Kerja Kursus Geog 2011 (Ting 2)
-
Upload
juliett-flaws -
Category
Documents
-
view
110 -
download
5
Transcript of Kerja Kursus Geog 2011 (Ting 2)
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Encik Mohd Khairun Fitri Bin Ahmad kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK Seri Bentong, En Ab Rahman B Halib yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Ucapan terma kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehingga selesai. Kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu pelajar-pelajar 2 Hidayah , ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama semua semasa menjalankan kajian ini.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Taman Bentong Makmur atas kerjasama yamg diberikan.
PENDAHULUAN
1
Nama saya Nur Ain Syahirah Bte Nor Zaidi. Saya belajar di Tingkatan 2 Hidayah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Bentong Pahang Darul Makmur. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya telah meilih tajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan di Taman Bentong Makmur, Bentong, Pahang Darul Makmur. Saya telah menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaaan penduduk di kawasan kajian. Melalui kajian dijalankan, saya mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dan juga jenis pekerjaan penduduk. Saya berbangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya. Sekian terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Dengan adanya sesebuah objektif, sesebuah kajian dapat dijalankan dengan lancar tanpa menyimpang daripada objektif kajian. Oleh itu, saya juga mempunyai objektif yang tersendiri. Antaranya ialah:
2
i. Mengkaji komposisi penduduk di Taman Bentong Makmur, Bentong, Pahang Darul Makmur, mengikut jantina dan kaum
ii. Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk di Taman Bentong Makmur, mengikut jantina dan kaum.
iii. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman Bentong Makmur
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya piih ialah Taman Bentong Makmur, di Mukim Bentong, Bentong, Pahang Darul Makmur. Kawasan ini terletak 2.0 kilometer dari pusat Bandar Bentong atau lebih kurang 5 minit perjalanan jika menaiki kereta. Jika menaiki bas tambangnya ialah 20 sen. Lihat peta 1.1 yang menunjukkan daerah Bentong, peta 1.2 dan 1.3 menunjukkan kawasan Bentong dan peta 1.4 menunjukkan kawasan Taman Bentong Makmur. Terdapat kira-kira 900 buah rumah di taman ini yang terdiri daripada rumah teres 1 tingkat, rumah teres 2 tingkat, pangsapuri dan banglo.
3
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah:
•Kaedah Pemerhatian•Kaedah Temu Bual
KAEDAH PEMERHATIAN-Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenal pasti komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina.
KAEDAH TEMU BUAL-Saya telah menemu bual beberapa 20 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tujuannya untuk memperoleh maklumat tentang jenis pekerjaan mereka.
4
Hasil kajianBerikut adalah dapatan hasil kajian saya semasa kajian dijalankan di Taman Bentong Makmur. Jadual 1.1 menunjukkan komposisi penduduk dari segi Kaum
o Jantina o Pekerjaano Kaum
Jadual 1.1: Komposisi penduduk Taman Bentong Makmur mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan
BIL NAMA
KA
UM
JAN
TIN
A
PEKERJAAN
1 EN HAMDAN M L GURU
2 PN LIM C P PEGAWAI BANK (SWASTA)
3 PN MASTURA M P DOKTOR (KERAJAAN)
4 PN ROHANA M P TUKANG JAHIT
5 EN ANUAR M L PEGAWAI BOMBA
6 PN TEOH C P PENGURUS NURSERI
5
7 EN TAN C L GURU
8 PN HWANG C L JURUBAHASA
9 PN DEVI I P TUKANG SAPU
10 EN LEE C L PENGUSAHA RESTORAN
11 PN NORA M P PEGUAM
12 MARZUKI L L BURUH BINAAN
13 EN PEI C L PENGURUS KILANG
14 EN WONG C L ARKITEK (SWASTA)
15 PN VIJAYA I P PENIAGA
16 BORHAN L L PENJUAL DI PASAR
17 PN CHUA C P POLIS
18 EN ADNAN M L PEGAWAI BANK
19 EN GHOPAL I L DOKTOR (KERAJAAN)
20 EN KWANG C L PENGURUS KEDAI UBAT
Jadual 1.2:Borang akuran menunjukkan kompoosisi penduduk Taman Bentong Makmur mengikut kaum,jantina dan jenis pekerjaan
6
KAUMSwasta Kerajaan Lain-Lain
JUMLAHL P L P L P
Melayu / / // / / 6
Cina // / / // // / 9
India / // 3
Lain-lain // 2
Jadual 1.3:Komposisi penduduk Taman Bentong Makmur mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan
KAUMSwasta Kerajaan Lain-lain
JUMLAH PERATUSL P L P L P
Melayu 1 1 2 1 - 1 6 30%Cina 2 1 1 2 3 - 9 45%India - - 1 - - 2 3 15%
Lain-lain - - - - 2 - 2 10%
Jumlah3 2 4 3 5 3
20 100%5 7 8
Jadual 1.3 menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat seramai 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan kaum melayu, 6 orang lelaki dan 3 orang perepuan kaum Cina, 1 orang lelaki dan 2 orang perempuan kaum India serta 2 orang lelaki kaum lain. Jadual diatas boleh ditukar kepada graf bar berganda(lihat graf 1.1).
Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian, saya terdiri daripada pelbsgsi kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Daripada 20 orang responden, kaum Melayu 6 orang(30%), kaum Cina 9 orang(45%), kaum India 4 orang(15%) dan kaum lain 2 orang(10%). Kebanyakannya penduduk di kawasan ini terdiri daripada orang Cina, diikuti oeh orang Melayu dan India.
7
Graf 1.1: Jenis pekerjaan penduduk Taman Bentong Makmur mengikut kaum
Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor swasta
seramai 2 orang dan sektor kerajaan seramai 3 orang. Kaum Cina yang bekerja
dalam sektor swasta pula ialah 3 orang, 3 orang bekerja dalam sektor kerajaan
dan 3 orang bekerja dalam sektor lain, manakala di kalangan kaum India pula
seorang bekerja dalam sektor kerajaan, tiada yang bekerja dalam sektor swasta
dan 2 orang bekerja dalam sektor lain, manakala 2 orang bangsa Indonesia bekerja sendiri.
8
Melayu Cina India Lain-lain0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Bentong Makmur Mengikut Kaum
SwastaKerajaanLain-lain
Bia
ngan M
engik
ut
Kaum
PETUNJUK
Graf 1.2: Jenis
pekerjaan penduduk Taman Bentong Makmur mengikut jantina
Graf 1.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jantina. Kaum lelaki yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah 4 orang, dalam
sektor swasta 3 orang, dan 5 orang dalam sektor lain-lain. Kaum
perempuanpula, terdapat 2 orang bekerja dalam sektor swasta, 3 orang dalam sektor kerajaan dan 3 orang dalam sektor lain.
RUMUSANHasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa
kawasan ini mempunyai komposisi penduduk yang pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina India dan Kaum lain. Mereka bekerja dalam sektor swasta, kerajaan dan sektor lain. Kebanyakannya yang teribat dalam sektor lain ialah bekerja sendiri sebagai pengusaha restoran, tukang jahit, penjual di
9
Swasta Kerajaan Lain-lain0
1
2
3
4
5
6
Jumlah Pekerjaan Penduduk Taman Bentong Makmur Mengikut Jantina
PerempuanLelaki
Bilangan M
engik
ut
Janti
na
PETUNJUK
pasar dan lain-lain. Orang Cina masing-masing terlibat dalam ketiga-tiga sektor. Orang Melayu juga terdapat dalam ketiga-tiga sektor itu, tetapi lebih ramai dalam sektor kerajaan.
Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain. Ini menggambarkan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman damai serta menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu“Rakyat 1 Malaysia”.
Dari segi jantina kaum lelaki masih merupakan golaongan yang paling ramai bekerja manakala kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan semakin ramai. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki dan perempuan bersama-sama mengejar peluang pekerjaan. Kegiatan ini akan membantu Negara Malaysia membangun dalam sektor ekonomi.
rujukan
Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Latifah Bte Mahfod dan Shamsiah Bte Ahmad, Cetakan Tahun 2003, Edaran Kemajuan (M) Sdn Bhd
Orang sumber iaitu:
Encik Amri B SalehudinPengerusi Persatuan Penduduk Taman Bentong Makmur.
Encik Kamil Bin Mustafa KamalAJK Penduduk Taman Bentong Makmur
10
Puan Salehah Bte Zainal AbidinKerani Pejabat Tanah Daerah Bentong
11