Kertas Kerja PBS
description
Transcript of Kertas Kerja PBS
Persepsi Pelatih-Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
Sekolah Rendah (SR) Maktab Perguruan Ipoh, Perak Terhadap Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah 2004
Oleh
Dr. Rosli b. Sahat
Maktab Perguruan Ipoh, Perak
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelatih – pelatih Kursus Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) di Maktab Perguruan Ipoh, Perak. (MPIP) terhadap Program Pengalaman Berasas Sekolah (PBS) 2004. Kajian ini penting untuk mendapat maklum balas pelatih terhadap program ini, sebagai suatu usaha ke arah penambahbaikan program ini khususnya di MPIP. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan empat orang pelatih KPLI (SR) terdiri daripada pengajian Tamil, Inggeris, Matematik dan Prasekolah. Pengutan data menggunakan kaedah semi – struktur interview. Interview akan ditranskripsi untuk tujuan analisis data. Perbincangan dapatan kajian dan cadangan akan didasarkan kepada persoalan kajian.
1.0 Latar belakang Kajian
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru sebagai salah satu komponen kursus bagi mata
pelajaran Major bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan pada tahun 2003. (BPG: 2003)
1
Mengikut pekeliling BPG 2003, PBS bertujuan untuk membuka peluang kepada
pelatih khusus KPLI (SR) melihat bagaimana guru mengaplikasikan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya pelatih dapat belajar
ilmu keguruan daripada guru-guru tersebut. Di samping itu, melalui program PBS
ini pelatih dapat berkongsi ilmu dengan guru-guru yang berpengalaman ke arah
melahirkan teori-teori peribadi dalam pengajaran dan pembelajaran. Program ini
saolah-olah mengambil tempat Rancangan Oriantasi Sekolah (ROS) dalam
praktikum. Berbanding dengan KPLI Sekolah Menengah di mana pelatih-pelatih
perlu melengkapkan ROS.
Pelatih-pelatih KPLI (SR) dihendaki menjalani PBS dalam tempoh masa sepuluh
hari dan akan tamat sebelum Praktikum Fasa 1 bermula. Nilai kredit bagi PBS
ialah satu kredit. Pelatih-pelatih kebiasaannya akan ditempat di sekolah –
sekolah rendah yang berhampiran dengan maktab iaitu linkungan 25 km. PBS
akan dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Pengkhususan dan tidak diuruskan
oleh Jawatan kuasa praktikum.
Di Maktab perguruan Ipoh, Perak (MPIP) pelatih-pelatih KPLI (SR) telahpun
mengikuti program ini di mana ia telahpun bermula pada Mac 2004. Pelatih-
pelatih di kehendaki mengikuti program PBS ini dua hari setiap minggu iaitu hari
Isnin dan Selasa di sekolah dan hari yang lain mereka akan berada di maktab
mengikuti kursus. Program ini berterusan sehingga tamat tempoh masa yang
telah ditetapkan.
2
2.0 Pernyataan masalah
Sebagaimana yang dinyatakan di atas (1.0) bahawa program PBS telah
dilaksanakan sejak tahun 2003. Pada tahun 2004 merupakan tahun kedua
pelaksaannya. Pelatih-pelatih diharap akan dapat berkongsi pengalaman ke
arah menghasil teori pengajaran pembelajaran kendiri, dapat melihat guru
mengaplikasikannya di bilik darjah. Walaubagaimana tidak terdapat suatu kajian
yang untuk meninjau pelaksanaan program ini daripada persepsi pelatih-pelatih
KPLI (SR). Kegagalan mengenalpasti kelemahan yang ada berkemungkin akan
menjejas pencapaian objektif program ini.
3.0 Objektif Kajian
i. Meninjau persepsi pelatih KPLI (SK) terhadap program PBS.
ii. Mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh pelatih semasa PBS.
4.0 P ersoalan Kajian
i. Apakah persepsi pelatih KPLI (SK) terhadap program PBS?
ii. Bagaimanakah pelatih KPLI (SK) memenuhi aktiviti semasa PBS?
5.0 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap empat orang pelatih KPLI (SK), terdiri daripada
setiap seorang dari Kursus Pengajian Tamil, Bahasa Inggeris, Matematik dan
3
Pra Sekolah Maktab Perguruan Ipoh bagi Ambilan 2004 yang telahpun tamat
mengikuti Program PBS.
6.0 Kesignifikan Kajian
Kajian ini amat berguna untuk mendapatkan maklumbalas Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah sebagai input untuk penambahbaikan program yang serupa
pada masa akan datang terutama bagi bagi Bahagian Pendidikan Guru dan
Maktab Perguruan Ipoh khasnya. Di samping itu, dapatan kajian ini dapat
menambah ilmu berkaitan dengan latihan perguruan.
7.0 Tinjauan Lituratur
Maktab-maktab Perguruan memainkan peranan penting dalam menyediakan
guru-guru yang terlatih untuk tenaga pengajar di sekolah. Sehubungan itu, guru-
guru pelatih perlulah diperlengkapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan
pedagogi pengajaran yang terkini di samping mempunyai kemahiran
interpersonal serta intrapersonal yang baik. Mengikut Wan Zahid (1977)
‘Teacher Training is more than equipping teachers with knowledge and pedagogical skills. Much of teaching in the next millennium has to do with interpersonal and intrapersonal skills to enable teachers to become good facilitators of learning’
4
Pendedahan pelatih-pelatih terhadap keadaan sebenar di sekolah akan
membantu guru-guru pelatih mendapat input yang amat berguna apabila mereka
ditempatkan di sekolah. Mengikut Ali Abu Bakar & Ali Abd. Ghani (1977)
‘Pelatih guru diberi peluang berkhidmat untuk beberapa tempoh waktu di sekolah-sekolah supaya mereka memperolehi pengetahuan mengenai situasi sebenar di sekolah-sekolah.’
Disamping itu, pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu akan dapat
mengurangkan tekanan kepada guru-guru pelatih apabila mereka bertugas di
sekolah. Kajian menunjukkan bahawa ada guru permulaan yang ditempatkan di
sekolah menghadapi tekanan perasaan, kecewa dan rasa terasing Menurut
Grant & Zeichner (1980)
‘Guru baru mula mengajar mengalami tekanan perasaan, kekecewaan dan rasa terasing.’
Menurut kajian Abdullah Nordin (1997) mendapati bahawa guru-guru
pembimbing menganggap guru-guru pelatih mempunyai kelemahan dalam asas
pedagogi, tidak bersedia menghadapi cabaran, kawalan kelas kurang berkesan
dan tiada kemahiran asas dalam pengajaran mikro.
Sehubungan itu, guru-guru pelatih perlu di dedahkan dengan keadaan di sekolah
supaya mereka berpeluang mempelajari bagaimana guru-guru yang
berpengalaman dapat mengapikasikan teori-teori pengajaran di bilik darjah di
samping dapat berbincang dengan guru-guru untuk memantapkan pengatahuan
5
dan pengalaman mereka. Oleh itu, guru-guru perlu bersikap terbukaan untuk
berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelatih. Menurut Salleh
Hassan (1977)
‘Tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja meningkatkan kecemerlangan akademik, tetapi kesinambungan kepada mendidik guru pelatih dan guru permulaan’
8.0 Method Kajian
Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Oleh itu, dapatan kajian ini tidaklah
menggambarkan keseluruhan persepsi pelatih KPLI (SR) Maktab Perguruan
Ipoh mahupun pelatih-pelatih KPLI (SR) di Maktab-maktab Perguruan di
Malaysia.
8.1 Sampel
Seramai empat orang pelatih KPLI (SR) yang terdiri daripada seorang pelatih
dari Kursus Pengajian Tamil, Bahasa Inggeris, Matematik dan PraSekolah Ambil
tahun 2004 telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan respon berkenaan
ada berdasarkan kepada ‘purposive sampling’ iaitu sesuai dengan kajian ini.
8.2 Instrumen
Kajian ini menggunakan semi – struktur interview. Dalam interview ini pengkaji
akan memberi penekanan terhadap persoalan Apakah persepsi pelatih KPLI
(SK) terhadap program PBS? Bagaimanakah pelatih KPLI (SK) memenuhi
6
aktiviti semasa PBS? Interview tersebut telah dirakamkan dengan kebenaran
responden.
8.3 Analisis data
Interview dengan responden terlibat telah ditranskripsi. Transkripsi berkenaan
telah dianalisis berdasarkan tema yang telah dikemukakan. Data-data di analisis
untuk menjawab persoalan kajian 4.0.
9.0 Dapatan Kajian
9.1 Persediaan sebelum Menjalankan PBS.
Semua responden berpendapat bahawa mereka telah mendapat pendedahan
terhadap tujuan dan objektif PBS. Taklimat telah dikendalikan oleh Jawatan
Kuasa PBS maktab. Responden menyatakan bahawa mereka telah diberi
tugasan oleh Pensyarah Pengaiian pengkhususan untuk dilaksanakan semasa
berada di sekolah. Responden menyatakan bahawa taklimat awal amat penting
sebelum mereka pergi ke sekolah untuk mengikuti program ini.
9.2 Objektif PBS
Didapati bahawa responden memahami objektif PBS dan peranan yang patut
mereka mainkan semasa berada di sekolah. Ini ada kaitan dengan taklimat awal
yang telah disampaikan oleh maktab sebelum mereka mengikuti program.
7
Responden KPLI (SR) Pra Sekolah menyatakan
‘PBS akan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan guru yang berpengalaman di sekolah terutama dalam proses pengajaran pembelajaran (P&P) guru di bilik darjah. Melihat guru berpengalaman mengajar akan memberi ruang terhadap aplikasi teori P&P.’
Responden KPLI (SR) Pengajian Inggeris berpendapat
‘Melalui PBS saya dapat berkongsi pengalaman dengan guru-guru disekolah terutama dengan guru penatia bahasa Inggeris. Saya dapat mempelajari bagaimana guru mengendalikan kelas dan mengajar.
9.3 Penerimaan Sekolah
Semua responden menyatakan bahawa kehadiran mereka di terima baik oleh
pihak sekolah. Guru-guru sekolah telah mendapat taklimat daripada pihak
maktab sebelum pelatih mengikuti program PBS. Responden mengetahui apa
yang patut mereka lakukan semasa berda di sekolah.
Responden KPLI (SR) Pengajian Matematik menyatakan
‘Saya di terima baik oleh pihak sekolah. Guru Penolong Kanan menjemput saya dan rakan saya ke biliknya kerana guru besar sekolah berkursus. Saya menerangkan tujuan saya dan rakan datang ke sekolah dan tempoh PBS. Saya dan rakan menandatangani perjanjian seperti yang dikehendaki dihadapan guru berkenaan’’
Responden KPLI (SR) Pengajian Tamil menegaskan
‘Saya dan rakan diterima baik oleh guru besar dan guru-guru di sekolah semasa melapor diri untuk PBS. Saya dan rakan
8
menerangkan tujuan kami dating ke sekolah. Saya dan rakan menandatangi perjanjian.’
9.4 Perbincangan Dengan Guru Mata pelajaran
Responden berpendapat bahawa mereka mendapat kerjasama yang baik
daripada guru-guru sekolah khususnya guru opsyen mata pelajaran yang dilantik
untuk membimbing guru-guru pelatih. Responden berpeluang untuk melihat guru
mengajar di bilik darjah dan berbincang dengan guru berkenaan selepas
pengajar. Responden menyatakan bahawa pengalaman ini sangat berguna
kepada mereka untuk melihat pengajaran sebenar di bilik darjah.
Responden KPLI (SR) Pengajian Matematik menyatakan
‘Saya berpeluang untuk melihat guru panitia matemati mengajar. Memang dia seorang berpengalaman, caranya mengajar saya anggap baik. Pengurusan kelas baik. Selepas mengajar akan bertukar pendapat dengan saya tentang pengajaranya.’
Responden KPLI (SR) Pengajian Tamil berpendapat
‘Walaupun pada peringkat awal guru bahasa Tamil agak keberatan untuk membenarkan kami melihatnya mengajar tetapi kami menyatakan ingin berkongi pengalamannya di bilik darjah. Dia membenarkan kami melihatnya mengajar dan dapat berbincang dengannya selepas tamat kelas.’
9.5 Pemantauan Pensyarah
Responden mendapati bahawa tiada pensyarah matab yang datang untuk
memantau PBS di sekolah. Walaupun mengikut Garis Panduan PBS (2003)
9
pensyarah maktab digalakkan untuk memantau PBS di sekolah. Responden
mengharap pensyarah dapat berjumpa dengan pelatih di sekolah walaupun
mereka boleh berbincang dengan pensyarah semasa di maktab.
9.6 Mengajar Dalam Kelas
Walaupun guru pelatih ditidak dibenarkan mengajar sewaktu PBS, tetapi mereka
telah berpeluang untuk mengendalikan kelas sebagai guru ganti. Mengajar di
dalam kelas. Responden menghargai sekira mereka diberi ruang untuk
mengajar.
Responden KPLI (SR) Pengajian Inggeris menyatakan
‘Saya diminta untuk mengajar kelas ganti sekiranya tiada guru kerana sebab-sebab tertentu. Saya rasa gembira dapat mencuba mengajar di dalam kelas.
Oleh itu, responden berharap agar mereka diberi ruang untuk mengajar di
samping dapat memerhatikan guru mengajar di bilik darjah.
9.7 Menyiapkan Tugasan
Responden dapat melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh Jabatan
Pengkhususan. Pelatih dapat berbincang dangan rakan untuk melaksanakan
tugasan. Walau bagaimanapun tugasan itu akan akan di sempurnakan
apabila mereka kembali ke maktab. Respondan berpendapat bahawa guru
mata pelajaran kurang dapat membantu untuk menyiapkan tugasan.
10
Perbincangan terhadap tugasan dilakukan di bilik guru dan semasa berada di
maktab. Walaubagaimanapun didapati perbincangan tugasan dengan rakan
tidak dilaksanakan dengan baik sewaktu berada di sekolah.
9.8 Pengisian Masa
Walaupun responden diberi tugas untuk melaksanakan tugasan dan melihat guru
mata perlajaran atau mengajar tetapi didapati bahawa pengisian masa dan
aktiviti responden sewaktu berada di sekolah tidak digunakan dengan sebaik
mungkin. Didapati responden tidak dapat merancang dengan baik aktiviti yang
patut dilakukan semasa berada di sekolah.
Responden KPLI (SR) Pengajian Matematik menyatakan
‘ Kebanyakkan masa banyak terluang dengan perbualan…’.
Responden KPLI (SR) Pengajian Inggeris memberitahu
‘ Saya banyak bersembang dan bawa bawa balik tugasan ke maktab’.
Responden KPLI(SR) Pengajian Tamil menyatakan
‘Saya rasa banyak masa terluang begitu sahaja…’
9.9 Kesesuaian masa PBS
Pelbagai pendangan terhadap masa menjalankan PBS iaitu hari Isnin dan
Selasa bagi setiap minggu selama sepuluh hari. Di sebabkan kelemahan dalam
11
pengendalian aktiviti dan masa oleh responden. Responden menyatakan
bahawa masa dua hari setiap minggu untuk PBS agak panjang. Oleh itu
responden berpendapat bahawa jangka masa untuk PBS perlu difikirkan semula
supaya ia dapat diguna semaksimum.
Responden KPLI (SR) Pengajian Matematik menyatakan
‘Kalau masa itu di sekali bagus kerana penat terpaksa balik ke maktab menjalankan aktiviti Gerko. 10 hari memang panjang. Saya rasa tiga jam sahaja iaitu pada hari Jumaat memadai. Kalau ia dapat laksanakan secara sekaligus memang bagus’.
Responden KPLI (SR) Pengajian Tamil memberitahu
‘Saya rasa masa dilaksanakan seperti ROS, kalau dapat mengajar memang baik. Dulu saya bimbang untuk ke sekolah , sekarang konfident pergi ke sekolah.’
9.10 Perbincangan dengan Pensyarah di Maktab
Responden berpeluang untuk membincangkan pengalaman di sekolah
dengan pensyarah di maktab. Ini melibatkan pensyarah mata pelajaran
pengkhususan dan pensyarah mata pelajaran Pendidikan.
Walaubagaimanapun di dapati bahawa perbincangan dengan pensyarah
mengenai pengalaman responden perlulah diperbaikii supaya responden
mendapat lebih ruang untuk berbincang.
12
10.0 Rumusan dan Cadangan
Rumusan dan cadangan adalah berdasarkan kepada Program PBS yang
dijalankan di Maktab Perguruan Ipoh, Perak dan tidak melibatkan Maktab-
maktab lain di Malaysia.
10.1 Rumusan
1. Guru pelatih dan guru besar sekolah telah didedahkan dengan maklumat
PBS sebelum program ini dijalankan di sekolah.
2. Program PBS yang telah memberi peluang yang baik kepada guru pelatih
KPLI(SR) untuk menimba pengalaman tentang keadaan sebenar di
sekolah, terutama dalam aktiviti pengajaran pembelajaran.
3. Program PBS telah memberi ruang perbincangan yang baik di kalangan
guru pelatih dan guru di sekolah.
4. Guru pelatih tidak dapat menggunakan masa PBS di sekolah dengan
berkesan.
5. Sekolah dapat menerima baik dan memberi kerjasama dalam
melaksanakan Program PBS di sekolah.
6. Kurang pemantauan pensyarah maktab terhadap program PBS di sekolah
7. Guru pelatih turut terlibat dalam pengajaran di bilik darjah sebagai guru
ganti.
13
8. Guru pelatih dapat menyempurnakan tugasan mata pelajaran major
dengan berbincang dengan rakan.
9. Guru pelatih mendapati bahawa pelaksanaan masa Program PBS, dua
hari seminggu untuk sepuluh hari kurang memberi kesan yang baik.
10. Perbincangan dengan pensyarah maktab terutama pensyarah mata
pelajaran adalah baik.
10.2 Cadangan
1. Pendedahan maklumat , tugasan kepada pelatih dan guru besar boleh
di teruskan sebelum PBS dilaksanakan di sekolah.
2. Meningkat lebih peluang untuk guru pelatih berbincang dengan guru di
sekolah terutama dalam pengajaran pembelajaran dan lain-lain tugasan
yang berkaitan.
3. Meningkatkan pengisian aktiviti yang semaksimum di kalangan pelatih di
sekolah supaya masa pelatih tidak terbuang.
4. Kerjasama dengan sekolah boleh dipertingkat dengan ada lawatan sosial
pensyarah maktab.
5, Memberi ruang kepada pelatih untuk cuba mengajar dengan kerjasama
guru dan pensyarah.
6. Tugasan pelatih dapat melibatkan guru sekolah supaya ada kontak yang
lebih baik.
7. Jangka masa pelaksanaan program PBS perlu difikirkan semula lebih
bermakna kepada pelatih.
14
8. Perbincangan dengan pensyarah pengkhusus hendaklah dilakukan
sebaik sahaja guru pelatih kembali ke maktab dan sebelum pelatih
menjalankan PBS untuk minggu yang berikutnya untuk keberkesanan
PBS
Rujukan
Abdullah Nordin (1997). Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum oleh Pensyarah dan Guru Pembimbing- Satu kajian Empirikal: Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Praktikum Pendidikan Guru. BPG
Bahagian Pendidikan Guru (2002). Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan PraPerkhidmatan. Kuala Lumpur: BPG
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Panduan Pelaksanaan Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Unit Kurikulum
Cohen, L & Manjoon, L. (1983). A guide to Teaching Practice, 2nd Edition. New
York: Mathuen & Co.
Drever, E. (1995). Using Semi-Structured Interviews in Small-Scale Research. Glasgow: SCRE publication.
Knight, P.T. (2001). Small-scale Research: pragmatist inquiry in social science and the caring professions. London: Sage Publication
Salleh Hassan (1997). Pemuafakatan Dalam Program Praktikum Latihan Perguruan: Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Praktikum Pendidikan Guru, BPG
Schon. D.(1999). The reflective practitioner. How professional think in action. London: Ashgate.
Silverman, D. (1993). Interpreting Qualitative Data: Methods for Analysing Talk,
15
Text and Interaction. London: SAGE Publications.
16