Konsep Pergerakan Asas
-
Upload
donally-leo -
Category
Documents
-
view
988 -
download
17
Transcript of Konsep Pergerakan Asas
1.0 PERGERAKAN ASAS.
1.1 DEFINISI
Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang ituakan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut.
Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankankebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.
Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.
Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.
1.2 Konsep Pergerakan Asas.
Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :
konsep pergerakan asas
kesdaran ruang
kesedaran tubuh badan
beban
perhubungan
I.Kesedaran ruang
Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.-
Lokasi = ruang diri dan ruang am. Arah = ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang ) Laluan =lurus , melengkung , zig - zag.- Ekstensi = ( besar -kecil ) , ( jauh - dekat )
Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.
II.Kesedaran Tubuh Badan.
Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :-
Gerak laku asas tubuh. Aktiviti gerak laku anggota - anggota tubuh. Aktiviti serta bentuk - bentuk tubuh badan.
Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskanfungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing danmemikul berta badan.
III.Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akankekuatan. Antaranya.-
Masa : cepat - lambat. Daya : kuat - ringan.- Aliran : bebas - terikat.
IV.Perhubungan
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;
Objek : atas - bawah, dekat-jauh, keliling - sisi, bertemu - berpisah. Manusia. Memimpin- ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.
1.3 JENIS PERGERAKAN ASAS
Di dalam pergerakan asas terdapat 3 pergerakan atau kemahiran iaitu :
2.0 Pergerakan Lokomotor.
2.1 DEFINISI
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahanitu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor.Pergerakan ini melibatkan aspek arah, haluan dan masa.
Aspek HuraianArah Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri
atau ke kananHaluan Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh
dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lainMasa Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan,
masa boleh dalamkeadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.
Pergerakan asas
Pergerakan lokomotor
Lokomotor beritma sekata
Lokomotor beritma tak
sekata
Pergerakan bukan
lokomotror
Pergerakan manipulasi
alatan
2.3 JENIS PERGERAKAN LOKOMOTOR
jenis pergerakan lokomotor
beritma sekata
-berjalan-berlari
-melompat-hop
-leap-
beritma tidak sekata-skip
-menggelongsor-galop
Pergerakan lokomotor
2.4 Contoh-contoh pergerakan lokomotor
BENTUK PERGERAKAN CONTOH GAMBAR
BERJALAN
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
Jalan berundur dan kemudian ke hadapan Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan Berjalan naik tangga
BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula Berlari kehadapan serta berundur kesisi Berlari mengikut arah zig zag Lari beberapa langkah dan kemudian melompat
MELOMPAT
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
Melompat seperti rusa melompat pagar Melompat tali atau garisan di atas lantai Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat Melompat sambil mengubah arah lompatan
MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
Melompat keting ting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empatkiraanMelompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekananMelompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekananmengikut isyaratMelompat ketingting meliputi pelbagai jarak
MERANGKAK
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
Merangkak melalui pelbagai halangan Merangkak melalui bawah sarang labah-labah Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat Merangkak melalui tali
3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
3.1 Definisi
Pergerakan bukan lokomotor merupakan keupayaan untuk mengerakkan tubuh
badan tanpa beralih tempat. Kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama
tanpa melakukan pergerakan yang memerlukan perubahan tempat. Kanak-kanak
berada pada tempat yang sama dan melakukan beberapa pergerakan. Contohnya
aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan
bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni
tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih
dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.
3.2 Konsep Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan
membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan
seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Pergerakan
dilakukan dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Hal ini kerana dalam
konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan
lebih kepada pergerakan halus dan ringan sahaja.
3.3 Contoh-contoh Pergerakan Bukan Lokomotor
a)Menghayun
Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu
titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik
semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu,
menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke
kanan ataupun dari depan ke belakang.
b) Menarik Tangan Pasangan
Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu
membiarkan kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan
menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara
amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini
kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-
kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan
secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar
cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan.
c) Imbangan satu Tapak
Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala
dengan berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola
dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian mebuat imbangan satu tapak
sokongan dilakukan.
d) Memutar Gelung di Tangan
Kanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar
menggerak dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi
mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil
kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan
gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan
mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung
dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas
itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh
menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan
mereka sambil kaki berdiri statik.
e) Melambung Bola
Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru
perlu kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat
melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati
sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri
statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan
melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk
menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila
mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan
mata dan tangan.
3.4 GAMBAR PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
4.0 MANIPULASI ALATAN
4.1 DEFINISI
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid
sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan
mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi
melibatkan tiga aspek iaitu :-
Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam
Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
4.2 Konsep Manipulasi Alatan
Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan
alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan sama ada
pergerakan lokomotor ataupun pergerakan bukan lokomotor. Kemahiran ini banyak
memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan
untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Oleh itu, kemahiran
asas ini dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan- mata, kaki
mata dan lain-lain.
Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur
pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas
yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya
menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
4.3 ALATAN YANG DIGUNAKAN
Jenis-jenis Alatan
Pundi kacang
Bola kecil
Bola besar
Gelung
Tali
Batang rotan
4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alatan
Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra sekolah dan sekolah
rendah ialah:
i. Membaling dan melambung
Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula.
Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula.
Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula.
Meleretkan bola ke sasaran .
ii. Menyambut
Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula.
Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula.
Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula.
Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan.
Membaling dan menangkap bola secara bergilir dengan pasangan.
iii. Memukul
Memukul alatan dengan tangan .
Memukul alatan dengan gengaman.
Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran.
Melambung belon ke udara dan kemudian memukul.
4.4 Contoh Manipulasi Alatan
Melantun bola sambil
berjalan
Memusingkan badan dengan
gelungSkipping
Permainan "Zero Point"
Melambung bola
Melambung pundi
kacang