Kkp Waj3062 Hub Etnik 13 Mei

download Kkp Waj3062 Hub Etnik 13 Mei

of 23

Transcript of Kkp Waj3062 Hub Etnik 13 Mei

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK (PERISTIWA 13 MEI 1969)

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK (PERISTIWA 13 MEI 1969)2014

1.0 PengenalanHubungan etnik adalah satu daripada aspek penting dalam kehidupan manusia, kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak. Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia hari ini. Malaysia bangga dengan rekod pembangunan dan perpaduan negara yang dikecapi pada hari ini. Rakyatnya terdiri dari pelbagai budaya, bahasa, dan agama tetapi ciri-ciri etnik ini tidak memisah dan mengasingkan mereka hingga menjadi penghalang kepada berlakunya perhubungan, kerjasama dan hidup bersama dalam kalangan mereka. Dalam suasana keharmonian dan kestabilan sosial ini, pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.

Kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan per kapita adalah tinggi. Manakala kadar pengangguran, inflasi dan kemiskinan adalah rendah. Dalam suasana transformasi masyarakat yang sedemikian adalah rendah. Namun begitu, kejayaan pembangunan dan perpaduan negara yang dikecapi ini tidak boleh dipandang dengan sambil lewa kerana pengajian perhubungan etnik telah menunjukkan bagi setiap pusingan tiga generasi, jika perpaduan dan patriotisme tidak dijadikan agenda negara, setiap etnik itu akan menyubur kembali ciri-ciri dan batas etnik mereka hingga boleh menyebabkan berlakunya kerenggangan perhubungan antara mereka.Setiap rakyat Malaysia juga berhadapan dengan realiti hubungan etnik ini, kerana di negara ini kita terdapat lebih kurang 200 suku kaum. Walaupun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, tetapi pada hakikatnya terdapat banyak lagi suku-suku kaum yang lain. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. 2.0 Peristiwa 13 Mei 1969

2.1 Kronologi peristiwa 13 Mei 1969Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan tragedy rusuhan kaum yang disifatkan sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia pada waktu itu. Tragedi malang ini mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Sesungguhnya, peristiwa ini merupakan satu detik hitam dalam lipatan sejarah perkembangan Negara Malaysia yang harus dijadikan iktibar.Sebelum peristiwa 13 Mei ini, Negara Malaysia telah mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 dengan menyatupadukan pelbagai kaum meskipun mereka mempunyai adat istiadat, agama, dan cara hidup yang berlainan. Dengan itu, satu pelaksanaan demokrasi yang telah dilakukan iaitu penggubalan Perlembagaan Negara. Perlembagaan itu menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu. Maka dengan semangat persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan rakyat negara ini, negara dan dan bangsa kita telah maju ke hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya tahun 1955. Semangat ini juga telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri, sehingga berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini. Dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia.Isuisu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya 1969. Akibat daripada isu tersebut, semangat kaum-kaum di Malaysia telah meluap-luap. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitive berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah berkurangan daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Sebanyak 37 buah kerusi Parlimen yang lain telah dimenangi oleh masing-masing Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPP) dan PAS. Punca tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan yang diadakan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan yang telah menang besar di kawasan Batu, Selangor meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Kaum Cina yang menang dilaporkan telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambing kemenangan mereka menyapu bersih kerusi. Pada masa yang sama, mereka turut mealungkan slogan. Timbul pendapat yang menyatakan penyapu tersebut dilihat sebagai lambing mereka akan menyapu (menyingkir) orang Melayu ke laut. Masalah ini semakin buruk kerana dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif.Orang Melayu telah berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Ketika berkumpul, terdapat cerita tentang kebiadapan ahli Parti Gerakan lalu menimbulkan kemarahan yang meluap-luap. Pada jam 3.00 petang, terdapat perkhabaran bahawa seorang wanita mengandung yang dibunuh dengan kejam. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita tersebut dikatakan sempat memasukkan semula janin yang terkeluar ke dalam perutnya. Orang Melayu telah bertindak balas. Dua orang Cina penunggang motosikal yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Peristiwa tersebut telah menyemarakkan lagi api permusuhan antara Melayu dan Cina. Akibat perintah darurat yang dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan meninggalkan rumah masing-masing. Pasukan polis diarah berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Kawalan ke atas Kampung Baru telah diambil alih oleh pihak tentera Rejimen Renjer daripada pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain lain. Ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus dijilat api. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.Perkhabaran tentang rusuhan tersebut mula tersebar ke seluruh negara. Terdapat khabar angin yang menyatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik yang sedang menuju ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahatyang disekat oleh pasukan polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Walaupun keadaan buruk tercetus di Kuala Lumpur, namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Begitu juga di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis, yang tidak melaporkan sebarang pergaduhan. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.Buktinya yang kukuh menyokong pandangan ini adalah keadaan sebelum itu, apabila masyarakat Melayu dan Cina hidup dalam keadaan yang harmoni. Pergaduhan ternyata tidak berlaku di negeri yang majority penduduknya orang Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ini merupakan isu perkauman, pastinya ramai orang Cina di negeri-negeri tersebut telah dibunuh. Hal yang sama juga dapat disimpulkan dengan keadaan aman di Pulau Pinang yang majoroti penduduknya terdiri daripada kaum Cina.Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 tercetus selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Ini jelas memperlihatkan isu perbezaan politik pada waktu ini. Peristiwa ini juga hanya melibatkan orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja. Persepsi negative masyaraka Melayu ke atas kaum Cina merupakan reaksi mereka terhadap orang Cina yang merupakan majority anggota pasukan Bintang Tiga. Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu selepas kekalahan tentera Jepun. Selain memerintah secara kuku besi, mereka juga membunuh ramai orang Melayu.Angka rasmi menunjukkan seramai 196 orang mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. Sebanyak 211 buah kenderaan musnah. Tetapi penduduk Malaysia telah menganggar bahawa ramai lagi dibunuh. Sebuah tesis PhD dari Universiti California, Berkeley menganggarkan seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Statistik tidak rasmi mencatatkan jumlah kematian :KaumBilangan kematian

Melayu 86 orang

Cina 342 orang

Lain-lain3 orang

Jumlah441 orang

Jadual 1 : Statistik tidak rasmi mencatatkan jumlah kematianSewaktu kejadian 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Setar meraikan kemenangan beliau di sana. Pada jam 6.45 petang, beliau telah dimaklumkan Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur tentang kejadian pembunuhan. Darurat telah diisytiharkan pada jam 7.00 malam pada hari yang sama. Manakala pengisytiharan darurat di seluruh negara dibuat pada malam 16 Mei 1969. Parlimen telah dibubarkan dan pentadbiran negara dilaksanakan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan sejati, beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada tahun 1970. Lanjutan daripada peristiwa ini, pelbagai langkah dan keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian. Antaranya termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diperkenalkan.Selepas peristiwa tersebut, pada tahun 1969 juga, pilihan raya terpaksa diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional telah dibentuk. Willayah persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) menerima tafsiran semula.

2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969Peristiwa 13 Mei telah berlaku akibat pelbagai faktor. Faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.

Gambarajah 1 : Faktor-faktor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969

2.2.1 Kempen Pilihan raya Pertama sekali, pilihan raya pada 1969 dan huru-hara yang berlaku 13 Mei itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. Semua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan dengan sempurna dalam suasana muhibah dan saling mengerti. Begitu juga hari mengundi ketika pilihan raya 1969 ini yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei 1969. Namun begitu, dalam suasana kempen pilihan raya, perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah diucapkan. Ia mencetuskan rusuhan perkauman.

2.2.2 Pengaruh fahaman komunisPerkara kedua ialah pengaruh fahaman komunis. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 merupakan satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong komunis, sama ada yang bergerak secara terang-terangan sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia. Pergaduhan kaum telah timbul di sana sewaktu anggota Cina dalam Gerakan Belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alas an untuk melancarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku, orang Melayu dan penyokong yang setia kepada kerajaan menjadi sasaran serangan mereka itu.

2.2.3 Hukuman gantung 11 orang CinaDalam bulan Jun 1968, hukuman gantung hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama juga telah ditandatangani ke atas dua orang Melayu di Perak. Dr. Tan Chee Khoon yang pada ketika itu menjadi anggota Parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menangguh hukuman gantung itu. Komunis sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam hal yang melibatkan 11 orang Cina itu sahaja, tetapi tiada langsung timbul suara bagi dua orang Melayu. Orang ramai dapat diapi-apikan hingga satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang.

2.2.4 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi NegaraBahasa juga menjadi satu isu yang mempengaruhi faktor 13 Mei 1969. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk. Dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan telah mengkaji semula tentang kedua-dua bahasa ini. Setelah kaji Bahasa Inggeris digugurkan daripada bahasa rasmi dan bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Kaum Cina telah menentang perkara ini.

2.2.5 Pembunuhan Encik Kassim Omar pekerja UMNOSeorang pekerja UMNO bernama Encik Kassim Omar telah dibunuh dengan kejam pada 24 April oleh belia-belia parti Buruh. Mayat itu telah dilumur dengan cat merah yang digunakan oleh belia-belia itu untuk mengecat perkataan Jangan mengundi dalam pilihan raya. Pembunuhan yang kejam telah menimbulkan rasa cemas dalam kalangan pasukan keselamatan kerana kejadian itu menjadi penyebab tercetusnya rusuhan kaum.

2.2.6 Dasar Pecah & Perintah Penjajah InggerisPada zaman penjajahan Inggeris, mereka telah mengamalkan konsep pecah dan perintah. Ia merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum dari segi ekonomi dan polarisasi kaum. Kaum Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan di kawasan lombong sebagai pelombong. Mereka sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Orang India pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

2.2.7 Komunis menjatuhkan kuasa PerikatanKempen pilihan raya berjalanlancar dan teratur. Dalam suasana ini, komunis telah meresap masuk dalam masyarakat Malaysia. Mereka berazam hendak menjatuhkan Perikatan daripada memegang kuasa dengan memecahkan pengaruhnya sama ada dengan cara baik ataupun jahat. Mereka mengamalkan pengaruh jahat menerusi dua saluran dan menghalakan serangan-serangan mereka kepada dua sasaran besar yang melemahkan UMNO melalui PAS, dan melumpuhkan MCA menerusi Gerakan serta parti-parti politik Cina yang lain.

2.2.8 Pendidikan yang berbezaPerdidikan yang berbeza juga menjadi faktor dalam peristiwa !3 Mei. Sebelum Merdeka mempunyai empat aliran kurikulum iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negara China dan India. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

2.3 Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.

2.3.1 Kesan Politik

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.2.3.2 Kesan ekonomi

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan serta peladang. Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

2.3.3 Pendidikan

Pendidikan di negara Malaysia menjadi tidak sekata dan ia tidak disenangi oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan. Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak.

Kesimpulannya, pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia.2.4 Kepentingan Hubungan Etnik Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

Hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

2.4.1 Cabaran dalam Bidang Politik

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.2.4.2 Cabaran dalam Sektor ekonomiMelalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalahpenguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan sector perladangan di ladang getah dan lading kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

2.4.3 Cabaran Sistem Pendidikan yang terasingSetiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Jelaslah bahawa pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan dan pelajar India menuntut di sekolah Tamil dengan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Kita dapat berfikir bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Pada masa kini, kita dapat melihat masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

2.4.4 Cabaran Jurang antara KaumSeterusnya, cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

2.5 Cadangan mengatasi peristiwa sebeginiMalaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang bangsa dan majmuk dan terunggul di dunia. Disebabkanmasyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahanatauketegangandalamnegara. Inidapat dilihat melalui peristiwa 13Mei1969 yang mengugat keselamatandan keharmoniannegara. Cadangan-cadangannya seperti berikut :

Gambarajah 2 : Cadangan mengatasi Peristiwa 13 Mei 1969

2.5.1 Rukun NegaraRukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuardalam bukunya Pengetahuan KenegaraanMalaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaanrakyattanpamengiraperbezaanyang berdasarkan asalketurunan,bahasa, agama danbudaya. Tercetusnyamasalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkanadalah untuk mencapai perpaduan yang lebiherat dalam kalangan masyarakatiaitu menghapuskanperasaankedaerahandanperkauman. Seterusnyaialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsipdemokrasi,membentuksebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.Rukunegara melaksanakan dasar dan Rukunegara melaksanakan garispanduansupayaprosesperpaduandapatdipercepatkan.Iajuga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkanrakyat mengamalkantoleransi dan tatasusila yang mulia.

2.5.2 Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970hingga1990 sebagai tindakbalas kepada peristiwa 13Mei1969,rusuhankaumyang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untukmencapaiperpaduannegaramelaluipenghapusankemiskinandan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi serampang dua mata diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkanpendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semulamasyarakat Malaysia untukmemperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

2.5.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

2.5.4 Dasar Pembangunan NasionalSelepasDasarEkonomiBaruberakhir,DasarPembangunanNasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yangberterusan.2.5.5 Dasar Kebudayaan KebangsaanPengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam DasarKebudayaan Kebangsaan iaitu:

I. Kebudayaankebangsaannegaramestilahberasaskankepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

II. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.

III. Islamakanmenjadiunsurpentingdalampembentukkan kebudayaan kebangsaan.

2.6 Cadangan aktiviti memupuk perpaduan kaumKerajaan Malaysia telah melancarkan pelbagai program untuk memupuk integrasi antara kaum. Antaranya ialah :

Gambarajah 3 : Program-program memupuk perpaduan kaum

2.6.1 Gagasan 1 MalaysiaGagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

2.6.2 Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi ejen berkesan ke arah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai matlamat utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

2.6.3 Sekolah WawasanSekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.2.6.4 Program Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Teras Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Keunikan pelaksanaan program ini ialah PLKN membabitkan semua kaum dan jantina. Ia dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multi-disiplin.

2.6.5 Rumah TerbukaAmalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

3.0 PenutupPeristiwa 13 Meipada tahun1969ialahrusuhankaumyang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan diMalaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar sepertiDasar Ekonomi BarudanRukun Negarabagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahamiKontrak SosialdanPakatan Murnisemasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.

Sejak peristiwa 13 Mei 1969, para pemimpin politik Malaysia telah menyedari bahawa politik berkonfrantasi tidak ada tempat di Negara ini dan akan membawa akibat yang tidak diingini. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah.Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

Rujukan

Dr. Ismail Said. (2010), Perkembangan Sejarah Negara : Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tunku Abdul Rahman. (2007), 13 Mei Sebelum dan Selepas : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Ismail Said. (2011), Sejarah Malaysia Moden (1945-1969) : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kua Kia Soong. (2011), May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots on 1969 : Suara Rakyat Malaysia SUARAM.

Mohd Salleh Abas. (1985), Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia :. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Mohd Suffian Hashim. (1987), Mengenal Perlembagaan Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mansor Mohd. Noor, Abdul rahman Abdul Aziz, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006), Hubungan Etnik Di Malaysia : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ibrahim Mahmood. (1981), Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu : Kuala Lumpur, Pustaka Antara.

Ahmad Idris. (1988), Dasar Ekonomi Baru, Petaling Jaya : IBS Sdn. Bhd.Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Peranan Media dalam Pilihan Raya Pesekutuan, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Refleksi

Saya Prakesh Rao a/l Ganapathi dari unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKT) PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2013. Pada semester ini, saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah diamanahkan untuk menyiapkan satu tugasan bagi mata pelajaran WAJ3062 Hubungan Etnik Di Malaysia. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah penasihat bagi mata pelajaran ini untuk unit kami iaitu Tn Hj. Roselan bin Hj Zainal Abidin. Tugasan ini dihubung kait dengan Peristiwa 13 Mei 1969 dan perpaduan kaum. Tujuan tugasan projek ini adalah untuk melahirkan seorang guru pelatih yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang Peristiwa 13 Mei 1969. Tugasan ini adalah satu tugasan memberi pendedahan penuh tentang peristiwa 13 Mei. Saya dapat mengetahui peristiwa 13 Mei berlaku kerana isu perkauman yang dimainkanb semasa kempen pilihanraya tahun 1969. Selain itu, saya dapat mengetahui Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah 13 Mei.Selain itu, tugasan ini juga membantu saya dalam memahami konsep memupuk perpaduan kaum. Sebagai contohnya, saya berkunjung rumah terbuka jiran semasa Hari Raya Aidilfitri pada bulan lepas. Saya berasa begitu seronok dengan menikmati makan tradisional kaum Melayu. Aktiviti itu tidak dapat dilupakan selama-lamanya. Tambahan pula, saya mendapat banyak idea untuk menyiapkan buku skrap tentang budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Akhirnya, saya bersama ahli kumpulan dapat menyiapkan buku skrap itu dengan kemas dan teratur. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah banyak melayari laman-laman web yang tertentu untuk memperoleh maklumat-maklumat penting serta relevan untuk diaplikasikan dalam tugasan ini. Sepanjang proses melayari laman-laman web, saya telah menjadi arif tentang konsep-konsep, prinsip-prinsip serta kaedah pengajaran yang dan pembelajaran. Di samping itu,saya juga telah berjaya mendapat pelbagai manfaat dari aspek yang berlainan. Melalui tugasan projek ini, saya telah menimba pelbagai jenis ilmu yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei dan perpaduan kaum. Saya juga telah membuat sumber rujukan daripada pusat sumber kampus, internet, rujukan sendiri, buku rujukan rakan dan sebagainya. Rujukan-rujukan sangat membantu saya semasa pengolahan sesuatu ayat dalam isi tugasan. Tambahan lagi, rujukan saya juga dapat membantu rakan-rakan sekeliling untuk kefahaman mereka. Tugasan ini, telah melatih saya untuk mempelajari cara-cara untuk mencari sumber rujukan dan cara-cara untuk menstruktur semula maklumat-maklumat yang telah dikumpul. Di sini, saya juga dapat menguruskan masa untuk melengkapkan tugasan ini dalam masa yang diberikan. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Roselan bin Hj. Zainal Abidin selaku pensyarah pembimbing WAJ3062 Hubungan Etnik di Malaysia. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang tugasan projek ini.. saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terma kasih kepada pihak sekolah yang banyak membantu dalam mendapatkan maklumat dan berkongsi idea. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak berkongsi maklumat pelaksanaan tugasan kepada saya selama ini. Jasa semua orang ini akan saya kenang sampai bila-bila. Saya sebagai bakal guru harus tidak mempunyai sikap diskriminasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar Malaysia akan terus maju dengan adanya persefahaman di antara kaum.

Sekian, terima kasih.

19