Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

download Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

of 7

Transcript of Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    1/7

    ____________________________________________________

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,

    31150 HULU KINTA,

    PERAK DARUL RIDZUAN

    KERTAS KERJA

    PROGRAM KHIDMAT PENDIDIKAN DALAM

    KOMUNITI

    BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3WAJ3104

    Tarikh :

    3 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

    Masa:

    8.30 11.30 PETANG

    Tempat :

    DEWAN SERI TANJUNG, IPG KAMPUS IPOH

    Unit :

    PISMP AMBILAN JANUARI 2011 J1- J18

    Penganjur :

    JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3

    Dengan kerjasama :

    UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS IPOH

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    2/7

    KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3/ 2011

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

    1.0 Pengenalan

    Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan wahana ke arah pembinaan dan

    pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Kebansaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

    Program ini melibatkan pelatih-pelatih Program Ijazah Sarjana Muda

    Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej

    aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang dua semester tempoh pengajian.

    Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada

    pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi

    sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai

    dan akhlak keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih. Di samping program

    dan aktiviti yang dirancang secara khusus, bakal guru diberi pendedahan

    kepada apa sahaja perkara dan isu yang berkaitan dengan alam pendidikan

    usaha pembinaan insan guru yang unggul serta diperkukuhkan melalui

    tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

    2.0 Matlamat

    Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru

    yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan,

    daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan

    prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

    Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan pada

    sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa

    profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    3/7

    3.0 Objektif

    Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan bertujuan untuk :

    3.1 Memenuhi Modul PISMP

    3.2 Membentuk, memupuk serta melahirkan insan guru yang berkualiti,iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi

    serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

    3.3 Meningkatkan kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan

    kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah

    dan membuat keputusan dalam kalangan guru-guru pelatih.

    3.4 Meningkatkan keupayaan memindahkan pengetahuan kemahiran yang

    dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar dalam kalangan guru-guru pelatih.

    3.5 Mendedahkan guru-guru pelatih kepada pembelajaran secara

    langsung.

    3.6 Memupuk kemahiran sosial antara gurub pelatih dengan masyarakat

    setempat.

    3.7 Menimba pengalaman yang berguna untuk kebaikan para pelatih.

    Pada akhir Program Bina Insan Guru (BIG) ini, guru-guru pelatih

    diharap agar dapat:

    i Mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

    pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan

    guru secara berterusan.

    ii Memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta

    sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan

    dan arus globalisasi.

    iii Meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal

    iv Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan, berdaya tahan, nilai-nilai murni dan

    keterbukaan fikiran.

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    4/7

    4.0 Kumpulan sasaran

    Kesemua 314 orang guru pelatih dari unit J1 - J18 PISMP Ambilan Januari

    2011 akan menyertai Program Bengkel Bina Insan Guru ini di Dewan Seri

    Tanjung IPG Kampus Ipoh. Terdapat 5 orang pensyarah pembimbing akanterlibat dalam Program Bengkel Bina Insan Guru (BIG) ini.

    5.0 Tarikh dan tempat pelaksanaan aktiviti

    Tarikh : 3 Februari 2012 (Jumaat)

    Masa : 8.30 11.30 pagi

    Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh

    6.0 Penubuhan Jawatankuasa (Lampiran 1)

    Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan

    Program Bengkel Bina Insan Guru (BIG) ini.

    7.0 Anggaran Perbelanjaan (Lampiran 2)

    Peruntukkan kewangan yang digunakan dalam menjalankan program aktiviti

    ini adalah seperti dalam lampiran 2.

    8.0 Aktiviti

    Tarikh Masa Aktivit

    3 Februari 2012

    8.00 pg 8.30 pg Pendaftaran di Dewan Seri Tanjung

    8.30 pg 9.30 pg Bengkel 1

    9.30 pg 10.30 pg Bengkel 2

    10.30 pg 11.30 pg Bengkel 3

    11.30 pgPenyampaian cenderamata dan

    bersurai

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    5/7

    9.0 Penutup

    Diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan

    kepada kami untuk menjayakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 ini.

    Segala budi baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan

    didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Disediakan oleh:

    (SITI NUR AFIQAH BINTI MAELAH)

    Setiausaha,Jawatankuasa Kerja BIG Fasa 3,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

    Disemak oleh:

    (EN. MOHD. RAZALI BIN JAAFAR)

    Penyelaras Program Bina Insan Guru,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

    Diluluskan oleh:

    (TUAN HAJI ABDUL KADIR BIN BASIRAN)

    Pengarah,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    6/7

    Lampiran 1

    AHLI JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3, 2012

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

    Unit: J1 - J18 PISMP Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Ipoh

    AHLI JAWATANKUASA INDUK

    Pengerusi : MUHAMMAD AZIM BIN MD RAHIM (J18)

    Naib Pengerusi : NUR SHAHIDA BINTI AZIZ (J7)

    Setiausaha : SITI NUR AFIQAH BINTI MAELAH (J3)

    Naib Setiausaha : FARA WAHEEDA BINTI MIDZAN (J6)Bendahari : BEE CAI YUN (J15)

    AHLI JAWATANKUASA KERJA

    AJK Buku Program: 1. LING FUNG CHUO (J10)

    AJK Sambutan : 1. MUHAMMAD AZAHARI (J17)

    AJK Siar raya : 1. SANGKARAN (J13)

    2. TONG SHIH WEI (J16)

    AJK Dokumentas i: 1. SALAHUDDIN BIN MAT AMIN (J2)

    2. INTAN FARNISA (J6)

    3. NUR AMALINA (J7)

    AJK Urus setia : 1. SYAIMAA (J5)

    AJK Persiapan Tempat: 1. FARIS EDHWAN (J1)

    AJK Juruacara : 1. MUHAMMAD NAJIB BIN HASSAN BASRI (J3)

    2. NUR WAHIDAH (J18)

    AJK Hadiah dan Cenderamata: 1. TUAN NURUL ATIKA (J4)

    AJK Kebersihan : 1. LAI WAN YING (J11)

    2. KONG BOON THONG (J12)

    AJK Teknikal : 1. MOHD NORHASLAM (J14)

    AJK Jemputan : 1. HENG SOON FEN (J9)

    2. LOI PUI SAN (J15)

  • 8/2/2019 Kertas Kerja Big Fasa 3 2012

    7/7

    Lampiran 2

    Bil. Unit J PISMP Ambilan Januari

    2011

    Bilangan

    ahli

    cenderamata

    (RM10)

    Catatan

    1. J-1 (PENGAJIAN MELAYU) 20

    2. J-2 (PENGAJIAN MELAYU) 20

    3. J-3 (PENGAJIAN MELAYU) 19

    4. J-4 (TESL REND) 17

    5. J-5 (TESL REND) 16

    6. J-6 (TESL REND) 18

    7. J-7 (TESL REND) 19

    8. J-8 (TESL MEN) - - -

    9. J-9 (PENGAJIAN CINA) 20

    10. J-10 (PENGAJIAN CINA) 20

    11. J-11 (PENGAJIAN CINA) 21

    12. J-12 (PENGAJIAN CINA) 20

    13. J-13 (PENGAJIAN TAMIL) 19

    14. J-14 (SAINS) 20

    15. J-15 (PENGAJIAN CINA) 20

    16. J-16 (PENGAJIAN CINA) 20

    17. J-17 (PENGAJIAN ISLAM) 19

    18. J-18 (PENDIDIKAN KHAS) 19

    JUMLAH

    =RM 170