kreativiti dan reka cipta

30
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5 UNIT 1 KREATIVITI DAN REKA CIPTA Sinopsis Unit ini memberikan pengetahuan berasaskan teknologi kepada murid. Melalui unit ini, murid akan mengetahui kefungsian sistem pergerakan kit model melalui aktiviti membuka dan memasang kit model. Murid juga akan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan idea dan penjanaan idea projek eksperimental. Hasil Pembelajaran Mengenal pasti alatan tangan Membuka dan mengenal pasti komponen Menyatakan fungsi komponen Memasangkan kit model semula Mengenal pasti sistem pergerakan kit model Membuka dan memasang kit model untuk mengenal pasti pergerakan kit model Mengenal pasti masalah Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah Membuat catatan dan lakaran Memilih lakaran akhir projek eksperimental Merancang pembinaan proje Membina projek eksperimental Membuat persembahan hasil binaan secara lisan

description

kemahiran hidup kreativiti dan reka cipta

Transcript of kreativiti dan reka cipta

Page 1: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

UNIT 1 KREATIVITI DAN REKA CIPTA

Sinopsis

Unit ini memberikan pengetahuan berasaskan teknologi kepada murid. Melalui unit ini,

murid akan mengetahui kefungsian sistem pergerakan kit model melalui aktiviti membuka

dan memasang kit model. Murid juga akan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah

melalui pencetusan idea dan penjanaan idea projek eksperimental.

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti alatan tangan

Membuka dan mengenal pasti komponen

Menyatakan fungsi komponen

Memasangkan kit model semula

Mengenal pasti sistem pergerakan kit model

Membuka dan memasang kit model untuk mengenal pasti pergerakan kit

model

Mengenal pasti masalah

Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah

Membuat catatan dan lakaran

Memilih lakaran akhir projek eksperimental

Merancang pembinaan proje

Membina projek eksperimental

Membuat persembahan hasil binaan secara lisan

Menyatakan keperluan pendokumentasian dalam buku idea

Mengumpul dan merekod maklumat

Membuat buku idea

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Page 2: kreativiti dan reka cipta

Kreativiti dan Reka Cipta

Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian ProdukPenyelesaian Masalah Pendokumentasian

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Konsep

Tajuk ini akan menerangkan tentang kefungsian sistem pergerakan kit model melalui

aktiviti terbuka dan memasang kit. Murid akan mengenal pasti dan mengkaji sistem

pergerakan yang terdapat pada kit model. Di samping itu, murid dikehendaki

menyelesaikan sesuatu masalah dengan membina projek eksperimental. Murid juga akan

mengetahui kepentingan pendokumentasian dan mendokumentasikannya melalui buku

idea.

A. KAJIAN REKA BENTUK DAN KEFUNGSIAN PRODUK

Pernahkah kamu melihat kit model? Tentu kamu pernah membuka dan memasang

kit model. Kit model terdiri daripada komponen-komponen yang boleh di cantumkan

sehingga menjadi satu model yang lengkap. Terdapat pelbagai jenis kit model di pasaran.

Antara contoh kit model tersebut adalah seperti berikut:

Page 3: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

LAMAN WEB

Untuk mengetahui pelbagai jenis kit model, sila layari

http://www.modelrectifier.com/

(i) MEMBUKA DAN MEMASANG KIT MODEL

Pernahkah kamu memasang kit model? Pemasangan kit model boleh dibuat

berpandukan buku manual yang disertakan.

ALATAN TANGAN

Page 4: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Komponen dalam kit model dicantum menggunakan pengikat. Pengikat yang

biasa digunakan untuk mencantum kit model ialah skru,bolt, dan nat.

Alatan tangan pula diperlukan untuk membuka dan memasang kit model.

Alatan tangan yang digunakan dalam pemasangan kit model adalah bersaiz kecil.

Contohnya sepana hujung terbuka, pemutar skru Philips, kunci Allen dan gandin

plastik.

Gandin plastik Kunci allen

Sepana hujung terbuka Pemutar skru Philips

FUNGSI ALATAN TANGAN

BIL ALATAN KEGUNAAN/FUNGSI

1 Pemutar Skru Rata

Melonggar dan mengetatkan skru kepala belah.

2 Pemutar Skru Phillips Melonggar dan mengetatkan skru kepala Phillips

Page 5: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

3 Playar Muncung Tirus

Memegang benda-benda kecil dan membentuk benda kerja

4 Playar Gabung

Memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk dawai.

5Gandin Plastik

Mengetuk bahagian kit model

6 Sepana Boleh Laras

Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.

7Sepana Hujung terbuka

Melonggar dan mengetatkan bolt dan nat

Page 6: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

8Sepana gelang

Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.

9Sepana Gabung

Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.

10 Kunci Allen

Melonggar dan mengetatkan skru Allen

KOMPONEN KIT MODEL

Page 7: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Tahukah kamu setiap komponen dalam kit model mempunyai nama dan fungsi ?

mari kita mengenal fungsi komponen yang terdapat dalam kit model.

Bil Komponen Fungsi

1

Roda

Digunakan untuk

mengurangkan daya

geseran dan memudahkan

pergerakan kit model

2

Gandar

Digunakan untuk

menyambung dan

menggerakkan roda

3

Suis

Digunakan untuk

menyambung dan

memutuskan arus elektrik

4

Gear

Digunakan untuk menukar

kelajuan atau arah

pergerakan

Page 8: kreativiti dan reka cipta

Cuba perhatikan kit model lain yang ada pada kamu.Kenal pasti komponen yang terdapat dalam kit modelNyatakan fungsi setiap komponen tersebut

SEMAK KENDIRI 1.1

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

5

Motor

Digunakan untuk

mengerakkan gear pada kit

model

6

Pemegang bateri

Digunakan sebagai tapak

untuk meletakkan bateri

pada kerangka kit model

7

Kerangka kereta

Digunakan sebagai tapak

untuk memasang

motor,gear, pemegang

bateri dan suis pada kit

model

8

Badan kereta

Digunakan untuk mengikat

kerangka bawah kereta

Page 9: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

MEMASANG KIT MODEL SEMULA

Mari kita memasang kit model yang telah kamu buka itu semula. Rujuki manual

pemasangan jika kamu menghadapi masalah pemasangan kit model.

1. Pasangkan pelekat pada badan kit model

2. Masukkan gear pada syaf motor

3. Pasangkan roda pada gndar dan pasangkan pada kerangka kit model

4. Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang betul

Page 10: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

5. Pasangkan bateri pada pemegang bateri

6. Pasangkan badan kereta pada kerangka yang telah siap di pasang.

SISTEM PERGERAKAN KIT MODEL

Perhatikan kit model kereta yang kamu uji. Bagaimana kit model tersebut boleh

bergerak? Sekarang, mari kita kenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit

model tersebut.

Motor

Kit model kereta digerakkan oleh motor. Motor ialah sejenis alat elektrik

yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus

elektrik dibekalkan pan gkan dengda motor, syaf pada motor tersebut

akan berputar. Syaf pada motor biasanya dipasang dengan gear atau

takal untuk melakukan sesuatu kerja.motor yang digunakan pada kit

model menggunakan arus terus.

Page 11: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Gear

Gear merupakan salah satu komponen penting bagi sesuatu kit model

kerana berfungsi sebagai pengantar kuasa dan menggerakkan kit model.

Gear mempunyai gigi supaya berjalin dengan gear lain. Setiap gear kan

bersentuhan akan menggerakkan gear yang lain melalui gigi pada gear.

Gear yang dipasang pada syaf motor dinamai gear pemacu. Apabila

motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan gear yang lain, iaitu

gear dipacu. Antaranya ialah gear taji, gear serong, gear belitan, gear

heliks, gear rak dan pinan. Yang berikut ialah jenis dan fungsi bagi setiap

jenis gear.

Bil. Jenis Gear Fungsi

1.

Gear taji

Digunakan untuk memindah

tenaga putaran antara syaf

yang berkedudukan selari.

2.

Gear serong

Digunakan untuk

memindahkan tenaga

putaran antara syaf yang

berkedudukan bersudut.

Page 12: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

3.

Gear belitan

Digunakan untuk

mengurangkan kelajuan

putaran dan memindahkan

gerakan putaran syaf yang

bersudut

4.

Gear heliks

Digunakan untuk

mekanisme atau pergerakan

yang berkelajuan tinggi

5.

Gear rak dan pinan

Digunakan untuk

memindahkan gerakan

putaran kepada gerakan

lurus atau sebaliknya.

Page 13: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Takal dan tali sawat

Takal biasanya digabungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan

tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga

kinetic dari satu syaf ke satu syaf yang lain. Lazimnya, takal digunakan

untuk menaikkan bendera dan pada kren untuk mengangkat barang.

Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan

memindahkan kelajuan tinggi kepda kelajuan rendah dan sebaliknya.

Rantai

Rantai digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai

menghubungkan gear pemacu yang dipasang pada motor dengan gear

yang dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gear ke gandar

roda apabila motor berputar. Lazimnya rantai digunakan pada basikal,

motosikal dan gergaji elektrik.

Page 14: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

B. PENYELESAIAN MASALAH

Dalam kehidupan seharian ,kita sering menghadapi masalah yang memerlukan kita

membuat keputusan. Kadang kala kita membuat keputusan yang terburu-buru tanpa

berfikir panjang.

Penyelesaian masalah bermaksud mencari dan mereka cara untuk menjawab,

memenuhi,mengatasi sesuatu kerumitan dan kesukaran yang dihadapi. Ia melibatkan

kombinasi pengetahuan, pengalaman ,kemahiran dan pemilihan alternatif dengan bijak.

Sebuah meja telah digunakan untuk meletakkan buku di dalam kelas Haziq. Meja

tersebut diletakkan di sudut bacaan. Dia mendapati meja tersebut tidak stabil dan

melendut. Selaku Ketua Sudut Bacaan di kelasnya, dia perlu menyelesaikan masalah

tersebut.

Apabila kita menghadapi masalah, elakkan daripada mencuba menyelesaikannya

dengan satu idea penyelesaian sahaja. Pandangan dan pendapat orang mestilah diambil

kira dalam menyelesaikan masalah yang sama kerana setiap individu mempunyai

pandanga berbeza terhadap masalah yang dihadapi.

Page 15: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

(i) PENCETUSAN DAN PENJANAAN IDEA KREATIF MELALUI

PROJEK EKSPERIMENTAL

Setelah mengenalpasti masalah, kamu perlu mencari jalan menyelesaikannya.

Langkah pertama yang perlu dilakukanadalah melalui aktiviti pencetusan dan penjanaan

idea kreatif. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Pencetusan dan

penjanaan idea bermaksud memberikan pendapat,pandangan atau buah fikiran untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

MENGENAL PASTI MASALAH

Dalam kehidupan seharian,kadang kala kita menghadapi masalah dan sukar untuk

menyelesaikannya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan

menyatakannya dalam bentuk pernyataan atau catatan. Pencetusan dan penjanaan idea

boleh dilakukan melalui sumbang saran,pemerhatian, lawatan,soal selidik, pembacaan

dan projek eksperimental.

MENJANA IDEA KREATIF BAGI MENYELESAIKAN

MASALAH

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dikenal pasti ,bebrapa cetusan

idea perlu difikirkan. Hal ini dilakukan untuk menghasilkan produk yang baik. Proses

penyelesaian masalah bermula dengan mencetuskan pelbagai idea kreatif. Penjanaan

idea pula berlaku setelah idea dicetuskan. Yang berikut ialah contoh penjanaan idea bagi

menyelesaikan masalah meja yang melendut.

- Luaskan tapak kaki meja - Luaskan permukaan meja

- Rendahkan kaki meja - Memasang kekuda pada kaki meja

Page 16: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

MEMBUAT CATATAN DAN LAKARAN

Idea yang terhasil boleh dinyatakan dalam bentuk lakaran. Pelbagai lakaran yang

dihasilkan membolehkan kita memilih lakaran yang terbaik. Kita juga boleh

menggabungkan beberapa lakaran tersebut.hal ini membolehkan kita membuat keputusan

yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.

(ii) MENTERJEMAH IDEA KEPADA BENTUK 3D

Lakaran yang terbaik akan menjadi panduan untuk membina projek tersebut.

Lakaran tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk lakaran 3D. Lakaran ini

memberikan maklumat tentang rupa,bentuk,saiz dan sebagainya.

MEMILIH LAKARAN AKHIR PROJEK EKSPERIMENTAL

Untuk memilih lakaran yang terbaik, kamu perlu mengikuti beberapa langkah

seperti carta alir di sebelah

Page 17: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Sekiranya kamu gagal membuat keputusan, kamu perlu kembali kepada langkah

pertama untuk memilih lakaran yang terbaik. Lakaran yang telah dipilih perlu

diterjemahkan kepada bentuk tiga dimensi (3D).

Setelah menterjemah idea dalam bentuk 3D, murid merancang untuk membina

projek dalam kumpulan. Perancangan dibuat sebelum menghasilkan sesuatu projek

bertujuan:

Mendapatkan hasil yang baik

Melaksanakan kerja dengan teratur

Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan bahan.

Perancangan biasanya dilakukan secara bertulis, tersusun mengikut langkah kerja

sistematik. Sebelum membuat perancangan bertulis, seseorang itu perlu mendapatkan

Page 18: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

maklumat yang berkaitan dengan bahan, alatan , kos, masa projek dilaksanakan. Dalam

perancangan tersebut, terdapat bebrapa perkara seperti yang berikut.

(iii) MEMBINA PROJEK EKSPERIMENTAL

Setelah membuat perancangan untuk membina projek, mari kita bina projek

eksperimental.

LANGKAH MEMBINA PROJEK EKSPERIMENTAL

PROJEK:MEMBINA MODEL MEJA

1. Kenal pasti lakaran yang dipilih

2. Terjemahkan lakaran yang dipilih kepada bentuk 3D

3. Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.

- Pita pelekat

- Gunting

- Penyedut minuman

Page 19: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

- Pembaris keluli

4. Bina projek eksperimental berdasarkan lakaran.

5. Uji projek eksperimental tersebut.

Page 20: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

Sekiranya projek gagal,kenal pasti kelemahan dan perbaiki projek. Uji projek sehingga

berjaya.

(iv) MEMPERSEMBAHKAN PROJEK EKSPERIMENTAL

Kamu bolehlah mempersembahkan projek eksperimental di hadapan kelas setelah

siap. Kamu juga boleh menerangkan hasil dan keistimewaan projek eksperimental yang

telah dibina.

Setiap kumpulan haruslah bersedia dengan maklumat yang lengkap berkaitan dengan

projek tersebut. Antara maklumat yang perlu dinyatakan semasa persembahan adalah

seperti berikut:

a) Memperkenalkan nama projek

b) Menyatakan tujuan projek dibina

c) Menerangkan lakaran projek yang dilukis

d) Menyatakan bahan dan alatan yang digunakan .

e) Menerangkan kaedah membina projek

f) Menerangkan jumlah kos yang digunakan jika ada

g) Menyatakan ciri-ciri dan keistimewaan projek.

C. PENDOKUMENTASIAN

Sebagaimana yang telah kamu pelajari, pendokumentasian boleh dilakukan

dengan pelbagai cara. Salah satu cara pendokumentasian adalah melalui penghasilan

buku idea.

Page 21: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

KEPERLUAN PENDOKUMENTASIAN DALAM BUKU IDEA

Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid. Buku idea juga

mengandungi maklumat tentang projek yang dihasilkan. Buku idea boleh digunakan

sebagai:

1. Bukti ciptaan

2. Bahan rujukan

3. Rekod maklumat projek

MENGUMPUL DAN MEREKOD MAKLUMAT

Semua lakaran dan maklumat yang berkaitan dengan projek yang dihasilkan

perlulah didokumentasikan. Maklumat tersebut bioleh dikumpulkan dan drekodkan secara

sistematik. Maklumat tersebut boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.

MEMBUAT BUKU IDEA

Setelah kamu mengumpulkan semua maklumat projek yang dihasilkan, kamu perlu

membuat buku idea. Contoh maklumat yang perlu ada dalam buku idea ialah:

1. Nama sekolah

2. Nama projek

Page 22: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

3. Nama individu atau nama kumpulan

4. Tahun/kelas

5. Tarikh projek disiapkan

6. Penerangan berkaitan projek :

- Mengenal pasti masalah/ keperluan

- Kegunaan /faedah

- Ciri-ciri keselamatan

- Fungsi

- Kos projek

7. Lakaran projek dalam bentuk 3D

8. Bahan dan alatan yang digunakan

9. Langkah kerja

- Proses langkah kerja

- Lakaran kerja

10.Lampiran

11.Ulasan murid

12.Ulasan guru

INFO MINDA

Pendokumentasian juga boleh dibuat dalam pelbagai cara

seperti buku skrap, folio,dalam fail dan sebagainya.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1

A. Namakan jenis gear seperti dalam gambar rajah di bawah ini.

Gear Belitan Gear Serong Gear Rak dan Pinan Gear Taji

Gear Heliks

Page 23: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

B. Namakan model yang terdapat dalam gambar rajah di bawah ini.

1. 2.

Page 24: kreativiti dan reka cipta

KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5

3. 4.

5.