Komunikasi Pengetua

2
Komunikasi Pengetua-guru : Satu analisis Pengetua sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan matlamat sekolah. Komunikasi yang berkesan bermakna guru- guru akan terlibat sama dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada dalam diri masing-masing Dari segi konsep, komunikasi bererti proses menyalurkan maklumat, mesej dan tanda-tanda tertentu. Apabila kita berkomunikasi, kita akan membawa bersama pengalaman, nilai-nilai dan makna tersendiri, lantaran itu mesej, tanda dan simbol- simbol boleh diertikan secara berlainan oleh penerimanya mengikut pengalaman dan latarbelakang masing-masing. Komunikasi Berkesan Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,

description

rujukan

Transcript of Komunikasi Pengetua

Page 1: Komunikasi Pengetua

Komunikasi Pengetua-guru : Satu analisis

Pengetua sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan

matlamat sekolah. Komunikasi yang berkesan bermakna guru-guru akan terlibat sama

dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang

diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan

sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif

dan bertindak secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri

yang ada dalam diri masing-masing Dari segi konsep, komunikasi bererti proses

menyalurkan maklumat, mesej dan tanda-tanda tertentu. Apabila kita

berkomunikasi, kita akan membawa bersama pengalaman, nilai-nilai dan makna

tersendiri, lantaran itu mesej, tanda dan simbol- simbol boleh diertikan secara berlainan

oleh penerimanya mengikut pengalaman dan latarbelakang masing-masing.

Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,

pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan

yang menyusuli. Kemahiran berkomunikasi adalah berdasarkan ilmu pengetahuan

dan berpegang pada etika apabila berkomunikasi. Untuk mencipta komunikasi

yang berkesan, kita perlu menguruskan proses komunikasi itu supaya semua pihak

yang terlibat berasa puas kerana objektif mereka tercapai. Apabila sedang berinteraksi,

kita bukan hanya memainkan satu peranan sebagai penutur, manakala orang lain

sebagai pendengar kita. Sebenarnya, kita juga berperanan sebagai pendengar. Oleh itu,

mainkanlah kedua-dua peranan itu dengan seimbang. Untuk membantu orang

lan memahami apa yang kita terangkan, jangan hanya bercakap dengan cara yang

mendatar serta tanpa emosi tetapi gunakan perubahan suara, gerak-geri badan, mata

dan air muka untuk membantu menjelaskan apa yang kita maksudkan.