KESAN PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN KE ATAS OTOT BISEP … filepesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas...
Transcript of KESAN PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN KE ATAS OTOT BISEP … filepesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas...
KESAN PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN KE ATAS OTOT
BISEP PESAKIT ERB’S PALSY.
NORAZIAH BINTI MOHD BASHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KESAN PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN KE ATAS OTOT BISEP PESAKIT ERB’S PALSY
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya NORAZIAH BINTI MOHD BASHARI ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap NO 136, P.M. DR. HJ ABDUL HAFIDZ HJ. OMAR LORONG KAMPNG BOYAN, 34000 TAIPING, PERAK. Tarikh : 11 Mac 2004 Tarikh : 11 Mac 2004
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
“ Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : …………………..
Nama Penyelia : P. M. DR. HJ. ABD. HAFIDZ BIN HJ. OMAR
Tarikh : 11 MAC 2004
KESAN PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN KE ATAS OTOT BISEP PESAKIT
ERB’S PALSY
NORAZIAH BINTI MOHD BASHARI
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………..
Nama Penulis : NORAZIAH BINTI MOHD BASHARI
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
Dedikasi
Penulisan ini khas buat:
Ibu dan bapa yang disayangi,
Abang, kakak dan rakan yang dihormati,
Terima kasih di atas pengorbanan
Dan kasih sayang kalian.
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia, P.M. Dr. Hj Abd. Hafidz Bin Hj. Omar yang telah membimbing serta
meberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Pengarah Jabatan Pemulihan Anggota,
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru iaitu Puan Mariam Binti Mohd Nawang yang
telah banyak membimbing dan memberikan dorongan tanpa jemu.
Penyelidik juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa yang
telah banyak memberi sokongan dalam meyiapkan tesis ini. Begitu juga dengan ahli
keluarga yang lain yang sentiasa memberikan galakkan.
Tidak lupa buat pensyarah dan tutor Sains Sukan yang lain, di atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan. Juga buat pihak Melaka Manipal Medical College, jutaan
terima kasih diucapkan kerana meberi peluang untuk penyelidik mendapatkan bahan
rujukan di sana.
Penghargaan ini juga ditujukan buat rakan sekumpulan yang menjayakan
penyelidikan ini. Juga buat rakan seperjuangan yang lain, diucapkan terima kasih diatas
kerjasama anda. Akhir sekali penyelidik ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan
buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbezaan kontraksi otot bisep
pesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas menjalani program latihan pemulihan yang telah
dibina oleh penyelidik. Selain itu, kajian ini juga menganalisis perbezaan kontraksi otot
bisep pesakit Erb’s Palsy berbanding sampel normal. Seramai 10 orang pelajar
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih sebagai sampel normal dan seorang
pesakit Erb’s Palsy sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, alat BIOPAC
Electromyography I, standard and Integrated EMG, telah digunakan bagi melihat isyarat
EMG. Isyarat EMG adalah untuk menunjukkan aktiviti elektrik otot bisep sampel pesakit
Erb’s Palsy sebelum dan selepas menjalani program latihan pemulihan. Isyarat EMG
juga digunakan untuk menunjukkan aktiviti elektrik otot bisep sampel normal. Data yang
telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social
Science Version 10.0 (SPSS 10.0), di mana tahap signifikan yang telah ditetapkan ialah
p=0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas menjalani program latihan
pemulihan. Selain itu juga didapati terdapat perbezaan signifikan kontraksi otot bisep
pesakit Erb’s Palsy berbanding sampel normal. Kesimpulannya, kontraksi otot bisep
pesakit Erb’s Palsy menunjukkan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas
menjalani program latihan pemulihan.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to analyze the difference of an adult with Erb’s Palsy
biceps contraction before and after under go a rehabilitation-training program made by
researcher. Other than that, this study also analyzing the difference of biceps contraction
between an adult with Erb’s Palsy and a normal healthy subjects. 10 healthy students
University Technology of Malaysia (UTM) were chosen for normal subjects and a
subject with Erb’s Palsy as a research sample. The BIOPAC Electromyography Standard
Integrated I (EMG) was used to study signal of electrical contraction. The activity before
and after undergoing the rehabilitation-training program is shown by the EMG signal on
the adult with Erb’s Palsy biceps muscle electrical activity. EMG signal is to show also
the electrical activity of the normal sample biceps. The data collected was analyzed
using the Statistical Packages for Social Science Version 10.0 (SPSS 10.0), which the
significant level was fixed at p=0.05. The result from this study shows that there was a
significant difference of the Erb’s Palsy adult biceps contraction before and after under
go the rehabilitation-training program. There was a significant difference between the
biceps contraction of the biceps of Erb’s Palsy sample with normal subject. As a
conclusion, the contraction of the biceps of an adult with Erb’s Palsy shows a significant
difference between before and after under go the rehabilitation-training program.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif kajian 10
1.5 Kepentingan Kajian 11
1.6 Persoalan Kajian 12
1.7 Hipotesis Kajian 12
1.8 Skop Kajian 13
viii
1.9 Limitasi Kajian 13
1.10 Definisi Operasional 14
1.11 Penutup 17
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kontraksi Otot 18
2.3 Kekuatan Otot 20
2.4 Electromyography (EMG) 21
2.5 Erb’s Palsy 23
2.6 Intensiti 24
2.7 Kekerapan 25
2.8 Tempoh 25
2.9 Penutup 27
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Pemilihan Sampel 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian 31
3.6 Pengumpulan Data 34
3.7 Penganalisaan Data 34
3.8 Penutup 35
ix
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Diskriptif 37
4.3 Analisis Infereansi 44
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 48
5.3 Kesimpulan 49
5.4 Cadangan 50
5.5 Penutup 52
BIBLIOGRAFI 53
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – U 55-76
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Bacaan Nilai P-P Sampel Normal Mengikut
Umur 37
4.2.2 Bacaan Maksima, Minima, P-P dan Purata
P-P bagi Sampel Normal 40
4.2.3 Bacaan Purata Nilai P-P Pra dan Pos Pesakit
Erb’s Palsy 41
4.3.1 Bacaan Nilai P-P Pesakit Erb’s Palsy Bagi Ujian
Pra dan Pos 44
4.3.2 Bacaan Nilai P-P Pesakit Erb’s Palsy Berdasarkan
Bilangan Ulangan dan Tempoh Kontraksi (saat) 46
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Rajah Nilai P-P Sampel Normal Mengikut Umur 39
4.2.2 Rajah Perbezaan Bacaan Purata Nilai P-P Sampel
Normal dengan Pesakit Erb’s Palsy 42
4.2.3 Rajah Perbezaan Purata Bacaan Nilai P-P Pra dan
Pos Pesakit Erb’s Palsy 43
4.3.1 Rajah Kawasan Penerimaan dan Penolakan Hipotesis 45
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Skala Intensiti 55
B Jadual Ujian Bagi Sampel Normal 56
C Jadual Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos
bagi Pesakit Erb’s Palsy 58
D Data Isyarat EMG Pesakit Erb’s Palsy
bagi Ujian Pra I 59
E Data Isyarat EMG Pesakit Erb’s Palsy
bagi Ujian Pra II 60
F Data Isyarat EMG Pesakit Erb’s Palsy
bagi Ujian Pra III 61
G Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy
bagi Ujian I 62
H Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy
bagi Ujian II 63
I Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy
bagi Ujian Pos I 64
J Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy
bagi Ujian Pos II 65
K Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy
bagi Ujian Pos III 66
L Data Isyarat EMG Sampel Normal I 67
M Data Isyarat EMG Sampel Normal II 68
xiii
N Data Isyarat EMG Sampel Normal III 69
O Data Isyarat EMG Sampel Normal IV 70
P Data Isyarat EMG Sampel Normal V 71
Q Data Isyarat EMG Sampel Normal VI 72
R Data Isyarat EMG Sampel Normal VII 73
S Data Isyarat EMG Sampel Normal VIII 74
T Data Isyarat EMG Sampel Normal IX 75
U Data Isyarat EMG Sampel Normal X 76
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengurusan bukan sahaja penting di dalam organisasi yang berorientasikan
ekonomi dan pentadbiran sahaja, malah ia juga sama penting dalam dunia perubatan. Ini
kerana pengurusan adalah melibatkan proses merancang, memimpin dan mengawal bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Maka merancang sesuatu program merupakan
perkara yang penting kerana ia dapat memastikan pelaksanaan yang teratur serta
menghasilkan hasil yang efisien. Dalam konteks dunia perubatan, merancang satu
program latihan pemulihan sebenarnya adalah satu proses menentukan lebih awal tentang
apa yang patut dilakukan, bagaimana ia patut dilakukan dan siapakah yang berperanan
melakukannya. Memprogram juga melibatkan penentuan matlamat atau objektif yang
ingin dicapai.
Namun untuk menghasilkan sebuah program yang terbaik, banyak perkara yang
perlu dititik beratkan. Oleh itu terdapat garis panduan untuk merangka sesuatu program
latihan. Garis panduan tersebut mengemukakan 8 syarat utama bagi membina sebuah
program (Zaharu Baharum, 2003).
2
Syarat-syarat ini adalah penting bagi menghasilkan program yang terbaik demi
mengelakkan kesakitan dan kecederaan. Syarat-syarat tersebut ialah, tahap kesediaan,
reaksi individu, penyesuaian, tambah beban, perkembangan, pengkhususan,variasis dan
kebolehbalikan.
Kesediaan adalah merujuk kepada tahap kesediaan atau penerimaan pesakit dari
segi psikologi (Zahari Baharum, 2003). Tahap kesediaan juga bergantung kepada
kematangan individu. Ini bermakna program latihan pemulihan yang dibina juga adalah
bergantung kepada tahap kesediaan pesakit itu sendiri. Sebagai contoh, pesakit yang
berumur 4 tahun mungkin tidak sesuai dan bersedia untuk menjalani program latihan
pemulihan yang memerlukan daya konsentrasi yang tinggi berbanding orang dewasa.
Selain daripada faktor kesediaan, program yang dirancang juga dipengaruhi oleh reaksi
individu. Ini kerana setiap individu memberikan reaksi yang berbeza terhadap program
latihan yang sama berdasarkan pelbagai sebab. Antara sebabnya ialah setiap individu
mempunyai tahap kematangan, pemakanan, rehat, tahap kecergasan yang berbeza.
Faktor persekitaran seperti cuaca dan sikap pesakit sendiri juga boleh mempengaruhi
reaksi individu. Ini dapat menunjukkan samada pesakit tersebut mempunyai motivasi diri
yang tinggi atau pun tidak. Maka tidak hairanlah jika setiap pesakit memerlukan program
latihan pemulihan yang berbeza serta menunjukkan hasil yang berbeza antara satu
individu dengan individu lain.
Syarat seterusnya ialah penyesuaian. Penyesuaian adalah merujuk kepada
keketaraan perubahan progresif. Dalam konteks program latihan pemulihan, perubahan
ini termasuklah peningkatan kekuatan otot, daya tahan otot, kuasa otot, kekuatan tulang
dan lain-lain lagi. Manakala syarat ke empat yang perlu diketahui semasa merancang
sebuah program adalah tambah beban (Overload). Tambah beban adalah merujuk kepada
adaptasi tubuh yang memerlukan penambahan beban kerja. Ia adalah penting untuk
meningkatkan kecergasan kerana latihan perlu ditingkatkan melebihi beban yang biasa
3
dialami oleh tubuh badan (Wee Eng Hoe, 1998). Penambahan beban adalah bergantung
kepada empat faktor berikut iaitu kekerapan, intensiti, tempoh dan ulangan. Namun
penambahan beban yang berlebihan dan secara cepat akan memudaratkan pesakit kerana
tubuh masih belum dapat menyesuaikan keadaan.
Perkembangan juga termasuk dalam syarat yang perlu dititik beratkan semasa
merancang program. Ia merujuk kepada tahap perkembangan atau kemajuan yang
berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu kekerapan, intensiti, dan tempoh latihan. Ini
bermakna syarat keempat iaitu tambah beban adalah berhubung rapat dengan tahap
perkembangan. Dalam kata lain, sekiranya terdapat perkembangan atau kemajuan, kadar
kekerapan, intensiti dan tempoh latihan boleh ditingkatkan tetapi, peningkatan latihan
mestilah daripada yang senang kepada yang susah (Vern Gambetta, 2003 dalam Zahari
Baharum, 2003). Sebagai contoh, jika kekerapan latihan sebelum adalah satu kali dalam
satu minggu, maka bolehlah ditambah lebih sesi latihan dalam satu minggu. Manakala
kadar intensiti dan tempoh latihan juga boleh ditingkatkan mengikut kemampuan pesakit
(Artikel Majlis Sukan Negara, 2003).
Selain daripada tahap kesediaan, reaksi individu, penyesuaian, tambah beban dan
perkembangan, faktor pengkhususan juga perlu difikirkan semasa merancang program.
Pengkhususan adalah merujuk kepada penentuan latihan yang khusus untuk mendapatkan
hasil yang spesifik. Dalam kata lain, pengkhususan adalah penting kerana kesan latihan
sebenarnya berasal daripada program latihan yang khusus terhadap latihan yang
dilakukan dan terhadap otot yang terlibat.
“ Bosan ” merupakan sifat semulajadi yang ada pada manusia oleh itu program
latihan yang dirancang hendaklah mempunyai kepelbagian atau variasi. Antara
kepelbagaian yang biasa dilakukan ialah menukar rutin latihan, menukar jenis latihan dan
menukar tempat latihan. Namun untuk merancang program latihan pemulihan yang
4
pelbagai adalah terhad kerana faktor pesakit yang kurang upaya dan memerlukan masa
penyesuaian yang lama bagi satu jenis latihan pemulihan yang diberikan. Ia adalah
berbeza bagi program latihan yang dirancang untuk atlet sukan yang mana kepelbagaian
merupakan syarat yang penting bagi memastikan kejayaan program tersebut.
Syarat terakhir ialah kebolehbalikan yang mana ia menyatakan bahawa segala
manfaat latihan akan akhirnya hilang sekiranya tidak meneruskan program latihan (Cheah
Swee Ming, 1995). Walau bagaimana pun, kadar kehilangan kekuatan dan daya tahan
otot adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pembangunan kekuatan dan daya
tahan otot (Berger, 1962 dalam Steven, J.F dan William, J.K, 1987). Oleh itu proses
merangka sesuatu program latihan mestilah tepat supaya tidak berlaku kebolehbalikan di
antara satu sesi latihan ke sesi latihan berikutnya.
Selain 8 syarat tersebut, proses merangka program latihan pemulihan juga
bergantung kepada masa, penyeliaan dan juga pengetahuan. Masa adalah merujuk
kepada berapa banyak masa yang boleh diluangkan oleh pesakit. Manakala penyeliaan
adalah merujuk kepada berapa ramai pakar fisioterapi yang diperlukan untuk memerhati
dan membantu pesakit melakukan program latihan pemulihan yang dirancang untuknya.
Ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pesakit semasa menjalani latihan
tersebut. Adalah tidak memadai jika mempunyai pakar fisioterapi yang cukup tetapi
tidak mempunyai pengetahuan. Oleh itu, untuk merancang program latihan pemulihan
yang baik, faktor pengetahuan perlu dititik beratkan kerana pengetahuan membolehkan
pesakit dibimbing dengan teknik yang betul untuk melakukan latihan pemulihan. Selain
itu dengan adanya pengetahuan juga dapat digunakan sekiranya berlaku kecemasan
semasa sesi latihan berjalan.
Proses merangka yang seterusnya adalah mengenalpasti tujuan latihan. Ini
bermaksud samada program latihan pemulihan adalah bertujuan untuk peningkatan
5
kekuatan otot, peningkatan daya tahan otot, peningkatan kekuatan tulang atau pun yang
lain. Langkah berikutnya adalah membuat jadual jangka masa latihan samada sebulan,
setahun atau pun lebih lama lagi. Seterusnya adalah memilih hari latihan yang mana ia
bergantung kepada masa yang boleh diluangkan oleh pesakit tersebut. Kemudian
tentukan pula jenis latihan. Jenis latihan ditentukan berdasarkan tujuan atau objektif
program latihan pemulihan. Program latihan pemulihan bukan sahaja menentukan
tujuan, masa, hari dan jenis latihan, malah ia juga menentukan ulangan, set, beban dan
intensiti yang diperlukan oleh pesakit. Langkah terakhir adalah menggabungkan
kesemua aspek di atas menjadi satu program latihan pemulihan yang lengkap.
Merancang program latihan pemulihan adalah penting kerana ia merupakan usaha
menyembuhkan bahagian anggota yang tercedera akibat kemalangan atau pun kerana
kecacatan sejak dilahirkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setelah mengetahui apakah syarat-syarat yang terkandung bagi merancang sebuah
program latihan pemulihan, adalah penting untuk mengetahui apakah maksud program
latihan pemulihan. Program latihan pemulihan sebenarnya adalah usaha pemulihan
terhadap ketidakupayaan fizikal sehingga ke tahap semaksima yang termampu
(M.Natarajan dan N. Mayilvahanan, 1999). Ia merupakan satu program yang luas yang
mana melibatkan kepakaran daripada pelbagai bidang dan kerjasama daripada pelbagai
pihak. Dalam dunia perubatan, bahagian pemulihan anggota dikenali sebagai bidang
fisioterapi. Fisioterapi adalah bidang rawatan yang menggunakan latihan, urutan, haba,
beban atau pun dianogsis elektrik (Kamus Oxford Second Edition, 1999). Manakala
6
individu yang berperanan merancang dan mengendalikan program latihan dipanggil
pakar fisioterapi.
Satu program latihan pemulihan boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu pemulihan
fizikal, pemulihan sosial dan pemulihan ekonomi (J. Maheswari, 1993). Fasa pemulihan
fizikal adalah dianogsis dan rawatan terhadap ketidakupayaan pesakit dengan
menggunakan latihan atau alatan bantuan tertentu. Ia merupakan tanggungjawab pakar
fisioterapi untuk merancang satu program pemulihan. Manakala fasa pemulihan sosial
merupakan peranan setiap individu bemula daripada doktor, pakar fisioterapi, jururawat,
staf hospital, keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan juga ahli masyarakat yang mana
kesemua individu ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan serta memberi
sokongan terhadap pesakit. Fasa yang ketiga adalah pemulihan ekonomi. Sebagai
contoh, seseorang yang telah mengalami kecacatan atau ketidakupayaan akibat daripada
sesuatu kemalangan pasti akan kehilangan punca pendapatan disebabkan tidak lagi
berdaya untuk bekerja. Oleh itu fasa pemulihan ekonomi adalah merupakan fasa
terpenting. Secepat yang mungkin setelah pesakit didapati tidak mampu bekerja lagi,
satu kerjasama mesti ditubuhkan untuk memberi sumber pendapatan kepadanya. Kajian
kes adalah merupakan fasa pemulihan perubatan terhadap pesakit Erb’s Palsy.
Terdapat dua cara pemulihan dalam fasa pemulihan fizikal iaitu mobilisasi
terhadap tubuh dan mental melalui latihan. Manakala cara kedua ialah mengaplikasikan
tenaga luaran. Mobilisasi terhadap tubuh dan mental melalui latihan pula terbahagi
kepada kaedah urutan serta pergerakan dan latihan. Bagi cara aplikasi tenaga luaran pula
terdapat 3 kaedah yang biasa digunakan. Pertama adalah dengan dianogsis elektrik
seperti Shortwave Diathermy dan Interferential Therapy. Kaedah kedua dalam aplikasi
tenaga luaran ialah menggunakan gelombang bunyi iaitu Ultrasound. Kaedah yang
ketiga adalah dengan menggunakan cahaya seperti Ultraviolet Rays, Infra Red Rays,
Laser Therapy. Untuk menentukan kaedah yang bakal digunakan dalam program latihan
yang dirancang, mestilah dirujuk kepada jenis ketidakupayaan dan gred yang ditentukan.
Dalam kajian kes, kaedah yang digunakan adalah pergerakan dan latihan. Ini adalah
7
kerana bagi kekuatan otot sampel yang dikaji berada pada gred 1. Skala kekuatan otot
diberikan gred daripada nilai 0 sehingga 5, di mana nilai 0 menunjukkan tiada kontraksi
otot, nilai 1 menunjukkan terdapat sekilas kontraksi yang muncul, gred 2 pula
menunjukkan terdapat sedikit kontraksi otot, gred 3 adalah terdapat kuasa yang boleh
membuat pergerakan melawan graviti, gred 4 adalah terdapat kuasa yang boleh membuat
pergerakan melawan graviti serta rintangan. Gred 5 merupakan tahap normal otot
(Adams, J.C., 1967)
Kaedah pergerakan dan latihan juga dikenali sebagai latihan terapi. Latihan terapi
adalah penting dalam pembentukan kekuatan dan pemulihan pergerakan sendi. Terdapat
tiga jenis latihan terapi yang biasanya dilakukan iaitu latihan pergerakan sendi, latihan
kekuatan otot serta latihan peningkatan koordinasi dan keseimbangan (J. Maheswari,
1993). Memandangkan setiap program yang dirancang memerlukan pengkhususan,
maka jenis latihan terapi juga perlu ditentukan. Cara menentukan jenis latihan terapi
untuk sesebuah program latihan pemulihan adalah dengan merujuk kepada objektif
program tersebut. Memandangkan kajian kes adalah untuk melihat sejauh manakah
peningkatan kekuatan otot bisep selepas mengikuti program latihan pemulihan, maka
jenis latihan yang sesuai adalah latihan kekuatan otot. Sampel kajian akan melakukan
latihan active assisted kerana sampel boleh melakukan pergerakan tetapi dengan bantuan
pakar fisioterapi. Berbeza dengan latihan active, di mana pesakit akan melakukan
pergerakan tanpa bantuan sesiapa. Manakala active resisted adalah pergerakan melawan
rintangan.
Ini menunjukkan penentuan fasa pemulihan, kaedah pemulihan dan jenis latihan
amat penting bagi menghasilkan satu program latihan pemulihan yang efektif. Maka,
pengetahuan tentang fasa pemulihan, kaedah-kaedah pemulihan serta jenis latihan yang
ada dalam dunia perubatan amatlah penting supaya pengkhususan program latihan
pemulihan dapat ditentukan.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Sebuah program latihan pemulihan merupakan jadual perancangan ke arah
memulihkan kecederaan atau ketidakupayaan pesakit secara sistematik dan saintifik.
Selain daripada menentukan jenis latihan yang akan dilakukan, program latihan
pemulihan juga menentukan komponen-komponen latihan lain seperti intensiti, tempoh,
kekerapan, ulangan dan set.
Intensiti ialah latihan peratusan maksima usaha yang boleh dicapai oleh individu
semasa melakukan latihan. Penentuan intensiti adalah amat penting untuk menghasilkan
kesan latihan yang terbaik. Intensiti latihan yang terlalu tinggi akan menyebabkan kesan
yang merbahaya seperti kecederaan pada otot-otot. Skala intensiti boleh dibahagikan
kepada lima tahap (Lampiran A). Cara menentukan tahap intensiti yang sesuai bagi
latihan pemulihan adalah berdasarkan kepada tiga perkara, iaitu tahap kecergasan
permulaan, tahap kecergasan yang diingini dan sifat aktiviti yang dipilih (Blanksby, 1987
dalam Wee Eng Hoe, 1998).
Komponen latihan yang kedua yang perlu dikenalpasti semasa merangka sebuah
program latihan pemulihan adalah tempoh. Tempoh adalah merujuk kepada isipadu
sesuatu latihan yang dijalankan dalam satu jangka masa tertentu. Dalam kata lain,
tempoh adalah kadar atau jumlah latihan yang diberikan dalam masa yang telah
ditetapkan. Tempoh sbenarnya bergantung kepada intensiti, di mana tempoh dan
intensiti adalah berkadar songsang. Sekiranya intensiti latihan adalah tinggi, maka
tempoh latihan adalah rendah dan sebaliknya.
9
Manakala kekerapan (frequency), pula adalah merujuk kepada bilangan latihan
yang dilakukan dalam seminggu. Kebiasaannya kekerapan latihan yang dilakukan adalah
3 hingga 5 kali seminggu. Kesan positif latihan akan diperoleh jika kekerapan latihan
dilakukan sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu (Blanksby, 1987 dalam Wee Eng Hoe,
1998).
Dalam membina sebuah program latihan pemulihan juga, komponen latihan
seperti ulangan (repetition), perlu ditentukan. Ulangan adalah bilangan kali sesuatu
latihan atau aktiviti yang diulang (Wee Eng Hoe, 1998). Ia biasanya ditingkatkan
beransur-ansur. Manakala satu set pula ialah satu ulangan lengkap latihan atau aktiviti
tanpa rehat (Howley E.T dan Franks B. D., 1992).
Kajian yang dijalankan adalah ke atas sample yang telah menghidap Erb’s Palsy
selama 8 tahun dan tidak pernah menjalani sebarang program pemulihan yang tetap
sepanjang tempoh tersebut. Di mana pesakit hanya dapat mengerakkan jari-jari dengan
kawalan yang rendah dan tidak dapat mengerakkan lengan atau tangan. Oleh itu kajian
ini adalah bertujuan untuk melihat kadar pemulihan otot pesakit melalui senaman. Fokus
kajian ini adalah terhadap otot bisep. Ujian Electromyography I, Standard and Integrated
(EMG) akan digunakan bagi mengesan kontraksi otot sampel sebelum dan selepas
menjalani program latihan pemulihan. Kajian ini akan merangkumi perangkaan program
latihan, pelaksanaan latihan senaman dan menganalisa kekuatan otot yang dikaji.
Memandangkan jenis latihan yang diprogramkan bagi sampel kajian merupakan
latihan jenis active assisted, maka senaman Range of Motion adalah bersesuaian dengan
kemampuan pesakit. Di mana pesakit dapat melakukan senaman pergerakan dengan
bantuan pakar fisioterapi. Dalam kajian kes, penumpuan adalah terhadap kekuatan otot
bisep. Oleh itu senaman Range of Motion yang sesuai untuk pembentukan kekuatan otot
10
bisep adalah Elbow Flexion. Ini kerana pergerakan Elbow Flexion terhasil daripada
kontraksi otot bisep.
Program latihan yang dirangka adalah masih tidak lengkap sekiranya tidak
menentukan tahap komponen latihan pemulihan yang diperlukan. Disebabkan sampel
tidak pernah menjalani latihan ke atas otot bisep maka, intensiti yang telah ditetapkan
ialah pada tahap sederhana sahaja iaitu dalam tempoh 6 hingga 8 minit latihan. Manakala
ulangan yang telah ditetapkan adalah sebanyak 40 kali. Ulangan ini adalah pada tahap
optima kerana senaman Elbow Flexion dengan ulangan kurang daripada 40 adalah terlalu
minimum manakala ulangan yang melebihi 40 kali adalah pada tahap yang terlalu tinggi
untuk dilakukan oleh sampel.
Kesan positif latihan akan diperoleh jika kekerapan latihan dilakukan sebanyak 3
hingga 5 kali seminggu (Blanksby, 1987 dalam Wee Eng Hoe, 1998). Oleh itu kekerapan
senaman unutk sampel kajian adalah sebanyak 3 kali seminggu. Penetapan kekerapan ini
juga bergantung kepada masa yang dapat diluangkan oleh pesakit. Setiap sesi latihan,
sampel hanya melakukan satu set latihan sahaja. Ini kerana pesakit memerlukan
penyesuaian memandangkan bahagian yang terlibat tidak pernah diberi sebarang latihan
selama 8 tahun. Maka jelaslah bahawa untuk membina satu program latihan pemulihan
yang lengkap banyak komponen yang perlu dititik beratkan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji kesan latihan melalui senaman
terhadap subjek yang mengalami Erb’s Palsy. Perkara-perkara yang dikenalpasti ialah:
11
a) Untuk merancang sebuah program latihan pemulihan yang teratur, yang
mana ia menentukan jenis, tempoh, kekerapan, intensiti, ulangan dan set
latihan.
b) Untuk meninjau sejauh manakah kesan keberkesanan program latihan
pemulihan yang dijalankan terhadap kekuatan otot bisep.
c) Untuk menganalisa dan membuat perbezaan kekuatan otot bisep selepas
menjalani program latihan pemulihan berbanding sampel yang normal.
1.5 Kepentingan Kajian
Program latihan pemulihan yang teratur dan terancang memainkan peranan
penting untuk memulihkan kecederaan. Oleh itu melalui kajian yang dijalankan dapatlah
memberikan panduan dan gambaran berkaitan program latihan pemulihan otot bisep
pesakit Erb’s Palsy. Hasil kajian ini akan dapat:
a) menunjukkan penggunaan komponen latihan yang sistematik dan saintifik
dalam membina program latihan pemulihan.
b) memberi maklum balas kepada pesakit tentang perkembangan kecederaan
melalui program latihan pemulihan yang telah dijalankan.
c) dapatan kajian juga dapat memberi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain
yang ingin meneruskan kajian dalam bidang ini.
12
a
1.6 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang telah dikenalpasti oleh penyelidik ialah:
a) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum
dan selepas menjalani program latihan pemulihan?
b) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas
latihan berbanding sampel normal?
c) Adakah kontraksi otot bisep sampel normal dipengaruhi oleh faktor umur?
1.7 Hipotesis Kajian
Dengan batasan-batasan yang wujud dihipotesiskan bahawa:
H 1 : Tidak terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas
menjalani program latihan pemulihan
H 2 : Tidak terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas
menjalani program latihan pemulihan berbanding sampel normal.
H 1 : Terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas menjalani
program latihan pemulihan