Kertas Kerja Kursus Kepegawaian MSKPP 2015

download Kertas Kerja Kursus Kepegawaian MSKPP 2015

of 3

description

www

Transcript of Kertas Kerja Kursus Kepegawaian MSKPP 2015

  • KERTAS KONSEP KEM LATIHAN BOLA SEPAK MSKPP PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG TAHUN 2015

    1.0 Nama Program

    Kem Latihan dan Persiapan Pasukan Bola Sepak Senior dan Veteran MSKPP Peringkat Daerah Batang Padang Tahun 2015

    2.0 Pengenalan

    Kem Latihan ini diadakan sebagai satu persiapan untuk membentuk pasukan bola sepak

    senior dan veteran dalam persiapan pasukan MSKPP bola sepak. Sehubungan itu, Pengerusi

    Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Sepak MSKPP dan PTPS Bola Sepak Daerah merancang

    untuk meningkatkan stamina, kemahiran dan taktikal pemain dalam permainan bola sepak

    dikalangan guru dan staf di daerah batang padang.

    3.0 Tujuan

    Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan

    daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang untuk mengadakan Kem Latihan dan

    Persiapan Pasukan Bola Sepak MSKPP 2015. Hal ini kerana, pada tahun ini Pertandingan MSKPP

    Tahun 2015 akan dianjurkan dan berlansung di Daerah Batang Padang dan ini adalah satu inisiatif

    dan peluang untuk memantapkan pasukan bola sepak supaya mendapat tempat dalam

    pertandingan tersebut. Melalui program dan perancangan yang strategi ini adalah satu untuk

    mencapai kejayaan pasukan dalam pertandingan bola sepak MSKPP tahun ini. Diharap kertas

    konsep ini mendapat kelulusan sepenuhnya.

    4.0 Objektif

    4.1 Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kepegawaian permainan bola sepak peringkat

    sekolah, daerah dan negeri di kalangan guru-guru.

    4.2 Mendedahkan tentang peraturan-peraturan dan undang-undang permainan bola sepak kepada

    semua guru.

    4.3 Mempelajari pelbagai kemahiran dan taktikal dalam permainan bola sepak daripada jurulatih

  • yang profesional dan berlesen.

    4.4 Menjadikan bidang sukan bola sepak adalah salah satu produk bagi melahirkan golongan

    pendidikan dan pegawai yang berjaya dan berdisplin.

    4.5 Memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama pegawai dan guru

    dan antara sekolah di bawah pengelolaan PPD Batang Padang.

    5.0 Tempat , Tarikh & Sasaran

    Kursus ini akan diadakan pada ketentuan berikut:

    Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan, PPD Batang Padang

    : Padang SMK Hamid Khan

    Masa : 8.00 hingga 5.00 petang

    Tarikh : 14 ,15 dan 17 September 2015 ( Isnin, Selasa dan Khamis)

    Peserta : 46 orang pegawai

    6.0 Jawatankuasa Kerja Peringkat Sekolah

    Penaung : En. Osman b. Mohamed Bahari (Pegawai Pendidikan Daerah)

    Pengerusi : En. Mohd Sani b. Harun (Pengelola Cemerlang Sukan)

    Naib Pengerusi : En. Nizam b. Mohamed (Penyelia Sukan)

    PTPS Bola Sepak : En. Ahmad Fauzi bin Azib (SMK Hamid Khan)

    : En. Zulkifli bin Mat Ail (SK Sungkai)

    PTPS MSKPP : En. Mohd Khairul Irwan Bin M.Yacob (SMK Air Kuning)

    Jurulatih : En. Azham Bin Abdullah (SMK Air Kuning)

    8.0 Peruntukan Kewangan

    BI

    L

    PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

    1 Air Mineral ( 20 kotak x RM10.00) RM 200.00

    2 Bayaran Pengadil Perlawanan Persahabatan RM 200.00

  • 2(RM 100 x 2 perlawanan

    RM 200.00

    JUMLAH RM 400.00

    9.0 Penutup

    Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya daripada PPD Batang Padang

    untuk pemantapan kepegawaian dan kejurulatihan dalam pengurusan bola sepak di peringkat

    sekolah, daerah, dan negeri, khususnya dalam pengurusan pertandingan MSKPP 2015 Bola

    Sepak. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam program dan kursus tersebut.

    Disediakan Oleh,

    MOHD KHAIRUL IRWAN BIN M.YACOB

    Pengerusi Teknik dan Pembangunan Bola Sepak (PTPS) MSKPP

    Daerah Batang Padang