KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN · PDF fileNota: KH(PP) = Kemahiran Hidup Program Peralihan...
-
Upload
nguyendung -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN · PDF fileNota: KH(PP) = Kemahiran Hidup Program Peralihan...
KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG
NORAIDA BINTI MOHAMAD AHASAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG
NORAIDA BINTI MOHAMAD AHASAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2006
ii
iii
DEDIKASI
Ingatan Ikhlas buat insan bergelar ayah, MOHAMAD AHASAN B. MOKRI.
Semoga sihat selalu untuk menjadi pendorongku.
Ingatan tulus ikhlas buat NORAZAM ZENAL. Apa yang telah diberi, akan
kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima kasih atas segala-galanya.
Buat yang teristimewa AZLAN, AINON, AINI, AFIZI dan NIZAM.
Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga kukuhnya
ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita.
Dan buat anak-anak saudaraku yang comel-comel, perjalanan kalian masih jauh,
Semoga bertemu noktah yang membahagiakan.
Semoga kita semua dalam redha Ilahi…
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum wbt...
Bersyukur saya atas kesempatan yang dikurniaNya, memberikan saya kesempatan
untuk menyudahkan setiap urusan saya di dunia, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW.
Salam penghargaan dan jutaan terima kasih buat Penyelia Projek Sarjana Muda
saya, Tn, Hj. Asnul Dahar Minghat atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sehingga
siapnya laporan tesis ini. Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai atas segala bantuan yang
diberikan.
Buat semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak seperti responden saya,
pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah, pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan sekalian
kawan-kawan seperjuangan.
Semoga segala curahan kebaikan anda semua dianugerahkan dengan keberkatan
Ilahi...Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat kesediaan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah-Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat sejauhmana kesedian guru-guru bukan opsyen melaksanakan pengajaran ini
berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran mengurus dan menyelenggara bengkel
Kemahiran Hidup, sikap guru dan keberkesanan kursus yang dihadiri. Keseluruhan
populasi diambil sebagai sampel kajian yang terdiri dari 34 orang guru bukan opsyen dan
melibatkan 11 buah sekolah. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data
yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social
Science (SPSS 12 For Windows). Hasil kajian menunjukkan majoriti guru-guru bukan
opsyen bersedia melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup walaupun mereka tidak
mempunyai pengkhususan yang kukuh dalam mata pelajaran tersebut.
Walaubagaimanapun, aspek pengetahuan dan kemahiran menunjukkan min penilaian
kesediaan yang sederhana sehingga memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Beberapa
cadangan di beri bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan bagi meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran guru-guru bukan opsyen.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to gain information of teacher’s
readiness in teaching Living Skills subject in secondary schools in the district of Kluang.
The objectives of the research is to understand the state of readiness in teaching this
subject based on knowledge, management skills and to conduct living skills workshop,
teacher’s attitude and the effectiveness of the programmed attended. The research took
samples of 34 non-option teachers from eleven schools. The instrument used is
questionnaire. The data obtained were analyses using a programmed called Statistical
Packages for Social Science (SPSS 12 for Windows). The finding showed that majority
of the non option teachers are enquired to teach Living Skill even though they do not
have enough specialization in that particular area. However knowledge and skill aspects
displayed minimum readiness, and hence it affects students achievements. Several
suggestions were given to enable future research to be conducted in order to enhance the
teaching effectiveness of non-option teacher.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.6.1 Guru-guru Kemahiran Hidup 10
1.6.2 Pihak Sekolah 10
1.6.3 Jabatan Pelajaran Negeri 10
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Terminologi 11
1.8.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 12
1.8.2 Sekolah Menengah 12
1.8.3 Kesediaan 13
1.8.4 Guru-Guru Bukan Opsyen 13
1.8.5 Pengetahuan 13
1.8.6 Kemahiran 14
1.8.7 Sikap 14
1.8.8 Kursus 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengetahuan Guru 15
2.3 Kemahiran Guru Dalam Mengurus Dan
Menyelenggara Bengkel Kemahiran Hidup 16
2.4 Sikap Guru 18
2.5 Kursus Kemahiran Hidup 20
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang
Responden 26
3.4.2 Bahagian B : Item Soal Selidik 26
3.5 Prosedur kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.6.1 Kesahan Soal Selidik 30
3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 31
3.7 Analisis Data 31
3.8 Penutup 34
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang
Responden) 35
4.2.1 Jantina Responden 36
4.2.2 Bangsa Responden 36
4.2.3 Kelulusan Ikhtisas Tertinggi 37
4.2.4 Opsyen Responden Semasa Di
Maktab/Universiti 38
4.2.5 Komponen Kemahiran Hidup
Yang Diajar Di Sekolah 39
x
4.2.6 Pengalaman Mengajar Kemahiran
Hidup 39
4.2.7 Kekerapan Menghadiri Kursus
Kemahiran Hidup 40
4.3 Analisis Bahagian B (Item Mengikut
Persoalan Kajian) 40
4.3.6 Analisis Data Persoalan kajianPertama 41
4.3.7 Analisis Data Persoalan kajian Kedua 44
4.3.8 Analisis Data Persoalan kajian Ketiga 48
4.3.9 Analisis Data Persoalan kajian Keempat 52
4.4 Kesimpulan 56
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 59
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 60
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan 61
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Pengetahuan 62
5.3.2 Kemahiran Mengurus Dan Menyelenggara
Bengkel Kemahiran Hidup 64
5.3.3 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 66
5.3.4 Keberkesanan Kursus Yang Dihadiri 67
xi
5.3.5 Kesediaan Guru-guru Bukan Opsyen
Dalam Melaksanakan Pengajaran
Kemahiran Hidup 68
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Guru-guru Bukan Opsyen 71
5.4.2 Pihak Sekolah 72
5.4.3 Jabatan Pelajaran Negeri 72
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN
Lampiran A – E 80-96
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Perlaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup 2
1.2 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 3
3.1 Bilangan Guru-Guru Kemahiran Hidup
Bukan Opsyen Mengikut Jenis
Pengkhususan Asal Di Sekolah-Sekolah
Menengah Daerah Kluang 24
3.2 Pemberian Skor Bagi Maklumbalas Item Kajian 26
3.3 Pembahagian Item Soal Selidik 27
3.4 Nilai Alpha Bagi Setiap Persoalan Kajian 30
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 32
3.6 Jadual Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Peratus 32
3.7 Jadual Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Min 33
4.1 Jantina Responden 35
4.2 Bangsa Responden 36
4.3 Kelulusan Ikhtisas Tertinggi 37
4.4 Opsyen Semasa Responden Semasa
Di Maktab/Universiti 38
4.5 Komponen Kemahiran Hidup Yang Diajar
Di Sekolah 39
xiii
4.6 Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup 39
4.7 Kekerapan Menghadiri Kursus Kemahiran Hidup 40
4.8 Dapatan Kajian Bagi Aspek Pengetahuan 41
4.9 Dapatan Kajian Bagi Aspek Kemahiran
Dalam Mengurus Dan Menyelenggara
Bengkel Kemahiran Hidup 44
4.10 Dapatan Kajian Bagi Aspek Sikap 48
4.11 Dapatan Kajian Bagi Aspek Keberkesanan
Kursus Berkaitan Yang Dihadiri 52
4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 56
]
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 28
5.1 Rajah Min Bagi Keseluruhan Persoalan
Kajian 68
xv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KH(B) - Kemahiran Hidup Bersepadu
KH (PP) - Kemahiran Hidup Program Peralihan
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KT - Kemahiran Teknikal
NO - Nombor
PD - Perdagangan dan Keusahawanan
PKPSM - Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua
Sekolah Menengah
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPN - Sains Pertanian
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 80
B Surat Kebenaran EPRD 89
C Surat Kebenaran JPNJ 92
D Surat Kebenaran UTM 94
E Surat Pengesahan Soal Selidik 96
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pengukuhan Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses
pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti pendidikan
bermakna kita melabur untuk pembangunan negara. Ini disebabkan pendidikan
berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih untuk
menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan negara.
Pendidikan Teknikal dan Vokasional memainkan peranan yang penting dalam membina
bangsa Malaysia khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri. Sekolah-sekolah Teknikal dan Vokasional berfungsi melatih tenaga kerja
mahir dan separuh mahir di peringkat pertengahan seperti juruteknik, pembantu jurutera
dan sebagainya. Ia juga menjadi pelopor kepada pembekalan tenaga kerja di bidang
pembuatan, pemakanan dan pertukangan (Robiah, 1998).
Walaupun pendidikan Teknik dan Vokasional telah wujud di negara kita, namun
ia masih tidak mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir. Sehubungan
dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memikirkan semula tentang
peranan pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan formal. Hasil dari
pemikiran semula itu, satu mata pelajaran baru yang diberi nama Kemahiran Hidup
2
diperkenalkan dalam KBSM. Justeru itu, Kemahiran Hidup menjadi perintis dalam
memenuhi keperluan di bidang Teknik dan Vokasional (Yahya, 2005)
Pendidikan di sekolah menengah rendah yang bercorak Aneka Jurusan mula
diperkenalkan pada tahun 1965. Pelajar diberi peluang mengambil salah satu daripada
empat mata pelajaran elektif (seni perusahaan, perdagangan, sains rumahtangga dan
sains pertanian). Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan pravokasional mengikut
kecenderungan pelajar. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum pada 1988 telah
memutuskan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 bagi menggantikan mata
pelajaran elektif. Ia kemudian digantikan pula dengan satu program baru yang dikenali
sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu mulai tahun 1992 (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1990). Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat digambarkan
seperti dalam jadual 1.1.
Jadual 1.1 : Perlaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Tahun Tingkatan
1989 1990 1991 1992 1993 1994
1 KH(PP) KH(PP) KH(PP) KH(B) KH(B) KH(B)
2 Elektif KH(PP) KH(PP) KH(PP) KH(B) KH(B)
3 Elektif Elektif KH(PP) KH(PP) KH(PP) KH(B)
Nota:
KH(PP) = Kemahiran Hidup Program Peralihan
KH(B) = Kemahiran Hidup Bersepadu
Elektif = Elektif (Seni Perusahaan, Perdagangan, Sains Rumahtangga, Sains
Pertanian), menggunakan sukatan pelajaran lama.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu TERAS dan ELEKTIF (PILIHAN). Organisasi kandungannya adalah seperti
jadual 1.2.
3
Jadual 1.2 : Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
TERAS Wajib Ambil Wajib Ambil Wajib Ambil
Kemahiran Manipulatif
Tambahan
Kemahiran Manipulatif
Tambahan
Kemahiran Manipulatif
Tambahan
Ekonomi Rumah
Tangga
Ekonomi Rumah
Tangga
Ekonomi Rumah
Tangga
Pertanian Pertanian Pertanian
ELEKTIF
(PILIHAN)
Perdagangan &
Keusahawanan
Perdagangan &
Keusahawanan
Perdagangan &
Keusahawanan
Melihat kepada organisasi kandungan kurikulum tersebut sebagai contoh, jelas
bahawa guru-guru sentiasa terdedah kepada perubahan dalam sistem dan kurikulum
pendidikan. Bagi guru-guru, mereka perlu melihat dan memahami secara mendalam
implikasi reformasi pendidikan bermula dari hari ini dan seterusnya ke arah wawasan
2020. Ini kerana negara perlu menyediakan sumber tenaga kerja yang mampu
menghadapi cabaran masa depan. Ia penting supaya tenaga kerja tersebut berupaya
mewujudkan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan sendiri. Hal ini menjadi
cabaran terbesar bagi pendidik. Oleh itu, pendidik itu sendiri perlu mempersiapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan penampilan yang boleh diiktiraf agar
kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan mengikut seperti yang dirancang
(Hussin, 1993).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kekurangan guru bukanlah satu isu basi. Ia perlu diberi perhatian oleh semua
pihak yang terbabit dalam dunia pendidikan. Keperluan guru untuk sesebuah sekolah
adalah dibekalkan berasaskan Surat Pekeliling 3/67 Pindaan yang menetapkan bilangan
guru yang layak diterima oleh sesebuah sekolah (Omar Hashim, 2003).
4
Perkembangan dalam bidang pendidikan telah menambah tekanan terhadap
kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan bilangan guru yang
mencukupi untuk sekolah-sekolah. Dijangkakan bilangan guru di sekolah menengah
ialah seramai lebih kurang 90 000 orang. Berdasarkan unjuran pengeluaran guru
sekolah menengah seperti yang sedang dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, sekolah-sekolah menengah akan mengalami kekurangan guru dalam
lingkungan 9900 orang pada tahun 1995 dan menjelang akhir tahun 2000, negara
mengalami masalah kekurangan guru yang nyata (Omar, 2003). Berdasarkan
pernyataan tersebut, terdapat kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat berikutan
perkembangan pesat dunia pendidikan seperti pembukaan sekolah-sekolah bestari,
sekolah pedalaman untuk orang asli dan sebagainya. Perkembangan positif ini
menuntut kepada tenaga kerja keguruan yang ramai dan berkesan.
Ismail (1995) telah menyatakan Program Latihan Keguruan harus menghendaki
bakal guru mempelajari dengan mendalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran
pengkhususan. Ia seharusnya dapat membantu guru menguasai sesuatu mata pelajaran
dengan baik, mengetahui prinsip dan fakta utama bidang mata pelajaran yang dipelajari,
skop perkembangan dan kajian, kaedah mengembang dan membentuk ilmu
pengetahuan serta cara dan peraturan komunikasi dalam bidang tersebut.
Jelas di sini pembentukan guru yang berkualiti dan memenuhi piawaian
pendidikan guru bermula sejak awal lagi. Namun, berlaku juga gejala yang tidak sihat
apabila penempatan guru tidak mengikut opsyen dan keperluan sekolah. Siva
Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk “Mempertingkatkan Martabat
Profesion Keguruan” menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat
kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata
pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran
tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru.
5
Persepsi status amat penting dalam menentukan tahap keprofesionalan.
Sungguhpun demikian, status ini seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di
kalangan guru. Sebagai contoh, apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah
sekolah, guru yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata
pelajaran tersebut (Rahmad & Norani, 1995). Fenomena ini dibuktikan melalui kajian
Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon dalam “Profesionalisme Guru Baru di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 – 1995. Guru diarah untuk mengajar
mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Ini menyebabkan status
seseorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi.
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan negara maju melalui
penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepada masalah kekurangan guru-guru
terlatih dalam bidang berkaitan (Robiah, 1998). Jika penguasaan asas lemah,
bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai. Banyak masalah yang timbul akibat
daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatu mata pelajaran itu terpaksa
diambi alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihan dengan bersandarkan
kepada minat mahupun paksaan tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan
terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran
sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan kemahiran
manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya
merekacipta serta etika kerja di kalangan pelajar. Melalui kemahiran asas praktik,
pelajar digalakkan berdikari dalam berhadapan dengan kehidupan. Mata pelajaran ini
berasaskan bidang teknologi, bidang ekonomi dan bidang sosial. Ia disusun sedemikian
cantik supaya ketiga-tiga bidang kemahiran asas praktik dan nilai etika kerja dikenal
pasti. Penekanan kepada kemahiran menjalankan kerja sendiri yang mudah, kemahiran
mengendali dan mengurus hal peribadi dan domestik dan kemahiran mengendalikan
urusan ekonomi secara cekap. Begitu juga dengan kemahiran sosial ke arah
6
peningkatan kesejahteraan kekeluargaan (Ee Ah Meng, 2005). Melihat kepada asas
pembinaan mata pelajaran ini, kita dapat bayangkan bahawa keadaan juga menjadi
semakin sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup diminta mengajar mata pelajaran tersebut kerana mata pelajaran
Kemahiran Hidup melibatkan penggunaan pembelajaran kognitif dan psikomotor secara
serentak. Keaddaan ini bukan hanya berlaku pada mata pelajaran Kenahiran Hidup
sahaja malahan pada mata pelajaran yang lain juga.
Kita sedang mengalami kekurangan guru terlatih dalam bidang-bidang tertentu
seperti sains, perdagangan dan sebagainya. Pada masa ini, kekurangan ini diisi
oleh guru-guru sementara. Guru-guru tersebut tidak mempunyai latihan dan
pengajaran sudah tentu mempengaruhi mutu pelajaran.
(Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979 : 171)
Berdasarkan perakuan di atas, ternyata masalah kekurangan guru akan
mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru bukan
opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran-mata pelajaran tertentu seperti mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
Pengkhususan bidang pengetahuan membolehkan seseorang guru mengajar
mengikut bidang latihan yang diterima termasuk kelayakan akademik dan juga
kelayakan profesional dalam bidang tertentu. Oleh sebab kurikulum atau sukatan
pelajaran yang menentukan apa yang diajar di sekolah memberi tumpuan kepada mata
pelajaran tertentu, maka guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu juga diperlukan.
P&P seringkali tergendala dan tidak berjalan dengan sempurna disebabkan tidak
mempunyai guru yang terlatih dalam bidang yang diperlukan. Walaupun pihak
pengurusan sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan mengarahkan guru yang tidak
terlatih dalam bidang tersebut mengajar subjek yang bukan pengkhususan mereka,
namun cara ini adalah penyelesaian yang tidak profesional yang sering dilakukan oleh
7
pihak pengurusan sekolah. Dari segi perancangan pendidikan, masalah ini merupakan
masalah pengurusan perancangan sumber manusia.
Laporan oleh Pejabat pendidikan daerah Kluang turut menyatakan masalah yang
sama di mana seramai 41 orang guru bukan opsyen telah diarahkan untuk mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia bagi mengisi kekosongan akibat kekurangan guru
Kemahiran Hidup (sila rujuk jadual 3.1).
Menurut Ishak dan Koh Boh Boon (1983), untuk memperolehi ilmu
pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa
latihan yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk
membina minat dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak dapat
dinafikan, banyak kursus-kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika
guru tersebut bukan dari bidang mata pelajaran tersebut tetapi sejauhmanakah kursus
jangka pendek tersebut dapat menyediakan guru-guru bukan opsyen dengan
pengetahuan dan kemahiran sama sempurna dan berkesan seperti guru yang memang
dari opsyen mata pelajaran tersebut. Menurut Masrizal (2003), kursus jangka pendek
yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan di dalam meningkatkan pengetahuan
guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Hal
yang demikian, pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru
Kemahiran Hidup tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku
ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian mata pelajaran tersebut.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Kreadibiliti seorang guru sering dipertikaikan apabila pelajar mencatatkan
keputusan peperiksaan yang kurang menyerlah. Keputusan peperiksaan PMR bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup di Daerah Kluang beberapa tahun kebelakangan ini telah
menunjukkan peningkatan namun terdapat sekolah-sekolah luar bandar yang
menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini dikaitkan dengan
pengambilalihan pengajaran oleh guru-guru bukan opsyen kerana guru asal telah
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kajian ini dijalankan untuk melihat
kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah-Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang dengan menumpukan kepada aspek
pengetahuan, kemahiran mengurus dan menyelenggara bengkel, sikap dan
keberkesanan kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pengkaji gambaran
sebenar tentang permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah seperti berikut:-
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam mata
pelajaran kemahiran Hidup.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengurus dan
menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup.
1.4.3 Mengenalpasti sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
1.4.4 Mengenalpasti keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh
guru-guru bukan opsyen.
9
1.5 Persoalan Kajian
Dengan terhasilnya kajian ini, diharap beberapa persoalan yang sering
diutarakan oleh warga pendidik akan terjawab dengan jelas. Antara persoalan yang
ditimbulkan adalah:-
1.5.1 Apakah guru-guru bukan opsyen mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup?
1.5.2 Apakah guru-guru-guru bukan opsyen mempunyai kemahiran dalam mengurus
dan menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup
1.5.3 Apakah sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran Kemahiran
Hidup?
1.5.4 Apakah keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh guru-
guru bukan opsyen?
1.6 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat mewujudkan beberapa cadangan
pembaikan yang berguna untuk perhatian pihak-pihak berkenaan seperti guru-guru
Kemahiran hidup, pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
10
1.6.1 Guru-Guru Bukan Opsyen Kemahiran Hidup
Sebagai panduan dalam melaksanakan bengkel Kemahiran Hidup yang cekap
dan sempurna di mana ia merupakan aspek yang amat penting dalam memastikan
matlamat perancangan, pengendalian dan pembangunan bengkel tercapai dengan
jayanya.
1.6.2 Pihak Sekolah
Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak
sekolah dengan pihak-pihak yang berkenaan sekaligus membantu guru-guru menangani
masalah yang wujud di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup khususnya terhadap guru-guru yang tiada pengkhususan dalam mata pelajaran
ini.
1.6.3 Jabatan Pelajaran Negeri
Memberi gambaran yang jelas tentang bentuk-bentuk latihan yang boleh
diberikan kepada guru-guru yang bukan opsyen sekaligus memperbaiki dan
mempertingkatkan aspek keguruan Kemahiran Hidup di sekolah.
11
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan lagi
bidang pendidikan melalui pengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan
berkesan. Di samping itu, di harap agar kajian ini dapat membantu pihak kementerian
untuk melihat permasalahan yang wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru
bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi
tumpuan kepada seramai 34 orang guru-guru bukan opsyen yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup di 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah
Kluang. Batasan Kajian ini dihadkan bagi memudahkan kajian dijalankan. Kajian ini
menumpukan kepada tahap penguasaan pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup, kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengurus
dan menyelenggara bengkel, sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup dan keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh
guru-guru bukan opsyen.
1.8 Definisi Terminologi
Di dalam kajian ini, pengkaji menjelaskan beberapa takrifan istilah yang
berkaitan dengan kajian yang dibuat.
12
1.8.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Menurut Pusat Pengembangan Kurikulum (1990), mata pelajaran Kemahiran
Hidup adalah mata pelajaran yang dilaksanakan bagi menggantikan Kemahiran Hidup
Program Peralihan. Ia mengandungi dua bahagian utama iaitu teras dan elektif serta
melibatkan pengajaran secara teori dan amali.
1.8.2 Sekolah Menengah
Sekolah Menengah Akademik yang dimaksudkan adalah Sekolah Menengah
Kebangsaan sahaja. Dalam konteks kajian yang dijalankan, 11 buah sekolah-sekolah
yang terlibat adalah seperti berikut:
i) SMK Layang-Layang
ii) SMK Jalan Mengkibol
iii) SMK Jalan Kota Tinggi
iv) SMK (FELDA) Kahang Timur
v) SMK LKTP Belitong
vi) SMK Taman Kluang Barat
vii) SMK Bandar T6
viii) SMK Seri Lalang
ix) SMK Taman Seri Kluang
x) SMK Tengku Aris Bendahara
xi) SMK Kahang Bt 23
13
1.8.3 Kesediaan
Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia,
kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan guru-
guru mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kursus.
1.8.4 Guru-Guru Bukan Opsyen
Dalam kajian ini, ia membawa maksud guru-guru yang bukan dari aliran atau
bidang Kemahiran Hidup dan tiada pengkhususan langsung berkaitan mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
1.8.5 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang
ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan
tingkah laku. Dalam kajian ini, ia membawa maksud ilmu yang dimiliki oleh guru-guru
bukan opsyen dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
14
1.8.6 Kemahiran
Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran membawa maksud kecekapan dan
kepandaian. Dalam kajian ini, ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru
dalam menguasai kesemua aspek kemahiran-kemahiran ketukangan yang memenuhi
kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup
1.8.7 Sikap
Menurut Kamus Dewan (2002), sikap bermaksud perbuatan atau pandangan
yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud
perbuatan dan pandangan guru terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.8.8 Kursus
Menurut Kamus Dewan (2002), kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu
perkara (kepandaian, pengetahuan dan sebagainya) yang diberikan dalam jangkamasa
yang singkat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud, pelajaran atau ilmu yang diterima
oleh guru bukan opsyen tentang mata pelajaran Kemahiran Hidup.