KERJA KURSUS SEJARAH...
-
Upload
zafirah-munshin -
Category
Documents
-
view
5.510 -
download
3
Transcript of KERJA KURSUS SEJARAH...
NAMA CALON : NUR FATIN FARIHA BINTI ABD LATIFNOMBOR KAD PENGENALAN: 960501-04-5206 ANGKA GILIRAN : BH101 K015TINGKATAN : 3 AMANAHNAMA GURU : PUAN ROZAINITA BT ABDUL RAHMAN
SENARAI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Penghargaan
Objektif kajian
Kedah Kajian
Hasil kajian
Institusi pentadbiran tempatan1. Nama rasmi/ nama ringkas/ nama
lain 2. Lokasi3. Matlamat/ objektif/ misi/ visi
penubuhan4. Carta organisasi dan senarai
pentadbir
Latar belakang1. Sejarah penubuhan(Asal usul/
Tarikh/ Pengasas)2. Undang- undang Tubuh/ Und
- ang – undang Kecil/ Garis Panduan Penubuhan
3. Perincian peranan/ Tanggungj- awab bidang tugas pentadbir
4. Cara pelantikan pentadbir tempatan
Peranan1. Ekonomi2. Pendidikan3. Kebudayaan4. Pelancongan
Perkembangan1. Kemajuan yang dicapai2. Pengiktirafan/ penghargaan3. Cabaran yang dihadapi4. Perancangan masa hadapan
Rumusan
Lampiran
Rujukan
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya. Walaupun menghadapi cabaran, tetapi ia tidak melunturkan semangat untuk
melaksanakan kajian ini. Saya dapat melaksanakannya dengan baik hasil kerjasama saya dan
beberapa pihak yang lain.
Saya, Nur Fatin Fariha binti Abd Latif daripada tingkatan 3 Amanah mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan
kepada Pengetua Cemerlang SMK TTDI JAYA, Datin Aisah binti Jaman kerana memberi
kemudahan kepada pelajar- pelajar tingkatan 3 untuk melaksanakan kerja kursus Sejarah
PMR 2011.
Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada
guru Sejarah saya, Puan Rozainita bt Abdul Rahman yang banyak membimbing saya bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi keyakinan dan kesenangan kepada saya
dalam pelaksanaan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya, Encik Abd Latif bin Md Aris dan Puan Sapiyah
binti Samat yang banyak memberi sokongan dan galakan.
Saya juga menyanjung tinggi akan rakan – rakan sekelas saya iaitu pelajar – pelajar 3
Amanah seperti Siti Noor Hidayah, Fazliaty Edora, Nur Zafirah dan lain - lain yang sama-
sama yang menjalankan kajian ini dalam susah dan senang.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kerja kursus ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif- objektif berikut.
Secara amnya, kerja kursus dilakukan supaya dapat mencari dan mengumpul fakta sejarah
daripada sumber yang sahih. Hal ini membolehkan saya menganalisis, mentafsir dan merumus
fakta sejarah secara rasional. Saya juga dapat merekod fakta sejarah dengan betul. Hasilnya,
saya akan mendapat satu kajian ilmiah yang dilaksanakan dengan tatacara yang betul, tepat
dan jelas.
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk membuka mata kita supaya
mengetahui dengan lebih mendalam tentang Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) selaku
Pihak Berkuasa Tempatan yang telah membangunkan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor
yang makmur. Selain itu, tujuannya juga ialah supaya dapat mengetahui dengan jelas tentang
sejarah MBSA, visi, misi dan latar belakang organisasi ini. Di samping dapat menerangkan
peranannya dari segi ekonomi, pendidikan, keagamaan dan lain – lain, kajian ini juga
bertujuan supaya dapat menghuraikan pula perkembangan MBSA dari sumber kewangan,
pembangunan prasarana, keistimewaannya dan banyak lagi.
Akhir sekali, nilai- nilai murni dan unsur- unsur patriotisme juga dapat disemai
melalui kajian ini dan diharap dapat dijadikan amalan untuk mewujudkan masyarakat yang
harmoni.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul dan
memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan memerhati secara
menyeluruh tentang bagaimana peranan dan perkembangan MBSA dalam pembangunan Shah
Alam ke arah mencapai matlamatnya.
Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan dan rujukan iaitu dengan mencari
maklumat di laman internet dan buku – buku ilmiah untuk mengetahui tentang sejarah
MBSA.
Saya juga melawat kawasan kajian iaitu bangunan MBSA di Shah Alam untuk
mencari maklumat tambahan dan sebagai bukti bahawa saya telah mencari maklumat di
kawasan kajian.
HASIL KAJIAN
1. Institusi Pentadbiran Tempatan
Setiap tempat, bandar, negeri atau negara pasti mempunyai kawalan keselamatan
dan pentadbirannya yang tersendiri. Begitu juga dengan bandar Shah Alam yang merupakan
ibu negeri Selangor. Bandar Shah Alam yang sedang membangun ini dikenali juga dengan
nama Bandar Anggerik.
1.1 Nama rasmi/ Nama ringkas/ Nama lain
Bandar Shah Alam ditadbir oleh satu organisasi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu
Majlis Bandaraya Shah Alam atau nama ringkasnya MBSA. Pada asalnya, organisasi ini
dinamakan Majlis Perbandaran Shah Alam dan ditukar menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam.
1.2 Lokasi
Organisasi ini bertempat di bangunannya iaitu Wisma MBSA, Persiaran
Perbandaran, Shah Alam. Jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh pergi
ke alamat Wisma MBSA, Peti Surat 7200, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
1.3 Matlamat/ Objektif/ Misi/ Visi penubuhan
Setiap organisasi pasti mempunyai matlamat, objektif, visi dan misi penubuhannya
untuk mencapai kejayaan yang diinginkan. MBSA telah menetapkan wawasannya iaitu
‘bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia’. MBSA
juga mempunyai objektif atau matlamat penubuhannya iaitu mewujudkan Shah Alam sebagai
sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat, memastikan perancangan dan
pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari, merancang dan
menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti, meningkatkan
pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal dan mempertingkatkan
penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan.
Selain itu, objektif MBSA juga ialah mengutamakan pelanggan dalam memberi
perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan, memastikan warga
kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,
mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri,
perdagangan dan pelancongan, menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara
berhemah dan profesional dan akhir sekali ialah memelihara dan memulihara alam sekitar
untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.
Visi MBSA yang dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan
kualiti perkhidmatannya ialah ‘Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya bestari yang indah,
berdaya maju, harmonis dengan alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui
nilai-nilai pembangunan mampan.’
Misi MBSA pula ialah ‘Memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat
sentiasa di tahap tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.’ Slogan
yang dijadikan pembakar semangat oleh warga MBSA untuk terus berkhidmat kepada
penduduk ialah ‘Bersama ke arah kegemilangan’
1.4 Carta organisasi dan senarai pentadbir
Sesebuah organisasi yang cemerlang pasti mempunyai nadi penggerak iaitu
kumpulan individu yang sama – sama berusaha memajukan bandar Shah Alam ke arah
kemajuan yang diimpikan. Berikut merupakan carta organisasi dan senarai pentadbir
organisasi MBSA :
Carta organisasi umum pentadbiran MBSA.
Carta organisasi khusus dan senarai pentadbiran MBSA.
2. Latar belakang
Sejarah penubuhan sesuatu organisasi menjadi titik permulaan kepada kejayaannya.
Tarikh penubuhan keramatnya pula menjadi sejarah yang amat bermakna untuk diingati.
Undang – undang penubuhannya pula menjadi garis panduan untuk terus berkembang
menjadi sebuah organisasi yang maju.
Para pentadbirnya pula bertanggungjawab membawa haluannya ke arah kemajuan
atau kemunduran ibarat sebuah kapal yang dikemudi oleh seorang kelasi di tengah lautan
maha luas. Cara pelantikan pentadbirnya pula dilakukan dengan bijak dan saksama untuk
menyeimbangkan organisasi ini.
2.1 Sejarah penubuhan ( Asal usul/ Tarikh/ Pengasas )
Bandar Anggerik ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum itu
ia lebih dikenali dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). MPSA ditubuhkan pada 7
Disember 1978. Ia ditubuhkan serentak dengan peristiwa perisytiharan Shah Alam sebagai ibu
negeri Selangor Darul Ehsan.
Apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000, MPSA
dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagaimanapun, organisasi ini hanya
memulakan pentadbirannya pada 1 Januari 1979 di sebuah rumah kedai di Seksyen 3.
2.2 Undang – undang tubuh/ Undang – undang kecil / Garis panduan penubuhan
MBSA ditubuhkan di bawah Akta 171 Kerajaan Tempatan. Akta ini
memperuntukkan MBSA mentadbir, berkhidmat dan membangunkan bandaraya Shah Alam.
Undang – undang Kecil 2007 pula telah digubal dan diwartakan. Antaranya ialah
Undang – undang Kecil Mengkompaun Kesalahan – Kesalahan(MBSA) Jalan Parit dan
Bangunan 2005 , Undang – undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta
Persendirian(MBSA) 2005, Undang – undang Kecil Tanah Perkuburan Islam(MBSA) 2005,
Undang – undang Kecil Tandas Awam(MBSA) 2005, Undang – undang Kecil
Vandalisme(MBSA) 2005, Undang – undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan – Kesalahan)
(MBSA) Kerajaan Tempatan 2005, Undang – undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang –
undang Kecil Pasar(MBSA) 2007 dan Undang – undang Kecil Pusat Sukan
Persendirian(MBSA) 2007.
Selain itu, Undang – undang Kecil ini juga merangkumi Undang – undang Kecil
Kolam Renang(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Pusat Siber dan Kafe(MBSA) 2007,
Undang – undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan(MBSA) 2007, Undang –
undang Kecil Establisyemen Makanan(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Perlesenan
Tred, Perniagaan dan Perindustrian(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Kerja
Tanah(MBSA) 2007 dan Undang – undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan
Sampah – sarap(MBSA) 2007.
Undang – undang Kecil yang lain juga ialah Undang – undang Kecil Perintah
Pengangkutan Jalan( Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007, Undang – undang
Kecil Iklan Pilihanraya (MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah
Pembiakan(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Hotel(MBSA) 2007, Undang – undang
Kecil Krematorium(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Pengendali Makanan( MBSA)
2007, Perintah Tetap Mesyuarat(MBSA) 2007, Undang – undang Kecil Iklan(MBSA) 2007
dan Undang – undang Kecil Penjaja(MBSA) 2007.
2.3 Perincian peranan/ Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
Shah Alam dibahagikan kepada 12 zon dan setiap zon diwakili oleh seorang Ahli
Majlis sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi yang juga Ahli Majlis.
Setiap Ahli Majlis diberi sejumlah peruntukkan untuk melaksanakan segala aktiviti dan
melakukan kerja – kerja pembaikan kecil.
2.4 Cara pelantikan pentadbir tempatan
MBSA diketuai oleh seorang Datuk Bandar yang merupakan Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Datuk Bandar juga
merupakan Ahli Majlis yang memikul tanggungjawab bersama 23 Ahli Majlis yang lain bagi
setiap dua tahun tempoh lantikan. Ahli – ahli Majlis ini terdiri daripada ahli politik, golongan
profesional, ahli akademik dan tokoh korporat.
Pengurusan Majlis juga dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar, Timbalan
Setiausaha dan pengarah – pengarah jabatan serta ketua – ketua bahagian yang mengetuai
beberapa portfolio. MBSA mempunyai 1200 orang kakitangan yang memegang 153 jenis
jawatan.
Pada awal pentadbirannya, ia hanya beroperasi pada 1 Januari 1979 di sebuah
rumah kedai di Seksyen 3 dengan jumlah kakitangannya seramai 123 orang. Kakitangannya
juga merupakan kakitangan Lembaga Bandaran yang diwujudkan khas untuk mentadbir Shah
Alam.Apabila MPSA mula beroperasi, secara automatik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
menjadi Yang di – Pertua.
Disebabkan Yang di- Petua tidak bertugas sepenuh masa, Penolong Setiausaha
dilantik untuk membantu tugas – tugas Yang di- Pertua. Pada tahun 1979, jawatan Setiausaha
diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut.
Pada tahun1988, MPSA mendapat seorang Yang di- Pertua sepenuh masa dan ia ditukar
menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaiktaraf. Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA
berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Pada Oktober 1988, ia berpindah pula ke
bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA.
3. Peranan MBSA
Dalam usaha membangunkan bandar Shah Alam, MBSA berperanan besar
daripada segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.
3.1 Ekonomi
Peranan MBSA yang utama ialah menjadikan Shah Alam sebagai sebuah pusat
perindustrian sehinggakan diiktiraf sebagai sebuah bandar raya pertama di Malaysia yang
mempunyai kawasan perindustrian yang terancang.
MBSA juga telah menyediakan banyak kemudahan untuk kegiatan ekonomi di
Shah Alam. Keadaan ini telah menarik ramai pelabur datang ke negara kita untuk melabur.
MBSA turut menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisyen yang
menggalakkan kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Shah Alam. Antarapusat
perindustrian yang terdapat di Shah Alam ialah Kawasan Perindustrian HICOM(Seksyen 26),
HICOM – Glenmarie Industrial Park (Seksyen U1), Kawasan Perindustrian
Temasya(Seksyen U1), Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong(Seksyen U8), Kawasan
Perindustrian AMJ(Seksyen 32), Kawasan Perindustrian Elit( Seksyen 33) dan pelbagai multi
– nasional industri.
Dalam pentadbiran Shah Alam, MBSA juga telah menjadikannya sebagai
pengeluar kereta Proton.
3.2 Pendidikan
Pendidikan merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat yang
bersahsiah cemerlang. Oleh itu, beberapa pusat pendidikan seperti pusat pengajian tinngi dan
sekolah telah ditubuhkan. MBSA bertanggungjawab menubuhkan kemudahan pusat
pendidikan yang sempurna untuk kecemerlangan generasi muda di Shah Alam.
Antara pusat pendidikan yang menjadi kebanggaan setiap penduduk di Shah Alam
ialah Kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) yang terletak di Seksyen 1, Universiti
Industri Selangor(UNISEL), Institut Teknologi MARA(ITM), Pusat Teknologi dan
Pengurusan Lanjutan(PTPL), Institut Pendidikan Selangor (Inpens), Politeknik Shah Alam
(PSA) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Pusat – pusat pendidikan tersebut menyediakan banyak kemudahan kepada para penuntutnya
agar selesa untuk menimba ilmu.
Shah Alam juga mempunyai sebanyak 121 buah tadika, 52 buah sekolah rendah dan
15 buah sekolah menengah.
Justeru, setiap penduduk di Shah Alam sepatutnya bersyukur dengan kemudahan
pendidikan yang disediakan oleh MBSA. Terbukti pendidikan merupakan aspek penting
untuk berjaya dalam hidup.
3.3 Kebudayaan.
Sebagai sebuah bandaraya yang sedang membangun, MBSA turut menganjurkan
pelbagai aktiviti kebudayaan sebagai mengekalkan khazanah warisan negara dan menarik
ramai pelancong datang ke Shah Alam.
Antara tempat kebudayaan yang disediakan untuk orang ramai dan pelancong ialah
Kompleks Taman Seri Budaya Negeri Selangor dan Muzium Negeri Sultan Alam Shah yang
menyimpan pelbagai koleksi dan artifak tinggalan sejarah berkaitan dengan salasiah
Kesultanan, kebudayaan dan tradisi rakyat negeri Selangor.
Selain itu, Galeri Seni juga disediakan di bandar Shah Alam. Galeri tersebut
merupakan pusat seni dan budaya bagi penggiat – penggiat seni. Laman Budaya, Taman Tasik
Shah Alam juga merupakan antara tempat kebudayaan yang terdapat di Shah Alam. Ia
merupakan mercu tanda yang mempromosikan kegiatan dan kesenian Malaysia.
MBSA turut menubuhkan kumpulan orkestra yang dikenali sebagai Orkestra Shah
Alam. Kumpulan ini mengadakan persembahan sebanyak dua kali setahun di Auditorium
MBSA.
3.4 Pelancongan
Sektor pelancongan merupakan antara kegiatan yang memberikan perkhidmatan
kepada orang ramai dan menyumbangkan kepada sumber pendapan negara. Pihak MBSA
menyediakan banyak tempat pelancongan yang menarik di sekitar Shah Alam. Antaranya
ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, hotel dan pusat konvensyen, Taman Pertanian
Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam Shah, Dataran Shah Alam, Muzium Negeri, Perpustakaan
Negeri, Muzium Institut Penyelidikan Getah dan banyak lagi.
Malah, penubuhan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC) juga banyak membantu
dalam menyebarkan tempat – tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Shah Alam.
4. Perkembangan
Beberapa perancangan penting untuk perkembangan sesebuah organisasi.
4.1 Kemajuan yang dicapai.
MBSA telah mencapai beberapa kemajuan dalam perkembangannya. Oleh sebab
MBSA telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk, bandar Shah Alam semakin
maju. Struktur pentadbiran MBSA yang bijak dan cekap telah berjaya membangunkan Shah
Alam. Antara kemajuan yang dicapai oleh Shah Alam dalam pentadbiran MBSA ialah
dikenali sebagai bandar raya terancang yang pertama di Malaysia, negeri pertama di Malaysia
yang diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2005 dan diisytiharkan sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan terbaik di Selangor pada tahu 2005.
Selain itu, dalam usaha MBSA membangunkan Shah Alam, ia telah menganjurkan
beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti Petandingan bercerita sirah – sirah rasul, pelawanan
bola sepak, program Jom Teropong Angkasa dan lain – lain. Aktiviti – aktiviti yang telah
dianjurakan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kerana mereka kian
mengetahui tentang pentingnya perpaduan yang dipupuk dalam aktiviti sosial.
Seterusnya, ramai pelabur datang ke negara kita. Hal itu juga merupakan salah satu
kemajuan pentadbiran MBSA daripada segi perindustrian. Pentadbiran MBSA di Shah Alam
juga telah menarik ramai pelancong datang ke negara kita. Di samping itu, daripada segi
pendidikan pula generasi hari ini semakin celik ilmu kerana wujudnya kesedaran tentang
kepentingan ilmu dalam kehidupan. MBSA juga telah menyediakan banyak kemudahan
pendidikan untuk kebaikan penduduk.
4.2 Pengiktirafan/ penghargaan
Berdasarkan usaha dan sumbangan MBSA, ia layak diberi pengiktirafan dan
penghargaan yang sewajarnya. Antara pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 2000
hingga 2010 ialah Anugerah Ceria Bahasa 2000, kategori Pihak Berkuasa
Tempatan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Tempat Kedua pada Pertandingan Laman
Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, 2000, Antara lima pemenang
pada Pertandingan Akhir Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan,
2000, Tuan Rumah Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2001,
Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam, 10 Oktober 2000, Tuan Rumah Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan ke-43, 2000, Pavillion Antarabangsa Terbaik dan Spesis
Terbaik (Pingat Emas), Pameran Anggerik Antarabangsa Miami ke-55, 2000, Florida, USA,
Hibrid Terbaik (Pingat Emas) dan ‘Best Stand Judging’ (Pingat Gangsa), Kongres Anggerik
Eropah ke-12, 2000, Copenhagen, Denmark, Pavillion Antarabangsa Terbaik (Pingat Perak),
Pameran Anggerik Kebangsaan Afrika Selatan ke-11, 2000, Pretoria, Afrika Selatan dan
Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), 2001.
Selain itu, MBSA juga telah memenangi Johan kategori Perkhidmatan,
Pertandingan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan, 2001, Tempat Kedua Anugerah Pameran
Antarabangsa, Kongres Asia Pasi_k ke-7, 2001, Nagoya, Jepun, Anugerah Kualiti
Perkhidmatan Perancangan Terbaik 2001, daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (tiga
tahun berturut-turut), Anugerah Inovasi ICT Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002,
Tuan Rumah bagi Persidangan Anggerik Sedunia (WOC) ke-17 pada tahun 2002, Johan
Perbarisan, Perbarisan Hari Kebangsaan 2002, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-45
Peringkat Negeri Selangor, Tempat Ketiga acara perbarisan, Perbarisan Minggu Wanita
Peringkat Negeri Selangor 2002, Johan Keseluruhan (kali kedua), Kejohanan Sukan Pihak
Berkuasa Tempatan Selangor ke-2, 2003, Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa
Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2003, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-46
Peringkat Negeri Selangor dan Johan kategori Terbuka-Sektor Perkhidmatan, Amalan 5S
Antara Organisasi, 2003.
MBSA juga telah memenangi Johan, Anugerah Kualiti Kaunter Terbaik Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, 2003, Anugerah Persijilan MS-ISO 9001:2000, Johan
Keseluruhan (kali ketiga berturut-turut), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan
Selangor ke-3, 2004, Menerima Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Laporan
Kewangan MBSA tahun 2001, 2002 dan 2003, Anugerah Persijilan Amalan 5S, 2004, Johan
Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2004, Sempena
Sambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Negeri Selangor, Johan Perbarisan (kategori
Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2005, Sempena Sambutan Hari
Kebangsaan ke-48 Peringkat Negeri Selangor, Anugerah Inisiatif Persekitaran Fizikal 2005
bagi Perancangan Inovatif dan Kualiti Kehidupan Seimbang: Kajian Kes Taman Wetland
Kota Kemuning, Juara Kategori A (Bandaraya/Majlis Perbandaran), Anugerah Pengurusan
Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), 2006 dan Pengiktirafan sebagai Bandaraya
Selamat di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2006.
Bukan itu sahaja, organisasi ini juga telah diberi pengiktirafan Johan Perbarisan
(kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2007, Sempena Sambutan
Hari Kebangsaan ke-50 Peringkat Negeri Selangor 2007, Juara Kategori Pengurusan, Majlis
Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke-20 Peringkat Negeri Selangor,
2007, Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Selangor, 2007, Hadiah
Kecemerlangan bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC),
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2007, Anugerah Khas Bandaraya Lestari – Inisiatif
Pentadbiran Alam Sekitar, 2006/2007, Bandaraya Mampan – Petunjuk Bandar Mampan
Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2007, Anugerah Persijilan MS-
ISO 9001: 2000, 2008, Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara
(NPC), 2008, Anugerah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC), 2008 dan Bandaraya Mampan – Petunjuk Bandar Mampan
Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2009.
Segala usaha untuk mencipta kemajuan tercapai apabila MBSA juga memenangi
Anugerah Ceria Bahasa 2009, Kategori Pihak BerkuasaTempatan, anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka sempena Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan, Penarafan 4 Bintang Dalam Sistem
Star Rating, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, 2009, Anugerah Pengurusan Pejabat
dan Pentabiran Cemerlang (APPC), anjuran Kerajaan Negeri Selangor, 2009, Naib Johan
Pertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2009, Tempat Pertama
Sepanduk Terbaik Kategori Badan Berkanun/Swasta Sempena Majlis Sambutan Maulidur
Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M, Johan - Majlis Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar, 2010, Johan - Majlis Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor. (Kategori Teknikal), 2010,
Tempat Ke-2 (bagi Kategori Jabatan dan Bandar Raya) pada Perarakan 10 Tahun, Sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Bandar Raya Shah Alam, 2010, Johan Pertandingan Kawad
Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2010, Penganugerahan Bandar raya Mampan-
Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Anjuran Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, 2010 dan Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Portal dan Laman Web
Kerajaan Malaysia, Anjuran MDEC, 2010.
4.3 Cabaran yang dihadapi
Dalam gah mencipta kegemilangan, MBSA turut menghadapi cabaran sepanjang
pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlaku
disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mula
hilang keyakinan terhadap ekonomi Shah Alam terutamanya sektor eksport. Jika hal ini
dibiarkan berterusan, pendapatan MBSA akan terjejas berikutan kekurangan hasil ekonomi.
Tambahan pula, pihak MBSA terpaksa pula mengeluarkan belanja besar bagi membaiki
kemudahan awam yang rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh penganggur.
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBSA ialah persaingan antara Shah Alam
dengan bandar – bandar lain seperti Putrajaya, Cyberjaya, Klang dan Selayang. Persaingan
bandar – bandar ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lain – lain. Implikasi
jangka panjang daripada pembangunan bandar – bandar ini boleh menjejaskan penarafan
bandar Shah Alam bahkan daya tarikan Shah Alam akan menurun berikutan dengan
penghijrahan penduduk ke bandar – bandar lain.
Di samping itu, MBSA juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap
keutuhan pentadbirannya sehinggakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan,
prasangka dan tanggapan negatif. Tetapi, tohmahan – tohmahan tersebut dianggap sebagai
pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan.
4.4 Perancangan masa hadapan
Bagi mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan, MBSA telah merancang
beberapa perancangan masa hadapan. Antaranya ialah menggubal Perancangan Strategik bagi
tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Perancangan tersebut dilakukan
adalah untuk merealisasikan matlamat penubuhannya. MBSA juga telah merancang untuk
meningkatkan keupayaan sumber manusia untuk kebaikan penduduk Shah Alam. Selain itu,
organisasi ini merancang untuk memperkasa ICT penduduk bagi mencapai matlamat kerajaan
yang inginkan rakyatnya celik IT. MBSA juga telah merancang beberapa dasar iaitu Dasar
Kualiti, Dasar Pembangunan Mampan(seimbang), dan Dasar Bandaraya Selamat dan Nilai –
nilai Madani sebagai salah satu strategi untuk mencapai matlamatnya. Berdasarkan
perancangan – perancangan tersebut, MBSA mentadbir Shah Alam dengan bijak. Tidak
hairanlah ia dianugerahkan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Selangor.
RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya berjaya mengumpul
banyak maklumat dan pengalaman serta nilai yang akan saya amalkan dalam kehidupan
seharian untuk menjadi individu yang cemerlang. Hasil kajian ini membolehkan saya
menyelidik dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang pihak berkuasa yang
bertanggungjawab mentadbir Shah Alam.
Seterusnya, kajian ini menjadikan saya lebih menghargai pihak berkuasa bandar
Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga mengajar saya tentang sifat gigih dan tidak kenal erti
putus asa seperti pihak MBSA yang gigih memajukan Shah Alam walaupun menghadapi
banyak cabaran seperti tohmahan dan pelbagai prasangka buruk. Hasilnya, segala impian
yang diimpikan akan tercapai.
Selain itu, kajian ini juga mendidik sesebuah masyarakat itu supaya
mengamalkan sikap bersatu – padu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk
membentuk penduduk yang sentiasa bermuafakat. Malah, ia memudahkan pihak berkuasa
yang mentadbir kawasan tersebut.
Negara pula aman dan makmur hasil daripada pentadbiran bandar yang cekap
dan efektif. Oleh itu, kuasa – kuasa asing sukar untuk mengambil alih pucuk pimpinan
negara kita kerana kesedaran individu, kerjasama sesebuah masyarakat dan hasil pentadbiran
yang bijak dan cekap.
Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya benar – benar merasai kaedah
pengkajian sejarah yang sebenar. Perkara yang paling penting sekali ialah saya mendapat
pengalaman yang paling berharga bagi meningkatkan kemajuan diri ke arah mencapai
matlamat individu bersahsiah cemerlang.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Saya telah merujuk beberapa jenis sumber rujukan dalam proses pelaksanaan kerja kursus
Sejarah PMR 2011.
Rujukan buku ilmiah
1993, Selangor Maju Bersama, halaman 260 – 263(Permodalan Negeri Selangor Berhad dan
Media Printext (M) Sdn. Bhd)
Rujukan majalah
1991, Shah Alam Bersih dan Indah, halaman 4 – 6 (Unit Perhubungan Awam, MPSA).
Melawat tempat kajian
Melawat tempat kajian iaitu bangunan MBSA untuk mencari maklumat bagi pelaksanaan
kerja kursus ini.
Rujukan
http://www.mbsa.gov.my/home
Risalah
Aktiviti Shah Alam Mac 2011 dan Aktiviti Bandar Raya Shah Alam.
Sumber – sumber lain
Merujuk sumber – sumber lain untuk mencari maklumat
KARANGAN ESEI: BAGAIMANAKAH INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN DAPAT MEMPERKUKUH INTEGRASI NASIONAL DI NEGARA KITA.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan
Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan lain – lain memainkan peranan penting
dalam pentadbiran sesebuah tempat atau bandar. Negeri Selangor merupakan antara negeri
termaju di Malaysia. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam. Bandaraya Shah Alam ditadbir
oleh satu organisasi iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Terdapat pelbagai Pihak
Berkuasa Tempatan yang mentadbir tempat lain seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebelum mengorak langkah lebih panjang, marilah sama – sama kita hayati
maksud bagi setiap perkataan dalam tajuk esei ini iaitu ‘Bagaimanakah institusi pentadbiran
tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? ’ Menurut Kamus Dewan
Bahasa institusi bermaksud badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu.
Pentadbiran ialah perbuatan menguruskan sesuatu manakala tempatan ialah tanah air sendiri.
Perkataan memperkukuh membawa maksud menjadikan lebih kuat sementara integrasi ialah
penggabungan kaum. Akhir sekali, perkataan nasional bermaksud bangsa atau kebangsaan.
Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan efisyen telah dapat
memperkukuh integrasi nasional di negara kita melalui peranannya daripada segi
perindustrian, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan lain – lain. Ia telah menyumbangkan
banyak jasa terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pentadbirannya.
Misalnya, MBSA telah banyak mewujudkan banyak pusat perindustrian
sehinggakan bandaraya Shah Alam mendapat gelaran Bandar Perindustrian. Keistimewaan
daripada kewujudan pelbagai pusat perindustrian ini telah banyak memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk tanpa mengira kaum. Keadaan ini dapat melahirkan
individu yang produktif dan berusaha untuk memajukan diri. Melalui sikap rajin,
berdikari, tabah menghadapi cabaran dan risiko kerja dan berketerampilan, ia dapat
memajukan sektor industri di negara kita.
Paling penting sekali ialah ia dapat melahirkan masyarakat yang senantiasa
berganding bahu untuk membangunkan negara daripada segi ekonomi. Belakangan ini,
rakyat semakin menyedari kepentingan untuk memajukan negara agar setaraf dengan negara –
negara maju yang lain.
Selain itu, pihak Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya dan lain
– lain telah menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat khusus untuk permata negara.
Permata negara yang dimaksudkan ialah golongan remaja. Contohnya, MBSA menganjurkan
aktiviti berbasikal, senamrobik, Pusat Seni Setempat- Music To Youth dan banyak lagi.
Kebiasaannya, aktiviti – aktiviti tersebut diadakan pada waktu cuti persekolahan. Keadaan ini
dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak
bermoral seperti rempit, lepak merokok dan sebagainya. Di samping itu, ia juga dapat
melatih diri menjadi seorang individu yang berdisiplin dan juga dapat menyemai sikap
sukakan cabaran dan bersatu – padu kerana segala aktiviti dilakukan bersama – sama.
Seterusnya, Pihak Berkuasa Tempatan juga mengadakan aktiviti gotong –
royong membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti ini dapat menjamin kesihatan yang baik
dan persekitaran yang selamat. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mengukuhkan ukhuwah
antara jiran tetangga. Selepas itu, sikap muafakat dan amalan muhibah dapat dipupuk
dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga menganjurkan pelbagai aktiviti
yang berkaitan dengan kebudayaan dan perayaan di Malaysia. Misalnya, aktiviti
kesenian dan kebudayaan acapkali dipersembahkan kepada orang ramai di Laman Budaya.
Aktiviti yang diadakan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang adat dan tradisi kaum
lain di Malaysia.
Bahkan, ia juga dapat menyemai sikap cinta akan negara kerana dikurniakan
negara yang aman dan unik. Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah lupa untuk mengadakan
rumah terbuka. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membentuk masyarakat yang bersatu –
padu tetapi juga dapat mewujudkan negara yang harmoni setaraf dengan negara maju yang
lain.
Tuntasnya, Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA, DBKL, MPSJ dan lain – lain
memainkan peranan penting untuk mewujudkan masyarakat 1Malaysia. Justeru, kita
seharusnya bersyukur kerana setiap kawasan tempat tinggal ditadbir dengan bijaksana. Oleh
itu, hargailah dan sertailah pelbagai aktiviti yang menarik dan sudah pasti menyeronokkan
yang acapkali dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.