Kertas Kerja Ke Rumah Anak2 Yatim..
-
Upload
nadhiraharib -
Category
Documents
-
view
3.328 -
download
6
Transcript of Kertas Kerja Ke Rumah Anak2 Yatim..
KM 10, Jalan Kong Kong,81700 PasirGudang Johor
BORANG BLS/KPS/002 BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN KURSUS DALAMAN TAHUN 2011 NAMA KURSUS KOD KURSUS TARIKH TEMPOH TEMPAT KUMPULAN SASARAN SPESIFIKASI KURSUS Bidang : 04 (Pembangunan Sumber) 1. JABATAN/BAHAGIAN : UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA PROGRAM KHIDMAT BAKTI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 04 ( PEMBANGUNAN SUMBER) 8 OGOS 2011 5.15 PETANG-10.15 MALAM RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM 138 ORANG PELAJAR
2.
a) TAJUK PROGRAM
:`
PROGRAM KHIDMAT BAKTI BERSAMA ANAK- ANAK YATIM RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM JOHOR
b) TEMPAT
:
1
3.
PENGENALAN :
Program Khidmat Bakti bersama anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim di Jalan Bukit Cagar yang dianjurkan oleh pembimbing rakan siswa (PRS) adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman dan memupuk kasih sayang bersama anak-anak yatim di samping memberi kesedaran kepada mereka. Dengan bertemakan Selaut Kasih Segunung Harapan, program ini diharapkan mampu memberi ruang kepada anak-anak yatim merasai kegembiraan dan berkongsi suka duka dalam kehidupan mereka bersama-sama para mahasiswa. Hal ini juga dapat membantu mahasiswa untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila didedahkan dengan persekitaran luar. Para mahasiswa juga dapat mematangkan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai situasi yang akan memberi cabaran dari segi mental dan fizikal dalam menangani pelbagai masalah. Pada pengakhiran program, akan diadakan majlis penutup di mana para peserta yang berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan akan diberi cenderahati. Selain itu, beberapa sumbangan akan diberi kepada Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim sebagai salah satu cara untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.4. RASIONAL PROGRAM :
Program ini diharapkan dapat mendidik hati para pelajar dan staf Politeknik Premier Johor Bahru dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT.Di samping itu pelajar dan staf dapat bermesra dan mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain.5. TUJUAN/OBJEKTIF PROGRAM :
1. Memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengalaman dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama anak-anak yatim. 2. Memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan. 3. Melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dan peka terhadap golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.
2
6.
TINDAKAN SUSULAN SELEPAS TAMAT PROGRAM
6.1 6.2 6.3 6.4
Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah. Mensyukuri nikmat pemberian Allah dan bersifat qanaah Menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan. Membuat kebajikan dengan mengagihkan hadiah kepada anak-anak yatim.
7.
JAWATANKUASA PELAKSANA :
Penaung
:
Pn. Hajah Suzanah Binti Hashim ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Pegawai Psikologi Pengarah PenolongPengarah Program Setiausaha Program Bendahari
: :
Cik Norashikin binti Awang Kechik Ahmad Safwan Azim Bin Salehuddin Nul Amin
: : :
Ruzaini Bin Mohamed Nadzirahtul Syahirah Binti Rafiee Natasya Atikah Binti Abdurahman
Ajk Multimedia Ajk Makanan Ajk Pengangkutan Ajk Sambutan dan protokol
: : : :
Hifsyam Kamil Bin Zainuddin Nurul Farhana Binti Ismail Mohammad Sallehuddin Bin Md. Jamil Nur Arlyna Binti Rosli
3
8.
TENTATIF PROGRAM :
Tarikh
Masa
Aktiviti
Tindakan
1615 8 Ogos 2011 (Isnin)
Berkumpul di dewan serbaguna
Semua peserta di minta berada di tempat yang di maklumkan tepat pada masanya.
1630
Bergerak dari politeknik
1830
Ketibaan di rumah kebajikan anak-anak yatim
1840-1915
Persiapan untuk berbuka puasa
1915-2000
Majlis Berbuka Puasa
AJK FASILITATOR PESERTA
2015-2200
Bersolat secara berjemaah, Maghrib,isyak,tarawih 20 rakaat.
Semua berada di dalam Masjid
2215
Pergerakan pulang ke politeknik
Semua fasilitator berada berhampiran bas.4
9.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber kewangan : y Memohon sumbangan ikhlas (kutiapan derma) daripada para pelajar dan staf Politeknik Premier Pasir Gudang sebanyak RM 600.
10.
PERALATAN DAN BAHAN PROGRAM
o o o
Borang penilaian program Kertas Mahjung Kertas A4
11.
PENUTUP :
Progam Berbuka Puasa di Rumah Anak-anak Yatim ini adalah salah satu hasil usaha ahli-ahli PRS dengan perancangan yang begitu teliti untuk mencapai objektifnya serta memberikan satu kepuasan,keseronokan dan dapat membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Mudah-mudahan usaha sedikit ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga Politeknik Premier Johor Bahru agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.
5
Disediakan oleh,
(Ahmad Safwan Azim Bin Salehuddin Nu lAmin) Pengarah Program Berbuka Puasa Di Rumah Anak-anak Yatim Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Premier Johor Bahru Tarikh : 25/07/2011
Disemak oleh,
( NORFAIRUS BINTI MOHD KHALID) Pegawai Psikologi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Premier Johor Bahru Tarikh:
Disokong oleh,
( EN NOOR AZMI BIN HJ ASMAWI ) Ketua Jabatan Hal-hal Pelajar Politeknik Premier Johor Bahru Tarikh :
Disemak untuk diluluskan :
. (PN.SUZANAH BINTI HASHIM) Timbalan Pengarah( SokonganAkademik ) Politeknik PremierJohor Bahru Tarikh :6