KISAH2 DLM AQ
-
Upload
amira-huda-amdah -
Category
Documents
-
view
233 -
download
0
Transcript of KISAH2 DLM AQ
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 1/21
Andalus Corporation Pte Ltd
Diploma Pengajian Islam (DPI)
Semester 2 Penggal 3 (2010)
Mata Pelajaran:
Ulum Tafsir
Tajuk Tugasan:KISAH-KISAH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN
Disiapkan oleh:
Amira Huda Ammirul Haroun
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 2/21
KANDUNGAN
HALAMAN
I. KATA PENDAHULUAN 3
II. Bab Pertama: Pengertian “Kisah”
Fasal 1: Dari segi bahasa 5
Fasal 2: Dari segi istilah 5
III. Bab Kedua: Jenis-Jenis Kisah Yang Terdapat Dalam Al Quran
Fasal 1: Kisah-Kisah Para Nabi 6
Fasal 2: Kisah-Kisah Satu Kelompok 10
Fasal 3: Kisah-Kisah Peristiwa Yang Terjadi Pada Zaman Rasulullah s.a.w. 13
IV. Bab Ketiga: Hikmah Kisah-Kisah Dalam Al Quran 15
V. Bab Keempat: Relevansi Dengan Sejarah 19
VI. Kesimpulan 20
SENARAI BIBLIOGRAFI 21
2
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 3/21
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 4/21
iaitu kisah para anbiyyah, kisah satu golongan manusia dan tentang peristiwa yang terjadi dalam
zaman Rasulullah s.a.w. Ketiga pula memberi ringkasan tentang hikmah-hikmah yang terdapat
dalam kisah-kisah tersebut. Terakhir sekali, bahagian keempat menjelaskan tentang relevansi Al-
Quran dengan sejarah.
Penulis ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah yang
mendidik Modul Ulum Tafsir, dan juga kepada mereka yang telah membantu dalam
menyelesaikan kajian ilmiah ini. Semoga usaha ini diredhai Allah s.w.t. sebagai amal ibadat.
Amin.
Amira Huda Ammirul Haroun
4
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 5/21
Pengertian “Kisah”
• Dari Segi Bahasa
‘Al-Qasas’ atau ‘al-Qushsh’ dari segi bahasa adalah cerita pada masa dahulu.
• Dari Segi Istilah
Dar segi istilah pula, kisah bermakna berita tentang sesuatu masalah dalam sepanjang
masa. Kisah Al-Quran, ataupun Qasas Al-Quran, adalah berita tentang kehidupan umat,
kenabian dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya pada masa dahulu.
5
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 6/21
Jenis-Jenis Kisah Yang Terdapat Dalam Al Quran
1. Kisah-Kisah Para Nabi
Dengan kisah ini, kita boleh mempelajari bagaimana para Nabi menjalani dakwah kepada
kaumnya dengan mukjizat-mukjizat diberi Allah s.w.t. Kita juga akan mengetahui
tentang beberapa tahap dakwah dan perkembangannya serta akibat-akibat yang diterima
oleh mereka yang mempercayai dan golongan yang menentang dan mendustakan kata-
kata para Nabi. Terakhir sekali, kisah-kisah ini juga memberikan contoh sikap-sikap
orang yang memusuhi para Nabi seperti bongkak, kepala batu dan lain-lain lagi.
Contoh: Kisah tentang Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s. adalah Rasul kepada Bani Israil yang teragung. Syari’at dan kitab Taurat
beliau merupakan sumber rujukan seluruh nabi-nabi dari kalangan Bani Israil dan ulama
mereka.
Beliau dilahirkan apabila Fir’aun menindas orang-orang Bani Israel dengan
mengisytiharkan suatu undang-undang bahawa bayi-bayi lelaki yang baru lahir harus
dibunuh dan kaum wanita ditindas dengan menjadikannya sebagai hamba kepada kaum
lelaki dan dihina.
Setelah beliau dilahirkan, ibunda beliau meragui atas keselamatan anaknya kerana
khawatir jika anaknya itu akan jatuh ke tangan Fir’aun. Ia tidak mustahil kerana ada
ramai penguasa-penguasa Fir’aun yang mengawasi sluruh negeri untuk menyelidik kaum
wanita Bani Israil yang mengandung dan jenis kelamin bayi-bayi mereka yang lahir.
Apabila yang ditemukan adalah bayi lelaki, maka dibunuhlah bayi itu.
Secara kebetulan, rumah keluarga beliau ditakdirkan Allah terletak berdekatan dengan
Sungai Nil. Allah lantas memberikan ilham kepada ibunda beliau untuk meletakkan
anaknya ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke laut, mengikatnya dengan tali agar tidak
dibawa oleh arus air yang deras.
6
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 7/21
Akan tetapi, sebagai kasih sayang Allah terhadap ibunda beliau, Allah s.w.t mewahyukan
kepadanya:
ه عي ض ر أ ن أ ى س مو أ ى ل إ ا ي ز ت ف خا ت ي ل ف ه قي ل ف ه ي ذ كف ي ل إ د ر إا
ي س ل م و جا 1
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau
takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di
dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan
Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.” (Surah Al-
Qasas: 7)
Ibu beliau pun menghayutkan peti yang berisi anak kesayangannya itu ke laut, sehingga
terbawa oleh arus. Allah menakdirkan peti tersebut jatuh ke tangan keluarga Fir’aun,
yang kemudian diserahkan kepada isteri Fir’aun, Asiah.
Apabila Asiah melihat bayi yang diserahkan itu, dia rasa senang hati sekali. Allah s.w.t
telah menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang di hati orang-orang terhadap beliau,
sehingga berita tentang beliau pun tersebar ke seluruh negeri. Berita itu pun sampai ke
telinga Fir’aun lalu dia mengirimkan bala tentara untuk menyelidiki dan membunuh
beliau.
Namun, Asiah yang memang baik hati memujuknya agar tidak membunuh anak itu
kerana dia telah mencintai beliau seperti anak sendiri dan dia yakin bahawa anak itu akan
menjadi seseorang yang berguna serta benar-benar menjadi anak mereka berdua. Oleh
kerana pujukan isterinya itu, bayi itu pun selamat dari dibunuh.
Asiah mengundang para penyusu bayi dari seluruh negeri dan meminta mereka untuk
menyusui anak itu, malah tiada satu pun dari mereka yang boleh melakukannya. Dengan
merasa bingung, mereka pun membawa beliau ke luar untuk berjalan-jalan dan berharap
1 Al-Quran Surah Al-Qasas: 7
7
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 8/21
Allah mempertemukannya dengan seseorang yang tepat dan akhirnya, melalui saudara
perempuan Nabi Musa sendiri dia memperkenalkan penyusu yang juga tidak lain
daripada ibu kandung Nabi Musa a.s. sendiri.
Terdapat beberapa pelajaran penting yang dapat dipetik dari kisah Nabi Musa a.s.
Diantara pelajaran-pelajaran tersebut adalah:
1. Kasih sayang Allah terhadap ibu nabi Musa a.s.
Allah s.w.t membantu ibu beliau dengan menyelamatkan anak kesayangannya yang
dibawa arus Sungai Nil dan Dia juga menyampaikan khabar gembira bahawa anakya
itu akan dikembalikan ke pangkuannya lagi. Terakhir sekali, Allah s.w.t telah
mengharamkan air susu wanita-wanita penyusu lain memasuk ke mulut anaknyamelainkan susu daripadanya sendiri.
2. Tanda-tanda yang diberikan oleh Allah dan pelajaran yang dapat diambil dari umat-
umat terdahulu hanya benar-benar untuk orang yang beriman, sebagaimana Allah
s.w.t berfirman:
ون م ؤ و ق ل ل
با ن و ف ى س مو م ك ي و
1
“Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa
dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.” (Surah
Al-Qasas:3)
3. Apabila Allah menghendaki sesuatu, Allah akan menyediakan sebab-sebabnya dan
akan mendatangkannya bukan dengan sekaligus, malah sedikit demi sedikit.
4. Walau bagaimana lemah sesuatu umat itu, mereka tidak boleh berputus asa lebih-
lebih lagi apabila dizalimi.
5. Iman boleh bertambah dan berkurang berdasarkan firmanNya:1 Al-Quran Surah Al-Qasas:3
8
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 9/21
غا ر فا ى س مو أ د ؤ ف ص أ م ن و ل ا ى ا ط ب ر أن و ل ه ب ل د ا إن ي م ؤ ل 1
“Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia
nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah
Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya
tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).” (Surah Al-Qasas:10)
6. Meskipun seorang hamba mengetahui bahawa Qadha’ dan Qadar Allah adalah haq
dan janjiNya yang pasti akan terjadi, namun dia perlu berusaha sehingga berjaya. Satu
contoh usaha yang terdapat dalam kisah Nabi Musa a.s. adalah apabila ibu Nabi Musamengutus saudara perempuan beliau untuk mencari keberadaan Nabi Musa setelah
dibawa arus Sungai Nil.
7. Membunuh seorang kafir yang sudah memiliki ikatan dalam suatu perjanjian atau
adat tidak dibenarkan dalam Islam. Ini dapat difahami dari penyesalan Nabi Musa
apabila beliau secara tidak disedari dan tidak sengaja, membunuh seorang Qibthiy.
Beliau memohon maaf dan bertaubat kepada Allah atas perbuatannya tersebut.
8. Terakhir sekali, apabila seseorang harus melakukan suatu pilihan yang pahit antara
dua hal yang sama-sama dapat menimbulkan kerosakan, maka wajib bagi dia untuk
melakukan hal yang lebih ringan dan aman di antara keduanya agar dapat mencegah
timbulnya hal yang paling bahaya dari salah satu yang lainnya. Di dalam hal ini, Nabi
Musa a.s. melarikan diri menuju ke sebahagian negeri yang amat jauh dan tidak
pernah dijejaki sebelumnya. Dalam kisah Nabi Musa a.s, terdapat satu isyarat yang
manis dengan seorang Mujtahid. Apabila seseorang tidak dapat menentukan mana di
antara dua pendapat yang lebih kuat walaupun sudah berusaha dan dengan niat yang
ikhlas hanya kepada Allah s.w.t, maka hendaklah dia meminta petunjuk dari Allah
s.w.t agar dibimbing dalam menentukan antara dua pendapat tersebut.
1 Al-Quran Surah Al-Qasas:10
9
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 10/21
Nabi Musa a.s. selalu berdoa kepada Allah s.w.t seperti firmanNya:
ي ل ء و س أن ب ر ى ا م ء قا ت ه و ج ت ل ا 1
“Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan,
berdoalah ia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang
benar kepadaku,””(Surah Al-Qasas:22)
2. Kisah-Kisah Satu Kelompok
Kisah-kisah yang menceritakan tentang golongan-golongan orang dengan segala
kejadiannya untuk dijadikan pelajaran.
Contoh: Kisah tentang Maryam, ibu Nabi Isa a.s.
Maryam binti Imran a.s. adalah satu-satunya wanita di muka bumi ini yang Allah s.w.t
telah mengabadikan namanya dalam salah satu surah dari Al Quran. Terdapat banyak
penyebutan nama beliau dalam Al-Quran dan salah satu pujian yang Allah sematkan pada
beliau adalah beliau termasuk wanita yang taat. Allah berfirman:
ن ن ا ل ق تي ك ه و ت ك و ب ب ص د ح و ن و ه خ في ف ج ر ف ح ا ل ت أ را ع ب م ا ر و 2
“Dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami
tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan
kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.”
(Surah At-Tahrim : 12)
Lebih dari itu, Allah memberikan khabar yang lebih menggembirakan bagi Maryam binti
Imran melalu Malaikat Jibril. Allah s.w.t berfirman:
1 Al-Quran Surah Al-Qasas:222 Al-Quran Surah At-Tahrim:12
10
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 11/21
ن ي ل ء ا ل س ى ع ط ص وا ر و ط ص ا ا م إ ر ة ئ ا ل ذ ل وإ 1
“Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya Allah
telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia
(yang semasa dengan kamu).” (Surah Ali Imran : 42)
Semenjak sebelum lahirnya Maryam, ibundanya telah bernazar kepada Allah s.w.t agar
anaknya nanti akan menjadi orang yang berkhidmat di Baitul Maqdis dan tidak
tersibukkan dengan kesibukan dunia. Namun Allah s.w.t menghendaki hal yang lain, dia
melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Maryam.
Ibu Maryam kemudian memohonkan sebuah doa yang amat mulia bagi puterinya danketurunan puterinya yang selanjutnya. Maka hendaklah setiap ibu memohonkan kebaikan
bagi anaknya kepada Allah sebagaimana ibunda Maryam mendoakan Maryam. Doa
tersebut Allah abadikan dalam ayatnya:
م جي ر ل ا ط ش ي ل ا ن ت ذ و ب عي إ أ و 2
“….. dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada
(pemeliharaan) Engkau dari syaitan yang terkutuk.” (Surah Ali Imran : 36)
Allah s.w.t pula mengkabulkan doa ibunda Maryam yang tersebut dalam ayat
sesudahnya:
ر ك ز ك س و ح ت ن وأ س ح ق ب ب ق ت ف 3
1 Al-Quran Surah Ali Imran:422 Al-Quran Surah Ali Imran:363 Al-Quran Surah Ali Imran: 38
11
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 12/21
“Maka Allah menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan
pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakaria”. (Surah
Ali Imron : 38)
Allah juga mengkhabarkan tentang betapa istimewanya Maryam a.s. dan keataatannya
terhadap Allah di dalam sebuah mihrab yang telah disediakan Zakaria a.s. untuk Maryam.
Allah berfirman:
ا ا ا ح تا ا ا أ ح و ق ب ا ر ب ا ق ف ج ل ا ا ي د ا ا ر ا ـ ك ل ى أ م ا ه ا ل م و ل ا ي ب ء شا م ه ل ن إ
ا ح 1
“Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan
penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta
diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk
untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di
sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-
buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan
rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira” . (Surah Ali Imran :37)
Inilah adab yang mulia dari seorang hamba atas nikmat dan pemberian dari Allah.
Tatkala Zakaria hairan dari mana datangnya rezki tersebut, Maryam mengembalikan
seluruh urusan rezki kepada Allah s.w.t. Hendaklah kita mengambil pelajaran dari
potongan kisah ini.
3. Kisah-Kisah Peristiwa Yang Terjadi Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
Contoh: Kisah tentang peristiva Perang Uhud
Dalam Perang Uhud, umat Islam kehilangan tujuh puluh syuhada serta sejumlah yang
terluka walaupun mereka berjuang di jalan Allah. Sebelumnya, mereka menang dalam
Perang Badar dan dapat menggugurkan tujuh puluh orang, serta boleh menangkap tujuh1 Al-Quran Surah Ali Imran:37
12
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 13/21
puluh tawanan dari pasukan Quraisy. Apakah sebab kekalahan umat Islam di Uhud
walaupun jumlahnya lebih banyak dari di Badar?
Allah s.w.t Berfirman:
ـ ى أ ا ي ث م ص أ ة ي م ب صا أ ل ا أ أ م و ى ه ل ن إ ء 1
“(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu
ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti
itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam
peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kemalangan) ini?
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu
sendiri (melanggar perintah Rasulullah)”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu.” (Surah Ali Imran:165)
Ayat di atas memberi gambaran kekalahan yang menimpa pada umat Islam pada Perang
Uhud. Apabila harta melimpah seperti yang ditemukan umat Islam di Uhud, mereka
tertipu dengan harta yang sebenarnya tidak dapat dibanding dengan kenikmatan di JannahAllah. Ia membuat mereka lupa kepada pesan pertama Rasulullah s.a.w, agar tetap
bertahan pada posisinya sehingga diperintah lebih lanjut. Mereka kemudian kalah.
Oleh itu, Allah s.w.t menegaskan:
“Katakanlah, “Itu (kesalahan) dirimu sendiri”.”
Firman Allah di atas bererti bahawa Allah swt. tidak pernah menganiaya manusia seperti
yang difrimankanNya:
1 Al-Quran Surah Ali Imran:165
13
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 14/21
ن و ظ أ ل ا ـ ل ئا ي ل ا ظ ه ل ن إ 2
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah
yang menganiaya diri mereka sendiri.”(Surah Yunus:44)
Setiap musibah yang menimpa manusia tidak terjadi dengan sendirinya, melainkan ada
sebab-sebab yang mendahuluinya. Contoh, apabila seorang pendakwah bersungguh-
sungguh menjalani tanggungjawabnya sebagai hamba Allah s.w.t, dakwah yang
disampaikan akan lebih produktif. Sebaliknya, apabila seorang pendakwah tertipu
dengan harta dunia seperti tertipunya umat Islam di Uhud pada saat menemukan tanda-
tanda kemenangan, maka di situlah titik runtuhnya amal dakwah itu akan bermula.
Manusia diciptakan oleh Allah bukan untuk menandingiNya. Sehebat-hebat manusia, kita
tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah s.w.t. Dia adalah Maha Kuasa dan manusia
tetap maha lemah di hadapanNya. Walaupun Allah memberi kita akal dan segala
keilmuan, kita perlu merendah diri dan jangan bongkak terhadapNya.
2 Al Quran Surah Yunus:44
14
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 15/21
Hikmah Kisah-Kisah Dalam Al Quran
Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah s.a.w yang paling besar. Selain dari berisi dengan
ajaran yang diterima beliau, kitab suci ini juga terdapat banyak kandungan cerita-cerita,
sehingga terdapat suatu surah di dalam Al-Quran yang bernama al-Qasas.
Pengetahuan yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w membangkitkan semangat
juang beliau dan juga sebagai salah satu bentuk dari mukjizat untuk menunjukkan
bahawa beliau adalah seorang yang ‘ummi yang mempunyai banyak pengetahuan tentang
peristiwa-peristiwa masa lalu.
Kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran dapat memberikan tauladan kepada kaum
Muslimin dan Muslimat. Berikut ini adalah beberapa hikmah kisah-kisah dalam Al-
Quran:
1. Penjelasan mengenai hikmah Allah s.w.t dalam kandungan kisah-kisah tersebut seperti
firmanNya:
ر ( ج ه ء في ل ٱ ن م ء ج د و ل ق ٤) لٱ ن غ ة ف غ ـ ة ب ( ح ڪ ٥ )1
“Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang di dalamnya
terdapat cegahan (dari kekafiran). Itulah suatu hikmat yang sempurna, maka
peringatan-peringatan itu tiada berguna (bagi mereka).” (Surah Al-Qamar:4-5)
2. Ia menjelaskan bahawa Allah s.w.t itu Maha Adil melalui hukumanNya terhadap orang-
orang yang mendustakanNya. Allah berfirman:
و ب ر أ ء ج ء ل ى ن ٱ ن و ع م ٱ ل تى د ت ءا ل م أ ع ف م س أ ا ظ ن ـ م و ل ـ ظ و ہ ہ ہ
ت ي ر ي م و زا 2
“Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri
mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfa’at sedikitpun kepada mereka sembahan-
1 Al-Quran Surah Al-Qamar:4-52 Al-Quran Surah Hud:101
15
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 16/21
sembahan yang mereka seru selain Allah, di waktu azab Tuhanmu datang. Dan
sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali
kebinasaan.” (Surah Hud:101)
3. Ia juga menunjukkan bahawa Allahs.w.t memberikan pahala kepada orang-orang yang
beriman yang boleh terdapat dari firmanNya:
ر س م ب ـ ي ل ءا ص إ ح م ي ع أ إ ہ 1
“Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang
bersyukur.”(Surah Al-Qamar:34)
4. Untuk mengingatkan orang-orang kafir tentang akibatnya apabila mereka tetap kufur
terhadap Allah s.w.t. Seperti difirmanNya:
۞ ـ ث ن أ ر ـ و ل م ي ع ر ٱ م ن ن ة ٱ ل ق ـ ع ك ي روا ك ي ف ض ل فى ٱ ر وا سي م ف أ ہ 2
“Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka
dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka; Allahtelah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima
(akibat-akibat) seperti itu.” (Surah Muhammad:10)
5. Membuktikan kejujuran Nabi Muhammad s.a.w dengan mukjizat yang diberikan Allah
s.w.t iaitu Al-Quran yang terdapat kisah-kisah tentang umat dahulu yang tiada
mengetahuinya selain Allah s.w.t. Firman Allah:
ن ت قي ة ل ق ـ ل ٱ ر إ ص ٱ ف ا ـ ن و أ ك ي ل إ ي ح ي غ ل ء ٱ ن أ ہ 3
1 Al-Quran Surah Al-Qamar:342 Al-Quran Surah Muhammad:103 Al-Quran Surah Hud:49
16
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 17/21
“(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya
sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa
kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang
bertakwa.”(Surah Hud:49)
Dan firman-Nya:
ـ ي ل ٱ ب م م ء ج ٱ م إ م د ن ب ن وٱ ل و ع و م ن ن ؤا ٱ ل ڪ
ر ه ي إ ل ع د ى ل إو ه تم ب أ ر ب ك إ ا م و ل ف أ ى م ف د وا أ ر ف ۦ ٲ 1
“(Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad juga Thamud
serta orang-orang yang kemudian daripada mereka? Tiada sesiapapun yang mengetahui
bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka
dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan
mereka ke mulut mereka sambil berkata: Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang
(mengikut dakwaan kamu) kamu diutus membawanya dan sesungguhnya kami adalah
dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kamikepadanya.”(Surah Ibrahim:9)
6. Terakhir sekali adalah untuk menarik perhatian para pendengar dan menatapkan pesan-
pesan yang terkandung didalamnya ke dalam jiwa hati manusia. Firman Allah s.w.t:
ء ى ي و ه د ن ي ب ٱ ل د ن ـ ل و ر ت ث د ح ك ـ ل ل لى ٱ و ر ع م ڪ ہ
ؤ ة ل ق ح و د و 2
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan
iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang
terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
1 Al-Quran Surah Ibrahim:92 Al-Quran Surah Yusuf:111
17
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 18/21
mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu
daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah
Yusuf:111)
18
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 19/21
Relevansi Dengan Sejarah
Kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran bukan cerita yang dongeng kerana Al-Quran
adalah kitab suci yang berbeza dari bahan bacaan yang lainnya.
Melalui beberapa kajian, akar sejarah dapat dijumpa dan dikaji secara teliti, contohnya
mengenai sejarah bangsa Iran yang dipanggil sebagai bangsa ‘Ad dalam kisah Al-Quran, Al-
Mu’tafikat yang dipanggil sebagai kota-kota palin, Sodom dan Gomorah yang merupakan kota-
kota wilayah Nabi Luth.
Kemudian berdasarkan penemuan-penemuan moden, mummi Ramses II dipercayai bahawa
ia adalah Firaun yang dikisahkan dalam Al-Quran. Selain dari itu. memang terdapat kisah-kisah
yang sukar untuk mencari sisi sejarahnya, misalnya peristiwa Isra’ Mi’raj dan kisah Ratu Saba.
Walaupun demikian, dengan sedikit ilmu tentang sejarah dan penemuan-penemuanarkeologi sangat sedikit, ia amat sukar untuk menyelidik menurut kacamata pengetahuan
modern, contohnya tentang raja-raja Israil yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Oleh itu sejarah dan pengetahuan lainnya tidak dapat mempermudahkan usaha untuk
memahami Al-Quran.
19
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 20/21
Kesimpulan
Setelah membicarakan tentang kisah-kisah yang tedapat dalam Al-Quran, penulis amat
berharap para pembaca dapat memanfaatkan kajian ini dalam hidup seharian masing-
masing.
Kesimpulannya, kisah-kisah ini adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah itu adalah jujur
dalam kata-kata beliau kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang cerita-cerita
masa lalu.
Ia juga memberikan pengajaran dan pedoman bagi umat Islam agar kita menjadi orang-
orang yang berjuang di Jalan Allah, insyaAllah.
Semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayah kepada hamba-hambaNya.
Amin
20
8/8/2019 KISAH2 DLM AQ
http://slidepdf.com/reader/full/kisah2-dlm-aq 21/21
Senarai Bibliografi
1. http://dwiheriyanto.wordpress.com/2009/05/28/hikmah-kisah-kisah-dalam-al-quran/
2. http://indiaonech.co.cc/1_6_Kisah-Dalam-Al-Qur-an.html
3. http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/03/kepentingan-kisah-dalam-al-qur
%E2%80%99an/
4. http://ianaja.multiply.com/reviews/item/1
5. http://katakarim.blogspot.com/2010/03/kisah-kisah-al-quran.html
6. http://www.akhirzaman.info/menukonspirasi/sejarah/1241-kisah-ketaatan-dan-
kemungkaran-dalam-al-quran.html
7. http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/
8. http://bagussetiawan.wordpress.com/2010/02/03/belajar-dari-kisah-maryam-
alayhassalam/9. http://dakwahkita.wordpress.com/2008/03/26/pelajaran-dari-perang-uhud/
10. http://mardiunj.blogspot.com/2010/01/pelajaran-dari-kisah-nabi-musa-alaihis.html
11. http://www.alquran-melayu.com/28-al-qasas/
12. http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx
21