Kertas Kerja Permainan Tradisional

10
 KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN 1.0 PENGENALA N PERMAINA N. Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada w aktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. 2.0 SEJARAH PERMAINAN Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

Transcript of Kertas Kerja Permainan Tradisional

Page 1: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 1/10

 KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL

BATU SEREMBAN

1.0 PENGENALAN PERMAINAN.

Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek

seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan

objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali

sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah,

di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan

lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang

dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau

secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu

Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji

buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar 

atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINAN

Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau

Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut

adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai

barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi

yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah

menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia

hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

Page 2: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 2/10

 3.0 MATLAMAT PERMAINAN.

Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peserta

peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang telah dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat

dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina

dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu

Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini di persada

seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan

budaya kita di sepanjang zaman

4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.

Psikomotor :Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan

tangan peserta.

Kognitif :Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain

dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi

 Afektif :Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.

5.0 KUMPULAN SASARAN.

PISMP Semester 5 SN/PI/PJ

6.0 TARIKH.

Karnival Permainan Tradisional 2013 PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5 ini

akan di jalankan pada 21 Mac 2013.

7.0 TEMPAT PERMAINAN

Gimnasium Ungku Aziz Institut Perguruan Tuanku Bainun

Page 3: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 3/10

 8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN. 

SENARAI AHLI KUMPULAN:

Hani Binti Halim

Siti Izzati Dyanah Binti Zainal

Siti Atiqah Binti Md Fahme

  Tengku Nura ‘Adila Binti Tengku Azmi 

9.0 PENGURUSAN PERMAINAN

9.1 Sebelum

9.1.1 Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan

9.1.2 Mengetahui cara bermain dengan betul.

9.1.3 Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan.

9.1.4 Menyediakan borang penyertaan peserta.

9.1.5 Menyediakan borang keputusan pertandingan

9.1.6 Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain

9.1.7 Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan.

9.1.8 Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan.

9.1.9 Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendakdikendalikan.

9.1.10 Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan

9.1.11 Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas

kepada rakan-rakan dan pensyarah penasihat.

9.1.12 Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini.

9.1.13 Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan

yang ditetapkan.

9.2 Semasa

9.2.1 Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan.

9.2.2 Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masing-

masing

Page 4: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 4/10

 9.2.3 Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang

penyertaan.

9.2.4 Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai

cara

bermain dan peraturan

9.2.5 Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat

9.2.6 Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi.

9.2.7 Memastikan semua peserta bermain dengan jujur.

9.2.8 Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah

dirancang.

9.2.9 Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada

sebarang gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal.

9.2.10 Memastikan Ajk Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan.

9.2.11 Memastikan mata dikira dengan betul.

9.3 Selepas

9.3.1 Membersihkan kawasan permainan. 

9.3.2 Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional.

9.3.3 Membuat post-mortem.

9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.

Page 5: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 5/10

 10.0 PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain

iaitu:

10.1 Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin

memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang

terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut

maka pemain itu dianggap mati

10.2 Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu

menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu

tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang

melambungkannya, maka pemain itu dianggap mati

10.3 Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan

membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan

permainan.

10.4 Permainan ini dijalankan secara individu menggunakan sistem kalah mati.

10.5 Setiap pemain perlu memungut sebanyak 100 mata. Pemain paling pantas

memungut 100 mata merupakan pemenang bagi pusingan tersebut.

10.6 Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya

boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali,

iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat

kesalahan.

10.7 Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh

kesemua pemain.

10.8 Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah

pemain yang paling cepat mengumpul mata 100 bagi setiap kumpulan.10.9 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang

sedang bermain.

10.10 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan

akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3

kali pemain akan dibuang gelanggang.

Page 6: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 6/10

 10.11 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas

perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur 

10.12 Keputusan pengadil adalah muktamat.

11.0 PROSEDUR PERMAINAN

11.1 Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil

dengan sebelah tapak tangannya.

11.2 Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan

diselerakkan di atas lantai.

11.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji

batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke

udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut

atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil

menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan

yang sama.

11.4 Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu

untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua

biji batu secara serentak.

11.5 Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada

lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.

11.6 Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti

yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran. 

11.7 Setiap pasukan akan bermain secara kalah mati dalam kumpulan masing-

masing yang akan ditentukan dalam undian.

11.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu

sistem kalah mati. 

Page 7: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 7/10

 12.0 ORGANISASI PERMAINAN

Rujuk Lampiran 2

13.0 SENARAI PERALATAN

Rujuk Lampiran 3

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan

15.0 PENUTUP

 Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini

diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang

lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat

pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga

dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah

kelak.

Page 8: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 8/10

 Lampiran 2

ORGANISASI PERMAINAN

Catatan :

Kawasan Keseluruhan Gimnasium

.

Kawasan Permainan Setiap Kumpulan

6.1m

6.7m

1m

1m 1m

Page 9: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 9/10

 Lampiran 3 

SENARAI PERALATAN

Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.

Bil Perkara Kuantiti

1Batu kerikil /Batu (Buah)

35 ketul

2 Kertas Manila 3 keping

3 Pita pelekat / Glue Tape 1 gulung

4 White board marker 2 batang

Page 10: Kertas Kerja Permainan Tradisional

7/16/2019 Kertas Kerja Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-permainan-tradisional-5634fafbb0e95 10/10

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000, MENGKUANG ,BUKIT MERTAJAM

PULAU PINANG

BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : …………………………………………. 

Nama Pasukan/ Nama

Pemain

Pusingan

1

Pusingan 2 Pusingan

3

Jumlah mata Kedudukan