kh (reka bentuk) form1

24
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU Reka Bentuk dan Teknologi ASAS MEREKA BENTUK 1. Proses Mereka Bentuk A. Mengenal pasti Masalah Tiada produk di pasaran Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan Produk sedia ada susah dikendalikan Produk di pasaran besar dan berat Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini Produk sedia ada mahal Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea Data dan maklumat yang diperolehi dengan a. menyiasat b. membaca c. membuat lawatan d. melayari internet e. temuramah Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea. Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain- lain perkara yang berkaitan C. Menilai dan memilih idea yang terbaik Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut Analisa dan pilih satu idea yang terbaik D. Pembinaan (perlaksanaan idea) Rancang carta aliran kerja Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh Pilih kemasan yang sesuai

Transcript of kh (reka bentuk) form1

Page 1: kh (reka bentuk) form1

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATUReka Bentuk dan Teknologi

ASAS MEREKA BENTUK

1. Proses Mereka Bentuk A. Mengenal pasti Masalah

Tiada produk di pasaran Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan Produk sedia ada susah dikendalikan Produk di pasaran besar dan berat Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini Produk sedia ada mahal Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya

B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea Data dan maklumat yang diperolehi dengan

a. menyiasat b. membaca c. membuat lawatan d. melayari internet e. temuramah

Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea. Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan,

butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan C. Menilai dan memilih idea yang terbaik

Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut Analisa dan pilih satu idea yang terbaik

D. Pembinaan (perlaksanaan idea) Rancang carta aliran kerja Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh Pilih kemasan yang sesuai Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik

E. Pengubahsuaian Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya

a. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi b. Keseluruhan produk tidak berfungsi c. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada

pengguna Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat

F. Pendokumentasian Satu laporan lengkap secara bertulis

Butiran Laporan mestilah mengandungi

Page 2: kh (reka bentuk) form1

i. Tajukii. Latar belakang

iii. Objektifiv. Deskripsi projekv. Rujukan

vi. LampiranFaktor Reka bentuk

Fungsi» Berfungsi  Rupa bentuk» Menarik Kesesuaian bahan» Mudah didapati Kaedah Pembinaan » Tidak merumitkan » Tidak membazirkan masa

Ketahanan » Tahan ketika digunakan » Tahan ketika disimpan » Tidak mudah rosak, patah atau pecah Kos produk» berpatutan Kemasan» bersesuaian dengan penggunaan Faktor Keselamatan» mesra pengguna dan mesra alam Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna Faktor Kormersial» Boleh dipasarkan » Mampu manarik pembeli

Pencetusan Idea Mengenal pasti Masalah Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea

i. melalui pembacaanii. melayari internet

iii. membuat lawatan dan kajianMenilai dan memilih idea yang terbaik

Page 3: kh (reka bentuk) form1

Melakar Tujuan Melakar membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D Ciri-ciri Lukisan Lararan

Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil

Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi

I. maklumat bahan II. ukuran panjang dan lebar

III. ukuran tinggi dan tebal IV. jenis penyambung yang digunakan V. tarikh lakaran

Page 4: kh (reka bentuk) form1

VI. Skala VII. Dimensi

VIII. Nama individu/kumpulan IX. Nama projek

Jenis lukisan lakaran

a. Lukisan Oblik

Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi

b. Lukisan Isometrik Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah

sebagai paksi c. Lukisan perspektif

Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk

JENIS BAHAN

1. Kayu

A. Jenis Kayu I. Kayu Keras

i. Cengal ii. Sepetir

iii. Kapur

II. Kayu Lembut i. Kayu Getah

ii. Jelutung iii. Meranti

D. Saiz Kayu I. Papan Tebal

»Tebal 38 mm - 100 mm» Lebar 150 mm ke atas » Panjang 3 m - 6 m

II. Papan Nipis» Tebal 10 mm - 38 mm» Lebar 76 mm ke atas» Panjang 3 m - 6 m

III. Kayu BerotiTebal 38 mm - 100 mm» Lebar 75 mm - 150 mm» Panjang 3 m - 4 m

IV. Kayu Jerjak» Tebal 20 mm - 38 mm» Lebar 25 mm - 76 mm» Panjang 3 m - 6 m

Page 5: kh (reka bentuk) form1

 

E.  

B. Kecacatan Kayu

IV. Meleding

 

II. Berspring

III. Berpiuh IV. Berpintal

V. Berpusar VI. Merekah

C. Ciri-ciri kayu

Page 6: kh (reka bentuk) form1

IV. Boleh di dapati dalam pelbagai saiz V. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik

VI. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam VII. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul

VIII. Mudah diserang serangga perosak Papan Lapis

Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang

Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan

Saiz : » panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm Jenis : » Kalis air » Tidak kalis air Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak Kelebihan : » Mudah dipotong» Tidak retak dan meleding» Kukuh dan tahanKeburukan : » Mudah lekang apabila terkena air » Hanya boleh digunakan di dalam rumah

MDF

Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu

Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan modenSaiz : 2 440 mm x 1 220 mm

Page 7: kh (reka bentuk) form1

Kelebihan :

0. Tahan habai. Tidak retak

ii. Tidak mudah bengkok dan meledingiii. Permukaannya lebar dan rata

2. Mounting Board

Ia adalah sejenis kertas kerasA. KegunaanB. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x

910 mmC. Kelebihannya :

» Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik » Mudah dilengkungkan » Mudah dipotong dan dibentuk

ALATAN TANGAN

1. Pembaris Keluli

A. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak B. Saiz : 30 cm dan 15 cm C. Binaan : Dibuat daripada keluli

2. Pita Pengukur

A. Kegunaan : Mengukur jarak B. Saiz : 3 M dan 6 M

Page 8: kh (reka bentuk) form1

3. Sesiku L

A. Kegunaan : i. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat

ii. Untuk menguji kerataan iii. Untuk menguji ketepatan iv. Untuk menguji kepersegian

B. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya C. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau

logam. 4. NT Cutter

A. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board B. Saiz :

5. Gergaji Tangan

 A. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm

6. Gergaji Puting

A. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya

Page 9: kh (reka bentuk) form1

7. Gergaji Lengkung Halus

A. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis

B. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai 8. Gergaji Besi

A. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC B. Saiz : Ditentukan oleh panjang

9. Gerudi Tangan A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang

nipis B. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan

10. Mata Gerudi Pintal

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang B. Saiz : ditentukan oleh diameter

11. Gerudi Engkol

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis B. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit

12. Gerimit

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut)

Page 10: kh (reka bentuk) form1

B. Saiz : ditentukan oleh diameter 13. Penebuk Pusat

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi

B. Saiz : 14. Pembenam Paku

A. Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayuB. Saiz :

15. Tukul Kuku Kambing

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku B. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya

16. Tukul Warington

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar 17. Ragum Kakak Tua

A. Kegunaan : Untuk mencabut paku 18. Gandin Kayu

A. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek

19. Pahat rata / Pahat tepi serong

 

A. Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.B. Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya

Page 11: kh (reka bentuk) form1

Kikir Parut

A. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayuApit G

A. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi

B. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"

MESIN GERUDI

A. MESIN GERUDI LANTAI i. Kegunaan

Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam

ii. Bahagian dan fungsinya 1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal 2. Suis = Menghidup dan mematikan motor 3. Bindu = Memutar mata gerudi

Page 12: kh (reka bentuk) form1

4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam 5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi 6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi 7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu 8. Motor = Memutar bindu 9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu 10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi

iii. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi 1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan

guru 2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin 3. Pakai pakaian yang sesuai 4. Pakai gogal untuk melindungi mata

B. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK

1. Kegunaan:

a. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam 2. Bahagian dan fungsinya

I. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudiII. Suis = menghidup dan mematikan motor

III. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesinIV. Kabel = menghantar arus elektrik

3. Cara Menggunakannya I. Mengerudi secara menegak

II. Menggerudi secara mendatar  

Menggerudi mendatar Menggerudi menegak

BAHAN PEMASANGAN

Page 13: kh (reka bentuk) form1

  Keterangan Gambar

I Mata Gerudi Benam

II Pemutar Skru Biasa/Rata

III Pemutar Skru Philips

IV Gunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai

  keterangan Gambar

V Menggerudi Engsel

VI Skru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat

VII Skru Philips

   

i. Paku Panel  ii. Paku Kepala rata

1. Paku A. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayuB. Saiz : ditentukan panjang batangnyaC. Jenis

I. Paku Kepala Rata i. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu

ii. Saiz ditentukan oleh : Panjang iii. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya

II. Paku Panel i. Digunakan : untuk pembinaan perabot

Page 14: kh (reka bentuk) form1

ii. Mempunyai kepala benam III. Paku Payung

i. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink D. Kelebihan :

Senang digunakan. MurahE. Keburukan

Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak2. Skru

A. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel B. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala

I. Skru Alur Rata/Biasa II. Skru Alur Philips

III. Skru Kepala Bulat IV. Skru Kepala Benam

C. Kebaikan skru : I. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras

II. Memberi cengkaman lebih kuat 3. Glu PVA

i. Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal ii. kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF

dengan Papan Lapis

PEMBINAAN PROJEK

1. Proses Mengukur  

Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan

2.  Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek3. Proses Menanda

 

Page 15: kh (reka bentuk) form1

Menanda panjang Menanda lebar

4. Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal5. Proses Memotong

 

 

Mengerat    

6. Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian

7. Proses Membina dan Mencantum

Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman

Page 16: kh (reka bentuk) form1

i. Tanggam Lekap Palang

ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu

A. Membuat tanggam Pilih tanggam yang sesuai Ikuti langkah-langkah yang betul Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam

B. Mengglu Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari

semalam C. Memaku

Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek

Page 17: kh (reka bentuk) form1

D. Menskru

Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu

Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit

1. Bahan kemasan A. Tepung Penyumbat

I. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayuII. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan

Page 18: kh (reka bentuk) form1

III. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine

B. Cat AlasI. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi

alas sebelum menggunakan cat licauII. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata

sapuannyaIII. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum

menyapukan dengan cat licauC. Cat Licau

I. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih

II. Kelebihan : Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu

III. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus

D. Cat semburan I. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam

II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakanIII. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara

menggerakkan semburan secara berulang-ulangE. Syelek

I. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayuII. Kelebihan : kos murah dan cepat kering

III. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu

F. Tona kayu I. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas

produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu II. Kelebihan :

Mudah digunakan Cepat kering Masih kelihatan urat kayu Setiap bahagian mempunyai warna yang sama

G. Lekar I. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan

kayuII. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar

III. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek

H. Pelekat (Fomika dan stiker) I. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik

dan menarik II. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan

permukaan kayu

Page 19: kh (reka bentuk) form1

III. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya 2. Bahan Pelarut

   A. Spirit Methil

I. Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelekTurpentine

I. Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus catThinner

I. Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan  berus lekarAlatan kemasan

Kerta Las I. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu

II. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)

Pengikis I. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.

II. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu

Berus Syelek I. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar

II. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.

Berus Cat I. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas

II. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu

Penjagaan berus

Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai

berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.

Page 20: kh (reka bentuk) form1

Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus

Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.

Menu

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006Email : [email protected]