Kertas Konsep Spell It Right

9
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH 13200,KEPALA BATAS,SEBERANG PERAI UTARA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KERTAS KONSEP PROGRAM “SPELL IT RIGHT” ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2013 TARIKH: 28 OKTOBER 2013 TEMPAT: SEK. KEB. BERTAM INDAH

Transcript of Kertas Konsep Spell It Right

Page 1: Kertas Konsep Spell It Right

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH

13200,KEPALA BATAS,SEBERANG PERAI UTARA

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

KERTAS KONSEP

PROGRAM “SPELL IT RIGHT”

ANJURAN

PANITIA BAHASA INGGERIS

TAHUN 2013

TARIKH: 28 OKTOBER 2013

TEMPAT: SEK. KEB. BERTAM INDAH

KERTAS KONSEP

Page 2: Kertas Konsep Spell It Right

PROGRAM “SPELL IT RIGHT”

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH

(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)

1.0 PENGENALAN

Program “Spell It Right” merupakan lanjutan daripada Program “Fast Tract Reading ” yang telah dianjurkan pada bulan Jun baru-baru ini untuk murid-murid tahap 1. Sebagai kesinambungannya, Program “Spell It Right” kini ditujukan kepada semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran teras yang sangat penting dan merupakan bahasa universal.

Program ini bertujuan menggalakkan murid-muridmendengar, menyebut dan seterusnya mengeja perkataan-perkataan yang dilontarkan di dalam program ini. Murid-murid diharapkan dapat menambah perbendaharaan kata serta menggunakan perkataan-perkataan ini dalam kehidupan seharian.

Bengkel ini bertujuan member peluang kepada semua murid Tahun 1 hingga 6 dari pelbagai peringkat kelas untuk meningkatkan lagi kecermelangan dalam penggunaan Bahasa Inggeris, khususnya dari sebutan fonetik yang tepat.

Seterusnya, diharapkan Program “Spell It Right” ini juga dapat mencabar minda, menarik minat dan meningkatkan lagi keupayaan murid untuk meneroka bunyi dan sebutan yang tepat untuk perkataan Bahasa Inggeris yang agak berbeza daripada Bahasa Melayu yang lebih mudah dan tidak kompleks.

Program “Spell It Right” merupakan kesinambungan kepada usaha Kementerian Pelajaran dalam melestarikan Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan

Page 3: Kertas Konsep Spell It Right

Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terutamanya bunyi-bunyi fonetik amat ditekankan di dalam Bahasa Inggeris. Moga dengan adanya program ini, murid-murid memberi tumpuan khas dalam memperdengarkan sebutan serta ejaan dalam memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris.

2.0 VISIBAHASA INGGERIS BAHASA UNIVERSALYOU CAN DO IT !SPELL IT RIGHT !

3.0 MISI3.1 Membantu murid-murid meningkatkan

kecermelangan di dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

3.2 Menambah perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.3.3 Mencabar minda dan keupayaan murid untuk

meneroka bunyi dan sebutan yang tepat bagi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

28 Oktober 2013 (Isnin )

5.0 TEMPAT

Beberapa lokasi di Sekolah kebangsaan Bertam Indah:

Tahun 1: Kelas 1 Nilam

Tahun 2: Kelas 1 Berlian

Tahun 3: Makmal komputer

Tahun 4: Makmal Bahasa

Tahun 5: Pusat Sumber

Tahun 6: Surau Sekolah

6.0 SASARAN

Page 4: Kertas Konsep Spell It Right

Semua murid Tahun 1 hingga 6. Selepas saringan, setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diwakili oleh 4 orang. Jumlah keseluruhan murid ialah 104.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Pengiraan Anggaran Perbelanjaan

1 Hadiah Tempat pertama: RM 15 x 26 orang = RM 390

Tempat kedua: RM10 x 26 orang = RM 260

Tempat ketiga:RM7 x 26 orang = RM 180

Saguhati:RM 5 x 26 orang = Rm 130

RM 962

2 Banner, Kertas dan alatan

RM 100 RM 100

Jumlah keseluruhan = RM 1062

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran ( Semua guru Bahasa Inggeris)

9.0 PERBELANJAAN

Rujuk lampiran

10.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Page 5: Kertas Konsep Spell It Right

10.1 Penyediaan kertas konsep10.2 Perbincangan perlaksanaan bagi menjelaskan kertas

konsep berkenaan.10.3 Membuat pemilihan murid bagi setiap kelas dari

tahun 1 hingga tahun 6 oleh guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

10.4 Membuat saringan di kelas masing-masing.10.5 Setiap kelas perlu menghantar 4 orang wakil untuk

pertandingan.10.6 Perlaksanaan pertandingan10.7 Penilaian impak pertandingan

11.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini melibatkan semua penyertaan dari setiap kelas di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Saringan akan diadakan di kelas masing-masing. Melalui saringan, setiap kelas akan mengantar 4 orang murid yang terbaik untuk pertandingan akhir “Spell It Right” pada 28 Oktober 2013.

12.0 PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

12.1 Setiap kelas diwakili oleh 4 orang murid yang terbaik.12.2 Empat orang murid ini akan bertanding sesama

mereka sendiri di dalam kelas masing-masing.12.3 Setiap murid perlu mengeja secara lisan berdasarkan

perkataan yang diberi oleh juri sebanyak tiga pusingan.

12.4 Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan ejaan yang paling banyak dan betul.

12.5 Akan dilaksana pada jam 9-10 pagi pada 28 Oktober 2013 bertempat di lokasi yang telah ditetapkan.

13.0 PENANDA ARAS PENCAPAIAN

Page 6: Kertas Konsep Spell It Right

13.1 Meningkatkan keyakinan diri untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan tepat.

13.2 Menambah perbendaharaan perkataan Bahasa Inggeris.

13.3 Meningkatkan penguasaan penggunaan murid dalam mengeja dan menyebut perkataan Bahasa Inggeris.

13.4 Murid akan lebih peka untuk mengeja dengan betul, terutamanya dalam penulisan Bahasa Inggeris.

13.5 Murid akan lebih berani,tidak malu berkeyakinan untuk menyebut seterusnya menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian.

PENUTUP

Page 7: Kertas Konsep Spell It Right

Program “Spell It Right” diharap dapat membantu murid supaya menguasai dengan lebih baik,yakin,optimis dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Semoga dengan cadangan program ini dapat memupuk minat murid supaya rajin, tidak kekok untuk terus mengeja dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Inggeris yang dipelajari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ……………………………….

(HANIM BT HJ YUSOFF) (HALIMATUN SA’ADIAH BT SAID)

Penyelaras Program Guru Besar,

“Spell It Right” Sek. Keb.Bertam Indah

Sek.Keb.Bertam Indah Tarikh: 23.08.2013

Tarikh:23.08.2013

Page 8: Kertas Konsep Spell It Right