Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
-
Upload
akhi-muhammad-aiyas -
Category
Documents
-
view
338 -
download
2
Transcript of Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
1/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |1
Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat
antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik
pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun
1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai
satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain
dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.
Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama
menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu
dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah
lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan aktiviti seperti dalam permainan hoki.
Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris, Greece dan
Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.
Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock
manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa
perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet.
Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada
waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan
Blacheath (1861).
Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus
dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat
putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang
mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah
berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan
dua tiang gol berjarak sembilan meter.
Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada
tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium
dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung
antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.
Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan
1.0 PENDAHULUAN
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
2/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |2
seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula
dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.
Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran
Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan
kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri
termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.
Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah
Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia
merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri
ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.
2.1 Padang hoki
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter
lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan
belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.
2.0 PERALATAN PERMAINAN HOKI
Rajah 1 : Padang hoki
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
3/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |3
2.2 Pintu gol
Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang
disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah
3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.
2.3 Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai mesh
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.4 Tiang bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali
sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini
diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.
Rajah 2 : Pintu Gol
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
4/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |4
2.5 Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola
adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola
adalah di antara 224 g 235 g.
2.6 Kayu hoki
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata
di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam
permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak
boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang
berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu
dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat
daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.
Rajah 3 : Posisi Tiang Bendera
Rajah 4 : Bola Hoki
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
5/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |5
2.7 Alatan penjaga gol
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang
sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped
mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat
daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada
penjaga gol untuk menahan bola.
Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka,
pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung
badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol.
Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung
muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka,
kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan
gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.
Rajah 5 : Ukuran Kayu Hoki
Rajah 6 : Gelung Bagi Diameter Kayu Hoki
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
6/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |6
2.8 Kasut
Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku
getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan
pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.
Rajah 7 : Kasut Tetungku Getah
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
7/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |7
Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting buka sahaja
kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan
keseronokan dalam permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi
11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol
dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.
Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap
separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu
tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua
orang pengadil dan semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga
Peraturan Hoki (HRB).
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting
untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan
bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut
merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki :
3.0 CARA PERMAINAN
4.0 PENGADILAN
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
8/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |8
Rajah 8 : Isyarat Tangan Sewaktu Pengadilan.
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
9/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |9
5.1 Kemahiran Menguis
Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola
dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan.
Kemahiran menguis juga membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan
ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Berikut adalah kaedah dalam kemahiran
menguis. Terdapat dua kaedah iaitu :
Kaedah Pertama
Pegangan tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah
kayu dengan kuat.
Bola diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas
sedikit.
Badan berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila
lakuan di lakukan.
Kaedah Kedua
Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pengangan
kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak.
Jarak kaki diebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan
badan. Bola berada dekat kaki kiri.
Codongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas.
Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.
5.0 KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI
Foto 9 : Kemahiran menguis untuk
hantaran melepasi kayu pemain lawan.
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
10/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |10
5.2 Kemahiran Mencedok
Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut
kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk
menghantar lebih jauh ke udara. Berikut merupakan teknik mencedok dalam permainan hoki :
Teknik Mencedok Lurus
Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.
Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis.
Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih
tinggi
Teknik Mencedok Shovel
Berdiri dalam keadaan bersedia.
Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.
Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan.
Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola.
Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola.
Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan
supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.
Foto 10 : Berdiri dan mata sentiasa
memandang bola, pegangan seperti
pegangan untuk kemahiran menguis.
Foto 11 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke
hadapan tinggi.
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
11/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |11
Berikut merupakan peraturan permainan hoki secara umum.
1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan.
2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan.
3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya.
4. Dilarang bermain bola menggunakan tagan atau kaki
5. Bola mestilah tidak terkena kaki.
6. Antara faul yang bias dilakukan adalah seperti berikut;
a) Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola.
b) Memainkan bola melebihi paras bahu.
c) Menggunakn tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola.
d) Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan
tujuan mengganggu atau mencederakannya.
7. Hukuman terhadap faul;
a) Faul dilakukan di luar kawasan D;
i. Pasukan penyerang mendapa pukulan percuma.
ii. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan
dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25 ela (22.9 cm)
b) Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D;
i. Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan
faul.
ii. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahan melakukan faul.
iii. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul
dengan sengaja.
6.0 PERATURAN PERMAINAN
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
12/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
H a l a m a n |12
Hoki merupakan salah satu sukan yang penting untuk memastikan tubuh badan sihat.
Justeru itu, kemahiran untuk bermain hoki seharusnya diajar semenjak dari sekolah rendah lagi
bagi memastikan murid akan berminat dengan permainan hoki. Kewujudan hoki di Malaysia
menjadi titiktolak penting kepada perkembangan sukan ini dalam negara. Sejarah hoki Malaysia
hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan
British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat
tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaysia berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan
perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di
Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana. Semenjak dari itu
permainan hoki mula berkembang ke dalam negara dan menjadi antara sukan kegemaran di
sekolah. Kewujudan permainan hoki telah mewujudkan salah satu lagi inisiatif untuk
menyihatkan tubuh badan dan dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan negara.
7.0 PENUTUP
-
8/3/2019 Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki
13/13
K E R J A K U R S U S G E R K O P E R M A I N A N ( H O K I )
Hockey. Diakses pada 1 Oktober 2011 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey
Field Hockey. Diakses pada 1 Oktober 2011 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Field_hockey
International Hockey Federation. Diakses pada 5 Oktober 2011 di URL
http://www.fih.ch/en/home
Malaysian Hockey. Diakses pada 5 Oktober 2011 di URL http://www.malaysiahockey.com.my/
Malaysian Hockey. Diakses pada 7 Oktober 2011 di URL http://malaysianhockey.blogspot.com/
Liga Hoki TNB Malaysia. Diakses pada 3 Oktober 2011 di URL http://www.tnbmhl.com.my/
BIBLIOGRAFI