KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

download KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

of 12

Transcript of KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    1/12

    1

    KERTAS KONSEPPERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2012

    ANJURAN BERSAMADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

    DANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    1.0 PENGENALAN

    1.1 OBJEKTIF PERTANDINGAN

    1.1.1 Memberikan ruang dan pendedahan kepada pelajar sekolah

    menengah dalam bidang deklamasi puisi.

    1.1.2 Mendekatkan dan memupuk minat dan kecintaan golongan remaja

    terhadap bahasa dan sastera Melayu.

    1.1.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang deklamasi puisi.

    2.0 PESERTA

    2.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga 5 di SekolahBantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah AgamaNegeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.

    3.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

    Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

    3.1 PERINGKAT DAERAH/BAHAGIAN

    3.1.1 Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh PejabatPelajaran Daerah/Bahagian sekiranya perlu.

    3.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertaklukkepada arahan Jabatan Pelajaran Negeri.

    3.1.3 Seorang peserta yang memenangi pertandingan pada peringkat iniakan mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

    3.2 PERINGKAT NEGERI

    3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh JabatanPelajaran Negeri dan DBP (Wilayah dan Cawangan).

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    2/12

    2

    3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

    3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri kepertandingan peringkat kebangsaan.

    3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkantarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannyakepada urus setia di peringkat kebangsaan.

    3.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikansijil penyertaan oleh pihak DBP.

    3.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makanminum, sagu hati hakim dan hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP(Wilayah dan Cawangan), kecuali kos perjalanan pergi dan balikpeserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

    3.3 PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN

    3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh JawatankuasaPertandingan Peringkat Kebangsaan iaitu DBP ibu pejabat,Cawangan dan Wilayah.

    3.3.2 Lima belas orang peserta yang merupakan juara bagi setiap negeri(termasuk Labuan) akan bertanding dalam pertandingan peringkatakhir.

    3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yangturut merangkap sebagai guru pengiring.

    3.3.4 Sekiranya peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negerimenarik diri daripada menyertai pertandingan akhir kebangsaan,peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenangtempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkankepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandinganakhir.

    3.3.5 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, saguhati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akandiuruskan oleh DBP ibu pejabat.

    3.3.6 Kos perjalanan peserta dan guru pengiring dari Sabah, Sarawak dan

    Wilayah Persekutuan Labuan akan diuruskan oleh DBP ibu pejabat.

    4.0 FORMAT PERTANDINGAN

    Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertandingdalam kedua-dua bahagian tersebut.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    3/12

    3

    4.1 Bahagian pertamaDeklamasi puisi moden (sajak)

    4.2 Bahagian keduaPenyampaian puisi tradisionala. Syair (peringkat daerah/negeri)b. Syair, gurindam atau seloka (peringkat kebangsaan)

    5.0 PEMILIHAN PUISI

    5.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

    5.1.1 Jawatankuasa pertandingan akan menyediakan teks puisi yang akandipilih oleh peserta.

    5.1.2 Sajak-sajak yang disenaraikan bertemakan patriotik pada peringkatdaerah dan negeri, manakala pada peringkat kebangsaan, temanyapelbagai.

    5.1.3 Syair yang disenaraikan pada peringkat daerah dan negeri merupakansyair yang terdapat dalam teks komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Melayu ( KOMSAS) tingkatan 1 hingga tingkatan 5yang sedang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah.

    5.1.4 Peserta perlu menggunakan melodi syair yang bersesuaian ketikapertandingan peringkat daerah dan negeri, namun melodi itu mestilahtradisi sifatnya.

    5.1.5 Hanya enam rangkap awal syair yang disenaraikan sahaja yang perludihafal dan disampaikan oleh peserta.

    5.1.6 Puisi yang akan dideklamasikan oleh peserta yang terpilih ke peringkatnegeri boleh merupakan puisi yang sama yang dideklamasikan padaperingkat daerah.

    5.2 Peringkat Akhir Kebangsaan

    5.2.1 Jawatankuasa pertandingan akan menyediakan teks puisi yang akandipilih oleh peserta, selewat-lewatnya sebula sebelum tarikhpertandingan akhir.

    5.2.2 Puisi yang akan disampaikan pada peringkat akhir kebangsaan adalah

    puisi yang berbeza dengan puisi yang disampaikan pada peringkatnegeri.

    5.2.3 Bagi puisi bahagian kedua peserta perlu menyampaikan salah satupuisi tradisional yang terdiri daripada syair, gurindam dan selokaberdasarkan senarai puisi pilihan yang akan disediakan oleh pihakpenganjur.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    4/12

    4

    5.2.4 Hanya enam rangkap awal syair yang disenaraikan sahaja yang perludihafal dan disampaikan oleh peserta.

    5.2.5 Peserta bebas menggunakan mana-mana melodi syair, seloka dangurindam yang bersesuaian, namun melodi itu mestilah tradisi sifatnya,bukan melodi ciptaan baharu.

    5.2.6 Puisi tradisional yang disenaraikan pada peringkat ini merupakan puisitradisional yang terdapat dalam teks Kesusasteraan MelayuTradisional Tingkatan 4 dan 5 (sastera elektif) yang sedang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    6.1 Peserta mestilah berusia 13 hingga 17 tahun dan merupakan warganegaraMalaysia

    6.2 Peserta perlu mendeklamasikan sajak dan menyampaikan puisi tradisionalyang disenaraikan oleh pihak penganjur. Pemilihan puisi yang tidak terdapat

    dalam senarai akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal secaraautomatik.

    6.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan atau alat-alat muziktermasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak dan menyampaikansyair pada pertandingan peringkat daerah dan negeri.

    6.4 Pada peringkat kebangsaan, peserta dibenarkan untuk menggunakan iringanmuzik latar yang dirakam (contohnya dalam bentuk cakera padat, kaset, penapemacu USB dan sebagainya). Iringan muzik latar yang dimainkan olehindividu (seperti gitar dan seruling) atau dimainkan sendiri oleh peserta tidakdibenarkan.

    6.5 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

    6.6 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengantema serta bentuk deklamasi.

    6.7 Penganjur berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan diatas.

    7.0 HADIAH

    7.1 PERINGKAT DAERAH

    DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah. Walau

    bagaimanapun, peserta akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak DBP.

    7.2 PERINGKAT NEGERI

    Johan : Wang Tunai RM 250.00Naib Johan : Wang Tunai RM 200.00

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    5/12

    5

    Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 150.00Sagu hati (5 hadiah) : Wang Tunai RM 100.00

    Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima:

    i. Sijil Penyertaanii. Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP.

    7.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

    Johan : Wang Tunai RM 800.00Naib Johan : Wang Tunai RM 600.00Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 500.00Sagu hati (12 hadiah) : Wang Tunai RM 200.00

    Semua peserta peringkat akhir juga akan menerima:

    i. Sijil Penyertaanii. Plakiii. Hadiah iringan berupa buku terbitan DBP.

    7.4 PERATURAN PEMARKAHAN

    7.4.1 Pembahagian Markah Deklamasi Puisi Bahagian Pertama

    i. Vokal/suara (40%)

    ii. Penghayatan (30%)

    iii. Kelancaran sebutan./kejelasan dan intonasi (20%)

    iv. Gaya dan kreativiti persembahan (10%)

    7.4.2 Pembahagian Markah Deklamasi Puisi Bahagian Kedua

    i. Vokal/suara (40%)ii. Nada, Intonasi dan Tempo (30%)

    iii. Kelancaran sebutan./kejelasan (20%)

    iv. Gaya dan kreativiti persembahan (10%)

    7.5 HAKIM

    7.5.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerahdan negeri, manakala lima orang hakim akan menghakimipertandingan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.

    7.5.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru-gurudan pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.

    7.5.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-gurudan pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan PelajaranNegeri, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawaiDBP.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    6/12

    6

    7.5.4 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripadapakar/aktivis sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individuyang difikirkan layak.

    7.5.5 Panel hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.

    7.5.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

    7.6 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

    7.6.1 Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi/ tepuk sorakpenyokong.

    7.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta yang membacanota / teks, menyentuh isu sensitif, membuat perlakuan/menggunakanbahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.

    7.6.3 Panel hakim akan memerhatikan memek muka, sama ada deklamatormemaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Memek muka

    itu hendaklah bersesuaian dengan tema sajak. Jika sajak itumemuatkan perasaan marah, memek mukanya hendaklah berpadanandengan perasaan itu. Sajak yang sinis pula tentulah menyebabkanmimik muka deklamator berbeza. Mimik muka yang lembut, dengansenyuman sekadarnya, sesuai dengan sajak yang memuatkan rasagembira.

    7.6.4 Panel hakim juga akan memerhatikan mata deklamator. Peserta yangyakin menumpukan matanya kepada penonton, manakala yang tidakyakin akan lari ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, deklamator perluberani memandang wajah penonton.

    7.6.5 Gaya

    Gaya berkait rapat dengan keyakinan deklamator. Terdapat tiga faktoryang menjadikan deklamator gagal mempersembahkan puisi dengangaya yang meyakinkan. Faktor yang pertama ialah deklamator itumemang tidak cukup berani berhadapan dengan khalayak. Faktoryang kedua, walaupun dia berani berhadapan dengan khalayak,namun dia tidak tahu tentang seni pentas. Faktor yang ketiga pula,tingkat hafalannya tidak cukup. Ketiga-tiga faktor ini menghasilkandeklamasi yang tidak meyakinkan.

    7.6.6 Nada

    Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Jika sajakitu bernada marah, maka deklamator hendaklah menerbitkan nada itudalam deklamasinya. Demikian juga jika nada sajak itu sinis. Nadaromantis hendaklah diterbitkan oleh deklamator jika sajak itu tebaldengan keindahan atau harapan.

    7.6.7 Intonasi

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    7/12

    7

    Intonosi bermaksud turun naik dan tinggi rendah suara untukdipadankan dengan maksud sajak. Terdapat deklamator yang tidakmenyedari perkembangan deklamasi kini, lalu mengucapkan sajakdengan menggunakan intonasi lama, iaitu intonasi yang sudahmenjadi klise. Intonasi yang klise tidak menjanjikan kemajuan, apatahlagi kecemerlangan.

    7.6.8 Vokal/Suara

    i. Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupundemikian, deklamator yang bersemangat tinggi akan berusahamenerbitkan suara yang sesuai dengan sajak yangdideklamasikannya. Emosi yang ada dalam sajak dapatdipaparkan melalui permainan kualiti suara. Deklamatorhendaklah sedar bahawa suara boleh direndahkan,disederhanakan dan ditinggikan pada tempat-tempat yangsesuai.

    ii. Yang dimaksudkan dengan kualiti suara ialah penerbitan suara

    yang berbeza-beza itu, yang dalam bidang muzik disebut bas,tenor dan soprano. Intonasi tidak dimasukkan dalam bahagiansuara, kerana ia berada di bahagian nada.

    iii. Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkandeklamasi kurang bermutu. Seseorang tidak boleh menirusuara orang lain kerana peniruan itu akan melahirkan kesanyang seperti dibuat-buat.

    iv. Selain itu, suara yang terlalu tinggi, iaitu suara soprano, akanterasa berlebih-lebihan jika dipadankan dengan sajak yangtidak memerlukan suara yang sedemikian. Ini tidak bermaksud

    bahawa deklamator suara soprano tidak menjanjikankemenangan, tetapi sekadar menyatakan bahawa deklamatorhendaklah benar-benar pasti bahawa sajak yang akandideklamasikannya sesuai dengan penerbitan suara soprano.

    7.6.9 Kejayaan deklamator mengemukakan teknik, gaya, nada dan suarayang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikannya, berertikejayaannya dengan penghayatan sajak itu.

    7.7 Kelemahan dan Pemotongan Markah

    Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan

    muktamad jika tiada kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jikaterdapat kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlahmarkah yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

    i. Ketersasulan

    Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    8/12

    8

    tersalah perkataan, tiada pembetulan dibuat. Deklamatormungkin tidak menyedari kesalahan itu, dan mungkin jugamembiarkannya demi menjaga kelancaran. Pemotongan untukkesalahan begini tertakluk kepada kesannya. Jika perkataantelah disebut tidak, maka makna keseluruhan sajak akanberubah. Jika perkataan tidak itu disebut tiada, maknakeseluruhan sajak itu tidak akan berubah.

    ii. Tertinggal Bahagian Tertentu

    Deklamator yang kurang menghafal, atau yang gentar dihadapan khalayak, mungkin tertinggal baris tertentu. ada yangtertinggal terus, dan ada yang teringat kemudian laludisebutkan. Hal ini menyebabkan bentuk sajak itu berubah.Oleh sebab kesannya besar, maka markah yang dipotong akantertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.

    iii. Perlakuan Negatif di Pentas

    Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional diatas pentas akan menyebabkan markah dipotong.

    iv. Membaca teks

    Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah. Pesertayang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkansebagai pemenang di semua peringkat pertandingan.

    8.0 TARIKH PERTANDINGAN

    8.1 Peringkat Daerah/Negeri : Jan-Mei 2012

    8.2 Peringkat Akhir : 14 Jun 2012

    9.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

    9.1 Jawatankuasa Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan dipengerusikanoleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. AhliJawatankuasa terdiri daripada pegawai Bahagian PengembanganKesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja serta wakil daripada DBPWilayah/Cawangan.

    9.2 Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuatkeputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarangperkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalananpertandingan pada satu-satu masa.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    9/12

    9

    10.0 PEMBAHAGIAN TUGAS

    Oleh sebab penganjuran pertandingan ini merupakan program anjuran bersama,maka pelaksanaannya akan melibatkan pembahagian tugas tertentu bagimembolehkan pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar. Pembahagian tugaspelaksanaan pertandingan adalah seperti yang berikut:

    Tugas Dewan Bahasa dan Pustaka Tugas Kementerian Pelajaran

    1) Mengelolakan pertandingan diperingkat negeri dengankerjasama Jabatan PelajaranNegeri (JPN).

    2) Menyediakan puisi untukpertandingan di semua peringkatpertandingan.

    3) Menguruskan pelantikan hakim diperingkat negeri dan kebangsaan.

    4) Menguruskan penyediaan hadiahuntuk peserta di peringkat negeridan kebangsaan.

    5) Menguruskan penyediaan sijilpenyertaan untuk peserta disemua peringkat.

    6) Menguruskan bayaran kepadapemenang dan sagu hati kepadahakim di peringkat negeri dankebangsaan.

    7) Menguruskan bayaran makan danminum semasa pertandinganperingkat negeri dan kebangsaan.

    8) Mengelolakan pertandingan diperingkat kebangsaan.

    9) Menyediakan tempatpertandingan di peringkatkebangsaan.

    10) Membiayai penginapan pesertadan guru pengiring di peringkatkebangsaan.

    11) Membiayai penginapan peserta

    1) Mengelolakan pertandingan diperingkat daerah.

    2) Menguruskan penyertaan pesertapada setiap peringkatpertandingan.

    3) Menyediakan tempat

    pertandingan di peringkatdaerah/negeri.

    4) Menguruskan persiapan logistik ditempat pertandingan peringkatdaerah/negeri.

    5) Membiayai perjalanan pesertadan guru pengiring yangmenggunakan kenderaan darat(Semenanjung Malaysia).

    6) Membiayai kos makan minumpeserta dan guru pengiringsemasa dalam perjalanan pergidan balik dari/ke tempatpertandingan.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    10/12

    10

    dan guru pengiring di peringkatnegeri yang memerlukannyasahaja atas faktor jarak yang

    jauh.

    12) Membiayai perjalanan melaluiudara bagi peserta dan gurupengiring dari Sabah, Sarawakdan Wilayah PersekutuanLabuan.

    11.0 AM

    11.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertaklukkepada pertimbangan DBP.

    11.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepadapihak penganjur.

  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    11/12

    11

    LAMPIRAN 1

    SENARAI SAJAK (TENTATIF)

    BIL. JUDUL PENULIS

    1. Keranamu Malaysia Ahmad Sarju

    2. Di Persada Tanah Air Tercinta Rejab F.I

    3. Negeri Ini, Anak Marsli N.O.

    4. Mentera Anak Wawasan Borhan Md Zain

    5. Kami Anak Pasca Merdeka Siti Zaleha M Hashim

    6. Kita Bina Segalanya Bersama Jaafar Haji Hamdan

    7. Istana Kemerdekaan Raihani Mohd Saaid

    8. Sajak Anak kepada Ayah Alipah Jambuan

    9. Berjalan di Bumi Merdeka Ahmad Razali Yussof

    10. Di Bumi Tercinta Ini, Anakku Ehsan Djamily

    11. Pahlawan Ialah Dia Abdul Ghaffar Ibrahim

    12. Buat Generasiku Sabar Bohari

    13. Bahasa Kita Abizai

    14. Tok Janggut Rahimidin Zahari

    15. Tanah Airku Darmawaijaya

    16. Aksara Merdeka Wadi Leta SA

    17. Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya

    Sejahtera WargaSazalee Yaacob

    18. Ke Ruang Katarsis Zaen Kasturi

    19. Untukmu, Aduhai Negeriku Marsli N.O

    20.. Menebus Nilam Maruah Abizai

    21 Perjuangan Hakiki Rejab FI

    22. www.sibermerdeka.com Abdul Ghafar Ibrahim

    23. Pilihan Kami Ajhmad Sarju

    http://www.sibermerdeka.com/http://www.sibermerdeka.com/http://www.sibermerdeka.com/
  • 8/2/2019 KERTAS_KONSEP_DEKLAMASI_PUISI[1]

    12/12

    12

    SENARAI SYAIR

    1. Syair Wasiat Ayahanda

    2. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

    3. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

    4. Syair Perang Saudara di Pahang

    5. Syair Mendapat Gemala Naga

    6. Syair Panduan untuk Remaja

    7. Syair Berbuat Jasa8. Syair Li-Attar Ghib

    9. Syair Definisi Orang Berakal

    10. Syair Siti Sianah

    11. Syair Makna Riak

    12. Syair Pemberontakan Pattani