KONSEP WACANA
Transcript of KONSEP WACANA
BAHASA MELAYU 2WACANAWACANA
DEFINISIDEFINISI
WACANA
Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.yang utuh dan melebihi batas ayat.
Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.ayat.
Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat Wacana Ayat Wacana
Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.
Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog.ucapan, khutbah, dan dialog.
Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.
Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian adalah kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan.
Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat, ini adalah kerana:
Dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat.
Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku.
Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya.
Contoh ayat “Mengapa bising sangat” :
Daripada segi struktur merupakan ayat tanya
Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap.
Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran stuktural (rumus) dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat.
Oleh hal yang demikian, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. Sehubungan dengan itu, kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang.
CIRI-CIRI-CIRICIRIWACANWACAN
AA
~CIRI-CIRI ~CIRI-CIRI WACANA~WACANA~
Mempunyai tema BermotifGaya bahasaKohesi dan koherensTiada ayat tautologiElemen-elemen yang logikal dan realistikTerdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi (komen/aseri)
1. MEMPUNYAI TEMA
Pengarang atau penulis berkesempatan
menentukan etika dan prosedur penghasilan
penulisan.
2. BERMOTIF
Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan mengenalpasti
hubungan hasil bacaan dengan pembaca.
3. GAYA BAHASA
Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya,
gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.
4. KOHESI DAN KOHERENS
Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar
ayat-ayat tersebut berkohensi (makna tautan)
dan koherens (logik).
5. TIADA AYAT TAUTOLOGI
Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan
sebelumnya) tidak perlu diulang.
6. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK
Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah
rekaan individu semata-semata.
7. TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN
INFERENSI (KOMEN/ASERI)
Kucing Parsi itu comel.
ANDAIAN INFERENSI
Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.
Contoh : Keluar!
PENANDA
WACANAWACANA
PENANDA WACANA
Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran.
Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.
CONTOH PENANDA WACANA
TambahanSelanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping itu,
tambahan lagi, demikian juga, begitu juga
Tambahan dan PenegasanLebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan,
bahkan, lagipun
Sebab, Kesan atau LanjutanOleh sebab itu, dengan itu, dengan demikian, jadi,
sebagai akibatnya, sebagai hasilnya
Pertentangan Namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun,
akan tetapi, sungguhpun begitu
Perkaitan Sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada
WaktuSebelum itu, kini, pada masa ini, sementara itu, kemudian,
pada waktu yang sama, lama-kelamaan, akhirnya
TempatDisini, di sana, di samping, berhampiran dengan,
bersebelahan dengan, bertentangan dengan
ContohMisalnya, sebagai contoh, contohnya
PerbandinganDalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga,
serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pernyataan semulaYakni, dengan kata lain
Tujuan dan MaksudUntuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti,
hal ini membawa pengertian, maksudnya
UrutanPertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya
HarapanSemoga, moga-moga, mudah-mudahan
RumusanKesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup,
sebagai rumusan, secara keseluruhannya.
PendahuluanSebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya,
pertamanya, sebagai mukadimah
SingkatanRingkasnya, pendek kata, secara ringkasnya
Penekanan atau PenegasanSesungguhnya, sebenarnya, sememangnya,tentulah,
Pastilah, jelaslah, tidak dapat dinafikan
GeneralisasiPada umumnya, secara amnya, secara umumnya
Bahasa KlasikHatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian,
Sebermula, sekali peristiwa, arakian
KEUTUHANKEUTUHAN
WACANAWACANA
Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana
Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu :
terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan
dapat difahami) ; dan wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan
unsur linguistik yang lain).
Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.
Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik.
Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.
Hubungan Semantik
Hubungan sebab dan akibat
Contoh = Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Hubungan sebab dan hasil
Contoh = Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh =
Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman
Hubungan syarat dan hasil,
Contoh = Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara
Hubungan perbandingan
Contoh = Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah
Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan
Contoh =
Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda
Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian, intonasi, dan nada suara.
CONTOH :
Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandung ketaksaan makna, bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.
Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini membawa maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. Akan tetapi, sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali
telah meninggal dunia”.
Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada yang meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis surat? Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan nada yang lembut, maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada yang keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan tidak boleh ditentang.
Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dikaitkan dengan situasi wacana. Dalam hal ini, pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan membantu seseorang memahami sesuatu wacana.
Pemahaman tentang sesuatu wacana juga dibantu oleh unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Unsur-unsur paralinguistik merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana. Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca seperti koma, noktah, koma bertitik, noktah bertindih, tanda petik, dan sebagainya. Dalam lisan, keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan tangan akan menghasilkan wacana yang utuh daripada segi semantik kerana penggunaan unsur-unsur paralinguistik ini membantu seseorang memahami ujaran tersebut.
Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal
Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya termasuklah, pertama, dengan mengulang kata yang sama,
CONTOH :
”Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang gemar termenung”.
Dengan menggunakan sinonim
CONTOH :
”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”.
Dengan menggunakan antonim
CONTOH :
”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Dengan menggunakan hiponim
CONTOH :
”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu”.
Dengan menggunakan kolokasi
CONTOH :
”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi”.
Dengan memanfaatkan unsur bersambut
CONTOH :
”Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.
Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal.
1. Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang
berkaitan dengan tatabahasa.
2. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah
penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.
Penanda Rujukan.
1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti
nama diri tunjuk.
2. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam
wacana.
3. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti
nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai
penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka, :
a) ”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih
banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil
ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan
negara”.
4. Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata
ganti nama tunjuk :
a) ”Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun
yang lalu”.
Penanda Penggantian.
1. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain.
2. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal), kata kerja (verbal), dan klausa.
3. Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:
a) ”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”.
4. Ini pula ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal :
a) ”Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. Perbuatan
seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.
Elipsis.
1. Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut
dalam ayat sebelumnya.
2. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah
mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.
3. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada
tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya :
REMAJA A: Sekarang kamu belajar di mana?
REMAJA B: Institut Bukit Metajam. (Sepatutnya, Sekarang saya belajar di
Institut Bukit Mertajam.)
REMAJA A: Sejak bila? (Sepatutnya , Sejak bila kamu belajar di situ?)
REMAJA B: Tiga bulan lalu. (Sepatutnya, Saya belajar di situ sejak tiga bulan
yang lalu.)
Penanda Penghubung.
1. Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa
dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.
2. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda
penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu :
a) ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan
hiburan.
i. Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan
bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang
sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk
memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia.
b) Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-
kata atau ungkapan –ungkapan seperti :
i. ”cubateral”, ”you ni teruk la”, ”I punya motor buat trouble”, ”break
no eat”, ”What la you ni”, dan sebagainya.
• Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap
penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang
kerap menonoton rancangan hiburan seperti ini.
MAKLUMAT
1. Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan
kepada maklumat lama dan maklumat baharu.
2. Untuk mengetahui hal ini, perhatikan contoh ini :
a) ”Saya membela seekor kucing. Kucing itu sangat comel”.
i. Dalam wacana itu, frasa kucing itu dalam ayat kedua merupakan
maklumat lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat
baharu.
3. Dalam sesuatu wacana, setiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang
belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
4. Oleh hal yang demikian, ayat yang berupa tautologi, iaitu mengulang idea
yang terkandung dalam ayat yang sebelumnya, tidak harus wujud dalam
sesuatu wacana seperti ini :
a) ”Pesakit AIDS itu telah meninggal dunia. Pesakit AIDS itu telah
menghembuskan nafas terakhir”. Ayat kedua merupakan tautologi bagi
ayat pertama dan oleh itu, contoh tersebut bukanlah suatu wacana.
5. Sesuatu wacana juga tidak seharusnya mempunyai maklumat yang
bertentangan seperti ayat ini :
a) ”Pelajar itu amat berdisiplin. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi
peraturan sekolah”.
b) Kedua-dua ayat ini tidak dianggap sebagai wacana kerana maklumat
yang terkandung dalam ayat kedua bertentangan dengan maklumat
dalam ayat pertama.
6. Selain itu, maklumat yang terkandung dalam wacana mesti bersifat logik,
iaitu dapat diterima akal.
7. Sekiranya maklumat dalam sesuatu wacana tidak logik, maka ayat-ayat itu
tidak menghasilkan sesuatu wacana yang mantap.
8. Contoh yang berikut ini tidak memprlihatkan wacana yang logik :
a) ”Negara kitas menghadapi masalah kekurangan tenaga. Oleh itu,
kerajaan terpaksa membenarkan pekerja asing yang merugikan”.
b) Dalam hal ini, penggunaan perkataan merugikan adalah tidak logik dan
dengan demikian, kedua-dua ayat tersebut tidak menghasilkan wacana
yang mantap.
c) Wacana itu dapat dibaiki dengan menukar perkataan merugikan kepada
klausa yang mendatangkan pelbagai kesan ekonomi dan sosial.
9. Contoh ini juga tidak memperlihatkan wacana yang logik :
a) ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin
Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami telah
berlaku”.
b) Ayat tersebut tidak dapat dianggap sebagai wacana kerana idea-idea
yang dikemukakan tidak memperlihatkan proses berfikir yang sistematik
dalam membuat penaakulan (reasoning), iaitu idea-ideanya tidak
dikemukakan secara logik.
c) Ayat ini dapat menjadi wacana yang mantap dengan pembaikan seperti
yang berikut :
d) ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin
Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami yang
berlaku di negara berkenaan telah menyukarkan kerajaan untuk berbuat
demikian”.
~TAMAT~