Kertas Kerja Ceramah Motivasi

5
KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH INSAN (PROPEPSI) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BALANG DARAT,MUAR SEMERAH, JOHOR DARUL TAKZIM ANJURAN: GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TEMPAT: DEWAN ANUGERAH SK SUNGAI BALANG DARAT,MUAR TARIKH: RABU, 6 OGOS 2014 1

description

pdp

Transcript of Kertas Kerja Ceramah Motivasi

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH INSAN (PROPEPSI)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BALANG DARAT,MUARSEMERAH, JOHOR DARUL TAKZIM

ANJURAN:

GURU PELATIHINSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIMDENGAN KERJASAMA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TEMPAT:DEWAN ANUGERAHSK SUNGAI BALANG DARAT,MUARTARIKH:RABU, 6 OGOS 2014MUKADDIMAHMurid merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Murid yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pelajar yang memiliki sahsiah yang mulia supaya dapat memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, diperingkat awal remaja ini, murid-murid perlu didedahkan dengan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan. Program ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan jati diri sebagai seorang muslim dalam kalangan murid khususnya murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat,Muar.1.0 OBJEKTIF Murid boleh:1. Membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan.2. Meningkatkan motivasi diri untuk menghadapi peperiksaan.

3. Menyeimbangkan emosi dan spiritual bagi persediaan awal menghadapi peperiksaan.4. Menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.5. Mengaplikasi teknik-teknik mencapai kecemerlangan sepanjang belajar di peringkat bangku sekolah.6. Membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid.

2.0 ANJURANPara guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Balang Darat, Muar .3.0 LOKASIDewan SK Sungai Balang Darat,Muar,Johor.4.0 TARIKH

6 Ogos 20145.0 KUMPULAN SASARANSemua murid-murid tahun 4,5,66.0 BELANJAWANRujuk Lampiran 17.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 28.0 TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITICATATAN

10.20- 11.00 pagiSolat DhuhaBilik j-Qaf

11.00 1.20 petangSlot Meniti Kecemerlangan Minda

Sdr Ahmad Ibrahim B ZakariaPelajar cemerlang SPM

Dewan

9.0 PENGENDALIAN AKTIVITI/PROGRAM

Program akan dijalankan dalam pelbagai bentuk indoor activities sahaja. Ianya melibatkan pergerakan minda, sentuhan rohani dan daya pemikiran pelajar ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. Guru yang mengendalikan kelas pada waktu yang diambil digalakkan menghadiri program untuk mengawal murid-murid.10.0 PENUTUPAdalah diharapkan program PROPEPSI ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan memberi satu kesan yang dapat membantu di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan orang yang diredhai dan semoga amalan yang kecil ini akan menempatkan kita dalam golongan yang bertaqwa.

Disediakan oleh,

..

(SITI AISYAH BT ISMAIL)

Setiausaha,

Program Pemantapan Sahsiah Insan.

Disemak oleh,

(TN HJ SALIHIN B SAIRON)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,SK Sungai Balang Darat,Muar

Disemak oleh,

..

(EN MOHD FAKHRUL ANUAR B MOHD ROMLI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling,

SK Sungai Balang Darat,Muar

Batu Pahat, Johor.

Ulasan Guru Besar.

Adalah dengan ini dibentangkan kertas kerja yang bertajuk Program Pemantapan Sahsiah Insan yang akan diadakan pada ...

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

..

(TN.HJ SHAMSURI B.HASHIM)

Guru Besar,

SK Sungai Balang Darat,Muar

4