Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

6
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Antara kriteria pemilihan aktiviti yang harus diteliti dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor yang pertama ialah infrastruktur dan tenaga. Faktor kedua pula ialah perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor persekitaran. INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada beberapa unsur iaitu kemudahan, peralatan dan kepakaran. Kemudahan merangkumi kedudukan sekolah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, kemampuan kewangan sekolah, kemudahan-kemudahan semasa penyediaan aktiviti dan tenaga pengajar. Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan yang perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor keselamatan pengguna haruslah diambil kira terlebih dahulu. Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan. Kepakaran lebih menjurus kepada guru Pendidikan Jasmani itu sendiri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas semasa mengajar. Mereka perlu menanggung risiko yang bakal ditempuhi semasa melaksanakan aktiviti. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. PERKEMBANGAN MURID Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain. Domain kognitif Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar. Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonomi Bloom yang membahagikan

Transcript of Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Page 1: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Antara kriteria pemilihan aktiviti yang harus diteliti dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor yang pertama ialah infrastruktur dan

tenaga. Faktor kedua pula ialah perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor

persekitaran.

INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR

Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada beberapa unsur iaitu kemudahan,

peralatan dan kepakaran. Kemudahan merangkumi kedudukan sekolah sama ada di

kawasan bandar atau luar bandar, kemampuan kewangan sekolah, kemudahan-

kemudahan semasa penyediaan aktiviti dan tenaga pengajar.

Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan yang perlu berdasarkan kepada

spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor keselamatan pengguna haruslah diambil kira

terlebih dahulu. Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan.

Kepakaran lebih menjurus kepada guru Pendidikan Jasmani itu sendiri yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas semasa mengajar. Mereka perlu

menanggung risiko yang bakal ditempuhi semasa melaksanakan aktiviti. Pengetahuan

dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu

kerana ia dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

PERKEMBANGAN MURID

Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain.

Domain kognitif

Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.

Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada

lebih sukar. Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang

dan dijalankan dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonomi

Page 2: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Bloom yang membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman,

aplikasi, analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian.

Domain afektif

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,

penghargaan dan nilai. Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatan

daripada yang paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkat

penerimaan, kemudian gerakbalas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan.

Domain psikomotor

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Di

peringkat rendah, murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasa

dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Domain

psikomotor juga turut mempunyai hierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah

kepada susah bermula dengan peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal,

pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.

Domain sosial

Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. Domain ini terdiri daripada

lapan peringkat objektif iaitu : berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding,

bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar.

PERSEKITARAN

Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang

individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn

pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-

unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa

ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran

merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau

selepas lahir. Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan

Page 3: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

perkembangan murid-murid sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan

murid-murid tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan

(Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap

tertentu. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu:

Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada

apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung

dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga

terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik.

Mesosistem. Merangkumi hubungan murid-murid dengan persekitaran yang lebih

luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi murid-murid. Contohnya,

bagaimana murid-murid bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan

alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga.

Eksosistem. Menghubungkaitkan murid-murid dengan persekitaran yang

mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana murid-murid

didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan

institusi sosial lain.

Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh

hubungan murid-murid dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini

termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.

Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan

tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada

perkembangan murid-murid tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Murid-murid

tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang

mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

Page 4: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah

peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. 

Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud

jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi

faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran

yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar

bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk

mencapai obektif pengajaran.

            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah

itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara

tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar

bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak

mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long

(1981) dan lain-lain. 

            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk

semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus

berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus

pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan

pelajar.  

            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1.    Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran.

2.    Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

Page 5: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

3.    Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar.

4.    Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.

5.    Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

6.    Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan.

7.    Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

        

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar,

malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan

cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran

dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah

pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula

dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan

strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu,

matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah

satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu

disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai

perkara-perkara berikut, iaitu:

1.     Tujuan am (learning goal)

2.     Objektif pelajar (specific objective)

3.     Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu

untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

4.     Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.

5.     Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur  pencapaian pelajar.

         

Page 6: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

  Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh

guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan

teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang 

dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup

menghasilkan tindak balas yang baru.

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan

atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning,

pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang

dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.