Konsep perlembagaan

7
KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa shj. Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. - Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. - Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. - Perlembagaan Malaysia yg ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah Malaysia. Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan nasionalis Melayu menyedarkan mereka tentang usaha menuntut kemerdekaan drp penjajah Barat. - Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua dan pengenalan Perlembagaan Malayan Union serta Persekutuan Tanah Melayu oleh kerajaan British di Tanah Melayu. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan Pilihan raya di Tanah Melayu. - Penubuhan Parti Perikatan kerjasama yg lebih erat antara orang Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yg ditetapkan oleh British iaitu: Kemerdekaan hanya akan

Transcript of Konsep perlembagaan

Page 1: Konsep perlembagaan

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara &

setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh

mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai

panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan

sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau

rakyat atau sesiapa shj. Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.

Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan badan

perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada

perlembagaan.

- Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13

jadual.

- Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang

kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam,

kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang

Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

- Perlembagaan Malaysia yg ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah

Malaysia. Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan

nasionalis Melayu menyedarkan mereka tentang usaha menuntut

kemerdekaan drp penjajah Barat.

- Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua dan

pengenalan Perlembagaan Malayan Union serta Persekutuan Tanah

Melayu oleh kerajaan British di Tanah Melayu.

Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan

Pilihan raya di Tanah Melayu.

- Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yg lebih erat antara orang Melayu

dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yg ditetapkan oleh British iaitu:

Page 2: Konsep perlembagaan

“Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat negara ini

bersatu padu dan boleh bekerjasama”.

- Rombongan kemerdekaan ke London oleh pemimpin Perikatan (pelbagai

kaum)

- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka 1957.

Perlembagaan Malaysia 1963.

Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan

Malaysia membuktikan bahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa,

sedia berkorban, persefahaman dan semangat perpaduan yg tinggi

antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama dalam menjamin

kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yg berbilang kaum

dan terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri.

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL

- Unsur2 ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan

identiti Malaysia dan memupuk persefahaman pelbagai kaum ke arah

perpaduan.

- Unsur2 ini juga adalah satu “kontrak sosial” yg telah disepakati semasa

penggubalan perlembagaan.

- Unsur2 tradisi ini meliputi: bahasa, agama, pemerintahan beraja dan

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak.

Unsur2 tsb telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada

tahun 1957 dan berperanan menstabilkan politik negara.

- Unsur2 tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan & dianggap sbg

isu-isu sensitif yg dilarang drp dijadikan isu perbincangan awam.

Pembentukan Malaysia pd tahun 1963 memberi satu lagi dimensi kpd hubungan

etnik di Malaysia.

- Kedudukan kaum2 bumiputera di kedua2 negeri ini diberikan status yg sama

sebagaimana org2 Melayu, mereka turut dimasukkan ke dlm Perkara 153.

Page 3: Konsep perlembagaan

Namun hak istimewa ini dilindungi dgn cara tidak menafikan kedudukan yg

sah kaum2 lain.

Kedudukan Sabah & Sarawak di dlm perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang

Dipertua Negeri2 berkenaan – Pindaan hanya boleh dibuat sekiranya

kedua-duanya memberikan persetujuan.

- Parlimen tidak blh meminda kedudukan istimewa Sabah & Sarawak. Ini

menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja2 berhubung kedudukan orang2

Melayu.

PERKARA-PERKARA YG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Perkara 8 – persamaan & hak sama rata (kecuali dlm soal agama,

kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.

2. Perkara 10 (4) – batasan hak kebebasan bersuara drp menyentuh

kedudukan Raja2, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan

seumpamanya.

3. Perkara 38 – kuasa Majlis Raja2 menghalang Parlimen membuat undang2 yg

menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, orang Melayu & bahasa Melayu.

4. Perkara 150 (6a) – kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu &

Bumiputera Sabah & Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan

darurat.

5. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan

tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

6. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan

kedudukan yg sah kaum2 lain.

Kedudukan Bahasa Melayu

- Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yg mesti digunakan untuk

maksud2 rasmi.

Page 4: Konsep perlembagaan

- Namun perkara 152 ini juga melindungi bahasa2 lain dan

memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan

drp menggunakan (selain drp maksud rasmi) atau mengajar atau

belajar apa2 bahasa lain.

- Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa

lain dalam persekutuan.

Rasional Perkara 152

- Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sbg Lingua franca di alam

Melayu/Nusantara sejak berabad-abad lamanya.

- Persefahaman menjadikan BM sbg bahasa kebangsaan juga tidak perlu

merisaukan kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda masing2 tidak

disekat malah dijamin oleh perlembagaan.

- Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, BM telah digunakan secara meluas bagi

tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan &

kehakiman di negeri2 Melayu tidak bersekutu, jabatan Polis dsb bagi

memudahkan pentadbiran yg terdiri drp pelbagai kaum.

BM diterima sbg bahasa rasmi walaupun pd zaman pentadbiran British - Pegawai2

Eropah yg memegang lebih 90% jawatan kumpulan 1 perlu

mempelajari BM, mengambil ujian BM dan dikehendaki lulus, barulah

boleh berkhidmat di Tanah Melayu.

Kedudukan Agama Islam

- Agama Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain boleh

diamalkan dgn aman dan damai di mana2 bahagian persekutuan.

- Kebebasan beragama ini dijamin dlm perlembagaan terhadap semua

agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut &

mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:

1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

Page 5: Konsep perlembagaan

2. Menubuh & menyelenggara institusi bagi maksud agama

atau khairat.

3. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang &

mentadbirnya mengikut undang2.

- Oleh sebab Islam diterima sbg agama bagi persekutuan, pihak kerajaan

sama ada kerajaan persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan,

kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau

membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dlm

agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan untuk tujuan

itu.

Rasional perkara ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima sbg agama

persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah

zaman penjajahan British.

- Di negeri2 Melayu, sebelum penjajahan, penggunaan undang2 Islam

telah dilaksanakan dan diktiraf oleh penjajah British.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.

- Hak istimewa ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa,

pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.

- Namun perkara ini dilaksanakan dgn cara tidak menindas kaum2 lain.

Cthnya: mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang

oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yg

dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan/penamatan permit lesen yg

dipegang olehnya.

Siapakah yg dimaksudkan sbg orang Melayu?

- Dlm Perlembagaan Malaysia, Melayu itu ditakrifkan sebagai:

1. Lazimnya bertutur dlm bahasa Melayu.

2. Menganut agama Islam.

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page 6: Konsep perlembagaan

Bumiputera di Sabah & Sarawak pula semua suku kaum asli / peribumi Sabah.

Rasional Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

Sabah & Sarawak

- Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa &

sedia berkorban di kalangan orang Melayu & bukan Melayu ketika

penggubalan perlembagaan.

- Intipati drp kontrak sosial.

- Perkara2 yg dibicarakan dlm Perkara 153 ini khususnya menyentuh 3

perkara iaitu:

1. Perkhidmatan Awam.

- Dlm perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggung jwb

YDA untuk menentukan rezab bagi orang Melayu & bumiputera Sabah &

Sarawak dgn memperuntukkan kadar bilangan jawatan dlm

perkhidmatan awam persekutuan yg baginda fikirkan perlu. Namun layanan

yg adil mesti diberikan kpd setiap kaum dari segi kenaikan pangkat,

gaji & kebajikan yg lain.

-Adalah rasional merezabkan bilangan orang Melayu dan bumiputera Sabah

& Sarawak kerana pd masa penjajahan dan awal merdeka sangat

sedikit yg berpeluang menganggotai perkhidmatan awam.

2. Ekonomi.

- Perkara 153 wajar digunakan utk mencapai tujuan memperbetulkan

ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu

yg wujud kerana dasar ekonomi penjajah.

-Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yg tidak adil dan

seimbang menjadi faktor utama yg mempengaruhi hubungan etnik.

3. Pendidikan

Page 7: Konsep perlembagaan

-Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan org Melayu dan

bumiputera Sabah & Sarawak dlm kemiskinan dan tercicir dalam

kemajuan pendidikan.

-Wlpun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera

diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan

dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil.

-Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM,

Cina - KTAR,

India – Kolej Tafe

- Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan

diberikan kpd smua kaum menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan

mereka.