KERTAS KERJA MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I … · menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1...
Transcript of KERTAS KERJA MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I … · menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1...
KERTAS KERJA
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
TARIKH
24 MEI 2014 (SABTU)
TEMPAT
BANGI GOLF RESORT
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
TEMA
“BUSINESS CASUAL”
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
KERTAS KERJA
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibentangkan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta daripada pihak
Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program Majlis Penghargaan Mahasiswa/i
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 (MPMFEPM14).
Selain itu, ketas kerja ini juga dibentangkan bagi memohon pertimbangan serta
kelulusan bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan juga Jabatan
Bendahari UKM dalam menjalankan Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan 2014 (MPMFEP 14) bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan
lancar.
Disamping itu, ia juga diharapkan mendapat maklumbalas yang positif daripada
pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia
mengenai program ini dan sebaiknya mendapat cadangan demi menambahbaikan program
ini dan kesemua perkara yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
2
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
2.0 PENGENALAN
2.0.1 Pengenalan Kelab
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP) merupakan sebuah badan persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. Persatuan ini ditubuhkan
di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti
(pindaan 1998). Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti
menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1 April 2004. Sebelum tahun 2004, persatuan
pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi
(PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan
(PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan.
2.0.2 Sejarah /Rekod
Setiap tahun, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan mengadakan majlis bagi meraikan mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan khususnya
mahasiswa/i di tahun akhir. Majlis ini turut dihadiri oleh para pensyarah dan juga pihak
pentadbiran fakulti dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga fakulti.
Justeru pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi &
Pengurusan akan mengadakan majlis yang diberi nama Majlis Penghargaan Mahasiswa
Fakulti Ekonomi & Pengurusan bagi menghargai semua mahasiswa/i FEP, para pensyarah
dan pihak pentadbiran fakulti. Diharapkan program pada tahun ini akan lebih bermanfaat,
berjaya dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada seluruh warga Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan.
2.0.3Idea Program
Pada era ini, mahasiswa dan mahasiswi dikatakan sebagai aset negara yang amat
penting kerana mahasiswa/i bakal menerajui kepimpinan negara di masa akan datang. Pada
zaman kini juga, pemikiran dan idea yang dicetuskan oleh mahasiswa/i telah pun diterima
dengan terbuka oleh masyarakat pada hari ini. Bagi mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, mereka juga adalah aset negara yang amat berharga khususnya dalam bidang
ekonomi dan pengurusan perniagaan kerana merekalah bakal-bakal pakar dalam bidang
ekonomi dan perniagaan yang akan menguruskan dan menentukan keadaan ekonomi
Malaysia di masa hadapan.
3
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
Justeru itu, Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014
(MPMFEP’14) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) sesi 2013/2014 diadakan bertujuan untuk meraikan mahasiswa/i Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan (FEP) khususnya mahasiswa/i yang berada pada tahun akhir dan akan
bergraduasi kelak. Selain itu, program ini diadakan juga bertujuan untuk merapatkan lagi
ukhuwah sesama mahasiswa/i yang berada pada tahun dan program pengajian yang berbeza.
Di sebalik kejayaan yang diperoleh oleh seseorang mahasiswa/i sudah pasti ada insan
yang amat penting dan berharga dalam kehidupan mereka iaitu para pensyarah. Melalui
majlis ini juga, ia dapat menghargai jasa para pensyarah yang telah bertungkus- lumus
mendidik dan mencurahkan ilmu kepada mahasiswa/i FEP supaya menjadi insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.
Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat berguna kepada semua
pihak terutama bagi mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Dengan itu,
segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada yang akan terlibat secara langsung
atau tidak langsung amat diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam merealisasikan
matlamat program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya
3.0 MISI
Kami Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia berikrar:
3.1.Akan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar danjayanya
3.2.Akan menjaga nama baik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta Universiti
Kebangsaan Malaysia
3.3.Menjaga hubungan dan nama baik pihak – pihak yang akan bekerjasama
3.4.Menjaga kebajikan dan keselamatan semua pihak yang terlibat semasa program
berjalan.
4
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
4.0 MATLAMAT
Di antara matlamat utama penganjuran program ini adalah :
4.1. Meraikan dan menghargai mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
4.2. Menghargai jasa para pensyarah yang sentiasa berusaha dan tidak pernah
jemu dalam mendidik semua mahasiswa/i
4.3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mahasiswa/i, di
anatara mahasiswa/i dengan pensyarah dan juga staf
4.4. Satu platform yang membolehkan mahasiswa/i bertemu sesam mereka
bagi bertukar pengalaman, idea dan juga pendapat
5.0 OBJEKTIF
Objektif dan matlamat utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk:
5.1. Memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang terlibat
dalam menjayakan program.
5.2. Melahirkan mahasiswa yang berintelektual tinggi, berinovasi dan kreatif semasa
mengendalikan program yang akhirnya mampu memberikan manfaat serta
sumbangan kepada agama, masyarakat serta negara
5.2. Mewujudkan memori terindah dan rasa dihargai dalam kalangan
mahasiswa/i dan juga para pensyarah
6.0 TEMA
“Business Casual”
7.0 ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusann
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014
5
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 24 Mei 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam – 11.00 malam
9.0 TEMPAT
Bangi Golf Resort
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini adalah melalui beberapa kaedah iaitu :
10.1 Poster, Banner, Flyers, Banting
10.2 Laman web
10.3 Laman Sosial
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian pembukaan:
Prof Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Tetamu Kehormat (VIP) : 10 orang
Tetamu : 235 orang
Pensyarah dan staf : 40 orang
6
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
13.0 STRUKTUR ORGANISAS I
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan atau sebarang pertanyaan dan pengurusan
surat menyurat mengenai program ini, sila hubungi:
Urusetia
Majlis Penghargaan Mahasiswa
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014
Bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Paras 4, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
43600 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Selangor Darul Ehsan
E-mel: [email protected]
(u.p : Mufaddal bin Mustansir, 017-4307786)
17.0 PENUTUP
Sebagai penutup, warga kerja program ini amat mengalu-alukan kerjasama
dan sokongan yang jitu daripada semua pihak terutama warga Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan serta warga Universiti Kebangsaan Malaysia sama ada secara langsung atau tidak
langsung demi memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kami dahului dengan jutaan
terima kasih.
7
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
Harapan yang menjulang langit juga turut diberikan kepada pihak Jabatan
Perkhidmatan Pelajar agar dapat meluluskan kertas kerja ini serta memberi bantuan
kewangan bagi membantu melaksanakan program ini. Disamping itu,harapan perolehan
kelulusan dari Jabatan Bendahari UKM untuk membenarkan pihak penganjur mendapatkan
pertolongan pihak luar dalam membiayai program ini juga amat diharapkan.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan dan berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan, menepati
objektifnya, mendapat redha serta rahmat daripada Allah Ta’ala.
8
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
Disediakan oleh,
MUFADDAL BIN MUSTANSIR Ketua Pengarah Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 Universiti Kebangsaan Malaysia
Disemak oleh,
DR. SHIFA’ MOHD NOR Penasihat Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh, PROF. DR. ISHAK YUSSOF Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Akademik, Alumni dan Antarabangsa
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
9
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI INDUK
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
Penaung
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat Persatuan
Prof. Dr. Ishak Bin Yussof
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar, Akademik, Alumni dan Antarabangsa)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat 1
Dr. Shifa’ bt Mohd Nor
Pensyarah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
STRUKTUR ORGANISASI
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
Ketua Pengarah
Mufaddal bin Mustansir
FEP/ A16170/017-4307786
Timbalan Ketua Pengarah 1
Nor Ashikin binti Kamarul
FEP/ A135936/ 013-7031765
Timbalan Ketua Pengarah 2
Nurhazzida binti Abdul Rahim
FEP/ A136170/ 012-8828573
Timbalan Ketua Pengarah 3
Nurul Najwa binti Kornain
FEP/ A139992/ 013-2101062
Setiausaha
Nurul Mawaddah bt Salim
FEP/A135933/01123083694
Timbalan Setiausaha
Nur Wahidah binti Mohammad Yazid
FEP/ A136475/ 013-7675762
Bendahari
Nazihah binti Mohamad
FEP/ A139888/ 013-4622369
11
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
Timbalan Bendahari
Soleha Hanis binti Ali
FEP/ A139829/ 013-7668404
Programmer 1
Nur Haliza Amirah bt Halemi
FEP/A140099/014-5344193
Ketua Unit Protokol
Nur Farihin binti Mohamed Hatta
FEP/ A142814/ 013-3049394
Ketua Unit Pemasaran
David Jadi Hala Kein Bin Paulus
FEP/A139730/014-3525319
Ketua Unit Jamuan
Nur Fatin Nabilah binti Mat Razi
FEP/ A139896/019-2909787
Ketua Unit Cenderamata
Wan Nur Balqis binti W Zulkifli
FEP/ A140943/ 012-6327297
Ketua Unit Publisiti dan Tugas-tugas Khas
Muhamad Zaihid bin Zibullah
FEP/ A143311/ 019-2498968
Ketua Unit Teknikal dan Pengangkutan
Ahmad Zakir bin Zainoldin@Zainuddin
FEP/ A143467/ 017-5378860
12
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
Ketua Unit Pendaftaran
Syafizatulfizah binti Jusoh
FEP/ A143214/ 019-9372493
Ketua Unit Hiasan dan Dekorasi
Izzatunnisa’ binti Kamaruddin
FEP/A135952/017-3527914
13
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
8.30 malam : Ketibaan para tetatmu jemputan 8.45 malam : Ketibaan VIP
Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita 8.50 malam : Persembahan Pembukaan 9.00 malam : Ucapan Perasmian oleh Prof. Prof Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali 9.15 malam : Makan
Persembahan pertama
Cabutan bertuah 9.30 malam : Persembahan kedua 9.45 malam : Penyampaian hadiah dan sijil kepada PMFEP dan kelab-kelab 10.00 malam : Persembahan ketiga 10.10 malam : Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah (anugerah kepada pelajar,
pensyarah dan staf) 10.15 malam : Tayangan video 10.20 malam : Anugerah King dan Queen Penyampaian
cenderamata kepada VIP 10.30 malam : Bersurai
14
Majlis Penghargaan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan 24 Mei 2014
Pengurusan 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN PROGRAM Anggaran Pendapatan
Anggaran Perbelanjaan
15