin tetapi ketundukan menyeluruh
subordinat tidak akan diperolehinya.
3.2 Kuasa Keabsahan ( legitimate power )
Kuasa keabsahan adalah merupakan satu bentuk kuasa yang
bersifat menyeluruh. Selain daripada kuasa yang diperolehi dari jawatan
yang disandang, kuasa keabsahan hanya mampu diperolehi sekiranya
seorang pemimpin mempunyai pengetahuan, mempraktikkan ilmunya dan
dikongsi bersama, iman yang menjaga kaki dan tangan pemimpin, karisma
yang terbentuk dari pelbagai elemen seperti karektor, keikhlasan,
ketenangan , penampilan peribadi secara keseluruhan dan lain-lain lagi.
7
4.0 SUMBER KUASA
Dalam konteks pemerintahan sesebuah Negara, kuasa secara formalnya diletakkan
kepada pemimpin, yamg mana kuasa tersebut ditentukan mengikut struktur dan fungsi
perjawatan. Namun begitu, terdapat juga kuasa yang tidak semestinya dimiliki oleh individu dari
kategori pemimpin bilamana individu tersebut mempunyai pengaruh disebabkan kebolehan atau
kedudukannya yang tertentu. Justeru itu, secara umumnya sumber kuasa yang terdapat dalam
kepimpinan sesebuah negara boleh dikategorikan kepada lima bahagian :
4.1 Kuasa Otoriti
Ia merupakan kuasa sah yang dimiliki oleh pemimpin disebabkan oleh
otoriti yang terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang.
Kuasa ini biasanya telah ditetapkan mengikut hiraki struktur perjawatan sesebuah
organisasi atau negara. Sebagai contoh, Menteri Kewangan yang dilantik
mempunyai kuasa otoriti mengenai hal ehwal kewangan dan perbendaharaan
negara. Kuasa otoriti boleh dikatakan sebagai hak pemimpin untuk
mempraktikkannya, terutama dalam soal pengurusan yang melibatkan pengarahan
dan membuat keputusan dasar sesebuah organisasi atau negara. Melalui
penggunaan kuasa otoriti ini, seseorang pemimpin boeh bertindak ke atas
subordinat agar melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana yang dikehendaki.
Memandangkan kuasa otoriti adalah berasaskan jawatan, pemimpin perlu akur
bahawa penghormatan orang bawahan terhadapnya mungkin tidak sama setelah
tidak lagi memegang jawatan tersebut. Isu penghormatan ini, adalah sangat
bergantung kepada faktor personaliti dan cara bagaimana pemimpin
menggunakan kuasa otoritinya.
8
4.2 Kuasa Kepakaran
Kuasa kepakaran merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan individu. Ia
merupakan fungsi daripada kapasiti skill dalam sesuatu bidang yang dimiliki oleh
individu berbanding dengan orang lain. Kemahiran dan tahap professionalisma
yang tinggi dalam sesatu bidang menyebabkannya diiktiraf sebagai mempunyai
kepakaran. Justeru itu, beliau akan menjadi rujukan pihak atas, rakan sekerja dan
juga orang bawahan dalam perkara yang spesifik kepada kepakarannya apabila
diperlukan. Kuasa kepakaran yang dimiliki menjadikan seseorang itu berada
dalam kelas yang tersendiri dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan sebagai
asas untuk peningkatan karier dan imbuhan yang lebih baik.
4.3 Kuasa Rujukan
Ia merupakan potensi pengaruh yang dimiliki oleh individu disebabkan
kekuatan hubungan dengan orang lain. Kekuatan hubungan tersebut terbentuk
disebabkan rasa hormat dan tertarik oleh orang lain terhadap personaliti individu
berkenaan. Pemimpin atau individu yang berkarisma biasanya memiliki kuasa
rujukan. Dari satu perspektif lain pula, dikatakan kuasa rujukan ini dimiliki oleh
individu disebabkan kedudukan dan hubungannya dengan individu lain yang lebih
berpengaruh. Sebagai contoh, seorang pengurus yang rapat dengan pengarah
sesebuah organisasi biasanya mempunyai peluang baik untuk membuat
recommendation ke atas kakitannya dalam aspek penilaian prestasi dan kenaika
pangkat. Begitu juga seorang Pembantu Khas ( P.A.) pengarah juga dianggap
mempunyai kuasa rujukan dan disegani oleh pegawai dan kakitangan lain
disebabkan kedudukan serta hubungan kerjanya dengan pengarah berkenaan.
Kuasa rujukan yang bergantung kepada kapasiti interpersonal ini biasanya
mengambil masa untuk dibangunkan dan tahapnya berkemungkinan tidak
konsisten ( turun-naik ) terutamanya dalam situasi sebuah organisasi yang
sentiasa berubah-ubah.
9
4.4 Kuasa Ganjaran
Merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai
sumber yang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa
kawalan oleh individu ke atas sumber ganjaran tersebut. Secara amnya, kuasa
ganjaran terletak pada ketua ( bahagian, seksyen atau unit pejabat ) yang diberi
kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di bawahnya. Pelaksanaan kuasa
ganjaran adalah dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada kakitangan yang
cemerlang dan menjadi perangsang orang lain agar mencontohi mereka yang telah
berjaya. Dalam konteks politik, kuasa ganjaran diberikan sebagai balasan kerana
memberikan sokongan dalam pemilihan atau pilihanraya. Antara ganjaran yang
sering digunakan adalah seperti subsidi baja, biasiswa, kemudahan infrastruktur
dan sebagainya. Kebanyakannya bersifat “mi segera ” kerana diadakan semata-
mata untuk menghadapi sesuatu pemilihan.
4.5 Kuasa Hukuman
Kuasa hukuman adalah merupakan cara unutk mempengaruhi orang lain
melalui pelaksanaan tindakan berupa hukuman apabila gagal mematuhi seauatu
arahan atau keperluan yang ditetapkan. Sepertimana kuasa otoriti dan kuasa
ganjaran, punca kepada kuasa ini adalah berasaskan jawatan dan peranan. Dalam
pemerintahan sesebuah negara, pelaksanaan kuasa hukuman kepada individu atau
kumpulan yang melanggar peraturan dan undang-undang adalah seperti denda,
penjara dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, untuk menjadikannya lebih
efisen dan bermakna ia hendaklah dilaksanakan dengan tujuan yang positif seperti
membetulkan kesilapan, menggalakkan komitmen masyarakat atau memastikan
penguatkuasaan sesuatu undang-undang. Sebarang kesilapan dalam
melaksanakan kuasa hukuman ini akan menjejaskan kredibiliti agensi yang
terlibat dan negara akan dianggap memiliki pemimpin yang zalim
10
5.0 KONSEP KEABSAHAN
Keabsahan berasal daripada perkataan `absah `( legitimate ) yang membawa maksud sah.
Apabila dilihat daripada prespektif politik ia bermaksud raja atau pemerintah yang menaiki
takhta kerana keturunan yang sah atau legitímate birth. Pada masa ini , keabsahan seseorang
pemerintah itu dinilai daripada 2 perspektif :
5.1 Undang-undang
Ia bermaksud bahawa perlantikan seseorang pemimpin itu tidak
bercanggah dengan peruntukan undang-undang negara. Contohnya, dalam
konteks Malaysia yang merupakan sebuah negara raja berperlembagaan.
Malaysia diketuai oleh Yang Dipertuan Agong yang dipilih daripada sembilan
sultan negeri-negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun. Sistem ini
adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan
Britain. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana
Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang
anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat Yang Dipertuan Agong, memimpin
kumpulan majoriti dalam perlimen. Sementara itu, kabinet merupakan ahli
Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Menurut perlembagaan, parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli digelar senator. Dari
segi pecahan, 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negari sebagai
mewakili 13 buah negeri. Manakala 44 orang ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong setelah mendapat nasihat Perdana Menteri,
termasuk dua orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli
masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dewan Rakyat
pula mempunyai seramai 222 orang ahli yang mewakili satu kawasan pilihan
raya. Ahli-ahli dipilih berdasarkan sokongan ramai melalui sistem pilihanraya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, selepas itu
pilihan raya yang baru akan diadakan.
11
5.2 Persepsi Umum
Selain daripada keabsahan seorang pemerintah ditentukan oleh undang-
undang, ia juga perlu kelihatan sah dari kacamata sikap dan pandangan umum
masyarakat. Kedua-dua faktor tersebut mestilah berjalan serentak untuk
menguatkan lagi keabsahan seseorang pemimpin yang dilantik. Sekiranya salah
satu faktor itu tidak diambil kira sudah pasti akan mengundang masalah politik
yang tidak berkesudahan. Merujuk kepada krisis politik di negeri Perak,
walaupun mahkamah telah mengisytiharkan jawatan Menteri Besar adalah milik
Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, namun dari segi persepsi umum lantikan tersebut
tetap tidak sah kerana penyandang jawatan yang ada iaitu Dato’ Seri Ir. Nizar
dipilih oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas. Seterusnya,
kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang merupakan
isyarat jelas betapa rakyat tetap mengiktiraf Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri
Besar yang sah.
Malahan, Undang-undang Tubuh Negeri Perak dengan jelas telah
menyatakan tiga cara untuk membuat penukaran pucuk pimpinan negeri iaitu :
5.2.1 Menteri Besar menasihatkan Sultan untuk membubarkan
DUN dan mengadakan pilihan raya untuk memberi mandat
kepada rakyat memilih kerajaan baru;
5.2.2 Menteri Besar serta barisan EXCO meletakkan jawatan dan
menyerahkannya kepada parti yang mendapat kerusi
majoriti;
5.2.3 Melalui usul undi tidak percaya di dalam sidang DUN.
Sekiranya perkara pertama dan kedua tidak berlaku, maka
rakyat perlu menunggu DUN bersidang untuk membawa
usul tersebut.
12
Justeru, selagi sidang DUN belum diadakan dan usul undi tidak percaya
dibentangkan untuk mendapatkan undi majoriti, selagi itulah kerajaan yang ada
masih lagi sah dan layak memerintah.
5.0 BAGAIMANA KEABSAHAN DIPEROLEHI
5.1 Faktor Sejarah
Faktor sejarah yang menunjukkan tempoh masa pemerintahan itu wujud
memainkan peranan penting dalam memperolehi keabsahan. Kerajaan yang telah
memerintah sesebuah negara untuk sekian lama dianggap adalah sah dari segi undang-
undang dan persepsi umum. Contohnya, pemerintahan Malaysia yang diterajui
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) , telah memegang kuasa bersama
parti-parti lain sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Pada tahun 1973, gabungan
parti yang berasaskan kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar diberi
nama Barisan Nasional. Sebelum tahun 2008, gabungan parti ini telah mendominasi
jumlah kerusi di hampir semua negeri dan telah memerintah selama lebih kurang 52
tahun. Justeru secara tidak langsung pemerintahan Barisan Nasional selama ini dianggap
sah oleh majoriti rakyat Malaysia dari sudut perundangan dan pandangan umum. Hanya
pada Pilihan Raya Umum 2008 gabungan ini ditimpa Tsunami Politik kerana mengalami
penurunan jumlah kerusi yang mendadak dan kehilangan 5 buah negeri ke tangan
pembangkang. Walau bagaimanpun, kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional
masih dapat dibentuk pada 8 Mac 2008 dengan memiliki 140 kerusi parlimen berbanding
pembangkang yang memenangi 82 kerusi.
13
5.2 Mampu Memerintah Dengan Baik.
Tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah negara yang dapat diperintah dengan baik
akan lebih mudah memperolehi keabsahan. Melalui dasar-dasar tertentu yang diatur
untuk kepentingan rakyat dan sebagai balasan mereka akan memberikan kesetiaan tidak
berbelah bagi terhadap pemerintahan yang sedia ada. Di dalam sebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian etnik dan fahaman agama berbeza, kejayaan kerajaan dalam
memupuk keharmonian antara kaum boleh dianggap salah satu ciri-ciri pemerintah yang
baik. Keharmonian yang wujud akan memberi impak besar terhadap kestabilan ekonomi
dan politik rakyat keseluruhannya. Rakyat akan bebas melakukan aktiviti harian tanpa
rasa takut berlaku rusuhan kaum.
Keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan bertambah tinggi, apabila pemerintah
yang dipilih itu mampu menyediakan persekitaran politik dan pentadbiran yang stabil
seterusnya meletakkan nama negara dalam kelas tersendiri di mata dunia. Dalam konteks
Malaysia, kita telah dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa
lain di dunia. Ini berikutan dari kejayaan para pemimpin negara yang menjadi jurucakap
bagi Negara Dunia Ketiga untuk menyatakan pendirian, prinsip dan masa depan dengan
Barat dan tidak gentar dalam menghadapi isu-isu antarabangsa seperti Palestin, Iraq,
Somalia dan sebagainya.
5.3 Rakyat Merasa Ada Hak Bersuara
Pelaksanaan pilihan raya sudah menjadi kemestian dan prasyarat penting dalam
sistem demokrasi. Pilihan raya amat sinonim dengan demokrasi dan tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa ia merupakan nadi kepada sistem itu sendiri. Jika merujuk kepada
pendapat para sarjana berhubung sistem politik demokrasi, ternyata rakyat mempunyai
peranan tersendiri. Apa yang jelas, sebenarnya rakyatlah yang akan menjadi hakim untuk
menentukan sah atau tidak sesebuah kerajaan itu. Dalam perkataan yang lebih tepat ialah
kerajaan dibentuk oleh kuasa rakyat melalui proses pilihan raya. Melalui amalan
demokrasi tidak seorang pun boleh mewakili dirinya sendiri dengan kuasa untuk
14
memerintah. Ini membawa maksud bahawa tiada seorang pun yang boleh dengan angkuh
menjadi pemerintah tanpa sokongan rakyat. Parti-parti yang mendapat kerusi majoriti
adalah berhak membentuk kerajaan dan yang kalah bertindak sebagai pembangkang serta
tidak akan merebut kuasa dengan cara yang tidak sah. Justeru, kerajaan demokrasi
adalah dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya dan bertanggungjawab ke atas rakyat, di
mana suara majoriti diambil kira tanpa mengabaikan hak golongan minoriti.
5.4 Memanipulasi Simbol Negara
Selain daripada itu pemerintah juga telah memanipulasi simbol-simbol negara
semata-mata untuk menguatkan lagi kesetiaan rakyat. Sebagai contoh, nama bendera
rasmi Malaysia telah diisytiharkan sebagai Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1997. Bendera
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa bidang
kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Begitu juga dengan
pembinaan Tugu Negara Malaysia pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada
lebih 11,000 perajurit yang terkorban sebagai pahlawan negara semasa Peang Dunia 1
( 1914-1918 ), Perang Dunia 2 ( 1935-1942 ) dan Darurat ( 1948-1960 ). Pada 11
November setiap tahun akan diadakan satu perbarisan hormat di Tugu Negara. Tugu
tersebut menggambarkan sekumpulan anggota tentera mengibarkan Jalur Gemilang dan
setiap patung gangsa yang ada melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia,
kekuatan, keberanian dan pengorbanan. Kesemua simbol atau lambang negara yang
dimanipulasi itu mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyemai perasaan cinta
kepada negara dan kepimpinan yang ada.
15
6.0 KESIMPULAN
Apa yang jelas ialah dengan kuasa keabsahan yang dimiliki, seorang pemimpin tidak
sukar untuk mengendalikan perjalanan pentadbiran sesebuah negara. Ini adalah kerana
pemimpin tersebut telah mendapat kesetiaan secara menyeluruh berdasarkan rasa hormat, kagum
dan keinginan majoriti rakyat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada negaranya.
Rakyat sangat menyedari betapa mereka dipimpin oleh seorang ketua yang benar-benar
berwibawa. Walau bagaimanapun, kuasa keabsahan ini hanya diperolehi oleh pemimpin yang
menjadikan elemen-elemen tersebut di atas sebagai amalan sepanjang dia memegang tampuk
pemerintahan negara.
16
RUJUKAN
Ismail bin Yusoff (2001 ).Pengenalan Sains Sosial.Penebitan Universiti Utara Malaysia.
Sintok. Hal 117.
Heywood A. ( 1994 ).Political Ideals and Comceprs: An Introduction. London. Mac
Millan Press.Hal: 27
Raskin, M.G. et al. ( 1994 ). Political Science An Introduction. New Jersey.Hal : 30
Shively W. P. ( 1995 ), Power and Choice: An Introduction to Political Sceince. New
Jersey
Syed Ahmad Hussein ( 1996 ). Penghantar Sains Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ranney .A. (1996).Governing:An Introduction to Political Sceince NewJersey:Prentive
Hall.
http://uniprof.wordpress.com:Kuasa dan Pengaruhnya Dalam Organisasi:M.Fauzi.28 Mei
2009.
http://ms.wikipedia.org/wiki.30 Mei 2009
17