KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · 3.2...
Transcript of KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · 3.2...
KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA
Karung Berkunci 1200 Ayer Keroh
75450 Melaka Tel.: 606-2332266 Fax: 606-2332277
PEJABAT BENDAHARI
Ruj. Kami (Our Ref.) : KUTKM.03/10.12/3/1 ( 8 ) 23 Oktober 2001 Ruj. Tuan (Your Ref.):
PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 8/2001
Semua
Ketua Bahagian/Dekan
Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia
Ayer Keroh, Melaka.
Assalamualaikum wrt. wbt.
Y. Bhg. Datuk/Prof/Dr./ Tuan/Puan,
SKIM PINJAMAN KENDERAAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL
KEBANGSAAN MALAYSIA
PANDUAN AM
Skim Pinjaman Kenderaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Skim Pinjaman Kenderaan (Konvensional)
b) Skim Pinjaman Kenderaan (Al-Bai’Bithaman’Ajil)
Skim Pinjaman Kenderaan Kolej Universiti Kebangsaan Malaysia adalah terbuka kepada
semua staf samaada yang berjawatan tetap atau kontrak. Staf yang bertaraf sambilan
adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.
SKIM PINJAMAN KENDERAAN (KONVENSIONAL)
1.0 KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah seorang staf Kolej Universiti berjawatan tetap atau
kontrak yang memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi. (Para 4.1 PP 7/93)
1.2 Berikut adalah kelayakan pembiayaan maksimun pinjaman yang
dibenarkan:
GRED/KATEGORI
JUMLAH HAD
PINJAMAN
Kereta:
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
a) Jawatan Utama
b) Jawatan Gred Khas
RM60,000.00
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional RM55,000.00
Kumpulan Sokongan
(Kelulusan Khas untuk Gaji RM1,320.00
dan ke bawah)
RM45,000.00
Motosikal RM 5,000.00
Basikal RM 500.00
(Para 2.1 SPP 9/2000)
2.0 KELULUSAN
2.1 Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa Pinjaman Kenderaan yang
dipohon adalah mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang staf.
2.2 Kuasa meluluskan pinjaman ini setelah dipastikan bahawa pemohon
benar-benar telah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, adalah
di bawah kuasa Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan. (Para 2.1 PP 7/93)
3.0 KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG
3.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan
yang telah dilengkapkan sebanyak 4 salinan.
3.1.1 Salinan Asal – diserahkan pada pemohon
3.1.2 Salinan Kedua – dilampirkan bersama baucer bayaran
3.1.3 Salinan Ketiga – direkodkan dalam fail permohonan
3.1.4 Salinan Keempat – disimpan dalam fail peribadi peminjam.
3.2 Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon dengan pembekal
atau pemilik kenderaan.
3.3 Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari
pembekal atau pemilik kenderaan.
3.4 Pemohon dikehendaki mengemukakan dua salinan dokumen-dokumen
berikut kepada Pejabat Bendahari:
3.4.1 Lesen memandu
3.4.2 Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan
KUTKM
3.4.3 Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin
3.4.4 Kad pengenalan pemohon dan penjamin
3.4.5 Sebutharga untuk kereta baru
3.4.6 Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai
3.4.7 Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk
kenderaan terpakai
3.4.8 Surat pengesahan dari pembekal berhubung tarikh sebenar
kenderaan dapat dibekalkan. (Para 4.1 PP 7/93)
3.5 Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran
berikut:
3.5.1 Nama pemilik berdaftar
3.5.2 Jenis, nombor dan kuasa kenderaan
3.5.3 Nombor chasis dan nombor enjin
3.5.4 Nilai kereta/motosikal; dan
3.5.5 Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat
dipakai. (Para 8.1(ii) PP 7/93)
4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PINJAMAN
4.1 Pinjaman hanya boleh diberi kepada seorang staf sekali sahaja dalam
tempoh lima tahun dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan. (SPP 5/2001)
4.2 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau kontrak, pinjaman hendaklah
dijamin oleh 2 orang penjamin (Staf KUTKM) dari Kumpulan Pengurusan
dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam
jawatannya. (Para 4.4 PP 7/93)
4.3 Jumlah potongan bulanan pinjaman kenderaan tidak boleh melebihi 1/3
daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan termasuk potongan
bulanan kenderaan yang ditanggung oleh staf berkenaan tidak boleh
melebihi 60% daripada gaji pokok serta elaun-elaun lain.
4.4 Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak
boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain
bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga
bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai
jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi
pinjaman kereta Proton Saga, harga bersih kenderaan selain daripada item-
item tersebut boleh juga termasuk item-item yang berikut:
4.4.1 radio kaset
4.4.2 power window
4.4.3 central locking system
4.4.4 boot tray
4.4.5 penahan angin
4.4.6 penahan karat
4.4.7 jejalur badan, spoiler belakang dan skirting
4.4.8 alarm kereta
4.5 Peminjam hendaklah membeli Polisi Insurans Komprehensif bagi
melindungi kenderaan itu di mana jumlah amaun perlindungannya tiap-
tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pinjaman yang masih ada. (Para 4.7(i) PP 7/93)
4.6 Peminjam tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan
kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Pejabat Bendahari. (Para 4.7(ii) PP 7/93)
4.7 Permohonan pinjaman dari staf yang bergaji kurang dari RM1,320.00
sebulan, untuk membeli kereta, hanya boleh dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Pejabat Bendahari dengan syarat :
4.7.1 Ketua Jabatan memperakukan bahawa:
(a) Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan
cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta sendiri,
ataupun staf yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga
Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh
menunggang motosikal.
(b) Staf mempunyai lesen memandu yang sah.
(c) Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan
berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji
pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah
tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-
elaun yang diterima.
Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi daripada
200 km tiap-tiap bulan selama 3 bulan berturut-turut.
4.7.2 Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun
Hitungan Batu Kelas C. (Para 5.3 PP 7/93)
4.8 Bayaran Perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang
belum diselesaikan adalah dikenakan kepada peminjam melainkan
pinjaman membeli bot dan basikal di mana dikecualikan daripada bayaran
perkhidmatan. (Para 6.1 PP 7/93)
4.9 Bayaran Perkhidmatan sebanyak 10% setahun akan dikenakan ke atas
ansuran-ansuran tertunggak sehingga selesai. (Para 6.2 7 PP 7/93)
4.10 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah
mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Bendahari. (Para 4.2 PP 7/93)
5.0 KAEDAH PEMBAYARAN BALIK
5.1 Cara-cara pembiayaan balik Pinjaman Kenderaan adalah seperti berikut :
5.1.1 Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik
sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan.
(a) Kereta - Tidak melebihi 84 bulan (Baru)
Tidak melebihi 72 bulan (Terpakai)
(b) Motosikal - Tidak melebihi 60 bulan (Baru)
Tidak melebihi 48 bulan (Terpakai)
(c) Motobot - Tidak melebihi 48 bulan
Tidak melebihi 48 bulan (Enjin Motobot)
(d) Bot - Tidak melebihi 12 bulan
(e) Basikal - Tidak melebihi 12 bulan
5.2 Pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum peminjam bersara
atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak
perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam hendaklah tidak
melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf dengan kerajaan.
5.3 Baki pinjaman peminjam yang meninggal dunia boleh diselesaikan oleh
waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan.
5.4 Baki pinjaman peminjam yang meletak jawatan atau meninggalkan
perkhidmatan di KUTKM, hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum
tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan.
5.5 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan sekaligus semua
ansuran tertunggak atau baki pinjaman yang belum diselesaikan termasuk
bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun daripada gaji bulanan
peminjam.
5.6 Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pinjaman kenderaan adalah
dibenarkan kepada staf yang telah diluluskan cuti tanpa gaji oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun bayaran perkhidmatan mengikut kadar biasa masih
berkuatkuasa sepanjang tempoh penangguhan cuti tanpa gaji tersebut. (Para 7 PP 7/93)
6.0 TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN
6.1 Setiap permohonan pinjaman akan dimesyuaratkan dalam Jawatankuasa
Pinjaman Kenderaan yang akan diadakan pada setiap bulan. Pemohon
perlu menunggu keputusan permohonan pinjaman sehingga dibawa ke
dalam mesyuarat mengikut senarai pemohon.
6.2 Selepas permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan,
surat kelulusan dan surat tawaran akan dikeluarkan. Pemohon
dikehendaki menandatangani akuan persetujuan menerima pinjaman
dalam tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan.
6.3 Surat Perjanjian (4 salinan) akan disediakan dan dihantar kepada pemohon
untuk ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM500.00 pinjaman,
nilai cukai setem yang dikenakan adalah RM2.50. (Para 3.3 PP 7/93)
6.4 Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pengeluar selepas perjanjian
pinjaman ditandatangani antara pemohon dan pihak Kolej Universiti dan
selepas mendapat pengesahan dari pembekal bahawa kenderaan yang
ditempah sedia untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pemohon
berkenaan.
6.5 Pemohon dikehendaki menyerahkan dokumen berikut:
6.5.1 Resit pembelian
6.5.2 Cover Notes/ Sijil Insurans Komprehensif
6.5.3 Buku Pendaftaran Kenderaan yang tercatat “HAK MILIK
DITUNTUT OLEH KUTKM”
6.6 Semua dokumen ini harus diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas cek
bayaran dikeluarkan. Sekiranya peminjam gagal untuk menyerahkan
dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pinjaman itu
dianggap terbatal. Bendahari hendaklah mengambil tindakan untuk
mendapatkan kembali semua wang pinjaman kenderaan secara sekaligus
dan staf berkenaan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 10%
setahun ke atas jumlah pinjaman yang diluluskan. Gaji dan elaun-elaun
staf berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua pinjaman dengan
bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun dikutip secara potongan dari
gaji dan elaun-elaun peminjam tersebut.
6.7 Jika pinjaman kenderaan dibatalkan atas sebab-sebab lain daripada para
6.6, Bendahari hendaklah mendapatkan balik baki pinjaman kenderaan
yang telah diluluskan dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 10%
setahun secara potongan gaji dan elaun-elaun peminjam berkenaan.
6.8 Peminjam hendaklah mengemukakan Sijil Insurans tiap-tiap tahun kepada
Bendahari. (Para 12 PP 7/93)
7.0 LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1 Jumlah insurans yang diambil mestilah tidak kurang dari jumlah baki
harga jualan yang masih ada.
7.2 Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan
tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik
dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan)
7.3 Pinjaman Kenderaan KUTKM tidak boleh digunakan untuk
menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan. (Para 13.1 PP 7/93)
7.4 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum
pinjamannya selesai.
7.5 Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara,
meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya.
7.6 Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan
kadar bayaran ansurans adalah seperti yang terdapat pada Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2000. (rujuk laman web
www.treasury.gov.my)
8.0 PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ
8.1 Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Bendahari hendaklah melaporkan dengan segera apa-apa penyelewengan
atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan ini.
8.2 Bayaran penalti 10% setahun ke atas jumlah pinjaman akan dikenakan ke
atas peminjam dan tindakan surcaj akan diambil terhadap pegawai yang
bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya terdapat
syarat-syarat dan peraturan tidak dipenuhi. (Para 15 PP 7/93)
* Sumber Rujukan adalah dari :
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1990
Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1990
Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1993
Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1993
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2001
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2000
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1996
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 16 Tahun 1988
SKIM PINJAMAN KENDERAAN (PRINSIP AL-BAI’BITHAMAN’AJIL)
1.0 TAFSIRAN
“Al-Bai’Bithaman’Ajil” bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan
dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan
barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga
ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
“Harga Belian” bererti jumlah kos bagi kenderaan yang akan dibeli oleh pihak
kerajaan melalui bayaran seperti berikut :
i) Amaun pembiayaan kerajaan yang diluluskan kepada staf
ii) Bayaran muka yang ditanggung oleh staf jika harga kenderaan melebihi
kelayakan staf.
“Amaun Pembiayaan Kerajaan” bererti jumlah yang dibiayai oleh kerajaan
berdasarkan kepada kelayakan staf.
“Bayaran Muka” bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amaun
pembiayaan kerajaan.
“Harga Jualan” bererti jumlah sebenar yang akan dibayar oleh staf berikut :
i) Bayaran muka yang ditanggung oleh staf jika harga kenderaan melebihi
kelayakan pangkat.
ii) Amaun Pembiayaan dan Keuntungan Kerajaan
“Keuntungan” bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh kerajaan
dari semasa kesemasa.
“Tugas rasmi” bererti tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada
menghadiri kursus-kursus dan tidak termasuk perjalanan ulang-alik ke pejabat.
“Polisi Perlindungan Takaful” bererti suatu skim perlindungan insurans kenderaan
yang berasaskan kepada prinsip saling jamin-menjamin yang diluluskan oleh
kerajaan. (Para 2 PP 8/93)
2.0 KELAYAKAN
2.1 Pemohon mestilah seorang staf Kolej Universiti berjawatan tetap atau
kontrak yang memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi. (Para 5.1 PP 8/93)
2.2 Berikut adalah kelayakan pembiayaan maksimun pinjaman yang
dibenarkan:
GRED/KATEGORI JUMLAH HAD
PINJAMAN
Kereta
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
a) Jawatan Utama
b) Jawatan Gred Khas
RM60,000.00
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional RM55,000.00
Kumpulan Sokongan
(Kelulusan Khas untuk Gaji RM 1,320
dan kebawah)
RM45,000.00
Motosikal RM 5,000.00
Basikal RM 500.00
(Para 2 SPP 9/2000)
3.0 KELULUSAN
3.1 Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa Pinjaman Kenderaan yang
dipohon adalah mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai.
3.2 Kuasa meluluskan pinjaman ini setelah dipastikan bahawa pemohon
benar-benar telah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan adalah
di bawah kuasa Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan. (Para 3 PP 8/93)
4.0 KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG
4.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan
yang ditetapkan sebanyak 4 salinan. (para 4.1 PP 8/93)
4.2 Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon dengan pembekal
atau pemilik kenderaan.
4.3 Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari
pembekal atau pemilik kenderaan.
4.4 Pemohon dikehendaki mengemukakan dua salinan dokumen-dokumen
berikut kepada Pejabat Bendahari:
4.4.1 Lesen memandu
4.4.2 Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan
KUTKM
4.4.3 Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin
4.4.4 Kad pengenalan pemohon dan penjamin
4.4.5 Sebutharga untuk kereta baru
4.4.6 Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai.
4.4.7 Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk
kenderaan terpakai.
4.4.8 Surat Pengesahan dari pembekal tarikh sebenar kenderaan dapat
dibekalkan. (Para 4.1 SPP 8/93)
4.5 Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya atau Jabatan pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran
berikut:
4.5.1 Nama pemilik berdaftar
4.5.2 Jenis, nombor dan kuasa kenderaan
4.5.3 Nombor chasis dan nombor enjin
4.5.4 Nilai kereta/motosikal; dan
4.5.5 Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat
dipakai (Para 9.1(iii) PP 8/93)
5.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PINJAMAN
5.1 Pinjaman hanya boleh diberi kepada seorang staf sekali sahaja dalam
tempoh lima tahun dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan. (SPP 5/2001)
5.2 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau kontrak, pinjaman hendaklah
dijamin oleh 2 orang penjamin (Staf KUTKM) dari Kumpulan Pengurusan
dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam
jawatannya. (Para 5.4 PP 8/93)
5.3 Jumlah potongan bulanan pinjaman kenderaan tidak boleh melebihi 1/3
daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan termasuk potongan
bulanan kenderaan yang ditanggung oleh staf berkenaan tidak boleh
melebihi 60% daripada gaji pokok serta elaun-elaun lain. (Para 5.8(ii) 8/93)
5.4 Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak
boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain
bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga
bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai
jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi
pinjaman kereta Proton Saga, harga bersih kenderaan selain daripada item-
item tersebut boleh juga termasuk item-item yang berikut :
5.4.1 radio kaset
5.4.2 power window
5.4.3 central locking system
5.4.4 boot tray
5.4.5 penahan angin
5.4.6 penahan karat
5.4.7 jejalur badan, spoiler belakang dan skirting
5.4.8 alarm kereta (Para 5.5 PP 8/93)
5.5 Peminjam hendaklah menyertai takaful kenderaan (Komprehensif).
Jumlah wang yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang
dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan. (Para 5.1 PP 8/93)
5.6 Peminjam tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan
kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Pejabat Bendahari. (Para 5.7(i) PP 8/93)
5.7 Permohonan pinjaman dari staf yang bergaji kurang dari RM 1,320.00
sebulan, untuk membeli kereta, hanya boleh dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Pejabat Bendahari dengan syarat:
5.7.1 Ketua Jabatan memperakukan bahawa:
(a) Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan
cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta sendiri,
ataupun staf yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga
Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh
menunggang motosikal.
(b) Staf mempunyai lesen memandu yang sah.
(c) Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan
berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji
pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah
tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-
elaun yang diterima.
(d) Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi daripada
200 km, tiap-tiap bulan, selama 3 bulan berturut-turut.
5.7.2 Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun
Hitungan Batu Kelas C. (Para 5.7 PP 8/93)
5.8 Sekiranya harga belian tersebut, adalah melebihi daripada pinjaman
maksimun, staf hendaklah menyelesaikan sendiri amaun bayaran muka.
Bayaran muka ini akan dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan
bayaran balik. (Para 6.3 PP 8/93)
6.0 KAEDAH PEMBAYARAN BALIK
6.1 Cara-cara pembayaran balik pinjaman kenderaan adalah seperti berikut :
6.1.1 Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik
sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan.
(a) Kereta - Tidak melebihi 84 bulan (Baru)
Tidak melebihi 72 bulan (Terpakai)
(b) Motosikal - Tidak melebihi 60 bulan (Baru)
Tidak melebihi 48 bulan (Terpakai)
(c) Motobot - Tidak melebihi 48 bulan
Tidak melebihi 48 bulan (Enjin Motobot)
(d) Bot - Tidak melebihi 12 bulan
(e) Basikal - Tidak melebihi 12 bulan
6.2 Harga jualan setelah ditolak bayaran muka, hendaklah dibayar balik oleh
staf, secara ansurans dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan.
Kaedah pembayaran balik ini adalah seperti yang terdapat pada lampiran
SPP Bil 9/2000. (Sila rujuk laman web www.treasury.gov.my)
6.3 Pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum peminjam bersara
atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak
perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam hendaklah tidak
melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf dengan kerajaan.
6.4 Baki pinjaman peminjam yang meninggal dunia boleh diselesaikan oleh
waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan.
6.5 Baki pinjaman peminjam yang meletak jawatan atau meninggalkan
perkhidmatan di KUTKM, hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum
tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan.
6.6 Bayaran balik pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh
yang dipersetujui atau dalam kes tertentu dimana seseorang staf atau
warisnya berada dalam kesempitan (‘Asarah) seperti mengalami
kebakaran atau banjir, Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan boleh atas
pertimbangan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan.
6.7 Baki harga jualan boleh diselesaikan lebih awal dari tempoh yang
ditentukan. Dalam hal yang demikian Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan
atas budi bicaranya boleh memberikan ‘Muqassah’ (Rebate) mengikut
kadar yang akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara dari masa ke
semasa.
6.8 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan sekaligus semua
ansuran tertunggak atau baki pinjaman yang belum diselesaikan.
6.9 Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pinjaman kenderaan adalah
dibenarkan kepada staf yang telah diluluskan cuti tanpa tanpa gaji oleh
kerajaan. Dalam hal ini, tempoh bayaran balik hendaklah dijadualkan
semula tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan bagi tempoh
berkenaan. (Para 8 PP 8/83)
7.0 TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN
7.1 Setiap permohonan pinjaman akan dimesyuaratkan dalam Jawatankuasa
Pinjaman Kenderaan yang akan diadakan pada setiap bulan. Pemohon
perlulah menunggu keputusan permohonan pinjaman sehingga dibawa
kedalam mesyuarat mengikut senarai pemohon.
7.2 Selepas permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan,
surat tawaran pinjaman dan surat kelulusan akan dikeluarkan. Pemohon
dikehendaki untuk menandatangani akuan persetujuan menerima pinjaman
dalam tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan.
7.3 Surat Perjanjian akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk
ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM 500 pinjaman, nilai
cukai setem yang dikenakan adalah RM 2.50 (Para 4.3 PP 8/93)
7.4 Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pembekal selepas perjanjian
pinjaman ditandatangani antara pemohon dan pihak Kolej Universiti dan
selepas mendapat pengesahan dari pembekal bahawa kenderaan yang
ditempah sedia untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pemohon
berkenaan.
7.5 Pemohon dikehendaki menyerahkan dokumen berikut :
7.5.1 Resit pembelian
7.5.2 Nota Takaful/ Sijil Takaful Kenderaan
7.5.3 Buku Pendaftaran Kenderaan yang tercatat “HAK MILIK
DITUNTUT OLEH KUTKM”
7.6 Semua dokumen ini harus diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas cek
bayaran dikeluarkan. Sekiranya peminjam gagal untuk menyerahkan
dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pinjaman itu
dianggap terbatal.
7.7 Bendahari hendaklah mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali
semua wang pinjaman kenderaan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun
staf berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua pinjaman dan
keuntungan dijelaskan.
7.8 Jika pinjaman kenderaan dibatalkan atas sebab-sebab lain daripada para
7.6, Bendahari hendaklah mendapatkan balik baki pinjaman kenderaan
yang telah diluluskan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun peminjam
berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pinjaman dan
keuntungan telah dijelaskan.
7.9 Peminjam hendaklah mengemukakan Sijil Insurans Takaful
(Komprehensif) tiap-tiap tahun kepada Bendahari. (Para 13 PP 8/93)
8.0 LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
8.1 Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan
tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik
dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan)
8.2 Pinjaman Kenderaan KUTKM tidak boleh digunakan untuk
menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan. (Para 14.1 PP 8/93)
8.3 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum
pinjamannya diselesaikan. (Para 14.2 PP 8/93)
8.4 Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara,
meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya.
8.5 Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan
kadar bayaran ansurans adalah seperti yang terdapat pada Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2000.
8.6 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari. (Para 5.2 PP 8/93)
9.0 PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ
9.1 Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Bendahari
hendaklah melaporkan dengan segera apa-apa penyelewengan atau
kegagalan mamatuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan ini.
9.2 Tindakan surcaj atau tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai
yang bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya
terdapat syarat-syarat dan peraturan tidak dipenuhi.
* Sumber Rujukan adalah dari :
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1990
Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1990
Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1993
Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1993
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2001
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2000
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1996
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 16 Tahun 1988
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH’
Yang benar,
KHAIRUL B. TAIB
Bendahari
Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia
s.k Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Ruddin b. Ab. Ghani
Rektor
Y. Bhg. Prof. Ismail b. Hassan
Timbalan Rektor (Akademik)
Y. Bhg. Prof. Dr. Azhari b. Saleh
Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat)