kes Datuk sivananthan

24
KAJIAN TAHAP FAKTOR KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: ANALISIS MENGGUNAKAN TEORIKABUR INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN UNIVERSITITEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA OLEH : NADZRI MOHAMAD JAMRIA WANG BESAR NORHASLIZA AHMAD JANUARI 2006 COPYRIGHT@UiTM

Transcript of kes Datuk sivananthan

Page 1: kes Datuk sivananthan

KAJIAN TAHAP FAKTOR KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: ANALISIS MENGGUNAKAN

TEORIKABUR

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR

MALAYSIA

OLEH :

NADZRI MOHAMAD JAMRIA WANG BESAR NORHASLIZA AHMAD

JANUARI 2006

COPYRIGHT@UiTM

Page 2: kes Datuk sivananthan

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK KAMPUS SERIISKANDAR

PE3ABAT PENGARAH KAMPUS 32600 BOTA, PERAK DARIIL RIPZUAN

Tel: 05-3742001 Faks : 05-3742211 E-Mail :drabdullah(2Jperak.uitm.edu.my

Surat Kami Tarikh

100-CPK(HEA. 9/19) 10 Jun2004

Encik Nadm b. Mohamad Pensyarah Jabatan Kaedah Knantitatif UiTM Cawangan Perak.

Tuan/Puan

TAJUK PROJEK : KAJIAN TAHAP FAKTOR KESUKARAN PEMBELAJARAN ' MATEMATIK : ANALISIS MENGGUNAKAN TEORIKABUR

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesvuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan UiTM Cawangan Perak pada 13 Mei 2004 telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Bersetuju meluluskan cadangan penyelidikan yang telah dikemukakan oleh tuan, Encik Jamri b. Awang Besar dan Cik Norhasliza bt. Ahmad.

2. Tempoh projek penyelidikan ini ialah 12 bulan, iaitu mulai 15 Jun 2004 hingga 16 Mei 2005.

3. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RM16,500.00 4. Penggunaan geran diluluskan hanya akan diproses setelah peijanjian

ditandatanganL 5. Semua pembelian peralatan yang kosnya melebihi RM500.00 satu item perlu

menggunakan pesanan Jabatan Universiti Teknologi MARA (LO). Pihak tuan/puan juga dikehendaki mematuhi peraturan penerimaan peralatan.

6. Kertas keija boleh dibentangkan setelah 75% deraf awal laporan akhir projek siap. Walaubagaimana pun, tuan/puan perlu membuat permohonan kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan untuk pembentangaiL

7. Pihak tuan/puan dikehendaki mengemukakan Laporan Kemajuan Projek Penyelidikan dari masa ke semasa. Laporan akhir pula perlu dihantar sebaik sahaja projek penyelidikan disiapkan.

COPYRIGHT@UiTM

Page 3: kes Datuk sivananthan

Bersama-sama ini disertakan Perjanjian untuk ditandatangani oleh pihak tuan/puan. Sila penuhkan peijanjian berkenaan dengan menggunakan pen dakwat hitam dan kembalikan ke Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (URDC) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

'SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN'

Yang benar

AU MiiijgAQji cL-PROF. MADYA DR. ABDULLAH MOHAMAD SAID, PMP Pengarah Kampus UiTM Cawangan Perak

s.k. 1. Ketua Biro IRDC UiTM Shah AJam 2. Koordinator URDC, UiTM Cawangan Perak 3. Timbalan Bendahari, UiTM Cawangan Perak

yeyi/taf/bttks projd^

COPYRIGHT@UiTM

Page 4: kes Datuk sivananthan

IRDC(RD)/DP PIN.3-2004

PERJANJIAN BAGI MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN

BERTAJUK : KAJIAN TAHAP FAKTOR KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: ANAUSIS MENGGUNAKAN TEORI KABUR

PERJANJIAN INI DIBUAT PADA 15 haribulan JUN tahun 2004 PI ANTARA NADZRI BIN MOHAMAD,

JA'MRI BIN AWANG BESAR , NORHASLIZA BINTI AHMAD, (di sini disebut sebagai

'Penyelidik'/Kumpulan Penyelidik') bag i satu pihak DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA melalui

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN, 40450 Shah Alam, Selangor (di

sini disebut sebagai IRDC UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA) bag i pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA IRDC UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA berhasrat untuk menggalakkan

penyertaan usaha-usaha penyelidikan dan perundingan di kalangan kakitangan Universifi

Teknologi MARA.

m BAHAWASANYA Penyelidik/Kumpulan Penyelidik berminat untuk menjalan dan

menyempurnakan kerja-kerja penyelidikan mengikut butir-butir sepert imana yang tercata t di

da lam Kertas Cadangan Projek Penyelidikan (di sini disebut sebagai Projek Penyelidikan)

(Lampiran Satu).

BAHAWASANYA Penyelidik/Kumpulan Penyelidik telah membua t permohonan kepada IRDC

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA untuk mendapa t kelulusan serta pembiayaan bagi

melaksanakan ketja-kerja yang berkaitan dengan Projek Penyelidikan.

BAHAWASANYA IRDC UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA bersetuju untuk meluluskan dan

membiaya i Projek Penyelidikan berdasarkan butir-butir dan syarat-syarat yang terkandung di

d a l a m surat kelulosan IRDC UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang bertarikh 10 JUN 2004

Ruj: 100-CPK (HEA. 9/19) di sini disebut sebagai (Surat Kelulusan IRDC UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA'): (Lampiran Dua).

1

COPYRIGHT@UiTM

Page 5: kes Datuk sivananthan

Tarikh : 27 Januari 2006 No. Fail Projek :

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam

Ybhg. Prof.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN " KAJIAN TAHAP FAKTOR KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK : ANALISIS MENGGUNAKAN TEORI KABUR "

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk " Kajian Tahap Faktor Kesukaran Pembelajaran Matematik : Analisis Menggunakan Teori Kabur"

Sekian, terima kasih.

Yang benar

k ctuji NADZRI M< NADZRI MOHAMAD Ketua Projek Penyelidikan

iv

COPYRIGHT@UiTM

Page 6: kes Datuk sivananthan

KUMPULAN PENYELIDIKAN

NADZRI MOHAMAD Ketua Projek

JAMRI AWANGBESAR

Ahli Projek

^ — -

Tandatangan

NORHASLIZA AHMAD

Ahli Projek

v

COPYRIGHT@UiTM

Page 7: kes Datuk sivananthan

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini

disiapkan dengan sempurna

Diantaranya:

Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said, PMP

( Pengarah Kampus UiTM Perak )

Dr. Siti Norlizaiha Harun

( Koordinator URDC UiTM Perak )

dan

Semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan di dalam menjayakan

penyelidikan ini.

vi

COPYRIGHT@UiTM

Page 8: kes Datuk sivananthan

KANDUNGAN

SURAT TAWARAN PENYELIDIKAN

SURAT PERJANJIAN PENYELIDIKAN

SURAT PENYERAHAN LAPORAN PENYELIDIKAN

KUMPULAN PENYELIDIKAN

PENGHARGAAN

KANDUNGAN

DAFTAR ILLUSTRASI

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

1.2 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

1.3 TEORI TINGKAHLAKU

1.4 TEORI KOGNITIF

1.5 TEORI KONSTRUKTIF

1.6 CABARAN NEGARA MAJU

vii

COPYRIGHT@UiTM

Page 9: kes Datuk sivananthan

1.7 KAJIAN LEPAS 9

BAB 2 KAJIAN

2.1 PERMASALAHAN KAJIAN 11

2.2 TUJUAN KAJIAN 16

2.3 KEPENTINGAN KAJIAN 17

2.4 SKOP KAJIAN 18

2.5 METODOLOGI KAJIAN 19

2.5.1 PENGENALAN 19

2.5.2 SAMPEL KAJIAN 19

2.5.3 ALAT KAJIAN 20

2.5.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 22

BAB 3 KAEDAH ANALISIS

3.1 PENGENALAN 23

3.2 KONSEP SET KABUR 25

3.2.1 TAKRIF SET KABUR 25

3.3 PEMBOLEH UBAH LINGUISTIIK 27

3.3.1 TAKRIF PEMBOLEH UBAH LINGUISTIK 28

3.3.2 PENGUBAHSUAI PEMBOLEH UBAH 28

3.4 MODEL KONJOIN KABUR 29

3.4.1 BENTUK MODEL 29

3.4.2 TAKRIFAN SET KABUR NILAI LINGUISTIK 31

3.4.3 DARJAH KESAMAAN ANTARA DUA

SET KABUR 32

3.5 PROSEDUR ANALISIS 32

3.6 CONTOH PERLAKSANAAN PROSEDUR ANALISIS 34

viii

c

COPYRIGHT@UiTM

Page 10: kes Datuk sivananthan

3.7 PENENTUAN HIRAKI BAGI KEPUTUSAN LINGUISTIK YANG SAMA 36

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN 37

4.2 ANALISIS BUTIRAN RESPONDEN 38

4.3 ANALISIS PENCAPAIAN PELAJAR DI DALAM

PEPERIKSAAN 44

4.3.1 ANALISIS PENCAPAIAN BERDASARKAN 44 CGPA

4.3.2 ANALISIS PENCAPAIAN GRED MATEMATIK 46 PERNIAGAAN

4.3.3 ANALISIS PENCAPAIAN GRED MATEMATIK 48 DI PERINGKAT SPM

4.3.4 ANALISIS PENCAPAIAN GRED MATEMATIK 49 TAMBAHAN DI PERINGKAT SPM

4.4 ANALISIS KABUR TAHAP KESUKARAN PEMBELAJARAN 50 MATEMATIK

4.4.1 ANALISIS MASALAH PEMAHAMAN 50

4.4.2 ANALISIS SIKAP DAN MOTIVASI 52

4.4.3 ANALISIS KEBERKESANAN KULIAH 53

4.4.4 ANALISIS MASALAH KURSUS 55

4.4.5 ANALISIS FAKTOR LUARAN 57

4.4.6 ANALISIS FAKTOR BAHASA PERANTARA 58

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 LATARBELAKANG AKADEMIK PELAJAR 61

5.2 TAHAP KESUKARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK 63

5.2.1 MASALAH PEMAHAMAN 63

5.2.2 SIKAP DAN MOTIVASI PELAJAR 64

ix

COPYRIGHT@UiTM

Page 11: kes Datuk sivananthan

5.2.3 KEBERKESANAN KULIAH

5.2.4 MASALAH KURSUS

5.2.5 FAKTOR LUARAN

5.2.6 BAHASA PERANTARA

5.3 RUMUSAN

RUJUKAN

LAMP I RAN

COPYRIGHT@UiTM

Page 12: kes Datuk sivananthan

DAFTARILLUSTRASI

UiTM Universiti Teknologi Mara

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

CGP A Himpunan Purata Nilai Gred

DPA Diploma Pentadbiran Awam

DPTP Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat

STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

SRP Sijil Rendah Pelajaran

PHD Ijazah Doktor Falsafah

xi

COPYRIGHT@UiTM

Page 13: kes Datuk sivananthan

SENARAI JADUAL

Halaman No Jadual

4.1 Pilihan pelajar semasa permohonan bagi program sekarang 47

4.2 Faktor sokongan pilihan pelajar semasa permohonan bagi Program sekarang 50

4.3 Maklumat pekerjaan bapa 52

4.4 Maklumat pekerjaan ibu 55

4.5 Tahap pencapaian akademik tertinggi bapa 56

4.6 Tahap pencapaian akademik tertinggi ibu 57

4.7 Statistik diskriftlf pencapaian CGPA 58

4.8 Pencapaian CGPA mengikut selang

4.9 Pencapaian kursus MAT112

4.10 Pencapaian gred matematik di peringkat SPM

4.11 Pencapaian gred matematik tambahan di peringkat SPM

4.12 Analisis masalah pemahaman

4.13 Analisis sikap dan motivasi pelajar

4.14 Analiisis keberkesanan kuliah

4.15 Analisis masalah kursus

4.16 Analisis faktor luaran

4.17 Analisis bahasa perantara

xii

COPYRIGHT@UiTM

Page 14: kes Datuk sivananthan

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Hubungan fungsi keahlian dan kelajuan

*

xiii

COPYRIGHT@UiTM

Page 15: kes Datuk sivananthan

Borang Soalselidik

SENARAILAMPERAN

xiv

COPYRIGHT@UiTM

Page 16: kes Datuk sivananthan

Isu kelemahan pelajar dalam matematik bukanlah suatu fenomena baru di dalam

persekitaran pendidikan di negara ini. Ianya sering dibincangkan oleh ramai pihak sama

ada ahli akademik, pelajar, ibubapa serta orang awam. Sehingga kini, situasi ini masih

berterusan sama ada di peringkat sekolah mahupun Pusat Pengajian Tinggi. Kajian ini

akan meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar aliran sains sosial apabila mengambil

kursus matematik di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Kajian telah dilakukan kepada

pelajar yang mengambil kursus Matematik Pemiagaan di Universiti Teknologi MARA.

Enam masalah utama yang dipertimbangkan ialah pemahaman, sikap dan motivasi

pelajar, keberkesanan kuliah, masalah kursus, masalah luaran dan bahasa perantara.

Analisis kajian dilakukan menggunakan pendekatan teori matematik kabur bagi

menganalisis data berbentuk linguistik kabur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

masalah asas yang tidak kukuh dan tidak mengetahui kaedah mempelajari matematik

menjadi faktor utama masalah kefahaman, tidak cukup usaha dan cara belajar yang tidak

berkesan menjadi faktor utama bagi masalah sikap dan motivasi. Pelajar memberikan

faktor kuliah berunsur teori dan kursus dianggap tidak penting dengan program pengajian

penyebab kepada masalah keberkesanan kuliah dan masalah kursus. Namun demikian,

faktor luaran dan bahasa perantara tidak banyak mempengaruhi pencapaian di dalam

kursus ini.

COPYRIGHT@UiTM

Page 17: kes Datuk sivananthan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

"Matematik adalah sains tertib, corak, struktur dan hubungan-hubungan logik"

(Devlin 2000).

"Matematik adalah sains corak dan ia juga bahasa memperihalkan corak" (Sten 1993)

Berikut adalah antara definisi matematik. Matematik selalunya didefinisikan

sebagai pembelajaran atau kajian mengenai struktur corak, perubahan dalam ruang,

atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambarajah. Matematik juga ialah

penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan

simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa

perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk

menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik telah hidup dari zaman ke zaman, berkembang dalam tamadun

Babylon, Yunani, Rom, Islam, Eropah dan sebagainya. Pada era yang serba teknologi

ini, matematik terus mengorak langkah dalam pengajian dan penemuannya. Hal ini

kerana matematik menjadi satu alat yang cukup penting dalam menyelesaikan

masalah dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, kejuruteraan dan sains

sosial. Memandangkan ilmu matematik terlalu penting dan amat sinonim dengan

1 COPYRIGHT@UiTM

Page 18: kes Datuk sivananthan

kehidupan kita seharian, cabang ilmu ini telah diserapkan ke dalam silibus pengajian

bermula peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya di peringkat

pengajian tinggi.

Matematik amat penting kerana ia adalah ilmu asas bagi kebanyakan bidang

terutamanya bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, setiap pelajar sejak

zaman persekolahan lagi telah dinyatakan betapa pentingnya menguasai matematik.

Lulus dengan cemerlang dalam matematik menjadi syarat bagi para pelajar untuk ke

tingkatan empat di sekolah berasrama penuh. Selepas menduduki Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM), kelulusan dalam matematik sekali lagi menjadi jaminan untuk

melanjutkan pelajaran ke universiti dan pusat pengajian tinggi dalam kebanyakan

bidang pengajian.

Memandangkan kepentingan matematik , maka setiap individu daripada

peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa amnya, para pelajar khasnya haruslah

memperlengkapkan diri dengan pengetahuan matematik. Namun apa yang

mengecewakan, setelah sekian lama didapati masalah menguasai matematik masih

menghantui para pelajar kita. Kebolehan dan keupayaan pelajar menguasai

matematik, peratus kegagalan yang tinggi bermula di peringkat sekolah hinggalah ke

peringkat pengajian tinggi banyak menimbulkan isu dan perbahasan hangat

dikalangan pelbagai pihak. Matematik merupakan matapelajaran yang amat digeruni

oleh pelajar.

Mengapakah senario ini timbul? Mengapakah peratus kegagalan yang tinggi

ini tercatat. Adakah matematik merupakan matapelajaran yang terlalu sukar dan

COPYRIGHT@UiTM

Page 19: kes Datuk sivananthan

mustahil untuk dikuasai. Sekiranya ada yang berpendapat demikian, adakah

matapelajaran lain mudah berbanding matematik. Senangkah matapelajaran sejarah

yang terlalu banyak tarikh dan fakta yang perlu diingati.

1.2 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

Daripada definisi yang dibincangkan, didapati matematik bersifat abstrak. Pengajaran

dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira yang melibatkan daya

pemikiran yang cekap dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran matematik bukanlah

bersifat hafalan tetapi memerlukan kefahaman konsep yang mantap dan kukuh. Oleh

yang demikian, perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu

mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar.

Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar serta memperkukuhkan

konsep matematik dalam diri mereka, pendekatan pengajaran matematik perlu diubah

kepada pemikiran penyelidikan, pengumpulan maklumat, menganalisis data ke arah

menggalakkan pemikiran kreatif dan meningkatkan motivasi pelajar. Pendekatan

pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya diubah secara

berperingkat. Terdapat beberapa teori pengajaran yang boleh digunakan sebagai

rujukan dalam teknik pengajaran dalam usaha untuk memperbaiki teknik pengajaran

matematik. Terdapat beberapa sebab teori-teori pembelajaran ini berguna dan perlu

dikuasai oleh tenaga pengajar. ( Arif Sukardi, 1987). Antaranya ialah seperti berikut:

a. teori pembelajaran membantu tenaga pengajar memahami proses

pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar itu sendiri.

3 COPYRIGHT@UiTM

Page 20: kes Datuk sivananthan

b. Mereka dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi,

mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang.

c. Pengajar dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan

dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara teori pembelajaran yang terkenal ialah :

a. Teori tingkahlaku (Behaviourisme)

b. Teori Kognitif.

c. Teori Konstruktivisme.

1.3 TEORI TINGKAHLAKU ( BEHAVIORIS)

Teori ini diperkenalkan oleh golongan behavioris. Mereka berpendapat bahawa

pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku, iaitu cara sesorang bertindak dalam

sesuatu situasi. Teori bahavioris menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi

tingkahlaku yang agak tetap daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran

ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman

operasi dan pembelajaran melalui pemerhatian. (Kimble, 1961).

Antara prinsip behavioris yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik ialah

• Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut aktif di dalam

prosesnya.

• Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat

mempelajarinya dengan mudah.

COPYRIGHT@UiTM

Page 21: kes Datuk sivananthan

• Tiap respon daripada pelajar harus diberi maklum balas. Penglibatan dan

perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberi ganjaran atau rangsangan

dengan tujuan memotivasikan mereka. Rangsangan boleh berupa kata-kata

pujian, markah tinggi atau sebarang bentuk tindakan yang memotivasikan

mereka.

1.4 TEORI KOGNITIF

Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman

dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Aspek penting dalam teori kognitif

ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik (Bruner). Cara belajar yang

terbaik menurut Bruner adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan

melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan. Menurut

Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognitif banyak diterapkan dalam dunia

pendidikan dan antara yang sesuai diterap dalam pembelajaran matematik ialah

seperti berikut:

• Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran

tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.

• Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu

tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana sebelum diberi tugasan yang lebih

sukar.

• Pembelajaran dengan memahami lebih baik daripaa menghafal tanpa

permahaman. Prinsip ini amat bersesuaian dengan kaedah pembelajaran

matematik yang lebih berorientasikan permahaman konsep berbanding cara

menghafal.

COPYRIGHT@UiTM

Page 22: kes Datuk sivananthan

• Kognitif berkaitan dengan mental, yakni berkaitan dengan ingatan jangka

panjang dan ingatan jangka pendek. Oleh itu, pensyarah perlu membawa

ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas

yang sudah dipelajari (ingatan jangka panjang) dan dikaitkan dengan topik

yang akan diajar (ingatan jangka pendeka) jika boleh dikaitkan.

1.5 TEORI KONSTRUKTIF

Konstruktif merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman, ilmu pengetahuan

tidak dapat dipindahkan daripada pengajar kepada pelajar dalam bentuk yang

sempurna. Pelajar perlu membina sendiri kefahaman mereka dari pengalaman sendiri.

Prinsip teori ini menentang teori pembelajaran tradisional pada mana pengajar hanya

menyuap ilmu kepada para pelajar tanpa pelajar sendiri berusaha. Pengajar hanya

bertindak sebagai fasilitator sahaja. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat

bahawa pembelajaran itu bermula dari pengalaman pelajar itu sendiri. Rutherford &

Ahlgren berpendapat pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua

perkara, terutamanya berkaitan mana yang betul dan mana yang salah. Jika fahaman

dan salah faham konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, ia akan kekal

walaupun mereka memberikan jawapan yang betul dalam peperiksaan sedangkan

mereka memahami konsep yang salah. Piaget menyatakan bahawa manusia belajar

melalui tinjauan aktif dan pembelajaran berlaku apabila pelajar menemui sesuatu yang

tidak konsisten di antara representasi pengetahuan yang sedia ada dengan pengalaman

yang dilaluinya. Terdapat dua model pengajaran Konstruktif dalam matematik.

COPYRIGHT@UiTM

Page 23: kes Datuk sivananthan

a. Model Pengajaran Interaktif (Biddulph & Oosborne)

• Pengajar lebih sensitif kepada idea dan pertanyaan pelajar

• Pengajar menyediakan aktiviti penerokaan yang boleh menimbulkan

persoalan dan rasa ingin tahu dalam diri pelajar.

• Pengajar menyediakan aktiviti yang menggalakan penyiasatan.

• Wujud interaksi di antara pengajar dan pelajar

b. Model Pengajaran Berpusat Pelajar. (Wheatley)

• Menyediakan tugasan yang mencabar minda pelajar.

• Pelajar membuat tugasan dalam kumpulan kecil.

• Kelas akan berkumpul semula untuk membentangkan kepada kelas.

Pengajar hanya berperanan sebagai fasilitator.

1.6 CABARAN NEGARA MAJU

Kelemahan pelajar di dalam matapelajaran matematik tidak boleh dipandang ringan.

Masalah ini tidak boleh dilihat sebagai masalah pendidikan di sekolah, pengajian

tinggi dan seterusnya masalah pendidikan di Malaysia semata-mata. Masalah ini

perlu dilihat secara lebih global, yakni apakah kesannya terhadap negara dalam jangka

masa panjang. Matematik adalah ilmu yang amat penting dan merupakan sebahagian

dari alatan dan keperluan penting dalam menguasai bidang saintifik, teknologi,

kejuruteraan dan ekonomi global. Malaysia kini dalam usaha untuk mengorak

langkah ke arah negara maju dan memfokus kepada teknologi tinggi yang berterusan.

" Cabaran keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta

progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah

7 COPYRIGHT@UiTM

Page 24: kes Datuk sivananthan

masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut

menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada

masa hadapan. "

Senario Masyarakat Malaysia Abad ke 21.

" Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi

sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk pengeluaran

kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan di peringkat antarabangasa. Untuk tujuan

ini, sudah pasti kita memerlukan ahli rekacipta yang mempunyai daya kreatif dan

inovatif. "

Pernyataan di atas adalah antara cabaran dan hasrat yang terkandung di dalam

cabaran wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun

Dr Mahathir Mohamad. Hasrat murni kerajaan ini perlu diusahakan oleh semua

masyarakat Malaysia. Pelajar-pelajar mempunyai tanggungjawab dalam menjayakan

hasrat ini kerana mereka adalah golongan yang akan memimpin Malaysia pada ketika

itu. Bagi menjadi sebuah negara maju di era moden ini, pengetahuan dalam bidang

matematik amat diperlukan. Pembinaan banggunan, kapal terbang, bidang robotik,

penemuan ilmu sains terkini, ilmu kedoktoran dan sebagainya tidak boleh lari dari

membicarakan ilmu matematik. Lemah atau mundurnya dalam menguasai bidang-

bidang yang disebut akan membawa negara jauh tertinggal di belakang kemajuan.

Bidang seperti ilmu mantik, aljabar, kalkulus, matematik kewangan, aktuari, statistik

dan lain-lain bidang matematik amat penting dalam menjamin Malaysia menjadi

negara maju dalam alaf baru ini. Tetapi amat malang bagi Malaysia sekiranya

bidang-bidang ini tidak dikuasai oleh anak tempatan. Hal ini tidak mustahil terjadi

8 COPYRIGHT@UiTM