Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMELING 08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN. _________________________________________________________________ _____ KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN PONDOK ILMU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM PENGENALAN Ilmu diibaratkan sebagai pelita dalam kehidupan. Tanpa ilmu seseorang manusia itu pasti akan berada dalam kegelapan dah hidup menjadi tidak menentu. Ilmu hanya didapati melalui pembacaan. Jika diikutkan kepada perjalanan Sirah Nabi Muhammad SAW, ketika Baginda sedang beruzlah di gua Hira’, Baginda didatangi oleh Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama dari Allah SWT yang direkodkan dalam al-Quran :- Maksudnya : “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.” 1

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

Page 1: Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMELING08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN.

______________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN PONDOK ILMU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PENGENALAN  

Ilmu diibaratkan sebagai pelita dalam kehidupan. Tanpa ilmu seseorang manusia

itu pasti akan berada dalam kegelapan dah hidup menjadi tidak menentu. Ilmu hanya

didapati melalui pembacaan. Jika diikutkan kepada perjalanan Sirah Nabi Muhammad

SAW, ketika Baginda sedang beruzlah di gua Hira’, Baginda didatangi oleh Malaikat

Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama dari Allah SWT yang direkodkan dalam al-

Quran :-

Maksudnya : “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan

(sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan

Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.”

Melalui firman Allah SWT tersebut, maka kepentingan pemerolehan ilmu melalui

pembacaan telah dititikberatkan kepada Baginda sebelum keluar untuk berdakwah

kepada umat pada ketika itu.

Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Islam SK Semeling telah mengambil

langkah inisiatif untuk mejalankan projek keceriaan pondok bacaan Pendidikan Islam

untuk kegunaan para pelajar khususnya dan seluruh warga sekolah amnya. Pondok

1

Page 2: Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

bacaan merupakan antara input penting untuk menjana kecemerlangan pelajar-pelajar

di Sekolah Kebangsaan Semeling dalam jangka masa panjang. Kemudahan yang ada

di pondok bacaan ini amat diperlukan untuk memacu pencapaian pelajar khususnya

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan menjadikan amalan dalam Pendidikan

Islam itu sebagai “ad-din” atau cara hidup dalam kehidupan mereka. Justeru itu, projek

menceria dan penyediaan kelengkapan yang secukupnya ini perlu dilakukan terhadap

pondok bacaan ini.

RASIONAL

Para pelajar memerlukan satu tempat yang selesa dan menarik untuk

memudahkan mereka mencari dan memperoleh ilmu tambahan dalam perkara

berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam, melaksanakan aktiviti Pendidikan Islam,

dan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah sebagai sokongan

kepada proses pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Keadaan yang selesa dan

menarik dapat membantu mereka menjana idea yang lebih kreatif untuk urusan

pembelajaran mereka.

Guru-guru juga memerlukan suasana yang berlainan untuk melaksanakan aktiviti

luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pada masa yang

sama menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiah kepada murid-murid. Justeru itu, pondok

ilmu yang mempunyai sumber dan bahan pengajaran yang dapat membantu mereka

memperoleh pengalaman baru dalam dunia pembelajaran dan membantu guru dalam

proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran

OBJEKTIF

2

Page 3: Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

Menjadikan pondok ilmu Panitia Pendidikan Islam sebagai tumpuan kepada

guru, staf dan pelajar.

Mewujudkan sebuah pondok ilmu Panitia Pendidikan Islam yang ceria, bersih,

lengkap dan menarik sebagai tempat baharu proses pemerolehan ilmu.

Melahirkan suatu perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

selama ini tertumpu dalam bilik darjah kepada kepelbagaian bentuk dan suasana

yang berlainan.

Memberikan sumbangan bakti para guru pelatih IPG KSAH kepada pihak

sekolah sebagai tanda kenangan dan memori selama berkhidmat di sekolah ini.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru dan staf SK Semeling.

TEMPOH PERLAKSANAAN

4 minggu (6 Julai 2014 – 9 Ogos 2014)

AJK PERLAKSANA

Pengerusi : Encik Abd. Halim Bin Zainal Abidin (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Puan Rosmah Binti Desa (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Puan Salina Binti Ahmad (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Puan Wan Rozita Binti Wan Osman (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Solihin Bin Ahmad Bakary (Guru Pelatih IPG KSAH)

3

Page 4: Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

AJK : Muhammad Faiz Bin Iberahim (Guru Pelatih IPG KSAH)

Semua guru Pendidikan Islam dan j-Qaf SK Semeling

KOS

Kos yang terlibat merangkumi pembelian dan kerja-kerja keceriaan dan

pengubahsuaian pondok bacaan Panitia Pendidikan Islam. Kos perbelanjaan yang

dicadangkan adalah seperti berikut :-

BIL ITEM KUANTITI ANGGARAN KOS

1. Kertas A4 1 rim RM 13.00

2. Plastik “laminate” saiz A41 kotak

(24 keping) RM 18.00

3. Plastik “laminate” saiz A31 kotak

(24 keping) RM 24.00

4. Cat warna kuning 1 tong RM 16.00

5. Cat warna “peach” 1 tong RM 16.00

6. “Double Tape” 2 gulung RM 10.00

Jumlah Besar RM 97.00

Ringgit Malaysia : Sembilan Puluh Tujuh sahaja.

SUMBER KEWANGAN Duit Panitia Pendidikan Islam SK Semeling – RM 97.00

4

Page 5: Kertas Kerja Keceriaan Pondok Panitia

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan prasarana ini dapatlah

membantu guru, staf dan murid-murid SK Semeling mendapat pengalaman baru

daripada segi pemerolehan ilmu dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

terutama di luar bilik darjah, penyelidikan, perbincangan dan kokurikulum dengan lebih

kondusif dan efisyen.

Disediakan oleh :- Disemak oleh :-

……………………………………. …………………………

(SOLIHIN BIN AHMAD BAKARY) (ROSMAH BT. DESA)

Setiausaha Projek Keceriaan Panitia PK Pentadbiran SK. Semeling

Pendidikan Islam

Diluluskan oleh :-

……………………………………………………………..

(ABD HALIM BIN ZAINAL ABIDIN)   

Guru Besar SK. Semeling

5