KERTAS KERJA KERJA PANGGUNG BODHI 2015 TARIKH 5 MAY 2015 TEMPAT PANGGUNG SENI, UKM ANJURAN...
Transcript of KERTAS KERJA KERJA PANGGUNG BODHI 2015 TARIKH 5 MAY 2015 TEMPAT PANGGUNG SENI, UKM ANJURAN...
KERTAS KERJA
PANGGUNG BODHI 2015
TARIKH
5 MAY 2015
TEMPAT
PANGGUNG SENI, UKM
ANJURAN
PERWAKILAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I BUDDHIS UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN BUDDHIS UNIVERSITI MALAYA
TEMA
“STUDY, PRACTICE, REALISE, SHARE”
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
KERTAS KERJA
PANGGUNG BODHI
TAHUNAN 2015
PERWAKILAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I BUDDHIS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk melatih ahli PKMBUKM
yang baru dan juga menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti utama yang
akan diadakan setiap tahun.
1.2 Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan
Alumni (PPMPA) untuk mengadakan Panggung Bodhi 2015 di Panggung Seni,
UKM. .
2.0 PENGENALAN
Panggung bodhi merupakan satu aktiviti berunsur kesenian yang dianjurkan oleh
Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/i Buddhis Universiti Kebangsaan Malaysia
(PKMBUKM) sejak dari tahun 1987 di dalam kampus UKM. Selama ini, anjuran
Panggung Bodhi dapat dijayakan oleh PKMBUKM atas sokongan daripada pihak
Universiti.
Panggung Bodhi 2015 ini merupakan aktiviti berunsurkan kesenian menerusi
persembahan pentas. Objektif utamanya adalah untuk melatih ahli-ahli Buddhis
supaya bertanggungjawab dan berdedikasi dalam proses menjayakan Panggung
Bodhi 2015. Ini juga melatih mahasiswa/i melengkapkan diri untuk menyahut cabaran
yang bakal dihadapi dalam alam perkerjaan kelak. Melalui persembahan pentas yang
berunsur moral dan kemanusiaan, ia juga bertujuan mendedahkan nilai-nilai murni
untuk mendorong mahasiswa/i membuat kerja-kerja amal agar dapat memupuk
masyarakat yang harmoni, dinamik dan berakhlak mulia.
3.0 MISI
Menghasilkan mahasiswa/i Buddhis dan ahli masyarakat yang prihatin dan
berpegang kuat kepada agama dan seterusnya dapat membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang penyayang, berpengetahuan, berkualiti dan cemerlang.
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
4.0 MATLAMAT
4.1 Memupuk semangat toleransi antara Mahasiswa/i Buddhis UKM.
4.2 Meningkatkan semangat bekerjasama antara Mahasiswa/i Buddhis UKM. 4.3 Mengeratkan hubungan antara Mahasiswa/i Buddhis UKM.
4.4 Memberi peluang kepada AJK dan peserta untuk mengasahkan sifat kepimpinan dan pengalaman mengadakan sesuatu aktiviti.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 6 Keberhasilan Utama UKM, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:
5.1 Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing Dan Inovatif.
(KRA UKM 1).
Graduan UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu
pengetahuan, kompetensi, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi
keperluan negara dan masyarakat. Aktiviti ini dapat membentuk graduan yang
beretika dengan mempelajari ilmu pengetahuan agama dan memenuhi
peruntukan negara seperti yang disenaraikan dalam Rukun Negara iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, pemimpin yang beretika dan
bertatasusila serta berdaya saing dapat dilahirkan menerusi kem ini.
5.2 Penyelidikan Dan Inovasi Yang Berimpak Tinggi (KRA UKM 2).
Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan
kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat
memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan pengaplikasian ilmu.
Aktiviti melibatkan persembahan drama yang amat memerlukan teknik
penyelidikan untuk memastikan drama dilakukan dengan lancar dan inovasi
yang berimpak tinggi untuk menghasilkan suasana drama yang sesuai dengan
skrip dengan kos yang rendah.
5.3 Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik (KRA UKM 3).
Perkongsian pintar yang berimpak tinggi antara UKM dengan pihak
berkepentingan yang saling memanfaatkan dan memgukuhkan tawaran nilai
UKM (pendidikan, penyelidikan dan khidmat universiti) di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti ini membenarkan mahasiswa/i
melakukan perbincangan sesama mereka dalam memastikan aktiviti ini dapat
dilakukan dengan lancar dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
5.4 Sumber Manusia dan Instituisi Cemerlang (KRA UKM 4).
Staf Akademik, Pengurusa & Profesional dan Pelaksana mempunyai ilmu,
kemahiran, etika, kemuafakatan dan perkhidmatan dan membangunkan
instituisi yang cemerlang, berinovasi dan produktif. Aktiviti ini dapat
melahiran mahasiswa/i yang mahir dalam pelbagai bidang dan melahirkan
kecekapan mahasiswa/i dalam melakukan sesuatu dengan orang lain. Aktiviti
ini juga akan membentuk sumber manusia yang bekerja dengan sikap yang
positif.
5.5 Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik (KRA UKM 5).
Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap disokong oleh aktiviti
penjanaan kekayaan secara optimum & strategik berdasarkan kepakaran, aset
intelektual dan aset hakiki. Dana aktiviti yang terhad menyebabkan
mahasiswa/i yang terlibat dalam aktiviti akan berusaha untuk menggunakan
dana tersebut secara optimum dan strategik.
Prasarana Ilmu yang Kondusif (KRA UKM 6).
UKM mempunyai prasarana, persekitaran dan sistem perkhidmatan yang
berkesan sebagai pemangkin kepada aktiviti pendidikan, penyelidikan dan
khidmat yang cemerlang. Aktiviti ini dijalankan dalam UKM dan sebarang
persediaan aktiviti juga dijalankan dalam UKM. Hal ini menyebabkan prasana
ilmu UKM dapat digunakan secara optimum.
6.0 TEMA
“STUDY, PRACTICE, REALISE, SHARE”
7.0 ANJURAN
Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/i Buddhis Universiti Kebangsaan Malaysia dengan
Kerjasama Persatuan Buddhis Universiti Malaya.
8.0 TARIKH DAN MASA
8.1 Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 5 MAY 2015
Hari : Selasa
Masa : 7.00 malam – 10.30 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
9.1 Panggung Seni, UKM
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
10.0 PUBLISITI
Strategi publisiti yang dicadangkan adalah dengan menggantung banner, menampal poster
dan menyebar flyers di kawasan fakulti dan kawasan kolej kediaman. Pihak yang terlibat
termasuk warga Universiti Kebangsaan Malaysia (bukan Islam) dan IPTA / IPTS lain.
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
11.1 Jumlah urusetia : 40 orang pelajar UKM
11.2 Jumlah penonton : 300 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 Drama ini yang akan dipersembahkan ini menekankan kepada nilai-nilai murni
dalam agama Buddha. Drama tersebut membawa mesej kepada semua penonton
bahawa kelakuan, pertuturan dan pemikiran seseorang yang baik adalah amat
penting untuk membawa keharmonian dan kebahagiaan kepada masyarakat
kini.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat
menyurat sila hubungi:
Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/i Buddhis UKM
Pejabat Urusan,
Pewakilan Mahasiswa/i UKM
Paras 4, Banguan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor.
Ketua Pengarah : Ooi Onn Kit
Tel : 0163863045
Email : [email protected]
17.0 PENUTUP
Pihak PKMBUKM amat berharap agar mendapat kelulusan untuk kertas kerja ini
daripada pihak PPMPA. Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan
terima kasih.
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
Disediakan oleh,
...........................
OOI ONN KIT
Ketua Pengarah
Panggung Bodhi
Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/i Buddhist
Universiti Kebangsaan Malaysia.
016-3863045
Disahkan oleh,
........................
NG TENG HUONG
Pengerusi
Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/i
Buddhis Sesi 2014/2015
Universiti Kebangsaan Malaysia
012-4545199
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PANGGUNG BODHI 2015
PERWAKILAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I BUDDHIS
Penaung
Y.Bhg.Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg.Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Penasihat
Dr. Dennise Koh Choon Lian
Pensyarah Fakulti Pendidikan
Ketua Pengarah
OOI ONN KIT FUU/2 A146434
016-3863045
Timbalan Ketua Pengarah 1 LIEW SHU ROU FKAB/2 A144040
016-5116400
Timbalan Ketua Pengarah 2 FUNG YUN RU FKAB/2 A143982
016-7894037
SETIAUSAHA
WOO SING YEE FKAB/2 A144047
011-16591825
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
Timbalan Setiausaha
LEE WAN YING FKAB/2 A146868
0173382182
Bendahari
SURYANI FEP/3 A142354
011-35352464
Pengarah Program 1 : LOO LIP WEN FUU/1 A150140
Pengarah Logistik : CHAU SHIN YONG FUU/1 A147714
Pengarah Perhiasan Pentas : LEE KHAI CHIEN FST/ 3 A140828
Pengarah Teknikal : LEE WEI XIANG FKAB/1 A149814
Pengarah Protokol : TONG SIEW QI FPER/1 A147424
Pengarah Hiasan dan Publisiti : JACQUELINE LEE SUK TIEN FSSK/1 A148664
Pengarah Pemasaran : TAN PEI YEE FKAB/3 A142732
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
Aturcara Panggung Bodhi 2015
Tarikh Dan Masa Perkara Tempat
Selasa, 5 May 2015
7.00pm
7.15pm
7.30pm
7.35pm
7.40pm
7.45pm
7.50pm
8.00pm
8.15pm
Ketibaan para hadirin
Ketibaan perasmi Panggung Bodhi 2015
Lagu “ Negaraku ”
Lagu “Triple Gems”
Lagu tema Panggung Bodhi 2015
Pengenalan Juruacara
Ucapan Ketua Pengarah
Panggung Bodhi 2015
Ucapan dan perasmian oleh Perasmi
Penerangan logo Panggung Bodhi 2015
Panggung Seni,UKM
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
LAMPIRAN C .
BELANJAWAN PANGGUNG BODHI 2015
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
Sumbangan
Tabung PKMBUKM
Sumbangan PPMPA
Sumbangan Penaja
500.00
2000.00
4000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 6500.00
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1. Pengurusan
Fotokopi
Kad Ring-ring (6 x RM30.00)
Tag Nama (100 x RM1.00)
Buku program (500 x RM0.50)
150.00
180.00
100.00
250.00
680.00
2. Program
Bayaran upah guru pengajar persembahan
Alatan persembahan
Pakaian persembahan
Solekan
300.00
300.00
500.00
200.00
1300.00
3. Perhiasan Pentas
250.00
250.00
4. Teknikal
PANGGUNG BODHI 2015
5 MAY 2015
Sistem Siaraya 1500.00
1500.00
5. Protokol
Kad Jemputan
Gimik
Cenderamata
50.00
50.00
150.00
250.00
6. Publisiti
Banner
Poster
Flyer
200.00
90.00
80.00
370.00
7. Pemasaran
Kad Sumbangan
Pengangkutan
100.00
300.00
400.00
8. Jamuan
Ahli jawatankuasa dan peserta (100 x RM5.00)
Jamuan Tetamu
500.00
250.00
750.00
9. Lain-lain 500.00
500.00
10 Kebajikan
Derma kepada agensi kebajikan
500.00
500.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 6500.00