KH Bahan
-
Upload
antonia-amin -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
Transcript of KH Bahan
7/27/2019 KH Bahan
http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 1/5
http://www.oocities.org/faizal_angah86/tenaga_semula_jadi_perlu_dibangu.htm
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor (Pemenang tempat ketiga
kategori B (Tingkatan 4-6) Pertandingan Mengarang Esei Tenaga Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga 2001 Peringkat Sekolah Menengah)
TENAGA penting dalam kehidupan masyarakat dunia dan khususnya kepada rakyat
Malaysia dalam menuju era glonalisasi. Setiap hari kita sering menggunakan tenaga
tanpa kita sedari. Perkataan tenaga itu berasal daripada dua patah perkataan Yunani
yang bermaksud keupayaan bekerja.
Mengikut sejarah, idea moden mengenai ciri tenaga ini telah diilhamkan oleh Sir Isaac
Newton pada abad ke-17. Berdasarkan kajiannya mengenai Hukum Gerakan, beliau
menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dibina atau dibinasakan tetapi boleh bertukar
kepada bentuk lain.
Malaysia juga bergantung kepada tenaga untuk pembangunan dan perkembangan
ekonominya. Malaysia adalah adalah sebuah negara membangun yang mempunyai
kedudukan ekonomi yang baik untuk menjalankan perindustrian.
Pada masa yang sama, penggunaan tenaga telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada
1995, jumlah permintaan tenaga yang diperlukan ialah 22,164 ktoe dan telah meningkat
kepada 25,558 ktoe pada 1998.
Sumber utama tenaga yang digunakan ialah minyak mentah dan produk berasaskan
petroleum yang yang akan kehabisan.
Walaupun Malaysia mengeluarkan minyaknya sendiri untuk kegunaan tempatan tetapi
dalam jangka masa panjang, negara perlu membangunkan sendiri sumber tenaga yang
diperbaharui untuk memastikan bekalan tenaga ini dapat dipertahankan dan seterusnya
negara dapat terus membangunkan ekonominya.
Seperti yang kita ketahui, bahan api fosil tidak dapat diperbaharui. Ini bermakna, lama
kelamaan bahan api ini akan kehabisan. Bahan api fosil ini adalah seperti minyak, arang
batu dan gas asli. Oleh itu, kita perlu berfikir mengenai masa depan tenaga yang perlu
digunakan sekiranya bahan api fosil kehabisan dengan mencari sumber tenaga yang
dapat diperbaharui.
Sumber ini boleh digunakan oleh manusia untuk selama-lamanya. Ini adalah penting
untuk generasi akan datang. Malaysia juga turut membangunkan penggunaan tenaga
diperbaharui ini walaupun berada pada peringkat permulaan.
Ini terbukti apabila Malaysia turut menyatakan polisi bahawa tenaga diperbaharui
sebagai sumber yang berpotensi di dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) –(2001-
2005). Ini adalah kerana penggunaan tenaga diperbaharui sebanyak lima peratus dapat
menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM5 bilion untuk tempoh lima tahun,
menurut akhbar tempatan.
Tenaga diperbaharui ini sumber terhad terdiri daripada sumber seperti matahari, angin
7/27/2019 KH Bahan
http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 2/5
dan haba dari permukaan bumi. Tenaga diperbaharui ini berbeza dengan bahan api fosil
kerana bekalan tenaga akan kekal untuk selama-lamanya. Terdapat lima sumber tenaga
diperbaharui yang dikenal pasti iaitu tenaga suria, tenaga hidro, tenaga angin, tenaga
geoterma dan tenaga biomass.
Tenaga suria ini diperolehi melalui pancaran cahaya matahari. Malaysia berpotensiuntuk projek menjana tenaga suria kerana menerima pancaran cahaya matahari selama
enam jam sehari dan tenaga ini adalah percuma serta menyeluruh.
Tenaga ini banyak digunakan di kawasan pedalaman untuk mendapatkan bekalan
elektrik dengan menggunakan panel Solar PV. Penduduk di kawasan pedalaman
Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik dengan adanya kemudahan solar. Selain itu,
tenaga suria ini juga membekalkan tenaga untuk alat perhubungan telefon awam seperti
di Pulau Aman dan kawasan pedalaman Sawarak.
Tenaga ini juga digunakan dalam bidang pertanian iaitu ia digunakan untuk
mengasingkan kepingan getah. Di kawasan bandar, penggunaan alat pemanas solar
adalah popular di rumah serta di hotel. Di Malaysia, projek menjana tenaga suria telah
dibina di Teluk Apan di Pulau Langkawi dan Kampung Hulu Tembeling di Pahang.
Selain tenaga suria, tenaga hidro juga adalah tenaga yang amat penting sebagai salah
satu sumber tenaga diperbaharui. Tenaga hidro ini diguna sebagai bekalan air, kawalan
banjir, pengairan dan tujuan rekreasi. Malaysia adalah negara yang berpotensi untuk
menjana tenaga hidro. Melalui tenaga hidro inilah terjadinya hidroelektrik.
Hidroelektrik ialah nama yang diberikan kepada elektrik yang dijana oleh kuasa air.
Sistem ‘hidro’ dunia yang pertama telah dibina pada 1882 di Wisconsin, AmerikaSyarikat. Projek menjana kuasa elektrik hidro ini sesuai dijalankan di Malaysia kerana
menerima hujan sepanjang tahun dengan jumlah hujan melebihi 2,000 milimeter (mm)
setahun.
Bekalan elektrik di negara banyak bergantung kepada tenaga hidro ini. Antara tempat
penjanaan kuasa hidroelektrik ialah di Empangan Chenderoh, Sungai Perak dan
Empangan Bakun, Sarawak yang masih dalam pembinaan. Kuasa hidroelektrik ini sesuai
digunakan kerana mudah diperbaharui, tidak habis, murah dan bersih serta tidak
mencemarkan alam sekitar.
Tenaga diperbaharui seperti tenaga biomass cuba dipraktikkan di Malaysia. Tenaga
biomass ini diperolehi daripada hampas kelapa sawit. Sisa pertanian itu menghasilkan
biogas seperti metana sebagai bahan pembakar untuk tujuan memasak. Tenaga ini
sesuai digunakan kerana terdapat banyak ladang kelapa sawit di Malaysia dan
menghasilkan 8.5 juta tan sisa buangan buah kelapa sawit yang dapat menghasilkan dua
juta tan minyak (metana).
Secara tidak langsung, ia telah menyumbangkan enam peratus keperluan bekalan tenaga
negara. Penggunaan tenaga biomass ini semakin meluas diguna di seluruh negara
kerana ia menjimatkan sumber tenaga dan murah.
Kerajaan Malaysia juga mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan sumber tenaga
7/27/2019 KH Bahan
http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 3/5
dengan menggunakan tenaga angin sebagai sumber tenaga diperbaharui. Angin telah
digunakan sebagai sumber kuasa berjuta-juta tahun dulu.
Kincir angin yan terawal telah digunakan buat pertama kali kira-kira 500 tahun dulu.
Kebanyakan kincir ini diguna di negara Barat untuk mengisar jagung atau mengepam air
bagi tanaman makanan di ladang. Pada 1890, kuasa angin yang pertama kali digunakanuntuk menjana elektrik. Kuasa angin ini bergantung kepada kelajuan angin.
Melalui kajian yang dijalankan sejak 1983, didapati sesetengah tempat saja di Asia
Tenggara yang sesuai menggunakan tenaga angin sebagai bekalan sumber tenaga. Kincir
angin ini telah dibina di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak pada Rancangan
Malaysia Keenam (RM-6) (1991-1995). Kincir angin ini telah membekalkan kapasiti 150
kiloWatt (KW). Jelas di sini, tenaga angin ini tidak begitu sesuai dijalankan di Malaysia.
Tenaga geoterma adalah sejenis tenaga yang dapat diperbaharui. Tenaga geoterma ialah
tenaga yang menggunakan sumber tenaga haba yang amat besar di bawah permukaan
bumi untuk menghasilkan kuasa elektrik.
Contoh tenaga geoterma ialah mata air panas dan geiser. Tenaga ini mula diguna secara
besar-besaran bermula dengan teknologi abad ke-20. Negara Iceland telah lama
menggunakan tenaga dari gunung berapi, geiser dan mata air panas.
Amerika Syarikat, New Zealand dan Jepun telah pun mengadakan stesen janakuasa
geoterma yang menyumbangkan keperluan kuasa elektrik mereka. Malaysia tidak dapat
mengaplikasikan tenaga ini kerana negara kita tidak mempunyai sumber tenaga
geoterma seperti geiser dan mata air panas.
Secara amnya, Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencari dan menjana
tenaga diperbaharui sebagai bekalan tenaga untuk masa depan khususnya generasi akan
datang.
Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah dengan menubuhkan institusi seperti
Pusat Tenaga Malaysia (PTM) pada 1998 untuk mengkoordinasi dan mengurus program
kajian dan pembangunan mengenai tenaga dan mempromosikan penggunaan tenaga
diperbaharui di Malaysia.
Selain itu, kerajaan turut menggalakkan penggunaan kecekapan tenaga. Kecekapan
tenaga ini meliputi keefisienan dalam menggunakan kuasa, transmisi dan pengagihan
elektrik dan kepelbagaian penggunaan tenaga dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-
7) (1996-2000).
Peraturan kegunaan kecekapan tenaga dikeluarkan untuk memberi garis panduan
kepada pihak pengurusan syarikat dalam menggunakan kuasa secara efisien di antara
pekerja. Kerajaan juga turut memberi keutamaan dari segi masa dan kewangan dari luar
negara. Selain organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan juga turut membantu
dalam mempelbagaikan kegunaan tenaga diperbaharui.
Contohnya, mahasiswa dan mahasisiwi di pusat pengajian tinggi telah mencipta alat yang menggunakan tenaga solar.
7/27/2019 KH Bahan
http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 4/5
Menurut Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan
Tenaga (Cetree), Prof Dr Kamarul Azizi Ibrahim, teknologi masa kini membolehkan
lampu solar menyala pada waktu malam dan padam secara automatik pada siang
(akhbar Berita Harian 26 Julai 2001).
Cetree telah membelanjakan kira-kira RM2,200 untuk menghasilkan satu protaip lampu
solar yang dipasang serta diuji di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang berbanding
lampu solar yang diimport ke negara ini dijual kira-kira RM20,000 seunit.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin dan memupuk kesedaran
masyarakat mengenai pentingnya kegunaan sumber tenaga secara cekap dan tidak
membazir untuk pembangunan dan perkembangan negara pada masa depan
PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
MENGIKUTPERSPEKTIF ISLAM
Syahrul Hisham Mohamad @ Abd. Rahman
Hazriq Izzuan Jaafar
http://www.academia.edu/2548559/Pembangunan_Sumber_Tenaga_Yang_Boleh_Diper
baharui_Mengikut_Perspektif_Islam
Tenaga Solar
Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud matahari.Tenaga
solar ini adalah satu teknologi yang di guna pakai bagi menghasilkan tenaga daripadacahaya matahari.
Matahari ini adalah pemberian dari Allah kepada semua makhluk di bumiuntuk mendapat manfaat
darinya. Di dalam Al-Quran, banyak ayat yang memperkatakanmengenai matahari. Firman Allah
Subhanahu Wata'ala
Dari segi astronomi, matahari adalah jasad yang bercahaya kerana ia terbakar. Ayat Al Quran
inimenjelaskan bahawa matahari memancarkan cahaya kepada bumi dan secara tidak
langsungmenjadi sumber tenaga kepada bumi. Begitu besar rahmat pemberian Allah, dengan
penghasilansinaran cahaya yang kuat, ia memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk
menerangibumi bahkan boleh dikembangkan sebagai salah satu sumber tenaga yang boleh
diperbaharuiuntuk kegunaan sejagat. Satu tenaga yang selama ini hanya dipandang ringan kini
dapatdikembangkan sebagai sumber tenaga yang lebih luas.Tenaga solar merupakan salah satu tenaga
alternatif dan sudah pastinya sumber ini tidak akanhabis sehinggalah matahari berada di penghujung
hayatnya. Matahari dikatakan sebagai pusattenaga kerana hampir 99.9 peratus tenaga berpunca
daripada sinaran cahaya matahari yangsampai ke permukaan bumi [3]. Purata keseluruhan tenaga
solar yang sampai ke permukaaanbumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi [4]. Penggunaan
tenaga solar ini telahberkembang secara berperingkat-peringkat melalui penemuan kaedah yang lebih
saintifik dankegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi tenaga suria telah banyak
7/27/2019 KH Bahan
http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 5/5
digunakandi kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber
tenagautama [5].Melalui beberapa analisa yang dijalankan, terdapat dua teknologi yang di guna pakai
dalammenukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik iaitu menggunakan teknologi voltan foto
(PV)dan teknologi Loji Kuasa Solar. Teknologi PV ini merupakan suatu sistem yang menerimasinaran
matahari dan merupakan kumpulan dari sejumlah sel suria yang menukarkan sinaranmatahari kepadakuasa elektrik [3]. Operasi peralihan tenaga ini dapat di lakukan kerana cahayaadalah foton atau zarah-
zarah daripada matahari secara terus merambat dinding sel suria danmembolehkan foton cahaya ini
dipantulkan semula, terus menebusi atau diserap. Hanya fotonyang diserap membekalkan tenaga untuk
menjana elektrik. Teknologi kedua dalam penghasilantenaga adalah melalui teknologi loji kuasa solar.
Loji ini menjana tenaga melalui operasipengumpulan cahaya matahari dan menghasilkan tenaga haba.
Pengumpulan tenaga haba iniakan mencapai kepada satu suhu yang amat tinggi dan seterusnya
mampu untuk menjana tenagaelektrik. Walau bagaimanapun, aplikasi kaedah ini masih kurang
digunakan disebabkan oleh kospemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini amat sesuai
digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia