keratan akhbar-akhbar tempatan tarikh: 14 ogos 2014 (khamis)
KERATAN AKHBAR 01 hingga 02 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...
Transcript of KERATAN AKHBAR 01 hingga 02 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...
KERATAN AKHBAR
01 hingga 02 Ogos 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. Utusan Online – Hanya fikirkan
Negara, anak bangsa. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
2. Kosmo – Hari Pahlawan disambut
meriah. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
3. Harian Metro – Hujan peluru robek
seragam. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
4. Harian Metro – Kalungan bunga di
Hari Pahlawan. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
5. Berita Harian – Kebajikan anggota
tentera sentiasa dijaga. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
6.
Vocket – 4 Wira tak didendang
sanggup berkorban demi Negara. Kita
tak pernah kenal siapa mereka. Isnin / 01 Ogos 2016 Online
7. Harian Metro – „Bayaran
Kemerdekaan‟. Selasa / 02 Ogos
2016 Online
8.
Utusan Malaysia – Di manakah GLC
lain? Kempen kutipan Tabung
Pahlawan Kurang mendapat
sambutan.
Selasa / 02 Ogos
2016 Online
9. Harian Metro – Pastikan kebajikan
bekas tentera terbela. Selasa / 02 Ogos
2016 Online
10. Utusan Malaysia – Tabung membela
Pahlawan Negara. Selasa / 02 Ogos
2016 Online
11. Sinar Harian – Terpijak jerangkap
samar komunis. Selasa / 02 Ogos
2016 Online
12. Berita Harian – Yayasan peneraju
latih pesara tentera baik pulih pesawat. Selasa / 02 Ogos
2016 Online
‘Hanya fikirkan negara, anak bangsa’
TIGA bekas anggota tentera yang pernah terlibat dalam mempertahankan tanah air
daripada keganasan komunis (dari kiri) Ismail Ali, Ielias Ibrahim dan Abd. Halim Hassan
sempat bergurau selepas menerima anugerah semalam. BERNAMA
PUTRAJAYA 31 Julai – “Walaupun saya ditembak enam kali oleh pengganas
komunis, tetapi saya tidak merasa sakit kerana pada ketika itu saya hanya
memikirkan tentang nasib negara dan anak bangsa.”
Demikian jelas Lan Koperal (B) Abd. Halim Hassan, 77, ketika menceritakan
pengalamannya terlibat dalam peristiwa „Pertempuran di Jalanraya Timur-Barat,
Grik, Perak‟ pada 15 Ogos 1977.
Abd. Halim berkata, jika bukan kerana memikirkan tentang negara dan anak bangsa,
beliau ketika itu pastinya akan menyerah kalah dan hanya menyerahkan segalanya
kepada Tuhan.
“Tiga tembakan komunis telah mengenai bahagian sekitar perut saya dan
selebihnya di tangan. Peluru yang terkena perut telah menembusi keluar dari badan
saya. Syukurlah semua tembakan itu tidak mengenai „pusat nyawa‟ saya.
“Selepas ditembak, saya tetap bersabar dan terus berdoa kepada Allah untuk
pertolongan. Saya menunggu selama satu jam sebelum bantuan tiba,” katanya
kepada pemberita selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu‟adzam Shah ketika Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016, di sini hari ini.
Selain Abd. Halim, turut mengadap Tuanku Abdul Halim ialah Pegawai Waran Satu
(Bersara) Ielias Ibrahim dan Ismail Ali yang mewakili bapanya, Allahyarham Prebet
Md. Ali Hassan.
Abd. Halim adalah salah seorang dari lima anggota yang ditugaskan untuk
mengambil bekalan makanan di Pos 5 yang berada lebih kurang 20 kilometer dari
Kem Banding.
Dalam perjalanan ke pos terbabit, kumpulan itu diserang hendap oleh komunis yang
berada di kawasan bukit berhampiran.
Abd. Halim menambah, dia bersyukur kerana terselamat daripada peristiwa tersebut
dan berharap pengalaman yang dilaluinya itu dapat memberi inspirasi kepada
golongan muda untuk terus berbakti kepada tanah air yang tercinta.
“Saya sedih mengenang kembali peristiwa tersebut yang mana dua daripada kami
telah mati ditembak komunis terutama apabila menonton pantomin yang
dipersembahkan hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ielias, 60, menasihatkan anggota tentera supaya tidak lalai daripada
perjuangan hakiki mereka iaitu mempertahankan negara daripada anasir-anasir
yang boleh mengganggu-gugat kedaulatannya.
“Apabila saya tengok pantomin ini, saya terasa peristiwa itu seperti baru sahaja
berlaku. Peristiwa ini berlaku pada diri sendiri dan saya tidak dapat menahan
daripada mengalirkan air mata,” katanya.
Hari Pahlawan disambut meriah
Ielias (tengah), Abdul Halim (kanan) dan anak sulung kepada Prebet Md. Ali, Ismail (kiri)
diberi penghormatan untuk menghadap Tuanku Abdul Halim di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‟adzam Shah dan
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan Negara di sini
semalam.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada pukul 8.30 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein serta menteri-menteri Kabinet lain.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan
Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin.
Hujan peluru robek seragam
Mat Rejab menunjukkan gamabr sijil kepujian yang diterimanya.
Kepala Batas: Kenangan pakaian seragam dipakai berlubang serta memangku
rakan yang maut di atas riba akibat tembakan pengganas komunis kembali
menjelma dalam ingatan bekas tentera Mat Rejab Arshad, 77, setiap kali
menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai.
Walaupun kejadian itu sudah 45 tahun berlalu namun bagi Mat Rejab ia seolah-olah
berlaku semalam, malah dia masih ingat bagaimana seorang daripada dua rakannya
tersungkur atas ribanya akibat terkena peluru musuh.
Pesara tentera dari Simpang Empat Permatang Buloh, di sini, menyertai pasukan
tentera British pada 1958 dan bertugas di Nee Soon, Singapura dalam Unit Royal
Signal sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1966.
Menceritakan kembali kenangannya, dia tidak dapat melupakan kejadian ketika
bertugas di Wang Padong, Sarawak apabila trak dipandunya diserang hendap
pengganas komunis pada 27 Ogos 1971.
Mat Rejab berkata, dia ditugaskan memandu trak yang membawa 10 laras
senapang M16 serta pistol serta 10 anggota tentera melalui kawasan tepi gaung
dalam hutan.
“Seingat saya ketika itu jarum jam terhenti pada jam 10.40 pagi apabila trak dipandu
dihujani peluru pengganas komunis ketika melalui jalan tepi gaung.
“Rakan dalam trak sempat berbalas tembakan manakala bahagian depan trak turut
dihujani peluru hingga pakaian seragam saya berlubang,” katanya kepada Harian
Metro, semalam.
Selepas berbalas tembakan selama 20 minit, dua anggota tentera terkorban tetapi
Mat Rejab berjaya memandu trak melepasi kubu pengganas komunis tanpa
mengalami kecederaan walaupun pakaian seragamnya berlubang terkena
tembakan.
“Saya hairan bagaimana terselamat dalam kejadian itu sedangkan pakaian seragam
berlubang, tetapi kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah seorang rakan dikenali
sebagai Md Nor maut atas riba saya akibat tembakan komunis.
“Saya berjaya menyelamatkan 10 senapang dan pistol serta lapan anggota yang
berada dalam trak berkenaan,” katanya.
Walaupun berjaya menyelamatkan lapan anggota tentera dan senjata namun Mat
Rejab agak terkilan kerana dia hanya diberikan sijil kepujian yang disampaikan
Pegawai Pemerintah Pasukan Tentera Malaysia Timur Mejar Jeneral Ismail Ibrahim
pada 1972 yang dimuatkan dalam akhbar Sarawak Tribune.
“Selepas kejadian itu, ramai rakan bertanya kenapa tiada pangkat, saya kata tidak
tahu dan sehingga hari ini hanya menyimpan sekeping sijil sebagai kenangan,”
katanya.
Ketika berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun (1958-1980), beliau turut terbabit
dalam operasi bersama Malaysia-Thailand seperti Selamat Sawadi 1, Doyai Musnah
1 dan Doyai Musnah 2.
Kalungan bunga di Hari Pahlawan
Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meletakkan
kalungan bunga di Tugu Pahlawan, sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat
negeri, di sini, semalam.
Istiadat bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota tentera dan polis itu turut
dilakukan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Panglima 11 Briged,
Brigedier Jeneral Abdul Kadir Ahmad serta Ketua Polis Selangor Datuk Abdul
Samah Mat. Sebelum itu, istiadat yang turut dihadiri veteran tentera dan polis itu
dimulakan dengan tiupan „Last Post‟ sebelum bacaan sajak Pahlawanku.
Sementara itu, Abdul Kadir ketika ditemui berkata, pihaknya merancang untuk
membawa penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima
Gagah Berani (PGB) anak Selangor untuk diperkenalkan kepada baginda pada
sambutan tahun hadapan.
“Sambutan di peringkat kebangsaan dan Selangor adalah sedikit berbeza kerana di
Putrajaya akan diadakan pentomin manakala di peringkat negeri diadakan istiadat
kalungan bunga.
“Istiadat meletakkan kalungan bunga adalah tradisi ketenteraan dan ia dilakukan
sempena memperingati Hari Pahlawan,” katanya.
Kebajikan anggota tentera sentiasa dijaga
SEBAHAGIAN Anggota Tentera Malaysia yang terlibat pada majlis pembukaan LATGABMA
MALINDO DARSASA 2016, di Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang. - Foto Farizul Hafiz
Awang
SYUKUR, Alhamdulillah, tanggal 1 Julai lalu tercatat dalam sejarah Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) apabila 76, 771 anggota lain-lain pangkat (LLP), menikmati
peningkatan tangga gaji. Berita gembira itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini yang membabitkan peruntukan RM58.89
juta. Kerajaan meluluskan penambahbaikan sistem gaji dalam ATM bagi
memastikan semua anggota tanpa mengira kepakaran mempunyai kemahiran tinggi
serta berpeluang mencapai tangga gaji lebih tinggi. Kelulusan itu bukan sahaja
memberi manfaat dari segi peningkatan gaji anggota, malah ia pengiktirafan
kerajaan terhadap kepakaran anggota tentera. Selain itu, kerajaan juga meluluskan
pemberian satu kenaikan band secara one off kepada anggota yang menamatkan
perkhidmatan sejak 1 Januari 2013 bagi pengiraan faedah persaraan kepada
anggota yang tidak boleh mencapai kenaikan ke Band 4 dan 5. Anggaran
peruntukan bagi pemberian satu kenaikan gaji itu ialah RM56.52 juta. Kelulusan
kenaikan gaji memberi lebih sedikit pendekatan untuk perbelanjaan anggota dan
keluarga mereka. Sesungguhnya, kerajaan prihatin kepada sumbangan ATM dan
berita gembira ini akan menjadi perangsang untuk seluruh warga ATM. Kenaikan
gaji ini adalah keputusan kerajaan yang bersetuju dengan cadangan Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH) untuk merasionalisasikan Skim Perkhidmatan ATM di
bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Skim perkhidmatan lebih baik Rasionalisasi
itu selaras dengan usaha transformasi perkhidmatan awam seperti diumumkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2016,
membabitkan penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan termasuk ATM. Di bawah
rasionalisasi itu, setiap pegawai ATM akan menikmati penambahbaikan ke atas skim
perkhidmatan yang lebih baik. Gaji pegawai kadet berkelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (SPM/SVM) bermula daripada RM1,500
berbanding RM1,140 di bawah skim sebelum ini. Apabila ditauliahkan, pegawai
berpangkat Leftenan Muda setaraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (pelbagai
jurusan) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang masing-masing bakal
memperoleh gaji RM2,585 berbanding RM2,411.85 sebelum ini. Pemegang Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan akan memperoleh RM2,876 berbanding RM2,703,
manakala gaji mereka yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar
akan bermula daripada RM 3,002 berbanding RM2,593 sebelum ini. Bagi anggota
lain-lain pangkat pula, kemasukan minimum adalah berkelulusan SPM/SVM. Mereka
akan menikmati skim perkhidmatan lebih baik dengan gaji permulaan bagi Perajurit
Muda selepas menamatkan latihan asas, mereka akan menerima gaji permulaan
Prebet RM1,564 berbanding RM1,137 sebelum ini. Penetapan gaji terendah yang
baharu ini memberi kesan langsung terhadap penambahbaikan jadual gaji minimum
hingga maksimum yang dinikmati oleh seluruh warga ATM. Kenaikan gaji tahunan
bagi anggota berpangkat Prebet dan Lans Koperal turut dinaikkan masing-masing
daripada RM100 kepada RM105 dan RM110. Mereka yang sudah mencapai mata
gaji maksimum bakal menikmati kenaikan gaji tahunan seperti biasa sehingga
mencecah mata gaji maksimum baharu yang dinaikkan antara 10 hingga 41 peratus
berbanding mata gaji maksimum sedia ada. Persediaan kehidupan baharu Baru-
baru ini juga kami meraikan 1,248 graduan Pertubuhan Hal Ehwal Bekas Angkatan
Tentera (PERHEBAT) yang menamatkan latihan sebagai persediaan dalam
kehidupan baharu. Sesungguhnya, Kementerian Pertahanan menyanjung tinggi
sumbangan anggota ATM ketika melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara.
Teras kebajikan menjadi keutamaan dan satu daripada fokus strategik KEMENTAH
bagi menambah baik kebajikan anggota ATM dan veteran. Antara yang terserlah
ialah apabila kerajaan melaksanakan kenaikan kadar pencen dua peratus setahun
bermula 2013. Pada tahun ini, KEMENTAH menyediakan bas sekolah bagi
menggantikan lori tiga tan untuk kemudahan ke sekolah. Selain itu, KEMENTAH
merancang untuk membina kediaman baharu dan membaik pulih 200 rumah veteran
dalam program 1My Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) pada tahun ini.
Program ini akan berterusan dan tahun lalu 620 rumah veteran dibina dan dibaik
pulih. KEMENTAH juga sedang memperkasa program latihan PERHEBAT bagi
menyediakan veteran yang lebih berdaya saing dan kompetitif. Melalui PERHEBAT,
pelbagai latihan kemahiran dan keusahawanan berbentuk hard skills dan soft skills
disediakan. Untuk menentukan veteran ATM yang memiliki kemahiran dan
pengalaman berkecimpung dalam bidang perniagaan, kerajaan menyediakan dana
khas kepada PERHEBAT RM33.5 juta melalui Skim Pinjaman Mikro Usahawan
Veteran ATM tanpa faedah. Sehingga 31 Mei lalu, PERHEBAT membelanjakan
RM25.1 juta daripada peruntukan RM33.5 juta untuk manfaat 1,370 orang usahawan
veteran ATM. Pada masa sama, pihak Lembaga Pengarah PERHEBAT membuat
tawaran kepada syarikat penyedia latihan milik veteran ATM supaya terbabit secara
langsung dalam melatih veteran ATM tidak berpencen melalui Program
Pembangunan Sosio Ekonomi Veteran ATM Tidak Berpencen. Untuk rekod, pelan
hala tuju PERHEBAT 2014-2020 adalah pelan induk perancangan dan tindakan
yang sedang diambil oleh PERHEBAT untuk menjadi Pusat Kecemerlangan
Kemahiran Tinggi khusus untuk manfaat bakal veteran dan veteran ATM. Saya
menasihatkan graduan yang memilih untuk bekerja dengan menonjolkan imej dan
sikap positif agar majikan di luar sana terus memandang tinggi kepada veteran ATM.
Sesiapapun tidak boleh menafikan PERHEBAT berjaya memperkasa, memperhebat
veteran ATM dengan pelbagai usaha ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup
veteran ATM.
VOCKET
4 Wira Tak Didendang Sanggup Berkorban Demi Negara. Kita Tak Pernah Kenal Siapa Mereka
Tuan Bahadon Baharom adalah pegawai polis paling digeruni di Kuala Lumpur di
era 80‟an kerana berjaya menembak mati ramai penjenayah hardcore, penculik,
gangster kongsi gelap, perompak dan sebagainya.
Beliau sampai digelar „Malaikat Maut‟ oleh musuh-musuhnya. Antara jasa besar
beliau ialah terlibat dalam operasi memburu penjenayah P. Kalimuthu@Bentong
Kali.
Malah ada yang mengatakan lebih 100 penjenayah maut di hujung senjatanya.
Kerana terlalu dibenci, keluarganya sendiri hampir-hampir menjadi mangsa balas
dendam penjenayah. Beliau meninggal beberapa tahun lepas kerana kanser.
Tuan S. Kulasingam antara pegawai polis yang paling hebat pernah dimiliki PDRM.
Beliaulah yang mengetuai operasi pemburuan penjenayah Botak Chin dulu.
Dia pernah ditembak oleh konco-konco Botak Chin di trafic light. Beliau pernah
disimbah asid oleh perompak, perutnya pernah bocor ditembak perompak kedai
emas dan bermacam lagi.
Kerana tidak mahu penjenayah mencederaka dan membalas dendam terhadap
orang yang disayanginya, dia mengambil keputusan membujang sampai ke tua. Dia
meninggal dunia dalam rumah usangnya di Johor Bahru beberapa tahun lalu.
Mejar Zainal Abd. Rashid dan 5 anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15
pengganas komunis setelah mengekori pergerakan mereka.
Setelah membunuh 2 pengganas komunis dengan tembakan, Mejar Zainal meluru
dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya
terus berjuang.
Di masa itu seorang pengganas komunis wanita yang tercedera telah membaling
sebutir bom tangan hingga menyebabkan tubuh Mejar Zainal terpelanting dan
menyembah bumi.
Namun dia masih berjaya meniupkan semangat hingga anak buahnya dapat
membunuh 6 daripada 15 orang pengganas. Namun Mejar Zainal mengalami
kecederaan yg terlalu parah dan akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di
lokasi pertempuran.
Pada 14 April 1981,Inspektor Paul Kiong bersama anggota dari Cawangan Khas Ibu
Pejabat Kontinjen Polis Perak telah menyamar sebagai pengganas komunis dalam
OPS CATFISH dan telah menangkap hidup-hidup 13 pengganas komunis termasuk
ketua mereka Cheong Kuen daripada 9th Armed Work Force (AWF) di Tanah Hitam.
Di antara tahun 1976 hingga 1986 beliau telah menangkap seramai 43 orang
pengganas komunis! Dalam satu operasi lain, Paul telah menembak 5 pengganas
komunis yang menyerang hendap pasukannya
Hari ini adalah Hari Pahlawan. Bahadon, Kulasingam, Zainal dan Kiong adalah
antara ribuan pahlawan di luar sana yang ramai di antara kita tak tahu pun siapakah
mereka!
'Bayaran' kemerdekaan
Ahli veteran Persatuan PAHLAWAN menuntut lima kenaikan di Dewan Beringin Sri
Gombak.
Kuala Lumpur: Kehilangan anggota badan antara harga yang perlu dibayar oleh
seorang veteran tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada
segala ancaman musuh kira-kira 40 tahun lalu.
Walaupun peristiwa itu sudah berlalu dan hanya tinggal sejarah, namun bagi Hussin
Mahbub, 67, dari Muar, Johor, kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini antara
„bayaran‟ cukup lumayan yang diterimanya sehingga kini.
Malah, baginya kemerdekaan yang dikecapi menuntut pengorbanan yang tinggi
daripada setiap individu demi memastikan generasi akan datang hidup dalam aman
dan harmoni.
Menceritakan detik malang itu, beliau bersama pasukannya diarahkan untuk
melakukan operasi bagi memburu saki-baki komunis yang bersembunyi di Gubir,
Sik, Kedah.
“Ketika itu saya antara anggota dalam Pasukan Gerak Khas Komando diarahkan
melakukan operasi khas bagi menghapuskan komunis yang bersembunyi di hutan di
kawasan terbabit.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya terpijak jerangkap samar yang dipasang
komunis menyebabkannya meletup seterusnya mencederakan kaki kiri,” katanya
ketika ditemui, di sini.
Berikutan itu, bapa kepada enam anak itu berkata, beliau yang berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri terpaksa dibawa menggunakan helikopter untuk
menerima rawatan susulan.
“Jika mengimbau kembali kejadian itu, sememangnya sedih kerana kehilangan kaki
kiri dari paras buku lali ketika melaksanakan tugas namun itulah harga yang perlu
dibayar demi memastikan negara terus kekal aman,” katanya.
Hussin yang bersara pada 1992 kini banyak terbabit dalam aktiviti yang dikendalikan
Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN) dengan
melakukan lawatan dan program untuk meningkatkan semangat patriotik dikalangan
masyarakat.
“PAHLAWAN antara platform yang boleh digunakan untuk bertukar idea serta
pendapat selain berkongsi pengalaman bersama anggota lain yang bersama
berjuang mempertahankan negara.
“Selain itu, PAHLAWAN juga memperjuangkan nasib veteran tentera dalam
menghadapi cabaran kehidupan sekarang ini berikutan peningkatan kos sara hidup,”
katanya.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat lebih menghargai perjuangan pasukan
keselamatan terdahulu yang sanggup berkorban semuanya demi mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara.
“Hargailah pasukan keselamatan terdahulu kerana mereka banyak berkorban demi
negara seterusnya generasi muda tidak lagi berdepan sebarang ancaman musuh,”
katanya.
Di manakah GLC lain?
Kempen kutipan Tabung Pahlawan kurang mendapat sambutan
Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah (kanan) berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat sebelum mengalungkan
bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan peringkat negeri di Wisma Darul Aman, Kedah,
kelmarin. BERNAMA
Hari Pahlawan disambut 31 Julai setiap tahun. Sambutan ini bukan untuk suka-suka.
Ia bertujuan merai dan memperingati jasa dan khidmat bakti pasukan pertahanan
negara yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan kedaulatan tanah air
daripada ancaman musuh.
Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan negara. Nikmat
kemerdekaan yang dikecapi rakyat hari ini adalah daripada tumpahnya darah dan
keringat pasukan tentera. Merekalah yang berada di barisan hadapan ketika
menentang komunis.
Demi melindungi negara dan bangsa, ada antara mereka yang gugur di medan
perjuangan. Mereka meninggalkan isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi balu dan
yatim sekelip mata.
Ada juga yang cacat anggota dan menjadi lumpuh seumur hidup. Mereka tidak lagi
mampu untuk mengangkat senjata, apatah lagi melakukan kerja-kerja lain demi
meneruskan hidup.
Atas dasar itu, sebuah Tabung Pahlawan diwujudkan sejak tahun 1950 untuk
membela nasib bekas perajurit negara dan disalurkan kepada bekas anggota
tentera, balu dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Kempen Tabung Pahlawan dilaksanakan setiap tahun untuk mengumpul dana bagi
tujuan itu terutamanya golongan veteran orang kurang upaya (OKU), balu serta
anggota perkhidmatan lain yang memerlukan perhatian khas.
Namun amat menyedihkan, hanya RM1.5 juta mampu dikutip setiap tahun. Nilainya
amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat negara ini. Sekalipun separuh
daripada rakyat menyumbang RM1 sahaja, jumlahnya masih tidak menyamai
kutipan tersebut.
Lebih mendukacitakan, hanya segelintir syarikat milik kerajaan (GLC) dan badan-
badan korporat sudi menghulurkan bantuan untuk tabung berkenaan. Sedangkan,
terdapat 20 syarikat disenaraikan di bawah program transformasi GLC. Ini tidak
termasuk 812 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Menurut Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor, hanya beberapa syarikat menjadi
penyumbang tetap setiap tahun seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
sebanyak RM1 juta, Pharmaniaga Berhad (RM50,000), Affin Bank Berhad (150,000),
BHP (RM50,000), Khazanah Nasional Berhad (RM100,000), Weststar Group
(RM100,000), Boustead Plantations Bhd (RM50,000) dan Syarikat Warisan Sdn
Bhd. yang menyumbang dari segi promosi dan pengiklanan berjumlah RM120,000.
Di sini, timbul tanda tanya, ke manakah GLC dan syarikat korporat lain yang
mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap tahun di sebalik galakan kerajaan supaya
memperuntukkan keuntungan mereka bagi tujuan kebajikan masyarakat melalui
tanggungjawab sosial korporat (CSR)?
Mohd. Anwar berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menulis surat kepada
semua GLC, institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat korporat untuk mereka
memberi sumbangan sempena Kempen Tabung Pahlawan yang akan berakhir 31
Disember ini.
Kata beliau, pihaknya menyasarkan sebanyak RM5 juta dapat diperoleh untuk
membantu veteran kurang upaya termasuk yang daif, tidak dapat bekerja dan tidak
layak menerima pencen.
Pastikan kebajikan bekas tentera terbela
Kuala Lumpur: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia
(PAHLAWAN) mempunyai lebih 100,000 ahli seluruh negara dengan matlamat
memastikan kebajikan bekas tentera mendapat pembelaan sewajarnya.
Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN)
Asri Buang, berkata, pihaknya sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti dalam
kalangan ahli termasuk mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi mengesan
bekas tentera yang berhadapan masalah.
Terbaru, pihaknya memperjuangkan untuk meminta pihak berkaitan menaikkan
elaun dan wang saraan bekas tentera yang rata-rata memperoleh RM1,000 sebulan.
“Melihat kepada keadaan sekarang apabila kos sara hidup semakin meningkat,
sekali gus memerlukan pihak berkaitan mengkaji semula pemberian pencen dan
elaun untuk veteran tentera yang terlalu sedikit.
“Kami tidak menerima sebarang kenaikan pencen atau elaun, malah hanya
mengharapkan pada Hari Pahlawan saja untuk menerima sedikit imbuhan,” katanya
di sini, semalam.
Berikutan itu, PAHLAWAN akan membuat tuntutan dengan menghantar
memorandum kepada pihak berkaitan untuk menimbang permintaan mereka demi
memastikan wira negara lebih dihargai.
“Kami sudah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu‟adzam Shah, pada Jun lalu dan akan menyerahkannya lagi jika
tiada tindakan susulan daripada pihak berkaitan.
“Antara isi kandungan tuntutan itu adalah PAHLAWAN menuntut rasionalisasi
kenaikan pencen pada kadar 50 peratus daripada tangga gaji baru yang berkuat
kuasa 1 Julai lalu selain mahu Kementerian Pertahanan membayar wang sara hidup
kepada 350,000 orang sebanyak RM6,000 setahun,” katanya.
TABUNG MEMBELA PAHLAWAN NEGARA
Presiden PVATM, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor (dua dari kanan) beramah mesra dengan
sebahagian anggota tentera veteran kurang upaya di Program Jejak Veteran dan
Penyampaian Tabung Pahlawan di Masjid Kariah Astana Raja, Kota, Rembau, pada 23 Jun
lalu. UTUSAN/ Abd. Razak Aid
KHUTBAH Jumaat imam Masjid Negara pada 29 Julai lalu menegaskan bahawa
sebagai menghargai pengorbanan para perwira dan pahlawan negara, kerajaan
telah melaksanakan sebahagian tanggungjawabnya dengan mewujudkan Tabung
Hari Pahlawan (THP) yang diuruskan oleh Persatuan Veteran ATM (PVATM).
Saban tahun THP menyasarkan kutipan yang agak banyak iaitu RM5 juta. Ini
bertujuan membantu bekas-bekas perajurit dan pahlawan negara. Namun, amat
mendukacitakan jumlah yang disasarkan itu tidak tercapai.
Ketika kita menikmati keselesaan dan kesenangan hari ini, kita seharusnya sedar
atas segala kesukaran, pahit maung dan penderitaan yang dihadapi para perajurit
kita terutama yang cacat dan hilang upaya bagi menempuh kehidupan mereka.
Justeru, adalah wajar kita menunjukkan kesedaran dengan memberi sumbangan
ikhlas dalam menjayakan kempen Tabung Pahlawan yang bermula pada 31 Julai
setiap tahun. Tabung ini dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor kelmarin. Ketika berucap, beliau menjelaskan segala derma yang
disumbangkan digunakan sebaik-baiknya supaya terus berkembang untuk membela
nasib bekas perajurit tanah air.
Sesungguhnya sumbangan ikhlas biar sekecil mana sekalipun, amatlah besar
ertinya kepada bekas perajurit dan keluarga mereka.
Kempen Tabung Pahlawan mula dilaksanakan pada 1950 oleh Persatuan Bekas
Tentera Malaya (PBTM) pada ketika itu di bawah teraju Bekas Tentera British di
Malaya. Kempen ini pada awalnya dikenali sebagai Poppy Day sebelum ditukar
kepada Rayuan Hari Pahlawan selepas negara merdeka pada 1957. Lambang
bunga popi ditukar dengan lambang bunga raya.
Pada 2013, Tabung Pahlawan sekali lagi melalui penjenamaan semula apabila
nama Rayuan Hari Pahlawan ditukar kepada Kempen Tabung Pahlawan (KTP).
Selain menghargai jasa perajurit tanah air mengorbankan nyawa, darah dan tenaga,
tabung ini juga diwujudkan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara
terutama dalam kalangan remaja dan belia supaya menghayati perjuangan dan
pengorbanan pahlawan tanah air. Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk memberi
penerangan kepada pelajar sekolah tentang jasa pahlawan tanah air agar mereka
tahu menghargai dan mengenang jasa mereka serta pada masa sama, menyemai
semangat nasionalisme dan patriotisme.
Tabung ini juga bermatlamat mengumpul dana Tabung Kebajikan Hari Pahlawan
khusus untuk memberi bantuan kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka
yang memerlukan seperti bantuan sara hidup bagi mereka yang tidak
berkemampuan dan tercedera, keperluan perubatan dan rawatan, bantuan
pendidikan sekolah dan pengajian tinggi di samping bantuan lain berunsur
kebajikan.
Tahun ini, kutipan disasarkan sebanyak RM5 juta. Ini adalah suatu angka yang agak
besar. Namun, sekurang-kurangnya kalau setiap orang daripada 15 juta rakyat
Malaysia menyumbang RM1, sasaran itu akan dengan mudah dicapai.
Perlu disebut bahawa negara mempunyai seramai 376,440 orang veteran Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). Angka berkenaan cukup besar. Mereka mempunyai
keluarga masing-masing. Sekiranya seorang daripada mereka mempunyai seorang
isteri atau seorang suami dan lima orang anak, bilangan mereka hampir dua juta
orang.
Dalam kalangan mereka mempunyai pelbagai jenis pekerjaan seperti berniaga
sendiri, usahawan pemprosesan, peladang, penternak, nelayan, pemandu teksi,
kerja di sektor perkilangan, tukang gunting rambut, kontraktor, pekedai kopi,
pemandu teksi, tukang kebun dan pengawal keselamatan.
Banyak usaha yang dilakukan kerajaan untuk membantu veteran ATM sama ada
melalui PVBTM, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Pertubuhan Hal Ehwal Bekas
Tentera (Perhebat) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Kementerian Pertahanan selama ini berusaha meringankan bebanan veteran dan
anggota keluarga mereka melalui skim bantuan kebajikan dan pendidikan yang
disalurkan iaitu bantuan sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan peralatan
pesakit, bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan bantuan bencana
alam.
Dalam hubungan ini, orang ramai diharap tampil membantu dalam menjayakan
usaha murni ini kerana sumbangan ikhlas yang dihulurkan adalah satu
penghormatan kepada bekas tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan
veteran dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Sehubungan itu, wajar bagi kita seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama
membantu dalam memberi sumbangan kepada yang memerlukan.
Kemanisan bagi kita apabila kita senang hati melihat anak-anak kita ke sekolah
tanpa terganggu dengan bunyi bedilan peluru dan bom di sana sini. Ingatlah bahawa
di sebalik baju putih anak-anak kita ke sekolah itu, ada banyak darah merah yang
mengalir untuk memastikan keputihan baju itu tetap putih buat selamanya!
DATUK SERI MOHD. JOHARI BAHARUM ialah Timbalan Menteri Pertahanan.
Terpijak jerangkap samar komunis
Abdul Talib menunjukkan kesan parut pada betis kanannya
LABIS - Pengalaman terpijak jerangkap samar dipasang pengganas komunis
sewaktu mengikuti sebuah operasi ketenteraan di Ulu Kinta, Perak pada 1978,
sentiasa segar dalam ingatan seorang pesara tentera di Taman Wira, di sini.
Abdul Talib Ismail, 60, berkata, ketika kejadian dia berkhidmat di Kem 3 Rejimen
Renjer Diraja (RRD) berpangkalan di Taiping, Perak baharu dua tahun memulakan
perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Saya masih ingat lagi kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 petang sewaktu saya
hendak bertugas di pos kawalan (sentri). Kira-kira 50 meter sewaktu saya
menghampiri pos kawalan, kaki kanan saya terpijak jerangkap samar tersebut
sebelum meletup.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya lihat darah mengalir laju daripada seluar
celoreng dipakai. Rakan-rakan yang melihat kejadian tersebut segera memberi
rawatan sebelum saya dibawa ke Hospital Ipoh," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia yang pengsan beberapa minit sejurus kejadian itu dirawat di
Hospital Ipoh selama dua minggu, sebelum ditukarkan ke Hospital Angkatan Tentera
di Ipoh hampir sebulan kerana pendarahan teruk di bahagian betis kanannya.
Katanya, paha kanannya juga terkoyak selain beberapa anggota badan cedera
akibat terkena serpihan jerangkap samar buatan sendiri dipenuhi benda-benda
tajam seperti besi paip, dan kejadian itu berlaku ketika genap seminggu pasukannya
memasuki kawasan operasi.
"Sewaktu terkena jerangkap samar, saya hanya ingat mati sahaja selain usia yang
masih muda iaitu 19 tahun ketika itu. Alhamdulillah Tuhan masih memanjangkan
usia saya hingga ke hari ini.
"Selepas saya terkena serpihan jerangkap samar, pada keesokannya seorang rakan
pasukan berbangsa Cina turut mengalami nasib sama dan diikuti oleh ketua saya,
Kapten Abdul Ghani namun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa," katanya.
Menurut suami kepada Faridah Subrah, 53, dan bapa kepada empat anak itu, dia
kemudian diberi cuti enam bulan dan kem terakhirnya ialah di Kem Terendak,
Melaka dengan pangkat Lans Koperal sebelum berhenti ketika 10 tahun berkhidmat
pada 1984.
Katanya, pada 1986, dia diterima menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol)
di Jempol, Negeri Sembilan dan tidak mahu melepaskan peluang itu kerana masih
mahu menabur bakti kepada negara.
"Saya baharu sahaja pencen pada awal Januari lalu selepas berkhidmat di
Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan
sempena Hari Pahlawan semalam (kelmarin), saya berbangga kerana berpeluang
berkhidmat di dalam pasukan tentera dan polis.
"Semangat untuk mempertahankan negara masih kekal dalam diri saya walaupun
selepas berpencen," katanya.
Yayasan Peneraju latih pesara tentera baik
pulih pesawat
KETUA Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin.
- Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)
akan melatih 56 bakal pesara tentera Bumiputera menjadi juruteknik pesawat
menerusi Program Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen (LAT). Ketua
Eksekutifnya, Raja Azura Raja Mahayuddin, berkata hampir RM1.6 juta
diperuntukkan oleh yayasan bagi menjayakan program dengan kerjasama
Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) itu. Katanya, program itu
memberi peluang kepada kumpulan berkenaan untuk mendapatkan lesen dalam
bidang penyelenggaraan dan baik pulih pesawat sehingga melayakkan mereka
diiktiraf juruteknik pesawat berlesen serta bertauliah bagi memenuhi keperluan
industri. "Sebagai perintis, seramai 28 ahli PERHEBAT terpilih menerima surat
tawaran rasmi bagi mengikuti Program LAT yang selaras dengan inisiatif kelapan di
bawah Pelan Tindakan Aeroangkasa Negara. "Lapan daripada mereka hadir
menerima surat tawaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju selepas mesyuarat
Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan hari
ini. Raja Azura berkata, menerusi program itu, pesara berumur hingga 45 tahun
akan dibimbing menerusi latihan teknikal selama setahun di akademi penerbangan,
sama ada di Subang Perdana, Melaka atau Kota Kinabalu sehingga mereka berjaya
memperoleh Lesen DCAM Part 66 yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam
(DCA). Katanya, pesara tentera yang berjaya mendapat lesen, berpeluang
memohon bekerja dalam bidang berkaitan dengan jangkaan pendapatan kira-kira
RM3,800 sebulan.