Konsep Kesihatan Diri Sem 1
-
Upload
chuah-jia-hui -
Category
Documents
-
view
877 -
download
17
description
Transcript of Konsep Kesihatan Diri Sem 1
1.1 DEFINSI KESIHATAN DIRI
ADAKAH ANDA SIHAT?
MENGAPA?
BAGAIMANA?
DARI ASPEK APA?
Konsep Kesihatan Diri
Secara umumnya, kesihatan diri sering ditakrif sebagai :
dalam keadaan sihat dan selamat bebas daripada kecederaan, kecacatan bebas daripada penyakit
Apakah maksud KESIHATAN DIRI?
Konsep Kesihatan Diri MenyeluruhDefinisi Dan Takrif Kesihatan diri yang Menyeluruh: ‘Kesihatan‘ boleh ditakrif sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi
kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.(Hoyman)
Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja.
Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.
5 Komponen-Komponen Utama
• MENTALMental meliputi daya pemikiran dan kebolehan untuk
menyelesaikan masalah . Ia juga memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan bekerja. Dengan mental yang sihat individu dapat menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan pemikiran positif serta hubungan baik dengan orang lain.
• FIZIKAL Keadaan fizikal yang baik membolehkan seseorang untuk
melaksanakan tugas harian dengan cekap dan tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.
• Sosial Komponen sosial merupakan suatu keupayaan individu
untuk berhubung atau berkomunikasi secara berkesan dengan individu lain dan komuniti.
• EmosiEmosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dapat dirasai oleh
seseorang sejak dilahirkan. Insan yang cergas dari segi emosinya boleh mengimbangi perasaan kendiri secara positif dalam menangi masalah hariannya supaya boleh tenangkan minda.
• RohaniRohani ialah suatu pegangan atau kepercayaan yang
diamalkan oleh seseorang untuk mencapai ketenangan jiwa dan sanubari. Kesihatan rohani membolehkan individu untuk menwujudkan satu sistem nilai, mendisiplinkan diri dan bertindak berdasarkan kepercayaan dan pegangan agama yang kukuh untuk meningkatkan matlamat hidup yang lebih konstruktif.
Pernahkah anda mendengar peribahasa tersebut?
Menurut definisi WHO, kelima-lima komponen saling mempengaruhi dan akan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kesihatan, kesejahteraan kehidupan kami lalu meningkatkan kualiti hidup. Hal ini kerana:
• Dengan mental yang baik, kita mampu mengawal tingkah laku dan emosi kita lalu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara individu.
• Cth : Kita dapat menimba ilmu dengan terang hati apabila emosi kita tenang.
• Dengan fizikal yang cergas, kita dapat melakukan aktiviti harian dan riadah tanpa kekangan.
• Oleh itu, kita dapat mencapai keperluan hasrat diri(Self-actualization) lalu dapat meningkatkan kualiti hidup kita.