Kerja Kerja Paling Terbaru (1)
-
Upload
jevitha-balakrishnan -
Category
Documents
-
view
248 -
download
10
Transcript of Kerja Kerja Paling Terbaru (1)
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2014/2015,
InstitutPendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
TEL : 04-9148371 (HEP)
FAX : 04-9175492
1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKANPengarah Urusan Bank RakyatMenara Kembar Bank Rakyat , No 33 , Jalan Travers, 50470 Kuala Lumpur. 28 Ogos 2014
Tuan,
MEMOHON TAJAAN BAGI PROGRAM PENGANTARABANGSAAN: MINDA GLOBAL PENDIDIK IPG KAMPUS DARULAMANPerkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman akan mengadakan Program Pengantarabangsaan : Minda Global Pendidik, pada 16 hingga 19 September 2014 yang bertempat di Acheh, Indonesia.
3.
Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak tuan bagi menjayakan program tersebut. Sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun Koperasi Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman melalui nombor akaun 02039010044841 (BIMB).4. Bersama ini dilampirkan kertas kerja bagi rujukan pihak tuan.5. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Asiah binti Saad (Pensyarah )6.Harapan kami permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
Yang menjalankan tugas,
(AHMAD MUSTAFID BIN SHARIFF)
Yang di Pertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
BANDAR DARUL AMAN,
06000 JITRA, KEDAH.
KERTAS KERJA
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN
MINDA GLOBAL PENDIDIK
TARIKH
16 SEPTEMBER 19 SEPTEMBER 2014
TEMPAT
BANDA ACHEH, SUMATERA, INDONESIAANJURAN :JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJARSESI 2014/2015
KERTAS KERJA
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN:
MINDA GLOBAL PENDIDIK
1.0 PENGENALAN
Program Pengantarabangsaan Minda Global Pendidik adalah program pengantarabangsaan pelajar yang pertama kali diadakan oleh IPG Kampus Darulaman. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih IPG Kampus Darulaman mengenai pelaksanaan sistem pendidikan rendah di luar negara. Destinasi yang dipilih bagi program ini ialah Banda Acheh , Sumatera, Indonesia. Banda Acheh dipilih kerana faktor bahasa dan budaya yang hampir sama selain dari memupuk nilai kemanusiaan dalam diri peserta program memandangkan Banda Acheh pernah mengalami tsunami pada tahun 2004. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah lawatan ke Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry) dan Mesjid Raya Baiturrahman. Aktiviti ini memberi peluang kepada guru pelatih bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan masyarakat di sana. Sementara, lawatan ke rumah anak yatim Malaka memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari terhadap aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Di samping itu, lawatan ke Kampung Jacky Chan, guru pelatih dapat memberi khidmat masyarakat seperti aktiviti gotong-royong. Melalui program yang akan diadakan ini diharapkan guru pelatih akan dapat bertukar-tukar pengalaman dan fikiran bersama-sama golongan pendidik dan bakal guru di sana berkaitan pelaksanaan, pentadbiran dan strategi pendidikan selain dapat mengeratkan silaturrahim di antara dua negara serumpun.
2.0 RASIONAL
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat tanggungjawab, jati diri dan kerjasama dalam kalangan guru pelatih sebagai warga pendidik. Di samping itu, program ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan pelajar antarabangsa.
3.0 MATLAMAT
3.1 Meningkatkan ilmu pengetahuan guru pelatih dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah
3.2Meningkatkan keyakinan dan memupuk sifat pendidik dalam diri setiap
guru pelatih dan menjadikan mereka lebih bermotivasi dan
bertanggungjawab.
3.3 Memupuk ikatan yang lebih erat antara guru pelatih agar program
yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lebih lancar.
4.0 NAMA PROGRAM
Program Pengantarabangsaan : MINDA GLOBAL PENDIDIK
5.0 OBJEKTIF
5.1Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih mengenai sistem pendidikan rendah di Banda Acheh.
5.2Dapat bertukar-tukar idea mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan golongan pendidik di Banda Acheh.
5.3Dapat melaksanakan usahasama atau perkongsian pintar dengan institusi pendidikan di Banda Acheh
5.4Meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam kalangan peserta lawatan melalui penglibatan aktiviti peringkat antarabangsa.
5.5Meningkatkan kesedaran dan kepekaan serta empati dalam kalangan
guru pelatih kepada golongan yang ditimpa bencana atau musibah.
5.6Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar-pelajar dan masyarakat di Acheh.
5.7Mengembangkan idea-idea para guru pelatih dalam bidang pendidikan secara efektif.
5.8Menambahkan keyakinan para guru pelatih berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat di Acheh.
5.9Membina Kemahiran Kerja Berpasukan kepada mahasiswa/i seperti membantu sesama ahli, menghormati pendirian, pandangan, dan cadangan daripada semua ahli serta menerima kepelbagaian dalam ahli kumpulan dan bersedia menghulurkan bantuan sesama sendiri.
5.10 Menggembirakan anak yatim dengan aktiviti yang menceriakan.
5.11Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
5.12Memupuk Kemahiran Sosial semasa aktiviti khidmat masyarakat dan Kebertanggungjawaban dalam diri mahasiswa/i semasa memimpin ahli, bertanggungjawab atas setiap tingkah laku dan peka terhadap persekitaran.
5.13Memperkemaskan lagi Nilai Sikap, Etika dan Profesionalisme para mahasiswa/i dengan segala peraturan dan protokol dalam aktiviti yang dijalankan. Mahasiswa/i juga dapat menjaga amanah yang akan diberikan serta bekerjasama secara profesional dan beretika.
6.0 TARIKH PERLAKSANAAN
Tarikh : 16 September 2014 hingga 19 September 2014
Hari: Selasa hingga Jumaat
7.0 TEMPOH PROGRAM
4 Hari 3 Malam
8.0 TEMPAT PROGRAM
Banda Acheh, Indonesia.
Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry)
Rumah Anak Yatim Malaka
Mesjid Raya Baiturrahman
Kampung Jacky Chan
Pasentren Modern Al-Manar, Ulhe Kareung
9.0 JADUAL PROGRAM
HARI 1 16 SEPTEMBER 2014 (SELASA)
Perjalanan Kuala Lumpur, Malaysia ke Bandar Acheh, Indonesia.
08.30 am:Semua peserta rombongan telah berada di LCCT, Kuala Lumpur
10.35 am: Terbang ke Bandar Acheh dengan Air Asia AK-1305
11.20 am:Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda,
Banda Aceh. Cop Pasport ambil bagasi, ziarah ke perkuburan mangsa tsunami di Lambaro (seramai 46.100 mangsa tsunami disemadikan disini).
12.00 am:Makan tengah hari di restoran, solat Zohor di Mesjid Rahmatullah
di Lhok Nga yang selamat dari Tsunami, menuju ke Ule Lheu dan kapal besar seberat 60.000 ton yang terdampar di Kampung Punge dan Museum Tsunami.
05.00 pm: Check in hotel, rehat.
Makan malam di restoran, kembali ke hotel, rehat.
HARI 2 17 SEPTEMBER 2014 (RABU)
05.35 am: Morning call, Solat Subuh
07.00 am: Sarapan pagi di hotel
08.00 am:PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PENDIDIK (RUJUK
LAMPIRAN I)
Tempat : Rumah Anak Yatim Malaka
Masa
: 08.00 am 01.00 pm
01.00 pm: Kembali ke hotel, rehat.
02.00pm:PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (RUJUK LAMPIRAN II)
Tempat : Kampung Jacky Chan
Masa
: 02.00pm- 06.00pm
06.00pm:Makan malam , kembali ke hotel, rehat.
08.00pm:PROGRAM BICARA GURU (RUJUK LAMPIRAN III )Tempat : Dewan Seminar, Mesjid Raya Baiturrahman,
Banda Acheh.
Masa
: 08.00 pm - 10.00 pm
10.00 pm:Kembali ke hotel, rehat.
HARI 3 18 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)
05.35 am: Morning call, Solat Subuh
07.00 am: Sarapan pagi di hotel
08.00 am: PROG. KECEMERLANGAN MINDA KE ARAH MELAHIRKAN
MAHASISWA GEMILANG (RUJUK LAMPIRAN IV)
Tempat
: Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry),
Darussalam.
Masa
: 08.00 am - 01.00 pm
01.00 pm :Kembali ke hotel, rehat
02.00 pm:LAWATAN SAMBIL BELAJAR (RUJUK LAMPIRAN V)
Tempat
: Pasentren Modern Al-Manar, Ulhe Kareung
Masa
: 02.00pm 05.00pm
06.00 pm:Kembali ke hotel, rehat.
08.00 pm:PROGRAM SIRAMAN ROHANI (RUJUK LAMPIRAN VI)Tempat : Mesjid Raya Baiturrahman, Acheh.
Masa
: 08.00 pm - 10.00 pm
10.00pm:Kembali ke hotel, rehat.
HARI 4 - 19 SEPTEMBER 2014 (JUMAAT)
Perjalanan Bandar Acheh, Indonesia ke Kuala Lumpur, Malaysia
05.35 am: Morning call, Solat Subuh
07.00 am: Sarapan pagi di hotel
08.00 am: Check out hotel.
09.00 am : Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan
Iskandar Muda, Acheh
11.30 am: Berlepas ke Kuala Lumpur
02.15 pm: Tiba di IPG Kampus Darulaman, Alor Setar Kedah.
10.0 KUMPULAN SASARAN
10.1 Program Ijazah Muda Sarjana Pendidikan (PISMP) seramai 30 orang
pelajar pelbagai opsyen.
10.210 orang pensyarah pengiring dari pelbagai jabatan.
11.0 JAWATANKUASA PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
: Tn. Hj. Mustafa bin Ahmad
PENGERUSI
: Puan Zakiah bt Mahmud
NAIB PENGERUSI
: Pn. Hjh Norhayati bt Ahmad Zakaria
PENGARAH PROJEK: En Zainal Abidin bin Nasir
JAWATANKUASA KERJA PROGRAMPENGERUSI
:Ibrahim bin Abdul Halim
NAIB PENGERUSI
: Habib Nuh bin Che Husin
SETIAUSAHA
: Nur Afiqah bt Jamaluddin
NAIB SETIAUSAHA
:Nurshahrina bt Ahmad Tarmizi
BENDAHARI
: Nafsiah Binti Ibrahim
NAIB BENDAHARI
:Bazlin Syafik Bin Bakri
AJK PENGINAPAN
DAN PENGANKUTAN
: Aiman Zaki bin Mohamad
AJK SERANTA DAN PUBLISITI
: Mohamad Rihaz bin AbdulRazak
AJK MAKANAN & PROTOKOL
: Nurul Afifah bt Haron
AJK TAJAAN DAN SUMBANGAN: Abdul Fattah bin Mat Nang
AJK PASPORT DAN INSURANS
: Zaim bin Zulkifli
AJK PROGRAM & AKTIVITI
: Shamsul bin Zain
AJK PERHUBUNGAN & TIKET
: Izzati binti Zailan
AJK DOKUMENTASI & LAPORAN: Muhammad Hazwan bin Ahmad
AJK CENDERAMATA/PERSIJILAN: Nurhasmiza bt Ahmad
AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN: Zawawi bin Gendot
12.0 SENARAI NAMA PENSYARAH DAN PESERTA
Rujuk Lampiran A
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran B
14.0 PENUTUP
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak diharap program ini akan dapat memupuk semangat kesukarelawan, jati diri dan kerjasama dalam kalangan guru pelatih selain dari memantapkan lagi tahap profesionalisme dan kecemerlangan mereka. Semoga dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif serta matlamat yang ingin dicapai.
Disediakan oleh:...
NUR AFIQAH BINTI JAMALUDDIN
Setiausaha
Program Pengantarabangsaan: Minda Global Pendidik
.
NURSHAHRINA BINTI AHMAD TARMIZI
Naib Setiausaha
Program Pengantarabangsaan: Minda Global Pendidik
Disemak oleh:
..
IBRAHIM BIN ABDUL HALIM
Pengerusi
Program Pengantarabangsaan: Minda Global Pendidik
PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PENDIDIK
PENGENALAN
Program Pembangunan Jati Diri Pendidik merupakan program yang dijalankan untuk membangunkan kemahiran sosial/kerja berpasukan/pertanggungjawaban dan kemahiran kepimpinan pelajar melalui aktiviti-aktiviti merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa IPG Kampus Darulaman dengan warga Rumah Anak Yatim Malaka, Acheh. Rumah anak yatim ini merupakan sebuah institusi yang mendapat pembiayaan daripada Ketua Menteri Melaka, YB Dato Ali Rostam. Program ini di isi dengan pelbagai aktiviti supaya golongan mahasiswa dapat menyelami dan merasai kehidupan sebagai anak yatim. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru-guru yang mantap dari segi sahsiah diri dan mampu menghadapi cabaran di era dunia global.
OBJEKTIF
Melalui projek ini, peserta dapat :-
i. Membangunkan personaliti unggul pelajar ke arah melahirkan guru berjiwa pendidik.
ii. Memupuk kemahiran sosial pelajar dalam usaha untuk melahirkan bakal pendidik yang boleh menyesuaikan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
iii. Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kerja berpasukan dalam memastikan kecemerlangan hasil kerja dan tugasan.
iv. Memupuk rasa kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugasan.
v. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam membangunkan modal insan yang terdiri daripada anak-anak yatim
vi. Membangunkan kemahiran memimpin dalam memastikan kejayaan program
TEMPAT
Rumah Anak Yatim Malaka, Acheh.
MASA
08.00 am - 01.00 pm
SASARAN
i. 30 pelatih guru dan 10 orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
ii. Murid-murid Rumah Anak Yatim Malaka, Acheh.
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
08.00 am
Bertolak ke Rumah Anak Yatim Malaka
08.30 am
Taklimat dari pihak pentadbir sekolah
09.15 amLDK 1 : Siapa Saya?
10.30 amKudapan
10.50 pmLKD 2 : Perjalanan Menuju Kejayaan
12.30 pmMajlis Penutupan
01.00 pmRehat
PENUTUP
Melalui program ini adalah diharapkan, pelajar dapat memantapkan kemahiran-kemahiran sosial, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan serta rasa kebertanggungjawaban dalam membangunkan potensi diri sebagai bakal pendidik dalam usaha merealisasikan misi IPGM dalam melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PENGENALAN
Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah perkampungan Acheh. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa insan pendidik juga perlu mendekati masyarakat serta memberi sumbangan terhadap kesejahteraan komuniti dan masyarakat yang menjadi tunjang dalam pembangunan sesebuah negara. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran sosiolisasi dalam era globalisasi masa kini.
OBJEKTIF
Melalui projek ini, peserta dapat :-
i. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.ii. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif.iii. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan. iv. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.v. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
vi. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap masyarakat.
TEMPAT
Kampung Jacky Chan, Ache
MASA
02.00 pm - 06.00 pm
SASARAN
i. 30 pelatih guru dan 10orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
ii. Pelajar, belia dan masyarakat sekitar Kampung Jacky Chan
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
02.00 Pm
Bertolak ke Kampung Jacky Chan
02.30 am
Taklimat dan ucapan alu-aluan
03.00 amAktiviti Gotong-royong
Membaiki prasarana yang terdapat di Kampung Jacky Chan/dewan/balai raya/surau.
04.15 pmSolat Asar berjemaah
04.30 pmRiadah : Sukaneka
05.00 pmMajlis penutup
05.30 pmRehat
PENUTUP
Adalah diharapkan melalui program ini, pelajar dapat memantapkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kemahiran berkomunikasi dalam usaha untuk menjadi pendidik berkesan. Selain itu, diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat dalam menjalani kehidupan seharian.
PROGRAM DISKUSI - CABARAN GURU DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA TERBILANG
PENGENALAN
Program ini merupakan program dialog di mana seorang tokoh akademik dijemput untuk menjadi panel. Panel akan mengupas mengenai tajuk yang telah dipilih manakala para peserta boleh memberikan pandangan, idea, ataupun soalan kepada panel untuk dibincangkan. Program ini adalah bertujuan untuk membuka minda dalam kalangan warga pendidik berkaitan profession perguruan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan mahasiswa guru dengan sahsiah diri yang tinggi, mampu berfikir dan menangani cabaran isi-isi semasa dalam dunia pendidikan. Ia juga dapat membantu mahasiswa guru ke arah sikap bertanggungjawap, berintegriti, amanah, dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan sosial.
OBJEKTIF
Melalui program ini, peserta dapat :-i. Berkongsi pengetahuan, kepakaran dan idea dalam melahirkan mahasiswa minda kelas pertama melalui perbahasan atau perbincangan.
ii. Membincangkan isu-isu pendidikan global serta cabaran di era globalisasi.
iii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti sebagai bakal warga pendidik.iv. Meningkatkan keyakinan dan sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta dan menjadikan mereka lebih bermotivasi.
v. Melahirkan mahasiswa guru yang berpengetahuan, berketrampilan dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
vi. Melahirkan mahasiswa guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.
vii. Melahirkan mahasiswa guru yang mampu memberi pandangan, idea secara kreatif dan kritis mengenai isu-isu pendidikan global.
TEMPAT
Mesjid Raya Baiturrahman, Acheh
MASA
08.00 pm - 10.00 pmSASARAN
30 pelatih guru dan 10 orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
06.30 pm
Bertolak ke Mesjid Raya Baiturrahman, Acheh.
06.50 pm
Solat fardu Maghrib berjemaah.
07.30 pmPara peserta dan penceramah undangan mengambil tempat dalam Dewan Seminar.
Program Diskusi bermula.
Soal jawab.
Penutup.
09.30 pmSolat fardu Isyak berjemaah.
10.00 pmKembali ke hotel, rehat.
PENUTUP
Melalui program ini adalah diharapkan mahasiswa dapat menimba pengetahuan dan menyemai sifat-sifat keguruan dalam diri. Mahasiswa guru akan dapat membentuk petensi kepimpinan, berwawasan dan berpandangan jauh dalam membina sebuah warganegara yang mampu menyumbang kepada pembangunan sebagaimana yang dihasratkan oleh negara.
PROGRAM KECEMERLANGAN MINDA
KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA GEMILANG
PENGENALAN
Program ini merupakan program yang dijalankan antara Mahasiswa IPG Kampus Darulaman dan Mahasiswa Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry), Darussalam. Di samping mengadakan lawatan penanda aras, forum dan perbahasan juga diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan bidang pendidikan seterusnya mendapatkan idea-idea yang bernas supaya dapat diimplementasikan dalam diri seorang mahasiswa. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan, memantapkan profesionalisme diri sebagai bakal pendidik, serta memupuk nilai, sikap dan etika sesuai dengan profesion pendidik.
OBJEKTIF
Melalui program ini, peserta dapat :-
i. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kerja berpasukan.
ii. Berkongsi pengetahuan, kepakaran dan idea dalam melahirkan pelajar minda kelas pertama melalui perbahasan atau perbincangan.
iii. Membincangkan isu-isu pendidikan global serta cabaran di era globalisasi.
iv. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti sebagai bakal warga pendidik.v. Meningkatkan keyakinan dan sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta dan menjadikan mereka lebih bermotivasi.
vi. Melahirkan mahasiswa guru yang berpengetahuan, berketrampilan dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
vii. Melahirkan mahasiswa guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.
viii. Melahirkan mahasiswa yang kreatif dan kritis selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mampu menangani cabaran semasa.
TEMPAT
Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry), Darussalam.
MASA
08.00 am - 01.00 pmSASARAN
i. 30 pelatih guru dan 10 orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
ii. Mahasiswa Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry), Darussalam.
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
08.00 am
Bertolak ke Universiti Islam Negeri (IAIN Ar-Ranniry), Darussalam.
09.00 am
Taklimat dan ucapan alu-aluan
09.15 amPembentangan Kajian Tindakan (Slot 1)
10.30 amRehat
11.00amPembentangan Kajian Tindakan (Slot 2)
12.30 pmMajlis penutup
01.00 pmTamat
PENUTUP
Melalui program ini adalah diharapkan mahasiswa dapat menimba pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan profesion keguruan dan bertukar-tukar pendapat antara mahasiswa. Program ini juga diharapkan dapat membina jati diri dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri seorang bakal guru dalam usaha melahirkan guru yang berpandangan progresif dan saintifik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PENGENALAN
Program ini merupakan program lawatan ke sekolah di sekitar Bandar Acheh. Fateh Bilunggul School merupakan sebuah sekolah yang telah dibangunkan semula pada tahun 2005 setelah musnah akibat bencana Thunami, manakala Pasentren Modern Al-Manar, Ulhe Kareung pula merupakan sebuah sekolah yang bernaung di bawah Yayasan Pendidikan Islam dan Penyatuan Anak Yatim Bungong Jeumpa Acheh Besar. Lawatan ini adalah bertujuan melihat secara lebih dekat prasarana sekolah, berkongsi idea dan kemahiran dalam kalangan guru-guru, serta pembangunan modal insan di sekolah tersebut. Semoga dengan lawatan dan perkongsian ini dapat diimplementasikan dalam kalangan mahasiswa guru apabila berada di sekolah kelak. Selain itu, satu lawatan ke muzium Acheh juga telah dirancang untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah dan tragedi Tsunami yang melanda Acheh. OBJEKTIF
Melalui program ini, peserta dapat :-I. Membuat transformasi sama ada dari segi minda, kemahiran mahupun teknologi supaya dapat diserap dalam kerjaya sebagai seorang guru.
II. Berkongsi pengetahuan, kepakaran dan idea ke arah melahirkan mahasiswa minda kelas pertama.
III. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti sebagai bakal warga pendidik.IV. Meningkatkan keyakinan dan sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa guru dan menjadikan mereka lebih bermotivasi.
V. Memupuk nilai-nilai keguruan dalam kalangan mahasiswa guru.
VI. Meningkatkan kepekaan terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masa kini.
viii. Melahirkan mahasiswa guru yang berpengetahuan, berketrampilan dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ix. Melahirkan mahasiswa guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.
TEMPAT
i. Lawatan ke Fateh Bilunggul School.ii. Lawatan ke Pasentren Modern Al-Manar, Ulhe Kareung.
iii. Muzium Ahceh
MASA
08.0 am - 05.00 pmSASARAN
i. 30 pelatih guru dan 10 orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
02.00 pm
Bertolak ke Fateh Bilunggul School.
02.30 pm
Taklimat daripada pihak pentadbiran sekolah.
03.00 pmLawatan bermula.
04.30 pmMajlis penutup.
05.00 pmKudapan
06.00 pmBertolak ke Pasentren Modern Al-Manar, Ulhe Kareung.
PENUTUP
Melalui program ini adalah diharapkan mahasiswa dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran baru yang telah diperoleh dalam menyediakan diri sebagai seorang guru. Diharap bakal guru juga akan lebih berpandangan jauh dan progresif supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. PROGRAM SIRAMAN ROHANI
PENGENALAN
Program ini merupakan program yang diisi dengan aktiviti bacaan Surah Yasin dan tahlil sebagai sedekah kepada mangsa tragedi tsunami yang telah melanda Bandar Acheh. Program ini bertujuan menyemai rasa empati dalam kalangan mahasiswa guru terhadap musibah yang telah melandan masyarakat Acheh. Program ini juga dapat menjalin hubungan silaturrahim antara mahasiswa IPG Kampus Darulaman dan masyarakat di Acheh.
OBJEKTIF
vii. Menyemai rasa syukur terhadap nikmat dan kurniaan Allah SWT.
viii. Memupuk semangat perpaduan dan cinta terhadap keharmonian hidup.
ix. Melahirkan mahasiswa guru yang mempunyai sifat empati, bertanggungjawab, positif dan berketerampilan.
x. Menjalin hubungan silaturrahim.
TEMPAT
Mesjid Raya Baiturrahman, Acheh.
MASA
08.00 pm - 10.00 pm
SASARAN
i. 30 pelatih guru dan 10 orang pensyarah IPG Kampus Darulaman.
TENTATIF PROGRAM
MasaPerkara
06.30 pm
Bertolak ke Mesjid Raya Baiturrahman, Acheh.
06.55 pm
Solat fardu Maghrib berjemaah.
bacaan surah Yasin, tahlil dan doa.
08.30 pmSolat fardu Isyak berjemaah.
10.00 pmMakan malam, kembali ke hotel, rehat.
PENUTUP
Melalui program ini diharapkan akan timbul sifat syukur, sabar dan taqwa kepada Allah SWT. Diharap bakal guru sentiasa menyemai sikap saling tolong-menolong dan rasa kasih sayang sesama manusia walaupun berbeza agama, bangsa dan negara.
LAMPIRAN A
PESERTA PROGRAM PENGANTARABANGSAAN :
MINDA GLOBAL PENDIDIK
PENSYARAH
Bil.NamaJabatan/Jawatan
1Puan Zakiah bt MahmudPenyelaras PISMP
2Puan Asiah Binti SaadSetiausaha Akademik
3Puan Hjh Norhayati bt Ahmad ZakariaKajian Sosial
4Encik Zainal Abidin bin NasirPendidikan Khas
5Puan Hayati Binti SaadJabatan Ilmu Pendidikan
6Encik Abd Rahim bin MarzukiKetua Jabatan JPK
7Encik Zulkifli bin Mat IsaJabatan Pendidikan Khas
8Encik Amir OmarJabatan Pendidikan Khas
9Encik Shamsul Rizal bin KhalilJabatan Pendidikan Khas
10Encik Nasrul SamsuarKetua Jabatan Kajian Sosial
11 Encik Ahmad Sukri Bin Mustaffa
PELAJAR
Bil.NamaKursus/SemesterNo. Kad PengenalanNo. Telefon
1.Ibrahim bin Abdul Halim8 Pendidikan Islam900121-08-6191019-4054366
2.Habib Nuh bin Che Hussin8 Pendidikan Islam910901-08-6351019-4939571
3.Aiman Zaki bin Mohamad8 Pendidikan Islam911218-07-5169013-6434412
4.Nurul Afifah bt Haron 8 Pendidikan Islam910925-02-5086013-4312973
5.Nafsiah bt Ibrahim8 Pendidikan Islam910505-05-5246019-5701328
6.Mohd Lukman bin Mohd Ghazali8 Pendidikan Islam900419-03-5047013-9547402
7.Abdul Fattah bin Mat Nang8 Matematik910127-11-5247013-9647921
8.Nurlaila bt Ismail8 Matematik900821-11-5520014-8191928
9.Arif Arizi bin Awang8 Matematik910413-03-5483013-9632389
10.Azammudin bin Taib8 Matematik910720-08-5499013-4167693
11.Muhamad Fadzlan bin Saaidin8 Matematik910813-08-5033013-4606920
12.Nurhasmiza bt Ahmad8 Matematik910628-11-5050013-6275396
13.Muhammad Afiq bin Hassan8 Matematik910401-02-5501013-4290390
14.Bazlin Shafik bin Bakri8 Matematik911114-09-5077013-4710681
15.Mohd Suffian Bin Hamdan 6 Matematik 910511-04-5263019-5980702
16.Zawawi Bin Gendot 6 Matematik 920117 -13-5307014-8857104
17.Mohamad Rihaz bin Abd Razak6 Pendidikan Islam920430-02-6043013-5335050
18.Muhammad Hazwan bin Ahmad8 Pendidikan Khas910102-02-5261013-5112080
19.Farah Husna binti Mohamad Rasli8 Pendidikan Khas910517-08-5354013-4343505
20.Zaim bin Zulkifli4 Pemulihan920405-11-5597014-5291382
21.Nur Afiqah bt Jamaluddin3 Bimbingan890917-14-5568017-2563541
22.Nurshahrina bt Ahmad Tarmizi3 Bimbingan930614-14-5118017-2742587
23.Mohamad Saifullah Bin Md Akhir8 Pendidikan Khas911101-08-6155013-4069756
24.Nurul Azurin Bin Mohamad Taupik8 Pendidikan Islam910104-08-6180013-2513046
25.Izzati bt Zailan3 Matematik901228-04-5028017-7578375
26.Shamsul bin Zain3 Pendidikan Seni Visual780629-13-5405019-4834755
27Mohd Zulqarnain Bin Abdol Rahman4 Pendidikan Khas 2931114-04-5123017-3176946
28Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif4 Bahasa Arab920802-03-6323014-5074770
29Najme Bin Nasir 6 Pemulihan 901114-12-5513019-8201679
30Norhayati Binti Azelan 8 Matematik 900718-08-5706019-4407578
LAMPIRAN I
LAMPIRAN II
LAMPIRAN III
LAMPIRAN IV
LAMPIRAN V
LAMPIRAN VI