Kertas Cadangan SemKeb13 Terkini
-
Upload
maizaton20 -
Category
Documents
-
view
21 -
download
0
description
Transcript of Kertas Cadangan SemKeb13 Terkini
KERTAS CADANGAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Tarikh:11 – 12 November 2013
Tempat:Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah
Pulau Pinang
Anjuran Bersama:Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan,IPG Kampus Darulaman
&Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia
SULIT
TUJUAN
1. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon
pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru
IPGM berhubung dengan cadangan untuk menganjurkan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 anjuran
bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan
Universiti Sains Malaysia (USM).
LATAR BELAKANG
2. Pada 13 Julai 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah
maktab perguruan di Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Sebagai
sebuah institusi yang bertaraf universiti peranan IPGM tidak sekadar
mendidik untuk melahirkan guru sahaja tetapi haruslah juga menghasilkan
penyelidikan dan inovasi yang berkualiti untuk disebarluaskan kepada
warga pendidik di Malaysia.
3. Penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan
perlulah berjalan seiring dengan perkembangan dan peningkatan taraf
IPGM itu sendiri. Adalah tidak bermakna jika IPGM hanya berubah pada
2SULIT
namanya sahaja tetapi tidak pada isi dalamannya. Oleh yang demikian
para pensyarah sebagai pendidik guru haruslah juga berubah dan
menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu aktiviti utama
mereka dalam meningkatkan profesionalisme masing-masing. Langkah
IPGM meletakkan penyelidikan dan inovasi sebagai satu penilaian dalam
kompentensi pensyarah adalah satu langkah yang positif dan diharapkan
dapat menyemarakkan lagi penyelidikan di IPGM. Penemuan-penemuan
baru yang dihasilkan daripada penyelidikan dan inovasi dalam kalangan
pensyarah akan dapat meningkatkan lagi kualiti IPGM sebagai “Learner
Centered University”.
4. Seterusnya, penyelidikan dan penerbitan adalah juga merupakan
salah satu komponen yang dapat meningkatkan kompetensi pensyarah
khususnya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
Komponen ini juga merupakan salah satu kriteria kenaikan pangkat yang
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 26 Oktober 2010
kepada semua pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Sehubungan dengan itu, cadangan penganjuran seminar ini merupakan
satu usaha murni untuk menyokong dan membudayakan amalan
penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam kalangan pensyarah IPG
dan universiti ke arah meningkatkan profesionalisme masing-masing.
ASAS PERTIMBANGAN
5. Kejayaan Penganjuran Seminar Sehingga Disember 2012:
3SULIT
Seminar Tarikh Tempat
Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Utara
5 – 7 Ogos 2008
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
21 – 23 Sept 2010
IPG Kampus Darulaman
Seminar Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan
25 – 27 Okt 2010
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPGKDA
9 – 11 Okt 2011
Hotel Naza Tallya, Pulau Pinang
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
20 – 21 Okt 2011
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
3 – 6 Sept 2012
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kedah
22 – 24 Sept 2012
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
6. Perkongsian Pintar antara institusi adalah penting dalam
mengembangkan ilmu khususnya melalui penyelidikan dan inovasi.
Penyelidikan dan inovasi menjadi satu keperluan dalam meningkatkan
profesionalisme pensyarah sama ada di IPGK mahupun di universiti. Di
dalam menjamin kesinambungan ilmu, hasil-hasil penyelidikan dan inovasi
perlulah disebarluaskan dan hal ini sangatlah memerlukan komitmen yang
tinggi dalam kalangan pensyarah untuk hasil penyelidikan dan inovasi
mereka.
7. Berdasarkan statistik IPG Darulaman, hanya terdapat sekitar 10%
sahaja pensyarah yang pernah membentangkan hasil penyelidikan dan
inovasi mereka dalam seminar sama ada di peringkat institut, kebangsaan
4SULIT
atau antarabangsa. Sementara pensyarah di peringkat universiti
mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pembentangan hasil
penyelidikan dan inovasi di pelbagai peringkat sehingga ke peringkat
antarabangsa. Seminar yang dicadangkan ini adalah satu usaha untuk
merapatkan jurang dan berkongsi pengalaman antara pensyarah IPGK dan
pensyarah universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
8. Objektif seminar yang dicadangkan adalah seperti berikut:
5.1 Membina satu jaringan sokongan antara IPGK dan universiti
dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi
khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
5.2 Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGK dan
pensyarah universiti membentangkan kertas penyelidikan dan
inovasi dalam seminar peringkat kebangsaan.
5.3 Menyediakan satu platform yang sesuai kepada pensyarah
IPGK berkongsi pandangan dan pengalaman dengan
pensyarah universiti dalam meningkatkan kualiti penyelidikan
dan inovasi.
5.4 Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam pelbagai
bidang penyelidikan pendidikan dan inovasi.
5SULIT
5.5 Berkongsi maklumat dan kepakaran dengan pihak universiti
dalam usaha membudayakan dan memantapkan penyelidikan
dan inovasi dalam kalangan warga pendidik.
9. Cadangan tema dalam seminar ini ialah “PENYELIDIKAN DAN
INOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
9.1 Cadangan sub tema ialah:
i. Pengukuran dan Penilaian
ii. Pembelajaran Sepanjang Hayat
iii. Isu-isu dan Amalan dalam Pendidikan
iv. Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran
v. Penyelidikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
vi. Teknologi Maklumat dalam Pembelajaran dan
Pengajaran
10. Cadangan tarikh dan tempat untuk menjalankan seminar ini ialah
seperti berikut:
5.1 Tarikh cadangan pelaksanaan seminar ialah pada 11 - 12 NOV
2013 (sila rujuk Lampiran A).
Tarikh: 11 Nov 2013
Pendaftaran peserta dan pembentang
Ucap utama dan sesi selari pembentangan kertas
penyelidikan
6SULIT
Tarikh: 12 Nov 2013
Sambungan sesi selari pembentangan kertas
penyelidikan dan majlis penutup
5.2 Cadangan tempat seminar:
HOTEL COPTHORNE ORCHID, TANJUNG BUNGAH,
PULAU PINANG
5.3 Pembentang dan Peserta
Jumlah pembentang dan peserta seminar yang dicadangkan
seramai 150 orang. (sila rujuk Jadual 1 di bawah).Jadual
1Cadangan peserta dan pembentang Seminar Penyelidikan
Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2013 (anjuran IPGKDA &
USM)
Bil Kategori Peserta Bilangan Pakej
1VIP dari IPGM KPM- Pengarah PPPI
1 /
2VIP dari IPGK Darulaman- Pengarah- Timb. Pengarah
2 /
4VIP dari USM- Timb Dekan Pusat Ilmu Pendidikan
1 /
6Ucap Utama- Pengarah BPG- Dekan Pusat Ilmu Pendidikan
2 /
7 Urus setia IPGKDA & USM 32 /
8 Pembentang 60 x
9 Peserta 52 x
JUMLAH 150 orang
IMPLIKASISeminar dicadangkan ini akan melibatkan implikasi kewangan
seperti berikut:
7SULIT
1.1 Anggaran kewangan diperolehi melalui:
i. Pembentang dan Peserta:
RM 250.00 x 60 = RM 15,000.00
RM 200.00 x 52 = RM 10,400.00
ii. Organisasi (IPGKDA + USM) = RM 5,545.00
iii. Makan Minum Ahli M3P IPGKDA = RM 1,610.00
Jumlah = RM 32,555.00
1.2 Bayaran adalah untuk bahan seminar, makan dan minum
sepanjang seminar sahaja. Penginapan dan tuntutan
perjalanan tidak termasuk dalam bayaran tersebut. Untuk
perbelanjaan keseluruhan seminar, sila rujuk Lampiran B yang
dilampirkan.
SYOR
6. Ahli Mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan
cadangan bagi IPG Kampus Darulaman dan Universiti Sains Malaysia
menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan
Tahun 2013 mengikut, tarikh, masa dan tempat yang telah dicadangkan.
Kelulusan ini amat diperlukan bagi memudahkan pihak IPGKDA
mengambil tindakan selanjutnya.
8SULIT
Disediakan oleh,
Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tarikh: 18 Julai 2013
9SULIT
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAMSEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
ANJURAN BERSAMA IPGKDA DAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIAHOTEL COPTHORNE ORCHID, PULAU PINANG
11 – 12 NOVEMBER 2013
Masa 0800 - 0930 0930– 10301030-1100
1100 - 1200 1215 - 1315 1315-1430 1430-1630 1630 - 1800
11 Nov 2013
(Isnin)
Pendaftaran dan
Taklimat
Slot 1Ucap Utama 1(Dekan Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan
USM)
Rehat/Kudapan
Slot 2Ucap Utama 2(Dekan Fakulti
Pendidikan UM)
Majlis Perasmian Pembukaan
oleh Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru
Makan Tengah hari/
Solat
Slot 3Pembentangan
Selari 1(Bilik A-7 kertas(Bilik B-7 kertas)(Bilik C- 7 kertas)(Bilik D–7 kertas)
Slot 4Pembentangan
Selari 2(Bilik A- 5 kertas(Bilik B -5 kertas)(Bilik C- 5 kertas)
(Bilik D – 5 kertas)
0800 - 10001000-1030
1030 - 1230 1230 – 1330 1330 - 1400 1400
12 Nov 2013
(Selasa)
Slot 5Pembentangan Selari 3
(Bilik A-7 kertas(Bilik B-7 kertas)(Bilik C- 7 kertas)
Rehat/Kudapan
Slot 6Pembentangan
Selari 4(Bilik A-7 kertas(Bilik B-7 kertas)(Bilik C- 7 kertas)
Slot 7Pembentangan
Selari 5(Bilik A-3 kertas
(Bilik B -3 kertas)(Bilik C- 3 kertas)
Rumusan Seminar
Makan tengah hari dan bertolak pulang
seorang pembentang 15 minit sahaja
SULIT
SULIT