KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan...
Transcript of KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan...
KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN KEKUATAN
OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KUCHING HIGH, KUCHING, SARAWAK.
LIM YIAN PING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATANKEKUATAN OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPARSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUCHING HIGH
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LIM YIAN PING
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 82, EWE HAI STREET, TN.HJ.HAMID RAHABAH 93000 KUCHING, SARAWAK. Nama Penyelia
Tarikh: 9 MARCH 2004 Tarikh: 9 MARCH 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan: ……………………………………………………...
Nama Penyelia: Tn. Hj. Hamid Rahabah
Tarikh: 9 March 2004
i
KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN KEKUATAN
OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KUCHING HIGH, KUCHING, SARAWAK.
LIM YIAN PING
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penulis : LIM YIAN PING
Tarikh : 9 March 2004
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu serta keluarga yang amat disayangi, kejayaan ini ditujukan
khas untuk anda semua. Segala jasa, sokongan dan pengorbanan masa dan kewangan
yang diberikan tidak akan saya lupakan selamanya. Dan teristimewa buat seseorang yang
disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,
LIM SOON LEE
CHONG SIEW GOH
LIM YIAN YIAN
LIM YU KIUN
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Di sini saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan dapat
saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan meskipun saya menghadapi kesulitan semasa menghasil dan menjayakan
projek ini.
Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga tersayang
terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa memberi restu dan sokongan yang tidak ternilai
banyaknya buat saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan khas saya
kepada penyelia projek, Tn. Hj. Hamid Rahabah yang banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar yang berguna dalam menyempurnakan projek ini.
Penghargaan turut ditujukan kepada pensyarah Sains Sukan, En.Yunos, En.
Anizu, Encik Hafiz dan Encik Syarul di atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan
sepanjang saya menuntut di UTM.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Chai Poh Fatt
yang merupakan jurulatih bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High.
Terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan. Penghargaan turut
ditujukan kepada subjek-subjek kajian saya, Michael, Yu Kiun, Kwang Hui, Wee Tak,
Chun Siong, Kah Ho, Low Khen, Sing Chen, Pei Sze dan Chee Siong. Pertolongan dan
kerjasama yang diberikan tidak akan saya lupakan. Terima Kasih atas segala-galanya…
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental. Dalam kajian ini, subjek-subjek
dikehendaki menjalani latihan bebanan selama enam minggu dengan kekerapan latihan
tiga kali seminggu. Antara jenis latihan bebanan yang diberikan ialah squat, leg press, leg
curl dan leg extension. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur
keberkesanan latihan bebanan ke atas peningkatan tahap kekuatan otot kaki pemain-
pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High. Satu
pengujian, iaitu ujian lompat jauh berdiri akan dijalankan ke atas subjek sebelum dan
selepas latihan bebanan diberikan. Segala data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS “ Statistic Packages for Social Science” version 10.0.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jarak
yang dicapai oleh subjek-subjek dalam ujian lompat jauh berdiri sebelum dan selepas
menjalani latihan bebanan. Ini telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap
kekuatan otot kaki pemain-pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan
Kuching High. Dalam kajian ini juga akan membincangkan tentang masalah-masalah
yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan penyelidik turut dikemukakan
bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
This is an experimental research. Six weeks of weight training programme were
given by the researcher to the subjects with three repetitions per week. The training
routine given were squat, leg press, leg curl and leg extension. This experimental
research is to measure the effectiveness of weight training programme to leg muscles
among the volleyball players of the Kuching High School. The standing long jump test
were applied before and after the training programme. Statistic Packages for Social
Science, (SPSS) version 10.0 was used for an analysis of the data. Based on the result
obtained, there was a significant difference for the distance in the standing long jump test
before and after the weight training program. This shows that the weight training
programme is effective to increase the strength of leg muscles. In this research also,
discussion about problems faces by the researcher on the research and the researcher’s
suggestion were also given in order to correct and better the quality of the research for the
future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
BORANG KELULUSAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN 1 – 3
1.1 PERNYATAAN MASALAH 4
1.2 OBJEKTIF KAJIAN 5
1.3 HIPOTESIS KAJIAN 5
viii
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 6
1.5 SKOP KAJIAN 6 – 7
1.6 DEFINISI TERMINOLOGI 7 – 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 PENGENALAN 10 – 11
2.1 KAJIAN BERKAITAN 11 – 19
2.2 RUMUSAN 19
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENGENALAN 20 – 21
3.1 REKABENTUK KAJIAN 21
3.2 BENTUK LATIHAN 22
3.3 PERSAMPELAN 22
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 23
3.4.1 PROSEDUR LATIHAN SQUAT 23
3.4.2 PROSEDUR LATIHAN LEG PRESS 23 – 24
3.4.3 PROSEDUR LATIHAN LEG CURL 24
3.4.4 PROSEDUR LATIHAN LEG EXTENSION 25
3.4.5 PROTOKOL LATIHAN 25 – 26
3.4.6 PENGUJIAN 27
3.4.6.1 UJIAN KEKUATAN OTOT 27 – 28
ix
3.5 PEMBOLEHUBAH KAJIAN 28
3.5.1 KEADAAN CUACA 28
3.5.2 KEADAAN PERSEKITARAN 29
3.5.3 PEMAKANAN 29
3.5.4 KESUNGGUHAN 29
3.6 PENGUMPULAN DATA 30
3.7 PENGANALISISAN DATA 30
3.8 KAJIAN RINTIS 30 – 31
BAB 4 PENGANALISAAN DATA
4.1 PENGENALAN 32-33
4.2 ANALISIS DESKRIPTIF 33
4.2.1 ANALISIS BAHAGIAN I 34 –37
4.2.2 ANALISIS BAHAGIAN II 38-42
4.3 ANALISIS INFERENTIAL 43
4.3.1 ANALISIS UJIAN -T BAGI
UJIAN LOMPAT JAUH 43-44
4.3.2 ANALISIS PERATUSAN PERBEZAAN
MIN BACAAN TERBAIK DALAM UJIAN
LOMPAT JAUH BERDIRI 45-46
x
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN 47-48
5.2 RINGKASAN KAJIAN 48-49
5.3 PERBINCANGAN 49-52
5.4 MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI 52
5.4.1 SUBJEK 52-53
5.4.2 PENGAMBILAN MAKANAN 53
5.4.3 KEADAAN PERSEKITARAN 54
5.4.4 STATISTICAL PACKAGES FOR
SOCIAL SCIENCE (SPSS) 54
5.5 RUMUSAN 54-55
5.6 CADANGAN 55
5.6.1 PERSAMPELAN KAJIAN 56
5.6.2 PENTADBIRAN KAJIAN 56
5.6.3 MASA 57
5.6.4 PELBAGAIKAN UJIAN 57
BIBLIOGRAFI 58-59
LAMPIRAN 60
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1 FREKUENSI UMUR, TINGGI
DAN BERAT BADAN SUBJEK 34
2 BILANGAN DAN PERATUS
SUBJEK MENGIKUT KETINGGIAN 34
3 BILANGAN DAN PERATUS
SUBJEK MENGIKUT BERAT BADAN 35
4 ANALISIS NILAI MIN DAN SISIHAN
PIAWAI BAGI UJIAN LOMPAT JAUH
BERDIRI 38
5 ANALISIS UJIAN-T JARAK BAGI
UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI 43
6 SKOR MENTAH UJIAN LOMPAT
JAUH BERDIRI BAGI SETIAP SUBJEK 45
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1 BILANGAN SUBJEK MENGIKUT
KETINGGIAN 36
2 BILANGAN SUBJEK MENGIKUT
BERAT BADAN 37
3 PERBANDINGAN SKOR MIN UJIAN
–PRA DAN UJIAN-POS BAGI UJIAN
LOMPAT JAUH BERDIRI 39
4 UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI
PRA EKSPERIMEN 40
5 UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI
POS EKSPERIMEN 41
6 UJIAN-PRA DAN UJIAN-POS
LOMPAT JAUH BERDIRI
SETIAP OBJEK 42
7 KAWASAN PENERIMAAN DAN
PENOLAKAN HIPOTESIS NULL
(Ho) UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI 44
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A REKOD KESIHATAN DAN
KECERGASAN DIRI 60
B CLASSIFICATION OF
POTENTIAL EXERCISE TEST
SUBJECTS BY AGE AND HEALT
STATUS 61
C SURAT PERLANTIKAN SUBJEK 62
D SURAT PERJANJIAN 63
E JADUAL SESI LATIHAN BEBANAN
SUBJEK 64
F BORANG PENGUMPULAN DATA 65
G T-TEST 66
H FREKUENSI TINGGI 67
I FREKUENSI BERAT BADAN 68
J LATIHAN BEBANAN 69
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kecergasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti
harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu,
seseorang itu juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan
menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.
Definisi ini perlu mengambil kira kecergasan fizikal untuk kesihatan serta
kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecergasan fizikal untuk kesihatan
bertujuan untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecergasan fizikal untuk
kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan pula merujuk kepada, keupayaan
seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga,
daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap
kecemerlangan.
Prinsip-prinsip sains mula mendapat perhatian dan diaplikasikan ketika latihan
dan dalam sesuatu pertandingan. Peningkatan pengetahuan tentang sistem tenaga,
anatomi, fisiologi, biomekanik, tindak balas neuro-maskular, pemakanan dan pelbagai
lagi pengetahuan dan prinsip sains yang diterapkan ke dalam sukan telah terbukti dapat
meningkatkan pencapaian atlit.
Kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan bergantung banyak lagi aspek-aspek
lain seperti penguasaan kemahiran yang tinggi, kecergasan fizikal, persediaan mental,
pengaruh sosial, persekitaran, motivasi dan pelbagai lagi faktor dalaman dan luaran.
Menurut Dietricth (1982), latihan sukan bermaksud menyediakan atlit ke arah
pencapaian tertinggi yang dapat dicapai. Dengan lebih khusus lagi menurutnya, latihan
sukan adalah persediaan dari segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan
moral atlit melalui proses sistematik yang terancang.
Laporan daripada Australian Sports & Medicine Federation (1987), menyebut
bahawa komponen-komponen kecergasan fizikal yang dianggap penting bagi seseorang
atlit ialah daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan otot,
kelenturan dan kuasa.
Kekuatan otot adalah kuasa yang maksimum yang dapat dihasilkan oleh otot
dalam satu penguncupan. Kekuatan merupakan komponen yang penting untuk mencapai
tahap kecergasan yang maksimum. Kekuatan otot meningkatkan aktiviti fizikal dan
keupayaan fisiologi. Mengikut Mc Cloy & Young (1954), kekuatan, daya tahan otot dan
kecekapan jantung dan paru-paru adalah saling diperlukan antara satu sama lain.
Bagi setiap ahli sukan, penguasaan kemahiran tidak dapat menjamin prestasi
yang tinggi sebaliknya memerlukan kekuatan pada anggota badan tertentu mengikut
bidang yang diceburi. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat kita aplikasikan ke atas atlit
bagi meningkatkan kekuatan otot mereka. Salah satu cara untuk meningkatkan kekuatan
otot atlit adalah dengan latihan bebanan.
Menurut Fox (1979), sesuatu latihan bebanan yang berkesan haruslah
mempertimbangkan empat prinsip, iaitu latihan bebanan halangan progresif, penumpuan
latihan dan juga pengkhususan latihan. Menurutnya lagi, untuk melakukan aktiviti
tersebut dengan berpandukan prinsip-prinsip adalah penting bagi atlit mengetahui
konsep tahap ambang latihan, yang melibatkan tiga faktor utama iaitu intensiti,
kekerapan dan juga tempoh latihan.
1.1 Pernyataan Masalah
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bola Tampar merupakan salah satu permainan yang
memerlukan daya tahan dan kekuatan otot kaki yang maksima.
Untuk meningkatkan kekuatan otot kaki terdapat pelbagai cara. Salah satu cara
untuk meningkatkan kekuatan otot kaki adalah dengan menjalani latihan bebanan,
contohnya squat, leg press, leg curl dan leg extension. Bagi mendapat kesan latihan
bebanan yang maksima, jurulatih dikehendaki untuk memahami prinsip dan kaedah
untuk melaksanakan latihan bebanan ke atas atlit-atlitnya.
Sejak kebelakangan ini, prestasi pemain-pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuching High dikatakan merosot. Jurulatih mereka, Encik Chai Poh Fatt, telah mengenal
pasti bahawa tahap kekuatan otot kaki pemain-pemainnya masih tidak memuaskan. Oleh itu, beliau akan
menjalani latihan bebanan ke atas atlit-atlitnya selama enam minggu.
Kajian berbentuk eksperimental adalah penting untuk mengukur sejauh mana terdapat kesan
latihan bebanan terhadap peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar tersebut.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengukur keberkesanan latihan bebanan terhadap peningkatan tahap kekuatan otot kaki pemain-
pemain bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High sebelum dan selepas
menjalani latihan bebanan yang telah dirancang.
b) Memastikan bahawa kekuatan otot kaki subjek dapat ditingkatkan dengan program latihan yang
disusun khas.
c) Membuat perbandingan ke atas jarak lompatan ujian lompat jauh berdiri, sebelum dan selepas
menjalani latihan bebanan squat, leg press, leg curl dan leg extension.
1.3 Hipotesis Kajian
Ho 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jarak ujian-pra dan
ujian-pos lompat jauh berdiri.
Ha 1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jarak ujian-pra dan ujian-
pos lompat jauh berdiri.
Ho 2 = Tidak terdapat peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High setelah menjalani program latihan
bebanan selama enam minggu.
Ha 2 = Terdapat peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuching High setelah menjalani program latihan bebanan
selama enam minggu.