KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA · PDF filemahasiswa akan menyediakan beberapa...
Transcript of KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA · PDF filemahasiswa akan menyediakan beberapa...
KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA
TARIKH 15-17 MAC 2013
TEMPAT SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH, PERAK
ANJURAN: BAHAGIAN KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH)
TEMA
“PELAJAR CEMERLANG, GENERASI TERBILANG”
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
2
KERTAS KERJA PROGRAM BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL) untuk mengadakan Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara pada 15-17 Mac 2013 bertempat di SMK Tun Abdul Razak, Perak.
2.0 PENGENALAN
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah berkata: “Kita hendak
lihat apa masalah pendidikan pelajar-pelajar luar bandar. Adakah disebabkan
infrastruktur yang tidak lengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang guru,
persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang
menyebabkan anak-anak hilang tumpuan terhadap pelajaran.”. Jelas di sini
bahawa terdapat sesuatu perkara yang menyebabkan para pelajar di kawasan
luar bandar dan pedalaman mempunyai masalah dalam sesi pembelajaran
mereka.
Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga
mengatakan bahawa hanya 35% daripada seluruh pelajar-pelajar tahun 1 ijazah
sarjana muda IPTA adalah pelajar-pelajar dari kawasan luar bandar dan
pedalaman. Maka, apabila dinisbahkan kepada semua IPTA, hanya 2.8%
pelajar-pelajar tahun 1 dari luar bandar dan pedalaman berada di setiap IPTA.
Maka, persoalannya, mengapa para pelajar luar bandar dan pedalaman menjadi
kumpulan minoriti dalam komuniti kampus negara kita?
Oleh hal yang demikian, Bahagian Kerohanian dan Sivik, Majlis
Eksekutif Pelajar IZISH ingin menjalankan program bagi memotivasikan para
pelajar pedalaman, khususnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul
Razak di bawah tajuk, ”Bakti Siswa : Jom Masuk Sekolah”. Bukan itu sahaja,
para mahasiswa yang terlibat akan menjayakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah sebagai memenuhi tuntutan khidmat
masyarakat.
3.0 MISI
Program ini dijalankan dengan misi untuk memotivasikan para pelajar SMK Tun
Abdul Razak di Selekoh, Perak di samping memberi kesedaran kepada mereka
akan kepentingan mempunyai sahsiah diri yang baik serta melaksanakan
khidmat masyarakat dengan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah
itu.
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
3
4.0 MATLAMAT
Program ini diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar-pelajar sekolah
yang mengambil berat tentang pelajaran mereka dan sedar akan kepentingan
sahsiah diri yang baik serta berkhidmat kepada masyarakat.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi motivasi kepada para pelajar SMK Tun Abdul Razak supaya pentingkan
pendidikan masing-masing.
5.2 Memberi kesedaran akan kepentingan mempunyai sahsiah diri yang baik.
5.3 Menjalankan Khidmat Masyarakat dengan bergotong-royong membersihkan
kawasan sekolah.
6.0 TEMA
Tema program ini adalah “Pelajar Cemerlang, Generasi Terbilang”
7.0 ANJURAN
Bahagian Kerohanian dan Sivik
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH
Program ini dicadangkan diadakan pada:
Tarikh : 15, 16 & 17 Mac 2013
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan adalah di SMK Tun Abdul Razak, Selekoh,
Perak
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
4
10.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti adalah di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, kampus UKM
Bangi, dan kawasan tumpuan umum sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang
merangkumi notis pemberitahuan, poster, flyers, banner, banting, paparan pada
laman web Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH), laman web UKM, papan digital
UKM, blog, dan laman web sosial.
11. 0 PECADANG PERASMI
Perasmi bagi Majlis Penutupan Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara yang
dicadangkan adalah Puan Rosmawati binti Ibrahim, Penolong Pengarah Pejabat
Kemajuan Negeri Perak Zon 5, daerah-daerah Hulu Perak.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah penglibatan program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara adalah seramai
150 orang, perinciannya adalah seperti berikut :
Fasilitator : 35 orang
Felo Penasihat : 2 orang
Pelajar SMK Tun Abdul Razak : 100 orang
Guru Pembimbing : 3 orang
Jumlah Besar : 120 orang
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
RujukLampiran B
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
5
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Bentuk dan aktiviti program ini lebih bersifat kepada pembangunan sahsiah
pelajar. Selain memupuk semangat dan motivasi, ia juga menerapkan semangat
kesukarelawan dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong. Kami di pihak
mahasiswa akan menyediakan beberapa modul tentang bagaimana untuk
menjadikan mahasiswa ini berfikiran telus dan kritis.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila
hubungi:
ADZDZIN MUZHAFFAR BIN MA’AROF
Ketua Pengarah
Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
Plaza MEP
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon / Faks : 03-8921 5602
No Telefon : 019-4809484
e-Mel : [email protected] 18.0 PENUTUP
Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dapat mempertimbangkan dan
meluluskan kertas cadangan serta menyumbangkan dana kewangan untuk
mengadakan program “Bakti Siswa : Ke Puncak Menara” ini dan seterusnya
membantu dalam membina pelajar sekolah yang cakna akan pelajaran dan sahsiah
masing-masing. Diharap program ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.
Sekian Terima Kasih.
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
6
Disediakan oleh,
ADZDZIN MUZHAFFAR BIN MA’AROF
Ketua Pengarah
Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
Kelab Rakan Siswa
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 019-4809484
Disahkan oleh,
NOR AFIQAH BINTI RAMDUN
Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2012/2013
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No Tel : 014-8010677
Diluluskan Oleh,
ENCIK ANUAR AHMAD
Pengetua
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel : 012-6030881
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
7
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM ”BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA”
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penaung Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi Ybhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM
Penasihat
En. Anuar Ahmad Pengetua Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Felo Penasihat
En. Nor Adlyizan Theis
Felo Penasihat Bahagian Kerohanian & Sivik
Ketua Pengarah: Adzdzin Muzhaffar bin Ma’arof | A141529 | FST/1 | 019-4809484
Timbalan Ketua Pengarah
Ahmad Farhan bin Shagul Hamed | A140679 | FST/1 | 017-2810780
Setiausaha Ummi Solehah binti Khairul Anwar | A141620 | FST/1 | 014-2560254
Bendahari
Nor Hidayu binti Othman | A136451 | FEP/2 | 017-5123135
Penyelaras Protokol Nurmawaddah binti Rosli | A136683 | FEP/2 | 017-9914017
Penyelaras Pemasaran
Vilkon Tauning | A141386 | FSSK/1 | 013-85086051
Penyelaras Jamuan Nor Atiqah binti Isa | A140876 | FSSK/1 | 017-5992659
Penyelaras Cenderamata
Nur Adibah binti Johari | A141672 | FST/1 | 019-4130833
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
8
Penyelaras Tugas-tugas Khas Husna Syakirah binti Musa | A141439 | FST/1 | 013-5948905
Penyelaras Pengangkutan
Ahmad Izatul Hisham bin Faugi | A142075 | FTSM/1 | 019-6255906
Penyelaras Peralatan
Muhammad Aizad bin Ahmad Salehudin | A141688 | FST/1 | 011-17830403
Penyelaras Publisiti dan Media Mohamad Haris bin Ismail | A142186 | FST/1 | 019-5424988
Penyelaras Teknikal
Muhammad Hanafi bin Roslay | A140832 | FPI/1 | 019-6262573
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
9
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa Aktiviti Tempat
3.00 Petang Bertolak ke SMK Tun Abdul Razak,
Selekoh, Perak
Lobi
Kolej Antarabangsa Ibu
Zain (IZISH)
5.00 Petang Tiba di SMK Tun Abdul Razak
SMK Tun Abdul Razak
5.30 Petang Solat Asar / Pendaftaran
7.00 Petang Makan Malam/ Solat Maghrib/ Solat
Isya’
9.00 Malam Sesi “Ice Breaking”
10.30 Malam Minum Malam / Tidur
16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa Aktiviti Tempat
6.00 Pagi Solat Subuh / Kuliah Subuh
SMK Tun Abdul Razak
7.15 Pagi Senaman Pagi / Sarapan Pagi
8.30 Pagi
Aktiviti Sukaneka bersama Pelajar
Tingkatan 4, 5 dan 6 SMK Tun Abdul
Razak
11.00 Pagi Minum Pagi
11.30 Pagi
Gotong – royong
- Kawasan Masjid
- Kawasan Perkuburan Islam
- Tabika Kemas
- Rewang Memasak
Kampung Parit Che Manja, Selekoh
1.00 Tengah Hari Makan tengahari bersama penduduk
kampung
1.30 Tengah Hari Solat Jemaah Zuhur Bersama
penduduk kampung
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
10
2.30 Petang
Program “Mari Saya Bantu Anda”
- Bahasa Inggeris
(sasaran pelajar tingkatan 4, 5
dan 6)
SMK Tun Abdul Razak
4.00 Petang Minum Petang / Solat Asar
4.30 Petang
Riadah :
- Perlawanan Persahabatan Bola
Sepak dan Bola Jaring
Padang
SMK Tun Abdul Razak
6.30 Petang Mandi / Maghrib / Bacaan Yaasin / Isya’
/ Makan Malam Dewan SMK Tun Abdul
Razak 9.00 Malam Slot Pelajar Cemerlang : Motivasi
bersama pelajar
11.00 Malam Muhasabah Diri
17 Mac 2013 (Ahad)
Masa Aktiviti Tempat
6.00 Pagi Solat Subuh / Persiapan Diri
SMK Tun Abdul Razak 7.15 Pagi Sarapan
8.00 Pagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
9.15 Pagi Bertolak Ke UKM
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
11
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
A. Anggaran Pendapatan
PERKARA JUMLAH
Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL)
2,000.00
Sumbangan Kerajaan Negeri
2,000.00
Pemasaran
2,500.00
JUMLAH
6,500.00
B. Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1.
Program
Barang-barang aktiviti -kertas A4 ( 5 rim x RM 15 = RM 75) -kertas mahjong (8 x RM1.20 = RM 9.60) -marker (16 x RM 3.15 = RM 50.40) -lain-lain (RM 30)
Gotong-royong
440.00
2.
Jamuan
Fasilitator dan Para Pelajar (135 orang x RM 10 x 3 hari)
VIP : 1. Felo dan Guru Pembimbing (5 orang x RM 10 x 3 hari)
2. Penceramah dan Perasmi Majlis Penutup (2 orang x RM 5)
4210.00
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
12
3.
Publisiti
Banting (RM 50 x 10 = RM 500)
Banner (RM 80 x 1 = RM 80)
Poster (RM 2 x 10 = RM 20)
600.00
4.
Cenderamata
Cenderamata (3 orang X RM 35)
Hamper (15 X RM 35)
630.00
5. Pengangkutan 100.00
6 Komunikasi 100.00
7.
Tugas-tugas Khas
Tag Nama (35 fasilitator x RM 5)
175.00
8. Rencam
245.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 6,500.00